Wednesday, May 14, 2014

Selamat Hari Guru!

Do you like this post?
Selamat Hari Guru!

Bulan Mei yang terlalu banyak dengan hari2 menghargai orang tersayang....

Kalau dalam keluarga aku, bulan Mei ni memang bulan istimewa untuk ibu. Ibu sambut hari lahir, hari ibu dan jugak hari guru.

For those yang has no idea nak beli apa --- aku leh recommend untuk beri personalised cards untuk guru2 uols (atau guru2 anak2 uols --- ha ha ha!) Lately, aku banyak order cards daripada Crafts Belvedere. Kad yang sangat comel, siap dengan nama penerima lagik! Maklumlah, keje dari pagi sampai petang (hmm --- alasan) dan kengkadang terlupa atau susah nak carik hadiah sesuai untuk insan2 istimewa yang diraikan ni. Lawat jek blog minah ni dan terus buat tempahan!

Setakat ni, aku puas hati giler berurusan ngan si pemilik online shop ni (ha ha ha --- dia ni tinggal dekat area umah aku jek!) But seriously, sangat worth it!!!

 Kad buat Cikgu Sha. Ada sewing machine lagik tau!

Once I uploaded the above pic on my FB account, ramai lak member2 yang mintak aku tempahkan. Hmm --- kalo aku kenekan charge rasanya leh kaya tak? Ha ha ha. Taklah fren, aku tolong tempahkan ngan seikhlas hati jer ni. 

Kat bawah ni antara kad2 yang ditempah oleh kengkawan opis aku. Cucilah mata! Jangan lupa singgah ke Crafts Belvedere ya!

Aku juga nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia! Tetiba rasa rindu giler ngan guru2 sekolah lama aku. 

Cik Aisah, Ustazah Einee, Cikgu Poyah, Cikgu Habsah, Cikgu Rafidah, Mrs. Lim, Cikgu Meor, Cikgu Hadi dan semua guru2 kat Sekolah Seri Puteri Jalan Kolam Ayer, KL, batch 1994 - 1999 ----- minta maaf sekiranya saya tertinggal nama. Sesungguhnya, saya seorang manusia pelupa. =P (Saya ingat muka, tapi walaupun dah perah kepala, masih tak muncul2 nama tu!)

Untuk Teacher Mindy, favourite teacher aku kat Sekolah Kebangsaan Kuang --- Missed u soooo much!

Terima kasih, semua. Jasa dan susah-payah cikgu sangat saya hargai hingga kini.

No comments: