Saturday, December 7, 2013

Pengalaman Masuk Pertandingan Pertama!

Do you like this post?
Aku excited sangat nak citer ni tapi sebab mata masih ngantuk, ada control2 Garfield sket. 

6 Disember 2013. 

Ada pertandingan nyanyian berkumpulan yang kitorang kene (paksa) join. Aku susah sket nak luahkan perasaan sebab kalo nak berterus-terang sangat akan memedihkan sikit jiwa dan raga beberapa pihak.

Tapi memandangkan aku berblogging ni untuk kongsi citer2 dan pengalaman2 hidup aku or info2 yang menarik (aku rasa menariklaaa) --- aku akan cuba sedaya upaya untuk citer sambil jaga hati dan perasaan orang lain. Insha Allah.

Okay, seminggu sebelum tarikh pertandingan aku dapat emel bagitahu aku kene hantar satu team untuk pertandingan nyanyian. Bila aku tanya si penyampai, as usual dia mengadu domba la pasal semua citer yang sbenarnya aku tak perlu tahu. Orang itu marah ini, orang ini marah itu --- dan jawapan aku dijawab kat akhir pengaduan-domba dengan ayat, "Akak dah gaduh2 ngan penganjur tapi kita diwajibkan jugak hantar satu kumpulan."

Hujung tahun, beb! Kebetulan inilah masa aku berlari2 gi meeting, buat paperwork projek, drafkan project charter dan jugak review project agreement. Hari tu dah hampir nak pengsan bila kene lari2 antara keje opis dan persembahan untuk Sambutan Hari Deepavali. Minggu depan ni pun ada pertandingan koir yang kitorang masuk. Tup2 tambah satu lagi pertandingan nyanyian lak. Bayangkanlaa camner aku berlari untuk make sure keje jalan, prektis nyanyian jalan dan prektis koir pun jalan.....keje giler gak!!!

Sehari ada less than an hour utk prektis. Tu pun kitorang started dua (2) hari sbelum hari pertandingan. 

Semalam sampai je kat majlis tu, aku nengok citer yang disampaikan kat kitorang tak tally sket. Siap ada organisasi yang tak hantar team pun untuk pertandingan.

Hmm --- dalam hati aku rasa cam nak gigit2 je muka kakak yang 'suka gaduh' tu. Ooo --- tipu aku eh?

Dalam lif. Masa nak gerak ke Putrajaya.
Baru sampai, di tempat parking!
Maghrib dulu!!!

Malam smalam merupakan sejarah gak bagi kitorang. Pertama kali kitorang bertanding. Memang perasaan ada lain macam sket. Nervous. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya, kitorang tak henti2 gelak sebab ended up, masing2 berpakaian cam ahli kumpulan marhaban. Semuanya gara2 tugas uruskan pakaian diserahkan pada dua (2) orang kakak yang berusia sekitar late 40s. Imagination asal bukan men dahsat --- pakai selendang bendera Malaysia. Alih2 jadik lain! But punyalah best team aku, semua ambil secara positive. Kakak2 tu dah tolong belikan pon dah baik. Pakai je lah. 

Marhaban pon marhabanlaaa =P Pegang bendera tau!!!

Bila sampai, dapat tahu lak music hanya boleh dimainkan melalui CD player dan bukan thumbdrive, huru-hara gak perasaan aku. Aku tak heran ngan 'kakak-pengadu-domba' yang tipu aku tu. Aku risau dengan perasaan team aku bila dapat tahu, kite kene tarik diri sebab takde music.

Seb bek la aku ada backup lagu kat iCloud. Aku on iMatch, pastu synckan kat phone --- soh urusetia mainkan music gune phone aku jek. Settled! Alhamdulillah!

Masa nak pujuk urusetia tu tolong settlekan issue music aku ni, perit gak telinga dengar diorang bebel2 ungkit sebab kitorang the only group yang tak datang rehearsal. Hai laaa kakak-pengadu-domba-pembuat-citer, lenkali aku xmo dah commit kalo rehearsal kitorang pon kakak xmo uruskan!

Sepanjang tempoh pertandingan tu, dalam nervous --- aku dapat rasa yang kitorang takkan menang. Salah kitorang gak sebab tak fight untuk pergi rehearsal. So kitorang tak tahu pun mic kene susun macam mana supaya suara semua orang dengar. Kesian aku nengok team members aku jerit2 atas pentas tapi tak kuar sangat suara.

Well, kalah dan menang tu kan adat pertandingan? Doa aku semalam pada Allah, biarlah masing2 dapat pengalaman yang best dan tak kecewa sangat. Weolls dapat saguhati....nombor ke-5 daripada 8 kumpulan (Satu kumpulan tarik diri). Bersyukur sebab tak dapat last, sekurang2nya team members aku tak demotivated. Okaylah tu kan? Prektis 3 hari jek pun. 

Nervous nek pentas dengan kain batik tu. Seb bek tak terlucut! Masa ni the VIP kata "Wah, you conduct --- enjoylah!"
E eh --- sape ni? Bila Aku Kayaaaa

Perkara penting aku nak kongsikan dengan uolls di sini ialah --- Bila kalah, jangan terus putus asa.  Dengan setiap kekalahan itu, pasti ada sesuatu yang kita dapat yang boleh kita gunakan untuk masa depan. Macam kes smalam, kekalahan semalam buat aku dan team aku lebih bersemangat untuk menang minggu depan. Mungkin ia akan jadikan kitorang lebih kuat? Weolls juga belajar beberapa perkara daripada pengalaman smalam:

1) Perlu sentiasa ada Plan B
2) Tidak menang tak semestinya Kalah.
3) Dont let 'kakak2' uruskan pakaian. 
4) Dont trust 'kakak-pengadu-domba'!!!!
5) Allah itu sentiasa berada di sisi kita.

  

No comments: