Sunday, October 23, 2011

Berkarok Released Tension

First sekali, aku nak ucap mekaseh sesangat kat Mail sbb paksa gak aku join dia berkarok hari tu. 

Sekurang2nya, aku dapat alihkan tumpuan kepala aku kejap. Hari tu pon, meeting habis lambat. And aku kena lari2 gak naik turun bawah pejabat untuk dapatkan autograph orang. Aku pegang nasihat orang pada aku dulu: Buat kerja dengan ikhlas. Sekurang-kurangnya, dengan berkerja lebih, aku dapat usaha untuk pastikan yang duit gaji aku terima bulan2 tu adalah halal. InsyaAllah. Dengan ikhlas kerja kerana Allah SWT juga, aku dapat mengelak dari berperasaan yang bukan2.

Kebetulan beberapa hari ni, mood agak kureng baik sket. Bile nampak Mail dah beria2 nak berkarok, aku folo je la. Tak sanggup nak kecewakan dia. Dah banyak kali aku ter-mungkir janji.

Sesi berkarok ni berjaya gak hilangkan stress. Tarikan maut, sampai anak tekak hampir terkeluar pon ada. Hahaha....rasanya, aku kene kurangkan jugak berkarok2 nih. Macam dah tak sesuai sangat nak pergi selalu. Sekali-sekala okeyla kot?

But again, thanks ye Adik Mail!!! =P

Persembahan Koir-Kelam-Kabot

Ini ceritera pasal persembahan koir. Bukan cerita lawak. Bukan jugak cerita serious pon. Tapi satu cerita yang seronok pulak untuk dikongsi ngan member2 lain.

Jumaat, 14 Oktober 2011 dalam pukol 5.00 petang aku terima call daripada bebudak koir (BBK) - Ecah ngan Pip. Depa tanya samada aku okey tak kalo group koir buat persembahan untuk satu event opis. 

Masa diorang tanya, kepala aku tengah busy mengira dokumen2 projek. Jadi aku tak paid attention sangat. Lagipun, hal hiburan compared to keje....rasanya hiburan ni leh tunggu kot? Kebetulan lak diorg tanya time masing2 nak balik. Jadi aku tanya balik, "You all okey ke?"

Pip cakap OK. Ecah pon. So, aku malas nak pikir panjang, aku cakap, "Korang ok, aku ok."

Bile aku balik ke meja aku, one of my colleague lak tanya the same question. Dia soh aku kompemkan cepat coz management tunggu keputusan. So, aku mintak tolong dia bagitahu, we all ok. Setuju. (And thanks to her kerana jadik orang tengah!)

Dah setuju, baru aku perasan yang event tu akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi. So tolak, tambah, kitorang ada masa dalam sehari lebih je untuk prektis. Tru Facebook, aku gathered bebudak koir jabatan lain. Berjaya jugak kumpulkan dalam 20 orang.

Kalo pikir balik, memang keje gile. Sebab kitorang lom kenal habis pon dengan sukarelawati2 yang sanggup nyanyi last minute ni. So, langkah pertama --- berkenal2an dulu. Then barulah bahagi kepada dua kumpulan : Soprano 1 & Soprano 2.

Kitorang amik positive je. Setakat nyanyi lagu rasmi opis, takkanlah complicated sangat? So, aku bersyukur gak ngan bebudak muda yang join nyanyi koir ni. Diorg siap sanggup stayed back untuk prektis sendiri.

Dapat arahan daripada pengurusan, soh kene pakai baju yang ada warna hitam-putih-biru-merah. 

Hari Isnin tu, bergegas la pulak meredah hujan semata2 nak beli bunga and ribbon yang ada warna merah-biru. Masing2 kene pakai shirt putih, slack/skirt hitam dan blazer hitam. Hal pakaian selesai!

Hari Selasa lak, memang rasa kelam-kabut sikit. Pukul 2.00 petang kitorang dapat masa kelepasan untuk terus rehearsal kat dewan. Steps tak buat lagi. Full dress pon lom tengok lagi camne ghupa. Bila dah nak mula nyanyi, terima arahan lak kene nyanyi pelan2 sebab VIP dah ada kat luar. 

Camne perasaan aku? Hahahah --- speechless gak masa tu. Tapi aku kontrol gak. Amik jalan selamat, steps buat yang paling basic je. Yang penting, time bebetul nanti, bebudak koir ni kene nyanyi kuat2.

Masa event berlangsung, aku tak sempat nak soh sesapa amik gambar. So, yang sempat cuma video yang anak Kak Noi rakamkan ni je la untuk buat kenang2an. 

Lawaknya, inilah jadi kalo perakam video pon excited nyanyi. Wakakaka....hujung2 tu, dah takde dah gambor kitorang. Kite tengok je la lantai ngan pokoknya. Hahahaha....

Owh, btw --- selesai buat persembahan, kitorang dapat pujian from CEO and Jumaat lepas, aku dapat mesej from pengurusan untuk tubuhkan kelab koir opis untuk kegunaan event2 masa depan.

Chaiyokkk!!!!


Wednesday, October 19, 2011

Tenanglah, Kejahatan.....

Tenanglah, Kejahatan.....

Kata ibu, masa aku kecik2 dulu....tu maksud nama aku. Walaupun sebenarnya ibu kelentong je, tapi aku rasa aku betul2 harap dapat bertenang wat masa skarang ni. Hati, tenanglah....Jangan wujudkan secuit pun kejahatan dalam hati aku. Please, ya Allah SWT. Tolong aku. 

Beberapa hari ni rasa macam tak sihat. Seriously. Jantung aku ada masa, macam berhenti berdenyut. Ada masa laju pulak dia berdenyut. Rasa panas je. Sangat lain macam! Aku cuba gak busykan diri wat macam2 benda. Lastnye, aku end up kepenatan at the end of the day. Demi Allah SWT, aku tatau sejak bile jadik cenggini. Tetibe je. Sejak hujung minggu lepas rasanya. Sakit ke aku? Kalau inilah ujian untuk aku, aku takot tak dapat bertahan je.

Kepala aku takleh fokus. Lain yang aku fikir, lain yang aku buat. Akal kata lain, hati kata lain. Poning den. Macam2 mende yang bukan2 aku fikir. 24 jam pale aku asek melilau. Pantang usik sikit, air mata ni boleh kuar je meleleh la pulak. Kompius aku. Dulu tak penah pon kene camni? Syaitan banyak sangat yang mengganggu. Maybe ini gak petanda aku kene amik cuti, restkan diri. Jangan ada penyakit bahaya sudah, nauzubillah. Aku kene lawan.

Time2 camnilah aku mula rindu kat arwah nenek. Dengan ibu, aku tak boleh nak share semua bende. Ibu punye emosi pon slalu tak stabil. Tak sanggop nak tambahkan beban kat pale dia. Aku baru nak start, pressure ibu lak tak terkawal. Kejap dia hypo, kejap hyper. So better lah pendam je problem (whatever it is...) ni sensorang. Kena terima je, kalau sakit pun, redha je lah. Kalau mati pun, kubur memang untuk seorang. 
"Ya Allah SWT, peliharalah aku daripada melakukan sebarang kejahatan. Lindungi aku daripada kejahatan dunia. Sayangilah aku dengan kesihatan dan kesejahteraan. Jadikan aku seorang yang baik. Aku tak mahu menjadi musyrik. Aku takut menyekutukan Mu dengan ingatan aku kepada yang lain. Tabahkan aku, ya Allah. Kuatkanlah aku. Jauhi aku daripada sebarang kemudaratan. Hanya Engkau yang memiliki aku secara mutlak. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku." 
It's just a matter of time, insyaAllah. Bertahanlah. Kalau yang terbaik untuk aku, lupekan sumer bende yang sesakkan kepala, lupakanlah. Redha je.


إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya). 
 Surah At-Tariq, Ayat 4.