Monday, May 5, 2014

Bowling Is Just Not My Thing!

Do you like this post?
The post title is pretty self-explanatory!

Have tried this game more than twice dan saya memang SANGAT TERUK main bowling!

Sebenarnya, to be frank --- aku tak minat main bowling. Sebab tetiap kali main, mesti urat lengan aku ni bengkak2. Fragile benor. Tak terer tu memang satu hal.

Kali pertama main, masa kat eP. Time tu kene gelak sebab diorg kata cara aku pegang bola tu salah.  Aku ranked 2nd last masa tu. Jadik juara longkang je la. Kali kedua main lak, aku sesaja gi main ngan Momo dengan Kak Imah. Tu pon hampeh gak. 

Kali ketiga main, aku gi ngan Momoe, Niti ngan Joy kat The Mines. Lagi la hampeh sampai terpaksa soh diorg mainkan turn aku. 

Kali keempat, masa aku organise game utk #SkooLofJRaP. Hmm....not that bad sebab aku dapat strike 2 kali. Kebetulan tangan aku baru je di serviced dek Kak Ariyani Tukang Urut. Smangat aku dah terbina. Konon2 rasa macam ada peluang la pencapaian aku kat dunia bowling ni meningkat. He he he.

Dan kali kelima, yang membuatkan aku terima hakikat....aku memang tak berbakat main bowling. Main kat Perancang Templer Golf Club, sebab tak ramai orang main kat situ. Makin aku baling, makin ke longkang lak.

Aku akhirnya terima hakikat --- bukan give up, okey! Tak semua bende kita boleh master, kan? Mana2 permainan berkaitan dengan tangan, aku memang OUT! Main 1 game, tangan aku dah penat. Aku ni macam ayam gak la sebab tuah ayam nampak di kaki. Bagi aku games sepak2 ni, pukul ngan kayu hoki ke....kire boleh sengih jugakla. Tak malu nak ngaku aku leh main. Tangan? Sorryler.....

Aku nengok org len main sampai 200++ lebih....ha ha ha.
Good bye, bowling!

2 comments:

Farrah MF said...

along main baling selipar pun xlepas...

Rena^CRuZee said...

Ha ha ha, sama laaa....terrible!!!