11 Mac 2015.
Allah...Allahu Akbar...
Pagi tadi adik lelaki aku telefon. Sangat mixed feeling sbb aku tatau sangat nak react macam mana dengan adik kecil. Nampaknya aku kene carik masa utk jumpa dia on weekends nanti.
Petang tadi ibu baru keluar dr ICU. Alhamdulillah, ya Allah. Hari yang memenatkan fizikal dan mental. Doktor bgtau asid dalam darah ibu agak membahayakan. Terpaksa buat dialysis. Bende yang kitorang paling takut nak dengar. Meleleh air mata ibu tadi.
Alhamdulillah, dialysis selama 2 jam je. Aku nengok muka ibu macam glowing lak. Takyah minum collagen dah. Hihihi.
Sampai umah, agak flat gak. Dengan hadap adegan2 kecil yg buat sesak dada sekejap, Athma aku sekejap. Sekarang dah ok.
Baru dapat tarik nafas lega. Baru boleh proses apa yang berlaku. Baru perasaan sedih tu datang....
Abah aku meninggal hari Isnin, 9 Mac 2015, pagi jam 3am. Sempit rasanya aku nak bernafas bila teringat phone conversation aku ngan abah bulan Jan hari tu. Abah nak jumpa. Aku bagitahu, aku gi umah dia bulan Mac. Kenapa Mac? Sebab aku nak share bonus aku....
Bulan Mac abah pergi....
Hmm...I guess tak guna dah kalau aku sebut 'kalaulah aku tahu...'
Gila aku tak sedey???
I have to live sepanjang umur dengan ingatan ni. Itu hukuman untuk aku. Dah tak boleh nak edit untuk jadikan happy ending. Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan muslimin yang beriman.
Ampunkan dosa Angah, for not being a good daughter to you, Bah. Agak2nye sempat tak abah maafkan dosa2 aku? Apa yang abah fikirkan sebelum pergi? Ralat gile rasanya.
Kata makcik, abah meninggal sebab athma. Pergi dalam tidur. Wallahualam.
Yang aku tahu, ini bukan masa untuk aku menyesal. Aku kene banyak2kan doa untuk abah. Itu je cara aku tebus balik dan sedapkan hati.
Dan, aku juga perlu pay more attention kat ibu. Permintaan ibu, jangan ditunda2. Takmo pisang berbuah dua kali.
No comments:
Post a Comment