Tuesday, November 15, 2011

South Korea Day 1

Do you like this post?
Catatan aku pada 1 Nov 2011
Flight No. D7 504
Kuala Lumpur - Seoul
Departure 14:35
Mood: Blur (blom datang rasa excited)


Kali ni trip ke South Korea, yang join agak ramai jugak. All-ladies. Aku, Kak Zura, Nit, Kak Huda, Ruby and member dia Zy.

Aku gi ambil Nit dulu dari Jalan Reko and drove ke umah Kak Zura. Dari situ, kitorang gerak sesama ke LCCT, Azam yang bawa. Sebab Kak Huda, Ruby ngan member dia lambat sampai, kitorang lagi tiga orang ni naik kapal terbang sendiri. Owh, sebelom naik isi perot dengan makan kat Marry Brown dulu.

Sebelum berangkat, kat LCCT.

Skarang pukul 5.25pm. Dah berada dalam flight ni lebih kurang tiga jam. Punggung ada rasa sikit kebas la. Hehehe....but still maintain. Plane agak kosong. So ramai gak yg grab kusi kembar tiga untuk baring. Aku.....cam malas nak gerak. Duduk je la tepi Kak Zura kat kusi 45C ni.

Katanya perjalanan hingga ke Incheon ni ambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam. So, ada dalam empat jam lagik. Bersabar.

Ini keadaan dalam flight. Ramai dah mula tidur or baca buku. Kak Zura yg dok sbelah aku ni pon tengah khusyuk baca novel cinta.
 Ini muka Kak Zura yang khusyuk baca buku citer cinta - koyaaaaa.
Inilak aksi Nit tengah membaca buku citer. Gaya cam dah sampai Korea lak ngan belit mafla kat leher. Hahaha....adoiii dengan bau minyak angin dia...aku pon mabuk ni ha.
Ini yang paling syok. Kelas gitu Kak Huda!!! Ada gaya mem kayo!!! Ngan bantal leher dia beli online, siap ngan selimut and penutop mata. Woooaaaaa....cayalah!!! Pic agak gelap giler, maklumla sume org tido dgn lampu tutup, plus....quality camera ipad2 ni agak kureng sket.
 
Dan inila posing aku dalam kebusanan....siap soh akak kesayangan sbelah ni berposing sekali. Dengan muka berminyak, lemak berkrim...leh goreng telor mata kobau. Adeh, laporlak tetibe.
Dan ini hasil daripada prangai aku yang gatal suka coba bende2 lain dari yg lain. Member2 lain sume order nasi lemak. Aku je yg ngada order International food. Bila dah sampai food atas meja kecik ni, dah tak terkata apa dah. Padan ngan muka sendiri! Mix Thigh Bulgogi kot nama dia. Telan je la.
 Pandangan luar, matahari terbenam. Okey uols, wujudkan mood jiwang....baru best!!!
Haa....yang panjang tirus runcing tu...kalo ada sesapa tatau...itulah sayap kapal terbang. Cliche uols, naik kapal terbang wajib amik gambar sayap ni. Konon ini bukti kite berada dalam kapal terbang tu. Kelassss!!!
Masa dah nak sampai.....muke busok!!! Pukul 8.00 mlm. Sebabkan lampu kapal terbang ni dipasang, sume org terpaksa bangun. Inilah masa untuk membersihkan mata...hahahaha!!!
Tiba kat Incheon International Airport, terpaksa menebeng dulu smentara nunggu Umair datang. Pengalaman yg terjadik kat sini: aku bazirkan 10,000 won beli kad tepon kat sini. Huwaaa....nak tepon umah punya pasal. Skali takle pakai daaa....

Ada sesape nak tak? Masih ada dalam akunye dompet duit. =P

Pukul 12.06am, masing2 lapar lepas check-in kat Patio Inn Hotel, Incheon. Kitorang dibawa ke restoran kat bawah hotel.
Patio Inn Hotel, Incheon
Lapor. Tapi posing dulu mentara food sampai. Maklumlah, kat atas flight aku telan lauk bulgogi. Hahahah....
Bergambar kenangan ngan pakar pemotong ikan. Ahjussi ni tugasnya siang ikan je. Tapi tempat duduk dia sangat special. Macam tauke lak. Muka sangat cengeh gile. Dok perhati kitorang makan, siap datang mengajar lagi cara makan yg betol. Ahjussi, mashisayo!!!

Lepas kekenyangan, masing2 balik hotel. Tidur. Esok kene bangun awal untuk jalan2 sekitar Seoul.

2 comments:

nittrell said...

Amboi2...kutuk mafla n minyak angin aku ek...sjuk ar + nk koya awal2 before smpi.....tp keciwa sikit sejuk disana tak spt yg dibayangkn..takpela...layan je la!!

rena cruzee said...

okeyla cuaca hari tu. kalo lebey rendah, susah kita nak bergerak. kejong kaki, ko yang susah.