Tuesday, August 10, 2010

Perjalanan Mencari Diri

Alhamdulillah, hari ni dah start bulan Ramadhan. Persiapan untuk tahun ni, aku buat lebih rapi sket berbanding tahun2 sebelumnya. InsyaAllah, mission tahun ni tercapai.

Dah sebulan aku balik dari cuti panjang. Belum ada mood lagi nak meng-update blog dengan pengalaman2 bermakna yang aku dapat. Dah bulan pose ni, harap2 aktiviti2 hujung minggu berkurangan gak. Dalam tempoh sebulan ni, hujung2 minggu aku penuh dengan aktiviti2 Bowling Tournament, Treasure Hunt, Kelas 'Memasak' ngan Kursus Motivasi. (Kalah takpe, yg penting : Duty to Support!) Dah lama gila aku tak kemas kain + baju + bilik kat umah. Tetibe lak rasa rindu nak duduk rumah. Rindu ngan nenek. Rindu gadoh ngan ibu. He he he.

Apa yang aku belajar beberapa bulan terakhir ni??? 

Hmm --- setiap orang antara sedar atau tak, akan berada dalam fasa pencarian diri. Termasuk aku gak. Sembilan (9) negara kat Europe tu aku dah gi, dan penuhkan hujung minggu aku dengan macam2 aktiviti yang memenatkan fizikal dan mental --- semuanya untuk kenal siapa diri aku sebenarnya. Walau pun hasilnya, macam takde pape perubahan dan penemuan, (except for kulit yang sun-burnt), aku masih lagi dalam perjalanan mencari diri sendiri.

 Who Am I?

Nak kata dah capai tahap kepuasan --- definitely masih belum lagi. Sebab aku masih belum  betul2 kenal dengan diri aku sendiri. Banyak bende2 basic yang buat aku berfikir berjam2.  Lately ni, penemuan2 baru yang aku dapat --- aku baru tahu aku masih belum dapat bezakan antara 'work', 'career' ngan 'vocation'. Patutlah, memanjang je komplen dengan hidup sendiri. Aku sendiri tatau apa yang aku nak dalam hidup. Lagi mau salahkan orang!!! =P

Sebut memang senang. Nak cari definition pun, lagilah senang. Bukak je Online Dictionary --- berlambak jawapan. Tapi --- apa jawapan aku??? Aku terlalu banyak sangat benda yang nak capai dalam satu masa. Ending-nya, hampir semua tak complete.

Aku pun baru dapat tahu satu perkara yang menggerunkan. Kecut perut aku tetiap kali tatap muka Ustaz kelas ngaji aku. Adoiii --- dah hidup 28 tahun, baru tahu yang bacaan surah  paling asas: Al-Fatihah aku belum sempurna. Banyak salah!!! Padahal Al-Fatihah tu kan rukun sembahyang. Kalo dah salah, apa jadi ngan solat aku? Astaghfirullah.

Dah dua kelas ngaji, masih lagi belum perfect. Malu nak mengaku pernah menang pertandingan ngaji sekolah dulu. Malu gak nak bagitahu nenek aku, cucu cikgu ngaji Kampung Cempedak ni dah malukan dia. Ho ho ho....tak kisah, pape pun aku dah janji ngan Ustaz. Next time aku jumpa dia, bacaan Fatihah aku akan sempurna!

Aku sign-off dulu. Sambung later!!!