Sunday, July 8, 2012

Tak Mengapa Orang Nak Kata Apa

Memula aku nak taip panjang lebar untuk post kali ni. Dah tulis pon, uploaded pon, tapi aku deleted

Rasa cam tak best lak citer pasal orang len kat blog aku. 

Mende yang aku nak share sebenarnya ialah mende yang sangat general. Berlaku kat mana2 sekali pon. Untuk peringatan kat diri sendiri gak. Jangan mengata orang. Kadang2 tu memang tak boleh lepas daripada sesi gossip-menggossip ni. Maklumlah, nak buat sesuatu perkara baik teramatlah susah. Tapi untuk buat perkara yang dilaknat oleh-Nya, dalam sekelip mata pon boleh! 

Bagi sesapa yang pernah senasib dengan aku, pernah dilabelkan sebagai manusia "bossy, gila kuasa dan gila nama", that is not the end of the world. Tak mengapa orang nak cakap apa, betul ke tidak ke, kita dengar saja....sambil cuba perbaik diri sendiri. 

Macam aku, dalam kesuntukan masa kejar timeline projek, aku rasa ada kelebihan gak jadi seorang yang bossy, gila kuasa atau gila nama macam yang orang label aku. 

Sekurang2nya, aku rasa bertanggung-jawab untuk pastikan produk aku nanti satu mende yang sukses. Tanpa rasa tanggung-jawab, atau ownership, kita akan jadi orang yang hanya pandai bercakap je. Action na-da! Kita akan jadi sama dengan orang2 lain. 

Bak citer Greys Anatomy tu, ada golongan Do-er dan jugak Follower. Nothing's wrong being both. Itu pilihan kita.  

Note: Walaupon mati2an aku rasa label yang orang bagi kat aku tu melampau over dan tak betul, aku tak perlu melatah. Itu pendapat dia. Aku tak boleh nak suruh dia ubah pendapat. Tapi aku ada hak untuk ignore dan maju ke depan. Jangan jadikan kata2 orang sebagai penghalang kejayaan kita. 

Owh ada orang pernah bagitau aku, selalunya orang yang suka labelkan orang lain gila kuasa or whatsoever ni, orang tu juga dua kali lima. Sebab hanya orang gila kuasa etc yang tak puas hati dengan orang gila kuasa yang lain. Kat satu tempat, hanya ada satu Queen sahaja aa....(ni kes tak puas hati laa). Aku fikir2...hmmm ada logiknya! 

Buat je keje sendiri, jangan pedulikan depa!