Wednesday, May 21, 2014

London Trip : Day 1 Selamat Tinggal, Tumirah!

20/5/2014
KL - Heathrow, London

Memandangkan flight aku jam 10.10am dan rumah aku agak jauh dari KLIA, plus lak hari ni hari bekerja --- utk elak traffic jam dan pastikan sampai ke lapangan terbang awal, aku ngan ibu gerak daripada umah dalam jam 5.00am. To be exact, pakcik teksi datang tepat jam 5.10 pagi laa.

Perasaan? Agak sedih, menitik2 jugakla air mata ni sbb Tumirah ngn ibu dah mula nangis. As usual, kalau nak jalan jauh aku mmg tinggalkan pesanan a.k.a wasiat kat Along. Kali ni mmg lain. Semua kerana kesan mendalam yg ditinggalkan dek kes #MH370 tu laa. Awal pagi, menengok aksi Along "Tumirah" ngn ibu, aku pun sama bergenang. Tapi cuba gak berlagak cool dan macho. Ha ha ha.

Kitorg singgah kat Petronas sat utk solat Suboh. Alhamdulillah perjalanan yang sangat tenang.

Check in kat kaunter E16, special counter utk warga OKU. Pastu book wheelchair kat kaunter B1. Gate opens at 8.40am dan staff Auto-Assist tu hanya akan ada pada jam 9.00 pagi utk masuk. So....mentara tu, menunggulah dengan sabar.


Kali ni, aku confess sedikit rasa kecewa ngn Tumirah sbb dia tak buat magic trick dia. Selalunya, dia berlakon macam tak hantar tapi tup2 dia tersembul gak kat KLIA tu sampai detik2 lambaian terakhir. Panjang leher aku --- excited  nak tunjuk riak terkejut bila dia sampai. Hmm --- nada! Sangat mengecewakan, Tumirah!!!

Takdelah, Long. Saja je berdrama kat sini. Along Tumirah aku sebenarnya tak berapa sihat (...ke mengantuk?) untuk buat kejutan cam biasa. Heee =P.
Selfie jap ngn ibu. Ceria tak, ibu?

Ibu kesayangan den....

Sebelum bertolak, ibu siap2 dengan ubat2an dulu. Malas nak menapak jauh, aku ke Pusrawi jek belikan air mineral utk ibu makan ubat dan breakfast. (Gulp, RM6 harga Evian ni uols!)

Owh untuk makluman, perjalanan KL - Heathrow akan mengambil masa dalam 13 jam.

Model Evian

Dibuat kan citer, ada 3 orang penumpang yang perlukan service auto-assist, termasuk ibu. Cukuplah nak jadik 1Malaysia. Sorang Melayu, sorang indian ngan sorang chinese. Diorg kene 'pos' dek ahli keluarga memasing ke London. Jadik, jalanlah kitorang sesama macam one happy family.

Sebab adik auto-assist tu kene tolak kerusi roda ibu aku, akulah yang menjadik pembantu makcik2 yang lain --- pastikan diorg tak tercicir kat belakang. 

Naik MAS flight  ni mmg berbaloi la...walopon dengar macam2 kes, perkhidmatan yang diorg bagi mmg superb giler! Diorg siap hantar ibu naik cabin wheelchair straight to her seat. Jadilah ibu sorang permaisuri pagi tu. Sangat Wow kan?

But due to the cargo lock technical issue, the flight was delayed for about 30 minutes. Berlepas dalam jam 10.40 pagi.

Ibu ditolak oleh staff Auto-Assist yang peramah. 
Walopon aku dah dikecam dengan pose 'peace', aku tetap gayakan dengan gagah. Muahahaha.
Meal pertama dalam flight, sweet-sour chicken with rice. Aku makan dengan penuh semangat sbb lapor giler.

Pengalaman naik flight kali ni sangat mencabar jugak laa. Turbulance byk kali buatkan aku ngan ibu pun beberapa kali nak termuntah. Mabuk. Alhamdulillah, kitorang dapat seats yang agak selesa sbb kitorang duduk berdua je, 2 kerusi sebelah tu mmg kosong. Syioklah, boleh baring cam first class gitew!

Pramugari yang namanya Abrizah sangat baik giler. MAS --- perkhidmatanmu tetap di hati!!! Dia siap hapal nama aku lagi, kasik personalized service. Haa....mano nak carik experience gini kalo naik kapal len? 

Pinggang, kaki, tangan --- sume dah lemah. Sampai di Heathrow, London pada jam 4.35pm waktu sana. Aku dah sesiap wat roaming, teros SMS adik aku yang kitorg dah sampai.

Sebabkan kene tunggu wheelchair ibu, kitorang kene tunggu orang lain keluar dulu. Kat luar, terkejut aku nengok 2 orang aunties --- my one happy family tadi, remember? --- duduk tunggu kitorang. Comel giler. Diorg tatau nak gi mana. Dan --- aku dengan semangat seorang wirawati ingin selamatkan 2 warga tua yang takut sesat, bawak diorang sampai ke imigresen. "We are together." Chewaahhh.

Note: Frens, please remember to jot down your address, somewhere (place you'll stay during your vacay!) for embarkment. 

Aku ni terlupa, aku letak je la Malaysia Hall. Huhuhu. Time2 gini, bengkak la sket hati bila ibu dengan hidung kembangnya cakap, "I've told you!"

Dan border officer tu banyak lak soklan kali ni, cam tak puas hati jek ngan jawapan2 ramah aku. Tapi sangat membantu bila dia tanya aku keje kat mana, kat KL tu --- dan aku jawabler dengan terus-terang. Dia tahu jek aku keje ngan gomen, dia teros cakap 'Have a nice trip!' Alhamdulillah, lega den.

Untuk ke Angel Street, kitorang naik je Underground sampai Kings Cross station, dan ambil taxi from there.


Jangan lupe beli Oyster Card dulu! Mudah aje... 
Perjalanan ke Kings Cross Station ambil masa lebih kurang 1 jam lebih gak. Rasanya kene lalu 24 stations.
Kepenatan....
Dalam teksi --- beraksi dengan Oyster Card. He he he.
 Dalam keramaian orang lalu-lalang.....
 Kedai feveret aku - M&S

Once again,  alhamdulillah. Kami selamat sampai. Happy sangat aku nengok ibu jumpa anak kesayangan lelaki dia. Hilanglah rasa lenguh2 badan dalam 30%. Tak sabar nak baring dah!

To Tumirah, missed you already!

To Uje & Dhila, rindu jugak kat uols! Tak sabar nak celebrate birthdays ibu ngan Dhila!!!

Adios, setakat tu je dulu....

Thursday, May 15, 2014

#SkooLofJRaP Cabaran Cham Cham Cham

Hoyeh!!!


Aktiviti #SkooLofJRaP masa lunch hour hari ni, kitorang namakan "Cabaran Cham Cham Cham". Patutnya setiap kumpulan kene settlekan 3 misi tapi sebab masa tak cukup, sempat done 2 misi jek. Macam biasa, lepas main mesti makan --- ha ha ha. Kali ni Kak Zimah belanja mamam nasi dagang Pak Wan. Best Giler, woooo!!!

Game kali ni, Husna yang usahakan bagi jadik. Ofkos, dibantu oleh AJK2 yang lain yang sangat cooperative. Kasik lain sket daripada yang penah kuar kat tv. Tujuan sebenor2nya, kita nak bagi 'remaja2 purba' kat opis aku semua enjoy dengan aktiviti sosial kat opis.

Mission accomplished! Alhamdulillah, sume nampak cam enjoy!

Layman punya pahaman tentang game ni --- cabaran ni menguji kehebatan anggota jabatan aku ber'selfie' jek. Ha ha ha. In trend sangat!!! Selain tu, kita nak nengok jugak smangat kerjasama satu pasukan dan kreativiti masing2.
Okay, ini hasilnya:

 Team Bantai Aje dengan misi Ultraman terbang!
 Team Black Diamond dengan misi Hulk melompat =P
Team The Red Warriors dengan misi Superman terbang
Team Boomerang dengan misi Thor mengetuk tukul. Aku rasa group ni sangat kiut!!!
 Misi ke-2: Ikan Kembong
 Kawaiiiii sangat??? Ha ha ha --- inilah group aku!
Ala2 Ziana Zainsss.....
.....dan inilah pemenang keseluruhan: The Kembang Hidungs!

Group aku? Ha ha ha --- dengan bangganya, aku umumkan kitorang dapat 'telur ayam'!!! Walo kalah, yang penting we had FUN!

Nilah acara selfie secara besar-besaran kat JRaP. Aku kagum ngan the seniors yang sangaaaatttt sporting!!!! Wa tabik sama lu!

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru!

Bulan Mei yang terlalu banyak dengan hari2 menghargai orang tersayang....

Kalau dalam keluarga aku, bulan Mei ni memang bulan istimewa untuk ibu. Ibu sambut hari lahir, hari ibu dan jugak hari guru.

For those yang has no idea nak beli apa --- aku leh recommend untuk beri personalised cards untuk guru2 uols (atau guru2 anak2 uols --- ha ha ha!) Lately, aku banyak order cards daripada Crafts Belvedere. Kad yang sangat comel, siap dengan nama penerima lagik! Maklumlah, keje dari pagi sampai petang (hmm --- alasan) dan kengkadang terlupa atau susah nak carik hadiah sesuai untuk insan2 istimewa yang diraikan ni. Lawat jek blog minah ni dan terus buat tempahan!

Setakat ni, aku puas hati giler berurusan ngan si pemilik online shop ni (ha ha ha --- dia ni tinggal dekat area umah aku jek!) But seriously, sangat worth it!!!

 Kad buat Cikgu Sha. Ada sewing machine lagik tau!

Once I uploaded the above pic on my FB account, ramai lak member2 yang mintak aku tempahkan. Hmm --- kalo aku kenekan charge rasanya leh kaya tak? Ha ha ha. Taklah fren, aku tolong tempahkan ngan seikhlas hati jer ni. 

Kat bawah ni antara kad2 yang ditempah oleh kengkawan opis aku. Cucilah mata! Jangan lupa singgah ke Crafts Belvedere ya!

Aku juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia! Tetiba rasa rindu giler ngan guru2 sekolah lama aku. 

Cik Aisah, Ustazah Einee, Cikgu Poyah, Cikgu Habsah, Cikgu Rafidah, Mrs. Lim, Cikgu Meor, Cikgu Hadi dan semua guru2 kat Sekolah Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, KL, batch 1994 - 1999 ----- minta maaf sekiranya saya tertinggal nama. Sesungguhnya, saya seorang manusia pelupa. =P (Saya ingat muka, tapi walaupun dah perah kepala, masih tak muncul2 nama tu!)

Untuk Teacher Mindy, favourite teacher aku kat Sekolah Kebangsaan Kuang --- Missed u soooo much!

Terima kasih, semua. Jasa dan susah-payah cikgu sangat saya hargai hingga kini.

Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu!

Tahun 2014 ni aku, Along dan Kak Dah celebrated Hari Ibu kat Tesco. Breakfast kat Chicken Rice Shop, lepas tu bawak ibu jalan cum shopping.

Sambut sekali birthday ibu yang jatuh pada 7hb Mei 2014 ni. Alhamdulillah, berjalan lancar. Simple dan mencukupi. Hanya Uje ngn Dhila je takde.... =( 

Aku bersyukur sebab dapat raikan hari ini dengan ibu. Thanks, Allah for today. Terima kasih kerana beri kami setahun lagi kesihatan dan kesempatan merasai nikmatMu bersama orang2 yang kami kasihi. And I really missed nenek!

Hmm --- masih fikir nak makan apa?
 My dearest, Along dan Kak Dah.
Bersama ibu...
 Habis dah!!!

Selfie ke Selvie ke Usie?

Ha ha ha --- lawak aa kalo baca mende2 kat media sosial skang ni. Macam2 pendapat aku baca.

Aku nye pendapat ---- hmmm, x kisah la selfie ke selvie ke usie ke ---- aku pandang jek pics tu dengan perasaan, "Ada aku kisah?" Asalkan org2 dlm pics tu rasa bahagia, lantak korang laa nak panggil apa.

Saje nak melawak-ngusik kengkawan aku, pic di bawah ni dihasilkan dengan bantuan member aku, Nit. Terhibur benor hati-perot-jantung aku nengok.

Tabiat yang sama - ha ha ha. Uge ngan Momoe, jgn marah aaaa....


Monday, May 5, 2014

Bowling Is Just Not My Thing!

The post title is pretty self-explanatory!

Have tried this game more than twice dan saya memang SANGAT TERUK main bowling!

Sebenarnya, to be frank --- aku tak minat main bowling. Sebab tetiap kali main, mesti urat lengan aku ni bengkak2. Fragile benor. Tak terer tu memang satu hal.

Kali pertama main, masa kat eP. Time tu kene gelak sebab diorg kata cara aku pegang bola tu salah.  Aku ranked 2nd last masa tu. Jadik juara longkang je la. Kali kedua main lak, aku sesaja gi main ngan Momo dengan Kak Imah. Tu pon hampeh gak. 

Kali ketiga main, aku gi ngan Momoe, Niti ngan Joy kat The Mines. Lagi la hampeh sampai terpaksa soh diorg mainkan turn aku. 

Kali keempat, masa aku organise game utk #SkooLofJRaP. Hmm....not that bad sebab aku dapat strike 2 kali. Kebetulan tangan aku baru je di serviced dek Kak Ariyani Tukang Urut. Smangat aku dah terbina. Konon2 rasa macam ada peluang la pencapaian aku kat dunia bowling ni meningkat. He he he.

Dan kali kelima, yang membuatkan aku terima hakikat....aku memang tak berbakat main bowling. Main kat Perancang Templer Golf Club, sebab tak ramai orang main kat situ. Makin aku baling, makin ke longkang lak.

Aku akhirnya terima hakikat --- bukan give up, okey! Tak semua bende kita boleh master, kan? Mana2 permainan berkaitan dengan tangan, aku memang OUT! Main 1 game, tangan aku dah penat. Aku ni macam ayam gak la sebab tuah ayam nampak di kaki. Bagi aku games sepak2 ni, pukul ngan kayu hoki ke....kire boleh sengih jugakla. Tak malu nak ngaku aku leh main. Tangan? Sorryler.....

Aku nengok org len main sampai 200++ lebih....ha ha ha.
Good bye, bowling!

Friday, May 2, 2014

Hari Yang Memenatkan....

Semalam aku penat giler. Selesai keje dalam jam 9.00pm, baru boleh balik umah. Nasib baik ada Husna. Taklah takut sangat.


Politik dalam tempat keje neh...bebetul lah memenatkan. Sume orang berebut2 nak naikkan nama masing2. Orang len punye keje pon, diorg sebok nak masuk campur.

Aku tak larat dah nak main rebut2. Mmg tak gemar daripada azali lagik. Kalo korang nak rebut, rebut lah. Nak lagi senang, bagitahu je kat aku. Aku leh bagi korang amek dengan hati yang terbuka. Haa...buat la sendiri!

Keje yang FUN jadi BURDEN lak.


Anyway, aku balik umah je smalam teros terbungkang. Pagi ni, ngantok aku tak hilang lagi sebenarnya. Nak take a nap sat. Kol 10.00am skang nak gi men bowling ngan picnic  lak.

Pesanan untuk kawan2 yang suke mengipas2 bumper bos dan berebut2 naikkan nama sendiri tu >> mungkin hasilnya di dunia, uols dapat (insha Allah).....hasil yang di akhirat, belum tentu haa..... Nama dan Pangkat dunia tu, dah sah2 kene tinggalkan kat dunia. Tak dapek pon bawak ke akhirat. Huhuhu.

Lesson4Today: Mari kita sama2 berebut2 mendapatkan hasil untuk akhirat. Yok!!!