Friday, February 10, 2012

Wahai Hati Yang Lemah

Do you like this post?
Beberapa hari ni aku tak berapa sihat. Bukan sakit fizikal. Tapi sakit dalaman yang bagi aku lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Sakit yang susah untuk ubatkan. Aku sakit hati.

Terasa musnah jugaklah usaha aku dalam masa sebulan ni. Usaha untuk jadikan hati aku lebih kuat dan tetap daripada sebelumnya. 

AKU GAGAL. 

Aku gagal jaga mulut. Gagal kawal tingkah-laku. Aku gagal jaga HATI. Hasilnya, aku balik umah beberapa hari ni dengan hati yang sakit dan perasaan macam nak cekik2 orang. Still --- aku masih rasa tak puas hati. Rasa penat sangat. Sebab takmo ahli keluarga aku tau aku down, aku terpaksa nangis dalam toilet. Salah tempat rupanya --- tempat tu lagi laa banyak syaitan. Patutla lagi worse. =)

Gara2 sakit hati dengan orang, minggu ni aku escaped gi kelas ngaji sebab tak dapat kawal hati. Bila tulis balik kat sini, baru nampak apa yang dah berlaku dan mula dapat berfikir ngan rasional. Auwwhhh....gagalnye laa aku!!! Aku jugak yang rugi. =(

Aku berjaya biarkan syaitan kuasai aku. Aku berjaya biarkan orang lain mempengaruhi emosi dan kelakuan aku. Kebetulan pulak now dalam tempoh cuti daripada mengamalkan ubat-ubat penenang hati. Terasa hati ni sangat serabut. Mungkin serabut sebab kurang dzikrullah.

Pagi ni aku bangun tidur, tiba-tiba rasa macam makin jauh pula dari Allah SWT. Naudzubillah. 

Aku gi kelas pagi ni, Ustaz ada sebut do'a untuk teguhkan hati supaya istiqomah pada agama dan Yang Maha Esa. Ustaz pon ada sebut, bila hati dan jiwa kita kosong dengan dzikrullah, qarin kita akan menguasai. أستغفر ال

Perlahan2 aku relate ngan diri-sendiri. Lalainye lah aku....(Sigh). Apa yang berlaku kat aku dalam beberapa hari ni cuma ujian kecil je. Tu pon aku tak dapat tahan sabar. Aku hampir putus asa and almost buat bende bodoh yang boleh beri impak kat masa depan aku. Tu semua bukti yang hati aku masih belum kuat. Masih tak teguh. Masih lemah. 

Aku masih lalai pada Allah SWT. أستغفر ال

So, untuk lebih berjaga2 pada masa depan dan dengan nawaitu ingin berkongsi dengan uols, aku post kan do'a2 amalan ni kat sini. Insha'Allah, semoga hati kita sama2 lebih kuat dan dihindari penyakit.

Aku takmo gagal lagi.
Ini janji aku. Ya Allah SWT, bantulah hambaMu yang lemah ini.

Wahai hati aku yang lemah dan parah, 
Demi Allah SWT aku akan cantumkan semula cebisan yang luka dan terkoyak itu. Tak kisahlah kena tampal plaster, celotape, gam atau perlu dijahit sekalipun. Insha'Allah, esok hari hati aku akan sembuh dan sihat. Malah lebih sihat daripada hari2 sebelumnya. Aku akan hiasi dan indahkan hati aku dengan dzikrullah. Insha'Allah.

Do'a di bawah ini adalah do'a agar kita tetap tegar dan istiqomah pada agama yang benar. 

اللهم أعني على ذكرك وشكرك، وحسن عبادتك
“Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatika’"

Artinya: " Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu dan bersyukur kepada-Mu, serta agar bisa beribadah dengan baik kepada-Mu"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Mu’adz, “Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu. Maka janganlah kamu lupa untuk membaca doa di setiap akhir shalat. (HR. An Nasa’i [1303]  dan Ahmad [21614]  Sahih Sunan Abu Dawud. )


يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik' 

Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” 
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792] 

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك 
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik' 

Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu” [HR. Muslim (no. 2654)]

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ 
'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika' 

Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ 
'Rabbanaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab' 

Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7) 

2 comments:

Farrah MF said...

Valuable share, sis! Boleh juga amalkan buat sunat hifzil iman & awwabin. Insya Allah, hati dan diri kita akan kekal di jalan-Nya :)

Rena^CRuZee said...

Hifzil iman & Awwabin --- kene google lagi ni. Hehehe err ada dlm Ensiklopedia tu tak? But thx a lot!!!