Wednesday, October 19, 2011

Tenanglah, Kejahatan.....

Do you like this post?
Tenanglah, Kejahatan.....

Kata ibu, masa aku kecik2 dulu....tu maksud nama aku. Walaupun sebenarnya ibu kelentong je, tapi aku rasa aku betul2 harap dapat bertenang wat masa skarang ni. Hati, tenanglah....Jangan wujudkan secuit pun kejahatan dalam hati aku. Please, ya Allah SWT. Tolong aku. 

Beberapa hari ni rasa macam tak sihat. Seriously. Jantung aku ada masa, macam berhenti berdenyut. Ada masa laju pulak dia berdenyut. Rasa panas je. Sangat lain macam! Aku cuba gak busykan diri wat macam2 benda. Lastnye, aku end up kepenatan at the end of the day. Demi Allah SWT, aku tatau sejak bile jadik cenggini. Tetibe je. Sejak hujung minggu lepas rasanya. Sakit ke aku? Kalau inilah ujian untuk aku, aku takot tak dapat bertahan je.

Kepala aku takleh fokus. Lain yang aku fikir, lain yang aku buat. Akal kata lain, hati kata lain. Poning den. Macam2 mende yang bukan2 aku fikir. 24 jam pale aku asek melilau. Pantang usik sikit, air mata ni boleh kuar je meleleh la pulak. Kompius aku. Dulu tak penah pon kene camni? Syaitan banyak sangat yang mengganggu. Maybe ini gak petanda aku kene amik cuti, restkan diri. Jangan ada penyakit bahaya sudah, nauzubillah. Aku kene lawan.

Time2 camnilah aku mula rindu kat arwah nenek. Dengan ibu, aku tak boleh nak share semua bende. Ibu punye emosi pon slalu tak stabil. Tak sanggop nak tambahkan beban kat pale dia. Aku baru nak start, pressure ibu lak tak terkawal. Kejap dia hypo, kejap hyper. So better lah pendam je problem (whatever it is...) ni sensorang. Kena terima je, kalau sakit pun, redha je lah. Kalau mati pun, kubur memang untuk seorang. 
"Ya Allah SWT, peliharalah aku daripada melakukan sebarang kejahatan. Lindungi aku daripada kejahatan dunia. Sayangilah aku dengan kesihatan dan kesejahteraan. Jadikan aku seorang yang baik. Aku tak mahu menjadi musyrik. Aku takut menyekutukan Mu dengan ingatan aku kepada yang lain. Tabahkan aku, ya Allah. Kuatkanlah aku. Jauhi aku daripada sebarang kemudaratan. Hanya Engkau yang memiliki aku secara mutlak. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku." 
It's just a matter of time, insyaAllah. Bertahanlah. Kalau yang terbaik untuk aku, lupekan sumer bende yang sesakkan kepala, lupakanlah. Redha je.


إِن كُلُّ نَفْسٍ لَّمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ

Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya). 
 Surah At-Tariq, Ayat 4. 

No comments: