Showing posts with label IMLearning. Show all posts
Showing posts with label IMLearning. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

Marah Itu Bara Api...

Aku baca ni daripada blog Darul Nu'man.

Di antara manusia itu ada orang yang lekas marah tetapi juga lekas redanya maka ini seimbang. Ada pula yang lambat marahnya dan lambat pula redanya, ini juga seimbang. Sebaik-baik kamu lambat marah dan cepat redanya dan sejahat-jahat kamu yang cepat marahnya dan lambat redanya.

Aku? Dalam kategori manalah agak-agaknya?

Monday, May 5, 2014

Bowling Is Just Not My Thing!

The post title is pretty self-explanatory!

Have tried this game more than twice dan saya memang SANGAT TERUK main bowling!

Sebenarnya, to be frank --- aku tak minat main bowling. Sebab tetiap kali main, mesti urat lengan aku ni bengkak2. Fragile benor. Tak terer tu memang satu hal.

Kali pertama main, masa kat eP. Time tu kene gelak sebab diorg kata cara aku pegang bola tu salah.  Aku ranked 2nd last masa tu. Jadik juara longkang je la. Kali kedua main lak, aku sesaja gi main ngan Momo dengan Kak Imah. Tu pon hampeh gak. 

Kali ketiga main, aku gi ngan Momoe, Niti ngan Joy kat The Mines. Lagi la hampeh sampai terpaksa soh diorg mainkan turn aku. 

Kali keempat, masa aku organise game utk #SkooLofJRaP. Hmm....not that bad sebab aku dapat strike 2 kali. Kebetulan tangan aku baru je di serviced dek Kak Ariyani Tukang Urut. Smangat aku dah terbina. Konon2 rasa macam ada peluang la pencapaian aku kat dunia bowling ni meningkat. He he he.

Dan kali kelima, yang membuatkan aku terima hakikat....aku memang tak berbakat main bowling. Main kat Perancang Templer Golf Club, sebab tak ramai orang main kat situ. Makin aku baling, makin ke longkang lak.

Aku akhirnya terima hakikat --- bukan give up, okey! Tak semua bende kita boleh master, kan? Mana2 permainan berkaitan dengan tangan, aku memang OUT! Main 1 game, tangan aku dah penat. Aku ni macam ayam gak la sebab tuah ayam nampak di kaki. Bagi aku games sepak2 ni, pukul ngan kayu hoki ke....kire boleh sengih jugakla. Tak malu nak ngaku aku leh main. Tangan? Sorryler.....

Aku nengok org len main sampai 200++ lebih....ha ha ha.
Good bye, bowling!

Wednesday, April 30, 2014

JRaP Bowling Tournament 26042014




Saje je nak share this vid.

As usual, akulah pemain bowling "terhebakkk" kat JRaP! Aku terpaksa import 4 orang pemain termasuk sorang budak sekolah rendah (anak Kak Nani) untuk listed sebagai Top 5 Best Scorer.

Hebakkk gile den neh! =P

Friday, February 10, 2012

Wahai Hati Yang Lemah

Beberapa hari ni aku tak berapa sihat. Bukan sakit fizikal. Tapi sakit dalaman yang bagi aku lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Sakit yang susah untuk ubatkan. Aku sakit hati.

Terasa musnah jugaklah usaha aku dalam masa sebulan ni. Usaha untuk jadikan hati aku lebih kuat dan tetap daripada sebelumnya. 

AKU GAGAL. 

Aku gagal jaga mulut. Gagal kawal tingkah-laku. Aku gagal jaga HATI. Hasilnya, aku balik umah beberapa hari ni dengan hati yang sakit dan perasaan macam nak cekik2 orang. Still --- aku masih rasa tak puas hati. Rasa penat sangat. Sebab takmo ahli keluarga aku tau aku down, aku terpaksa nangis dalam toilet. Salah tempat rupanya --- tempat tu lagi laa banyak syaitan. Patutla lagi worse. =)

Gara2 sakit hati dengan orang, minggu ni aku escaped gi kelas ngaji sebab tak dapat kawal hati. Bila tulis balik kat sini, baru nampak apa yang dah berlaku dan mula dapat berfikir ngan rasional. Auwwhhh....gagalnye laa aku!!! Aku jugak yang rugi. =(

Aku berjaya biarkan syaitan kuasai aku. Aku berjaya biarkan orang lain mempengaruhi emosi dan kelakuan aku. Kebetulan pulak now dalam tempoh cuti daripada mengamalkan ubat-ubat penenang hati. Terasa hati ni sangat serabut. Mungkin serabut sebab kurang dzikrullah.

Pagi ni aku bangun tidur, tiba-tiba rasa macam makin jauh pula dari Allah SWT. Naudzubillah. 

Aku gi kelas pagi ni, Ustaz ada sebut do'a untuk teguhkan hati supaya istiqomah pada agama dan Yang Maha Esa. Ustaz pon ada sebut, bila hati dan jiwa kita kosong dengan dzikrullah, qarin kita akan menguasai. أستغفر ال

Perlahan2 aku relate ngan diri-sendiri. Lalainye lah aku....(Sigh). Apa yang berlaku kat aku dalam beberapa hari ni cuma ujian kecil je. Tu pon aku tak dapat tahan sabar. Aku hampir putus asa and almost buat bende bodoh yang boleh beri impak kat masa depan aku. Tu semua bukti yang hati aku masih belum kuat. Masih tak teguh. Masih lemah. 

Aku masih lalai pada Allah SWT. أستغفر ال

So, untuk lebih berjaga2 pada masa depan dan dengan nawaitu ingin berkongsi dengan uols, aku post kan do'a2 amalan ni kat sini. Insha'Allah, semoga hati kita sama2 lebih kuat dan dihindari penyakit.

Aku takmo gagal lagi.
Ini janji aku. Ya Allah SWT, bantulah hambaMu yang lemah ini.

Wahai hati aku yang lemah dan parah, 
Demi Allah SWT aku akan cantumkan semula cebisan yang luka dan terkoyak itu. Tak kisahlah kena tampal plaster, celotape, gam atau perlu dijahit sekalipun. Insha'Allah, esok hari hati aku akan sembuh dan sihat. Malah lebih sihat daripada hari2 sebelumnya. Aku akan hiasi dan indahkan hati aku dengan dzikrullah. Insha'Allah.

Do'a di bawah ini adalah do'a agar kita tetap tegar dan istiqomah pada agama yang benar. 

اللهم أعني على ذكرك وشكرك، وحسن عبادتك
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat. (HR. An Nasa’i [1303]  dan Ahmad [21614]  Sahih Sunan Abu Dawud. )


يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik' 

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792] 

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik' 

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu” [HR. Muslim (no. 2654)]

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 
'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika' 

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
'Rabbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab' 

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7) 

Tuesday, January 24, 2012

Ar-Raihul-Ahmar

Bila hati diusik bisikan syaitan, aku cuba banyakkan beristighfar. Jauhkan diri daripada berbual yang bukan2. Takut menimbulkan fitnah pula.

Akhir2 ni, jahat pulak hati aku terdetik yang bukan2. Petang tu, aku ke rumah seorang teman sekampung. Hiba pula melihat ibunya yang aku pernah jumpa sihat tubuh badan dahulu, lemah akibat penyakit angin ahmar.

Soalan ni aku ajukan pada kakak aku. Hanya ingin mengesahkan. "Long, betul ke penyakit angin ahmar ni disebabkan ujub?"

Along tak berani untuk mengesahkan, pernah juga dengar, katanya. Dan aku, dengan rasa ingin tahu yang meluap2, Google untuk dapatkan jawapan. Demi Allah SWT, bukan kerana aku ingin menuding jari kepada sesiapa yang ujub ---- hanya semata2 inginkan kesahihan cerita, selain daripada risau akan diri sendiri.

Aku tahu, ujian hidup Allah SWT datangkan pada kita dalam pelbagai cara. 

Aku manusia biasa yang kadang2 terdedah juga dengan penyakit ujub dan bongkak. Jadi, aku perlu ingatkan diri sendiri sentiasa.

Tetibe teringat pula kat buku doa ibu yang aku ter-hilangkan masa kat asrama, lebih sepuluh tahun dulu. Ibu berikan aku doa tu untuk aku baca sebab sejak kecil aku memang selalu ada masalah pening kepala dan migrain.

"Baca sekurang2nya sekali seumur hidup. Inshallah akan terhindar daripada penyakit angin ahmar." Pesan ibu.

Nak dijadikan cerita, ntah macam mana dek kecuaian aku, buku doa tu hilang pulak. Dahlah tak sempat baca, terhilangkan pulak! Jenuh la aku explained kat ibu dan mintak maaf.

Kali ni, hati aku tergerak untuk cari semula doa yang hilang tu. Alhamdulillah, teknologi sekarang memudahkan kerja aku. Ada internet, ada Mr Google, semua boleh cari, inshallah!

Lepas baca macam2 versi, aku rasa tanggungjawab aku pulak untuk kongsikan bersama dengan frens semua. Inshallah, kita sama2 dijauhi dari penyakit ini.

Apa itu Angin Ahmar (Ar-Raihul-Ahmar) / Strok?
Saintifiknya: Masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Jangan merokok lagi, frens!

Puas hati dengan penerangan yang diberi dalam wikipedia mengenai penyakit ni, aku carik pula asal-usul angin ahmar dalam sejarah Islam.

Ar-Raihul-Ahmar di Zaman Nabi Sulaiman as
Semasa semua rakyat termasuk segala jin, manusia & binatang menghadap Nabi Sulaiman as, tiba2 timbul rasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah SWT yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Muncul pula satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiaman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kpd lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa namanya Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yg amat berbahaya dari lain2 penyakit. Ia diberi kuasa utk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang sehingga hilang akal.

Nabi Sulaiman as segera mengarahkan panglima2nya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu. Namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa pun makhluk yang boleh membunuhnya, lalu ia menghilang.

Angin Ahmar di Zaman Nabi Muhammad SAW
Cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah penawarnya.

Jibril menjawab, "Ada." Lalu ghaib.

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Baca selanjutnya di Al-Azim.

Setelah meng-google, ini Doa Angin Ahmar yang aku jumpa. Selamat membaca!

Monday, January 23, 2012

Ayat Kursi Dibaca Dengan 9 Wakaf

Kelas mengaji aku yang lepas, we ols cover bacaan ayat Kursi dengan betul. Selama ni masing2 baca main langgar je semua.

Ayat Kursi

Untuk bacaan lebih afdhal, bacalah dengan sembilan (9) kali berhenti atau wakaf. Inshallah.

  1. اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
  2. لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ
  3. لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
  4. مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
  5. يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
  6. وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ
  7. وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
  8. وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
  9. وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Fadhilat2 ayat Kursi ni boleh dibaca drpd blog: Oh! Islam

Antaranya, Allah SWT akan hilangkan kefakiran dan memelihara kita daripada kejahatan dan gangguan jin, syaitan dan pembesar. Inshallah juga boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Besar fadhilat ayat ini, Subhanallah....

Ini soalan yang baru je terjawab sejak bertahun2 lamanya.

Q: Aku baca ayat Kursi ni untuk elakkan diri daripada sebarang bentuk gangguan. Tapi kenapa gak kene ganggu?

A: Faham tak apa yang dibaca tu? Khusyuk tak?

Bila soklan aku ditanya balik dengan jawapan berbentuk soklan, aku terdiam. Tak malu sungguh aku menyoal dan mempertikaikan janji Allah SWT.

Lama aku pikir. Selama ni, aku baca pon main baca dalam hati. Afdhal tak afdhal, aku tak pernah perasan pon. Tajweed --- lagilah! Sume aku langgar. Yang aku tahu, nenek aku dok ulang2 byk kali tetiap malam soh baca ayat Kursi sebelum tidor. Baca dengan Al-Fatihah dan 3 Qul. Tu je la pon.

Buta sungguh mata hati aku rupanya. Memanglah, hajat susah nak diperkenankan!

Selepas aku rujuk dengan beberapa orang pakar termasok ustaz ngaji aku, aku baru paham.

Inshallah, jika kita tahu dan faham setiap bacaan yang kita lafazkan, Allah SWT akan perkenankan hajat kita. Selain tu, kita jugak kene ingat, setiap ujian yang datang itu, dengan izin Allah SWT, adalah untuk menjadikan kite seorang yang lebih kuat dan lebih dekat dengan Nya.

Ya Allah SWT, bantulah aku menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada hari2 semalam.....Ameen.