Monday, March 24, 2014

Sambutan Gong Xi Opis Aku

11 Feb 2014

Sambutan Gong Xi Fa Cai opis aku kali ni agak menarik wooo...

Ada tarian singa!!! Jakun aku nengok singa tu tergedik2 makan buah.

As usual, aku dan geng dijemput menghadiri sambutan tu sebab dapat tiket spesyel. Kene nyanyi lagu Gong Xi Fa Cai laaa...

10 orang yang terlibat, kitorang nyanyi lagu Kuda-Kuda. We had fun. Enjoyed ourselves!

Sebelum mula acara....
Sebelum mula menunjukkan bakat seni terpendam
Di sebalik tabir...seekor singa gedik
Gong xi...gong xi...
Mula beraksi....
Dikepit adik-beradik

Macam2 A Lah Sangat!!!

3 Feb 2014

Ini aktiviti Puspanita yang Biro Pendidikan anjurkan. Gi nengok penggambaran kat studio Finas.

Satu pengalaman yang baru, menarik dan memenatkan!

Yang pasti, kalau nak repeat experience, aku akan pikir 10 kali. Aku ni tak ske sangat nak fake2 senyum. Hu hu hu rasa terseksa jiwa dan raga. Kira tabik springlah pada mereka2 yang berjaya di bidang seni neh. Aku tak mampuuuu.

Pintu Utama Finas
Peace dulu...
Ngan Mawar...muah muah

My Cute Braders

14 Jan 2014

Ha ha ha --- salah satu angan2 aku tahun ni ialah nak jadik blogger yang rajin menulis! Failed.

Smangat amek piccas sana-sini, tapi balik umah je --- terbungkang kepenatan. 

Mungkin faktor usia aku kot --- ha ha ha. Kat opis bukan men berlari2. Aku cintakan cabaran, kunun. Skang ni sampai umah dalam jam 9.00 malam, aku tros flat. Jangan harapla aku nak melayan orang memalam skang ni.

Okay, tarikh sebenar hari ni ialah 24 Mac 2014. Sebabkan aku nak buktikan smangat aku tu bukan 'hot2-hen-shit', aku gagahkan jiwa raga plus kedua2 belah kelopak mata aku utk cover balik cerita2 yang aku terlupa nak update. Chaiyokkkk!!!

Weekends, aku, Along, Kak Dah dan ibu cadangnye nak jenjalan...shopping la. Tetibe dalam perjalanan cam teringat2 kat abah dan adik2 comel aku. Melenconglah kitorang ke umah baba.

So, inilah hero2 merangkap braders aku:

Along dan Along, Angah dan Angah
Aku ni tak pandai sangat ber-adek. Tapi jakun nak friendly2 gitew.
Sesaje test app baru. Jeng jeng jeng...main combine2 piccas, uols!

Bagi kengkawan sume, aku announce pada semua, aku ada 3 orang adek lelaki!!! (Aku tak berniat nak sembunyi, cuma lupa nak cerita jek!)

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014!!!

Yeay!!!

Dah masuk tahun baru. Hari ni merupakan hari yang sangat TIDAK produktif bagi aku. Sebab tido sepanjang hari --- ha ha ha apa laa yang memenatkan, aku pon x sure. Orang lain sibuk berpiket2 dan ber celebrate tahun baru kat tepi jalan raya, aku sambut atas katil. Lebih aman gitew. 

Rasanya penat tahun 2013 dah di cover setelah bangun tido tadi. Yeeeeaaaahhh!!! Alhamdulillah. Rasa sangat segar pulak malam ni.

Okay, nak mengenang semula cerita2 best dan 'kureng' best yang berlaku sepanjang 2013 ni, tak guna jugak sebab past is past --- cheewaaahhh. Takleh pusing balik masa tu pon. Tapi untuk mengenang dan ambil iktibar supaya aku dapat improve untuk tahun 2014 ni, why not, kan?

Yang pasti, azam tahun 2013 tak berapa banyak pon aku pasang. Boleh dikatakan aku hampir capai 98%. Satu pencapaian yang paling mantap sepanjang idop. Alhamdulillah. Tahun 2014 ni aku kene UP sket, bagi lebih bermakna, kan?

Banyak juga pengalaman yang aku dapat dan belajar tentang agama, real life, family, friendship dan career. Boleh dikatakan setelah berusia 31 baru aku tahu tentang mende2 ni. Siapa kata satu kehidupan itu sangat mudah? Ha ha ha.

Tahun 2013.

Alhamdulillah, ALLAH SWT jemput aku semula menjadi tetamuNya. Satu pengalaman yang penuh bermakna sebab kali ni aku ke sana dengan ibu, Uje, Dhila, Aunty Chah, Aqib dan Ya. Memang berlainan dengan tahun sebelumnya! Buat pertama kali dapat makan Al-Baik! Best!!! Ha ha ha. Kalau 2012 aku dapat sambut hari lahir aku kat Madinah, tahun 2013 ni aku berjaya khatam Quran kat Madinah. Seronoknya, Allah SWT je yang tahu. Syukur alhamdulillah sangat.

Dan yang paling penting, aku belajar tentang diri aku --- hamba Allah yang sangat lemah dan banyak kekurangan dalam ilmu tuntutanNya. Terlalu banyak yang aku kene baiki tentang diri. Entah sempat, atau pun tidak. Aku berdoa semoga Allah berikan aku masa yang cukup untuk menyediakan diri sebagai calon ahli syurga. Ameen.

Tahun ni jugak aku dapat tambah ramai kawan baru. Adik-beradik koir aku. Tambah kenalan pon dapat perbaiki diri. Terbentuk sebuah keluarga baru 'Armonia de EPF' dan dapat banyak juga pengalaman yang boleh meningkatkan mutu hidup. Kekalahan yang aku dapat pon boleh dijadikan api untuk bakar semangat aku. (Hmm --- cumanya, bila bercerita bab2 koir ni aku konflik sket. Aku ada jugak bercita2 untuk berhenti 'berseni' ni tapi kene carik masa sesuai.)

Jawapan 'masa sesuai' ni hanya aku sorang je yang boleh jawab. Kalau nak tunggu 'masa sesuai' rasanya sampai bebila la aku tak berhenti, kan? Okey Rena --- chaiiyokkk!!! Yang penting aku kene make sure jangan sampai me'lagha'kan. Insha Allah, akan tiba masanya tu. 

Balik je daripada menunaikan umrah, aku diuji dengan kemalangan kereta kat MEX, kene sapu dek angin lintang. Sekali lagi, syukur alhamdulillah sangat, kereta aku yang terbabas ke divider jalan tak jatuh ke bawah bukit tu. Dahlah aku tengah bawak anak angkat aku balik SSP masa tu. Kalo pape jadi, naudzubillah --- susah jugak aku nak hadap. Pengalaman ini mengajar aku tentang mati. Dah ready ke aku? 

Selain tu, tahun 2013 ni jugak aku dapat Anugerah Perkhidmatan Bakat utk tahun 2012. Heee --- satu pengalaman yang manis sekali. Gambar aku dan CEO kat pentas masa amek hadiah --- Serious, cam adek beradik uols!!! Alhamdulillah.

Yang paling penting sekali --- aku berjaya rapatkan semula ikatan keluarga. Aku belajar bertolak ansur dan tak menjadi anak yang kurang ajar. (Still struggling ni - ha ha ha). Aku belajar menyayangi semua orang dalam keluarga aku. Aahhh, romantis nya perasaan --- aik??? Ha ha ha.

Lagi, hmm --- aku berjaya ubat penyakit jiwa yang 'serang' aku pada tahun 2012. Alhamdulillah lagi. Dalam hal ini, Allah banyak sangat bantu aku. Haaa --- kengkawan, sesungguhnya dzikir itu memang ubat penyakit hati. Insha Allah.

Tahun ni jugak satu berita yang mengejutkan (Allah's miracle) kitorang terima --- ikut hasil med check up ibu yang latest, ibu macam takde penyakit glaucoma pon. Which kalau ikut statement renal docs yang sebelum2nya, we had to prepare for the worst. Ibu akan 100% blind dalam masa 3 - 5 tahun. 

Doctor bahagian kidney pulak dah scheduled for operation untuk buat saluran kat lengan ibu --- utk preparekan diri just in case kene dialysis. Tapi bile tiba hari operation tu, ibu tetiba warded disebabkan penyakit lain dan perlu buat minor operation lain lak. Dan terpaksa postponed operation dialysis prep dari masa ke semasa --- sampai ke tahun ni. Last checked, bacaan kidney ibu semakin baik. Allah, besarnya kuasa Mu!!!

Aku juga berpeluang melihat tempat2 bumi Allah yang cantik --- Dubai dan Istanbul. Mashaa Allah, cantik giler! Banyak tempat yang mengingatkan aku kepada kehebatan Pencipta. (Gambar2nye masih lom sempat aku kumpul daripada semua yang pergi untuk dikongsi dengan uols). ;) 

Last quarter of the year pulak aku diuji di tempat kerja. Alhamdulillah jugak, Allah beri aku beberapa jalan penyelesaian untuk aku pilih. Dan hari ni aku boleh kata, I've made the best solution. Again, terima kasih Allah. Dengan ujian2Mu, aku tahu aku tidak sendiri. Aku juga jadik lebih matang dan kuat.

Beberapa hari sebelum tahun baru juga, Along jumpe tabung aku berisi duit2 syiling RM0.50 yang nenek simpan dalam almari pakaian dia. Huhuhu sedihnya. Rindu kat nenek. Tahun 2014 ni dapat duit saku. Owh, cerita pasal arwah nenek --- tahun ni, pokok rambutan nenek masih berbuah cuma isinya tak berapa lekang berbanding sebelum2nya. Alhamdulillah. Redzeki tahun ni. Sempat juga diagih2kan pada jiran sekeliling dan juga kengkawan seopis.

Dan --- cerita penutup tahun yang paling adventurous ialah kes u-u (cik panjang melingkar) sempat bertukar kulit kat toilet umah blakang. Selamatkanlah kami daripada sebarang bencana, ya Allah.

Dengan pelbagai pengalaman dan cerita2 menarik yang aku tempuh sepanjang 2013 ni, aku tahu aku perlu perbaiki banyak lagi bende. Aku tak boleh mudah berpuas hati dan berputus asa untuk berjaya dalam dunia dan akhirat.


Doa Tahun Baru 2014
- Semoga aku dijemput Allah menjadi tetamu rumahNya lagi di tahun2 hadapan. Nak gi haji, Ya Allah! Heee....;) Panjangkan usiaku dan berilah kesempatan untuk aku perbaiki lagi diri untuk menjadi muslimah berpandukan tuntutan agamaMu.

- Semoga aku dan keluargaku diberikan kesihatan dan kekayaan (hati) yang baik olehMu. Kukuh dan kuatkanlah ikatan kami sekeluarga. Terangkanlah hidup dan hati kami dengan cahayaMu dan persiapkan kami untuk ke jannahMu.

- Semoga aku dan keluargaku dilimpahi dengan redzekiMu yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama hamba2Mu yang lain. Semoga kami adik beradik semakin rapat dan sayang-menyayangi di antara satu sama lain. Owh, semoga pokok rambutan dan pokok manggis berbuah dengan lebih lebat lagi tahun ni.

- Semoga aku lebih tabah dan menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapaku. Semoga aku diberikan jalan untuk memberikan yang terbaik kepada ibu dan abah. Semoga Allah SWT melembutkan hati mereka terhadapku.

- Semoga aku dikurniakan kejayaan di tempat kerja. Semoga aku memperoleh gaji yang halal dan dielakkan daripada penyakit Malas. Semoga aku diberikan tenaga dan semangat yang tinggi di setiap permulaan hariMu.

- Semoga ditingkatkan darjah keimanan ku. Please, ya Allah.

-  Semoga aku tamat dan dapat sijil 'kelas jahit' aku tahun ni. Please, please, pleaseeee, ya Allah. Hi hi hi.

- Semoga tahun ini, mengajar aku LEBIH BERSABAR, LEBIH SOPAN DAN TIDAK KURANG AJAR dengan sesama manusia. Aku tahu, ini kelemahan yang perlu aku ubah.

- Dan, semoga tahun 2014 ini, aku berjaya ubat penyakit hati including makan hati, mengumpat, tidak berlagak, tidak sombong dan kufur nikmat, tidak riak / ujub, kurangkan sensitivity, tidak menyakitkan hati orang lain, tidak mengasari orang lain dan terhindar daripada penyakit2 hati lain yang seumpama dengannya. (Mengumpat yang paling payah uolss, aduiiiyaaaaa. Chaiiiyokkkk rena!!!)

Gambar yang di bitstripped kan =p
Tabung 50 sen Nenek!!!
Selamat Tahun Baru 2014!!!


Friday, December 13, 2013

Kamilah Penyambung Warisan!!!

10hb Disember 2013.

Hari re-al untuk kitorang berentap! Hahaha poyolah sangat.

Aku nengok geng sekumpulan aku neh sume ceria lain macam. Agak2nye dalam hati masing2 tahan nervous yg teramat!

Menang ke? Hahaha of cozlah KALAH! Tapi smangat aku tak pudar or padam sket pon. Tahun depan cuba lagik!!!

Ni video yang sempat kitorang rakam. Kualiti bunyi agak kureng sket. Kualiti sore lagilah....mintak ampun bebanyak! Pitching, tempo ada ke laut sket....tapi kitorang dah cuba our best!!! Itu smangat yang perlu kekalkan!!! Yeah!!!


Lagu Warisan
Punyelah susah nak pakaikan pengikat pinggang lelaki tuh!
Sume orang busy --- aku nervous gilehhh!!! Cepatla habeh. Aku rindu meja opis!!!
Lenkali aku rasa takyah le pakai bengkung2 nih. Terbongkok2 dah.
Tingkat 6 punya budak!!! ;P
 







Monday, December 9, 2013

Koir Punye Citer Lagi!!!

Hari ni hari rehearsal bagi pertandingan koir yang aku & my team joined. 

This wud be our 1st time gak masuk competition macam ni. Except bebudak pompuan yg seangkatan ngan aku ber-compete minggu lepas. Nervous aku tak sehebat minggu lepas punye. Kureng sket! Mungkin sebab dah dapat agak where we stand.

Hari ni hari STRESS.

Ramai giler orang dijangkiti angin puting beliung hari ni. Macam2 ragam aku nampak. Ada yg bengang. Ada yang marah. Ada yang frustrated. Ada yang sedih. Ada gak yang dah gave-up. Ada jugak yg dah demotivated. Hari ni last day. Esok dah nak compete ngn organisasi lain. Kenapa laa nak tarik diri hari ni?

Kepada all my frens.....exposure itu sangat penting untuk kita belajar dan menambahbaik sesuatu perkara. Tanpa exposure, kita takkan tahu kita berada di tahap mana. Haaa...tu yg memanjang dalam pale masing2 dah anggap diri sendiri selevel artis!

Apa yang berlaku hari ni? Masa rehearsal we did our level best! Tetapi of coz la our pitching tak perfect, compared to other groups yang dah prektis berpuluh2 tahun. Our team --- baru untuk pertandingan ni la kitorang blaja buat arrangement sume. In less than a week! 

So, my assumption --- aku rasa diorang ni hilang keyakinan diri untuk menang esok. 

Again, frens --- kalah dan menang itu adat pertandingan. Tak menang tak bermakna KALAH! Gunakan peluang yang ada ni utk belajar sebanyak yang boleh utk perbaiki our team.

Kalau aku nengok competitors lain tadi, memang banyak yang macam dah pro! Bila tanya, diorang mmg ada ongoing prektis. 

Selesai rehearsal di Putrajaya, kitorang sambung prektis kat gym opis lak. Aku tak dapat join sbb keje aku ada yang outstanding. Malu lak kalo tak siap. Cam tak pandai nak prioritize tasks lak. 

Papepon yang berlaku esok --- menang atau kalah --- aku akan doa yang terbaik untuk kitorang. Insha Allah, aku akan berikan my 200% tomorrow untuk conduct my team. 

Chaiyokkkk!!! Allahu Akbar!!!

Ambil placing kat atas pentas. Nak amek feel kunun...

Stayed back kat gym untuk jahit 'tepek'. Walopon sume dah kepenatan....

  

Saturday, December 7, 2013

Pengalaman Masuk Pertandingan Pertama!

Aku excited sangat nak citer ni tapi sebab mata masih ngantuk, ada control2 Garfield sket. 

6 Disember 2013. 

Ada pertandingan nyanyian berkumpulan yang kitorang kene (paksa) join. Aku susah sket nak luahkan perasaan sebab kalo nak berterus-terang sangat akan memedihkan sikit jiwa dan raga beberapa pihak.

Tapi memandangkan aku berblogging ni untuk kongsi citer2 dan pengalaman2 hidup aku or info2 yang menarik (aku rasa menariklaaa) --- aku akan cuba sedaya upaya untuk citer sambil jaga hati dan perasaan orang lain. Insha Allah.

Okay, seminggu sebelum tarikh pertandingan aku dapat emel bagitahu aku kene hantar satu team untuk pertandingan nyanyian. Bila aku tanya si penyampai, as usual dia mengadu domba la pasal semua citer yang sbenarnya aku tak perlu tahu. Orang itu marah ini, orang ini marah itu --- dan jawapan aku dijawab kat akhir pengaduan-domba dengan ayat, "Akak dah gaduh2 ngan penganjur tapi kita diwajibkan jugak hantar satu kumpulan."

Hujung tahun, beb! Kebetulan inilah masa aku berlari2 gi meeting, buat paperwork projek, drafkan project charter dan jugak review project agreement. Hari tu dah hampir nak pengsan bila kene lari2 antara keje opis dan persembahan untuk Sambutan Hari Deepavali. Minggu depan ni pun ada pertandingan koir yang kitorang masuk. Tup2 tambah satu lagi pertandingan nyanyian lak. Bayangkanlaa camner aku berlari untuk make sure keje jalan, prektis nyanyian jalan dan prektis koir pun jalan.....keje giler gak!!!

Sehari ada less than an hour utk prektis. Tu pun kitorang started dua (2) hari sbelum hari pertandingan. 

Semalam sampai je kat majlis tu, aku nengok citer yang disampaikan kat kitorang tak tally sket. Siap ada organisasi yang tak hantar team pun untuk pertandingan.

Hmm --- dalam hati aku rasa cam nak gigit2 je muka kakak yang 'suka gaduh' tu. Ooo --- tipu aku eh?

Dalam lif. Masa nak gerak ke Putrajaya.
Baru sampai, di tempat parking!
Maghrib dulu!!!

Malam smalam merupakan sejarah gak bagi kitorang. Pertama kali kitorang bertanding. Memang perasaan ada lain macam sket. Nervous. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya, kitorang tak henti2 gelak sebab ended up, masing2 berpakaian cam ahli kumpulan marhaban. Semuanya gara2 tugas uruskan pakaian diserahkan pada dua (2) orang kakak yang berusia sekitar late 40s. Imagination asal bukan men dahsat --- pakai selendang bendera Malaysia. Alih2 jadik lain! But punyalah best team aku, semua ambil secara positive. Kakak2 tu dah tolong belikan pon dah baik. Pakai je lah. 

Marhaban pon marhabanlaaa =P Pegang bendera tau!!!

Bila sampai, dapat tahu lak music hanya boleh dimainkan melalui CD player dan bukan thumbdrive, huru-hara gak perasaan aku. Aku tak heran ngan 'kakak-pengadu-domba' yang tipu aku tu. Aku risau dengan perasaan team aku bila dapat tahu, kite kene tarik diri sebab takde music.

Seb bek la aku ada backup lagu kat iCloud. Aku on iMatch, pastu synckan kat phone --- soh urusetia mainkan music gune phone aku jek. Settled! Alhamdulillah!

Masa nak pujuk urusetia tu tolong settlekan issue music aku ni, perit gak telinga dengar diorang bebel2 ungkit sebab kitorang the only group yang tak datang rehearsal. Hai laaa kakak-pengadu-domba-pembuat-citer, lenkali aku xmo dah commit kalo rehearsal kitorang pon kakak xmo uruskan!

Sepanjang tempoh pertandingan tu, dalam nervous --- aku dapat rasa yang kitorang takkan menang. Salah kitorang gak sebab tak fight untuk pergi rehearsal. So kitorang tak tahu pun mic kene susun macam mana supaya suara semua orang dengar. Kesian aku nengok team members aku jerit2 atas pentas tapi tak kuar sangat suara.

Well, kalah dan menang tu kan adat pertandingan? Doa aku semalam pada Allah, biarlah masing2 dapat pengalaman yang best dan tak kecewa sangat. Weolls dapat saguhati....nombor ke-5 daripada 8 kumpulan (Satu kumpulan tarik diri). Bersyukur sebab tak dapat last, sekurang2nya team members aku tak demotivated. Okaylah tu kan? Prektis 3 hari jek pun. 

Nervous nek pentas dengan kain batik tu. Seb bek tak terlucut! Masa ni the VIP kata "Wah, you conduct --- enjoylah!"
E eh --- sape ni? Bila Aku Kayaaaa

Perkara penting aku nak kongsikan dengan uolls di sini ialah --- Bila kalah, jangan terus putus asa.  Dengan setiap kekalahan itu, pasti ada sesuatu yang kita dapat yang boleh kita gunakan untuk masa depan. Macam kes smalam, kekalahan semalam buat aku dan team aku lebih bersemangat untuk menang minggu depan. Mungkin ia akan jadikan kitorang lebih kuat? Weolls juga belajar beberapa perkara daripada pengalaman smalam:

1) Perlu sentiasa ada Plan B
2) Tidak menang tak semestinya Kalah.
3) Dont let 'kakak2' uruskan pakaian. 
4) Dont trust 'kakak-pengadu-domba'!!!!
5) Allah itu sentiasa berada di sisi kita.