Sunday, October 23, 2011

Persembahan Koir-Kelam-Kabot

Do you like this post?
Ini ceritera pasal persembahan koir. Bukan cerita lawak. Bukan jugak cerita serious pon. Tapi satu cerita yang seronok pulak untuk dikongsi ngan member2 lain.

Jumaat, 14 Oktober 2011 dalam pukol 5.00 petang aku terima call daripada bebudak koir (BBK) - Ecah ngan Pip. Depa tanya samada aku okey tak kalo group koir buat persembahan untuk satu event opis. 

Masa diorang tanya, kepala aku tengah busy mengira dokumen2 projek. Jadi aku tak paid attention sangat. Lagipun, hal hiburan compared to keje....rasanya hiburan ni leh tunggu kot? Kebetulan lak diorg tanya time masing2 nak balik. Jadi aku tanya balik, "You all okey ke?"

Pip cakap OK. Ecah pon. So, aku malas nak pikir panjang, aku cakap, "Korang ok, aku ok."

Bile aku balik ke meja aku, one of my colleague lak tanya the same question. Dia soh aku kompemkan cepat coz management tunggu keputusan. So, aku mintak tolong dia bagitahu, we all ok. Setuju. (And thanks to her kerana jadik orang tengah!)

Dah setuju, baru aku perasan yang event tu akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi. So tolak, tambah, kitorang ada masa dalam sehari lebih je untuk prektis. Tru Facebook, aku gathered bebudak koir jabatan lain. Berjaya jugak kumpulkan dalam 20 orang.

Kalo pikir balik, memang keje gile. Sebab kitorang lom kenal habis pon dengan sukarelawati2 yang sanggup nyanyi last minute ni. So, langkah pertama --- berkenal2an dulu. Then barulah bahagi kepada dua kumpulan : Soprano 1 & Soprano 2.

Kitorang amik positive je. Setakat nyanyi lagu rasmi opis, takkanlah complicated sangat? So, aku bersyukur gak ngan bebudak muda yang join nyanyi koir ni. Diorg siap sanggup stayed back untuk prektis sendiri.

Dapat arahan daripada pengurusan, soh kene pakai baju yang ada warna hitam-putih-biru-merah. 

Hari Isnin tu, bergegas la pulak meredah hujan semata2 nak beli bunga and ribbon yang ada warna merah-biru. Masing2 kene pakai shirt putih, slack/skirt hitam dan blazer hitam. Hal pakaian selesai!

Hari Selasa lak, memang rasa kelam-kabut sikit. Pukul 2.00 petang kitorang dapat masa kelepasan untuk terus rehearsal kat dewan. Steps tak buat lagi. Full dress pon lom tengok lagi camne ghupa. Bila dah nak mula nyanyi, terima arahan lak kene nyanyi pelan2 sebab VIP dah ada kat luar. 

Camne perasaan aku? Hahahah --- speechless gak masa tu. Tapi aku kontrol gak. Amik jalan selamat, steps buat yang paling basic je. Yang penting, time bebetul nanti, bebudak koir ni kene nyanyi kuat2.

Masa event berlangsung, aku tak sempat nak soh sesapa amik gambar. So, yang sempat cuma video yang anak Kak Noi rakamkan ni je la untuk buat kenang2an. 

Lawaknya, inilah jadi kalo perakam video pon excited nyanyi. Wakakaka....hujung2 tu, dah takde dah gambor kitorang. Kite tengok je la lantai ngan pokoknya. Hahahaha....

Owh, btw --- selesai buat persembahan, kitorang dapat pujian from CEO and Jumaat lepas, aku dapat mesej from pengurusan untuk tubuhkan kelab koir opis untuk kegunaan event2 masa depan.

Chaiyokkk!!!!


No comments: