Wednesday, March 11, 2015

Hidup Baru, Tanggungjawab Baru, Semangat Baru!!!

2 Ogos 2015.

Kalau aku nak kenang balik semua perkara yang dah berlaku tahun ni, macam tak caya je baru bulan Ogos! Banyak gile!

Sejak bulan Mac hari tu...lepas sambut birthday aku, arwah abah meninggal, ibu warded kat spital, athma aku asek said 'hi', gado2 ngn adik lelaki aku and gado2 lagi ngn kakak aku sebelum Raya...adoiii!!! (Yes, aku mengaku aku bukan perfect. Aku tak baik but at least aku cuba jadik a better person.) 

Memang dugaan tahun ni...aku berdoa sangat jadikan aku seorang manusia dan hamba Allah yang lebih kuat dan matang!

Aku tahu dan percaya, Allah SWT bagi aku semua ujian2 ni hanya untuk ingatkan dan rapatkan lagi aku pada Dia. 

Hidup ni tak lama. We never know bila kita akan pergi...kembali padaNya. Hidup hanya sekali and yes, we should enjoy it!

"Enjoy" pada definition aku ialah enjoy semua nikmat yang Allah dah bagi dengan sebaik-baiknya. Secara zuhud. Keluarga yang bahagia, umur yang panjang, kesihatan tubuh badan, redzeki yang melimpah ruah, kekayaan harta dan kecantikan luaran dan dalaman, perkongsian nikmat dengan sesama manusia, perhubungan dan persahabatan berkekalan and yang paling penting, iman dan asas agama yang teguh kat hati. Aku nak enjoy kat dunia, supaya aku leh enjoy kat akhirat nanti! Insha Allah.

Alhamdulillah, aku banyak belajar dan kenal diri sendiri. Aku nampak banyak sangat ruang yang perlu ditambahbaik. 

Bukan semua pengalaman kurang baik yang aku hadap tahun ni. Banyak jugak yang manis, dan sekiranya aku bukan orang yang tahu bersyukur, aku mungkin buta dan takkan nampak.

Sepanjang Mac sampai skarang, alhamdulillah:
1) Yup, berat aku turun agak banyak!!!
2) Penyakit athma aku dah lama takde
3) Aku ada lifestyle baru yang sehat
4) Ibu aku sihat gak
5) Aku dapat kenal lebih rapat ngn kengkawan skolah aku
6) Aku dapat banyak kawan baru ~wink!
7) Paling terkini...esok bermulalah a new chapter untuk aku kat tempat keje. Den baru nek pangkat! Yiiiihaaaa!!!

Sebelum ni, family, boh, kawan seopis, kakak2 angkat...adik2 angkat ngn abang2 angkat...ehhhh...sume bagi nasihat supaya balance kan life aku. Jangan asek keje je. Arwah nenek aku dulu pon suke membebel sbb cucu dia ni kuar umah lepas suboh, sampai umah dah nak masuk Isya'. Payah nampak matahari, katanya.

Skang, aku dah tukar semua priority hidup. Bermula Mac 2015...alhamdulillah sampai skang aku lebih fokus kat diri sendiri. 

Problemnya satu je skarang ni...hmm...esok aku nak report duty dengan post baru, tapi smangat keje aku ni dah merudum dah. Tak macam dulu. Acanner?

Aku ada sampai tengah malam ni untuk tanam balik semangat keje aku. Hidup baru, tanggungjawab baru, semangat baru...aku kene take this seriously. Aku takmo kene tanya kat akhirat nanti. 

I know I can do this!!!

Okay, i better start climbing!!! =p

Kepada Dia Kita Kembali

11 Mac 2015.

Allah...Allahu Akbar...

Pagi tadi adik lelaki aku telefon. Sangat mixed feeling sbb aku tatau sangat nak react macam mana dengan adik kecil. Nampaknya aku kene carik masa utk jumpa dia on weekends nanti.

Petang tadi ibu baru keluar dr ICU. Alhamdulillah, ya Allah. Hari yang memenatkan fizikal dan mental. Doktor bgtau asid dalam darah ibu agak membahayakan. Terpaksa buat dialysis. Bende yang kitorang paling takut nak dengar. Meleleh air mata ibu tadi.

Alhamdulillah, dialysis selama 2 jam je. Aku nengok muka ibu macam glowing lak. Takyah minum collagen dah. Hihihi.

Sampai umah, agak flat gak. Dengan hadap adegan2 kecil yg buat sesak dada sekejap, Athma aku sekejap. Sekarang dah ok. 

Baru dapat tarik nafas lega. Baru boleh proses apa yang berlaku. Baru perasaan sedih tu datang....

Abah aku meninggal hari Isnin, 9 Mac 2015, pagi jam 3am. Sempit rasanya aku nak bernafas bila teringat phone conversation aku ngan abah bulan Jan hari tu. Abah nak jumpa. Aku bagitahu, aku gi umah dia bulan Mac. Kenapa Mac? Sebab aku nak share bonus aku....

Bulan Mac abah pergi....

Hmm...I guess tak guna dah kalau aku sebut 'kalaulah aku tahu...'

Gila aku tak sedey???

I have to live sepanjang umur dengan ingatan ni. Itu hukuman untuk aku. Dah tak boleh nak edit untuk jadikan happy ending. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan muslimin yang beriman.

Ampunkan dosa Angah, for not being a good daughter to you, Bah. Agak2nye sempat tak abah maafkan dosa2 aku? Apa yang abah fikirkan sebelum pergi? Ralat gile rasanya.

Kata makcik, abah meninggal sebab athma. Pergi dalam tidur. Wallahualam.

Yang aku tahu, ini bukan masa untuk aku menyesal. Aku kene banyak2kan doa untuk abah. Itu je cara aku tebus balik dan sedapkan hati.

Dan, aku juga perlu pay more attention kat ibu. Permintaan ibu, jangan ditunda2. Takmo pisang berbuah dua kali.

Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali.