Wednesday, September 14, 2011

eP + CRM Beraya di Opis 2011

Saja aku nak share story tentang Sambutan Raya kat opis aku @tingkat 6.

Hari ni ada sambutan hari raya. Awal pagi, Kak Noi datang, tanya samada aku leh pukul kompang. Idokla aku pandai main kompang. Tapi stakat ketuk2 tu rasanya takde masalah. Arwah datuk aku dulu ketua pemuda. So, hal2 kompang ke silat untuk kenduri ke --- dah biasa laa terexposed sejak kecik.

Main kompang untuk apa? Hahaha --- ni yang aku tanya memula. Kak Noi bagitau, "Untuk sambut VIP yang dijemput masa majlis sambutan tu berlangsung."

Aku ni kan 'pak enggeh', jadik angguk je la. Excited gak main ketuk2 kompang ni.

Sambutan raya tahun ni, alhamdulillah berjalan lancar. Banyak aku makan tadi. Ahhh...burpp.

Apa lah yang best sangat tu Wiwi?

With Cik Nit yang bersemangat raya

Nazam eLebaran

Video ni dihasilkan daripada ke-sportingan bebudak eP yang rela je disuruh buat mende2 lawak. Tak lah best giler, but okaylah untuk buat bahan gelak.

Yang ini, aku just menyibuk buatkan CRM video ucapan depa untuk HH.

Note @ 14 Sept 2011: Aku akan upload pics lain later. Tengah tunggu gambar daripada kengkawan. =P

Sunday, September 11, 2011

Kawen Punya Kawan =P

Kawen punya kawan --- ke kawan punya kawen? =P

Entry kali ni, aku malu nak tulis sebenarnya. Hehehe --- Tapi dek sebab2 tertentu (dah terbayang ketawa member aku Farina ngan Anis tengahari tadi), aku wat keputusan untuk kongsi gak pengalaman hari ni.

Yang penting, aku dah catat sejarah hari ini. Tanggal 11 September 2011, aku Rena Cruzee de Javier Roberto pergi kenduri kahwin!!! Okay, kenduri Cik Nit of coz itu adalah kes terkecuali. Sebab tetiap hari mengadap depan mata. Aku takleh bagi alasan takmo pegi. And....(ni ayat cover...) aku sememangnya seorang rakan yang baik dan setia. Ehem...

Actually planned nak pergi sama ngan Bolo and Suti tapi last minute tukar pulak. Aku gi umah Farina and follow dia ngan Anis ke Kajang. Pergi awal, leh balik awal!

Sempat jenguk pengantin. Congrats to Nora and husband! Sangat secocok! Farina dok mintak Nora and husbandnya bergambar ngan aku, untuk rakam detik2 bersejarah yang tak ternilai harganya. Maklumlah, aku ni allergic sket gi kenduri. Jemputan member2 skolah, rasanya inilah kali pertama aku pergi. (Okay, guilty!)

Nora dan Husband yang sporting

Soalan pertama aku terima dari Farina, "Kenapa tiba2 kau nak pergi kenduri?" (Si Farina yang sangat jujur itu....ish...ish....ish)

"Tak macam Ida," katanya. Terus-terang, banyak yang aku belajar dalam Ramadhan tahun ni. Bukanlah aku nak berubah secara drastik. Tapi, yang mana aku dah tahu tu --- insyaAllah, aku kene buat. Slo-mo. 

 My SSP fwens --- Farina, Nora & Anis

 Yeah --- gambar ni kene framekan ke? =P

Persoalannya, apa hukumnya memenuhi jemputan kenduri? 

JAWAPAN: Dalam Islam, jika dijemput menghadiri kenduri, adalah satu kewajipan.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Bagaimanapun, ada pendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu iaitu:

1: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

2: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

3: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

4: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

5: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

6: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

7: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

8: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Semua perkara di atas ni, adalah tambahan ilmu pengetahuan yang baru aku belajar. Kalau dah tahu tu, maknanya perlulah diamalkan. Aku tak boleh buat dono jer. Nanti jatuh hukum lain pulak.

Hari ni, selain daripada menjalinkan silaturrahim dengan si pengantin, Nora & suaminya, aku gak dapat mengambil kesempatan bermaaf2an dengan keluarga Farina: ibu dan adik Farina --- maklumlah, semangat Raya masih ada! Aku berpeluang gak berjumpa Anis, dan memangku baby Umar yang comel! Anis kata, baby Umar nak jumpa aku lagi. Tu sebab dia kentutkan aku. Muahahaha.....

Masa makan, jumpa lagi ngan member2 SSP yang lain --- Sarah, Hana, Sofea, ngan Wafa. Bolo ngan Suti je yang tak sempat.

Cuaca hari ni agak tak stabil la jugak. Kejap cerah, kejap mendung, kejap hujan. So balik dari kenduri, aku kene wat extra work sket --- membasuh dan menjemur kasut velvet aku yang dah bermekap ngan lumpur. Dugaan....

Nasib Si Kasut....

Note: Untuk Farina, terima kasih ya mbak. Kamu sudah mengajar aku tatatertib menghadiri majlis hari ini. Tips angpau itu sangat berguna! =P

Thursday, September 8, 2011

Terima Kasih, Tumirah & Others!!!

Semalam abah called. Bagi aku lecture yang panjang --- tiba-tiba. Antaranya --- yang hidup takkan kekal. Channel-kan rasa sayang yang terlebih itu kepada Allah SWT. Jangan tangisi takdir. Bla bla bla and....bla. First impression aku --- apa yang dah berlaku? Abah called tetibe untuk bagi advices??? Pelik.

Tak susah pon nak figure out, apa sebenarnya yang berlaku. Aku tanya satu soklan je. Terus dah dapat jawapan. Ini mesti kerja si Tumirah (Along)!!!
Note: Nickname Tumirah ni aku bagi kat Along sebab dia kuat nangis. Hehehe....

Beberapa hari sebelum tu, Along hantar lagu rock-kapak yang dia nyanyi untuk hiburkan aku. Hmm --- lately ni, rajin pulak Along antar SMS/MMS/video yang comel2 untuk ilangkan rasa bosan aku.

Malam ni Along and Kak Dah balik ke umah diorg. Aku ambil peluang ni untuk combinekan lagu yang Along nyanyi and photos yang aku nak 'zip'kan untuk jadik video.
Note: Selalunya, aku memang akan zipkan photos yang aku tak akan guna (dalam masa terdekat) kat external drive aku. Sebelum zip, aku akan compilekan jadik video. Itu cara aku jimatkan ruang storage laptop aku.

Dalam proses meng-zipkan gambar2 dan video lama ni, aku sempat jugak terkekeh-kekeh seorang. Ada pulak jumpa satu video yang aku antar kat Kak Zura via Whatsapp.

Dalam tempoh "Jiwa Kacau" aku (beberapa minggu selepas nenek meninggal), pantang orang tanya or cakap ngan aku, air mata aku laju je mengalir. Padahal, soalan2 yang ditanya kadang2 tu tak ada pon kene-mengena dengan nenek aku. Maklumlah --- zaman kegembengan. 

Masa tu, aku akan pegi keje macam biasa. Buat2 cam xde pape. Konon strong. On the way back home, masa driving, aku akan mengongoi cam Mak Bedah Overrr.

So, ada satu video yang terselit ni --- ceritanya, siang tu Along ada post kat FB aku. Dia tunggu aku balik umah and ada masak nasi goreng untuk aku. Dalam perjalanan balik, Kak Zura hantar Whatsapp. Tanya aku, "Makan apa malam ni?" 
Note: Selalunya aku akan reply Whatsapp kengkawan dengan hantar video or audio message untuk tujuan keselamatan diri aku dan pemandu2 sekeliling. Don't sms while driving!!!

Aku merepek mende ntah....mengongoi2...dah puas perabih air mata baru aku jawab. "Makan nasi goreng." Hahahah....of course masa kejadian tu, aku tak rasa pon nak gelak. Tapi bila tengok balik, kelakar pulok. Bughok betul aku nangis!


So, video ni aku wat special untuk Along, Kak Dah --- yang sentiasa sabar kat sisi aku. Teman dan layan jiwa kacau aku masa tu. Untuk Nitti dan jugak Kak Zura yang bagi aku semangat dengan visited dan spent time temankan aku pada hari pengebumian tu. It really meant a lot to me.

Bukan senang nak tengok muka tak-control aku. Hahahah....jangan buat uols nightmare sudah!!!

Tumirah & others --- terima kasih banyak2. Sayaaaang uols.

Saturday, September 3, 2011

Still Perlukan Lebih Prektis!

Sejak jari2 dilenturkan balik...aku cuba ambil masa sekurang2nya tiga hari dalam seminggu prektis balik main keyboard.

Jari masih keras. Terasa gak urat2 tangan aku tertarik tetiapkali tekan keys. Tapi rugi rasanya kalo nak biarkan je skill main muzik ni berkarat.

Ini lagu Back to December by Taylor Swift. Aku ambik chords and tutorial from YouTube jer. Hasil of coz masih lagi macam bunyi loceng denting2. Tapi sekurang2nya ada kemajuan.

Sejak2 main keyboard ni...rasa2nya bergerak gak otak kiri dan kanan aku nak mengingat fingerings aku. So...ada pekdah la jugak.

Okay...chaiyokkk!

Friday, September 2, 2011

Blur, Dindon & Abang Muda --- Ampunkan Aku.

Tetibe, time aku tengah kemas2 bilik, aku terjumpa kalendar lama. Tahun 2004. Yang patutnya aku dah buang lama dah. Terus --- aku teringat cerita lama.

Rasa bersalah and berdosa aku yang tersorok lama --- keluar tiba2. Aku terus teringat cerita zaman UM dulu.

Nak kata minah popular, takde pon! Aku rasa, aku ni dalam kategori budak2 pompuan comot kat fakulti yang perasan bagos. Hahahah. Seriously, memang betol! Agaknya mungkin sebab aku ngan kengkawan aku ber-background-kan boarding school. Tu yang perangai masing2 --- speechless!

Masa tu, sesape saja yang berjaya tarik perhatian kitorang, kompem akan jadi bahan. Antara yang popular dengan gelaran yang kitorang bagi : Blur, Dindon and Abang Muda.

1) BLUR
Dia ni budak fakulti aku. Bekas budak VI. Setutor ngan sekuliah gak ngan aku. Dia budak kolej 3. Nak describe dia masa tu...agak gagah jugak la kalo nak banding ngan budak2 kuliah lain yang sekeping2 gaya band indon tu. Muka boleh tahan ensem. Tapi yang sangat obvious tentang Blur ialah dia sorang Mat Jiwang.

Aku kenal Blur camni. Aku ni mmg minat sangat ngan subjek Data Structure. So, one day...tutor aku declared kat lab, sesapa nak blaja solution soklan leh refer kat aku. Orang len wat dek je. Tapi Blur sorang je kejar aku sampai luar fakulti. Nak kata nervous, of coz sangat! Hahaha...den lom ponah kono ngorat kat kuliah cam dalam drama tu.

Tapi potong stim betul bila Blur bukak mulut. "Saudari, boleh berkenalan?"

Saat tu jugak aku tros ilang mood. Saudari??? Dey, brader...ni zaman biler ni? But of coz aku tak cakap macam tu. Aku angguk je. So, kebetulan aku nak jalan ke kolej 3. Mamat ni offer diri untuk jalan saing ngan aku. Banyak laa dia tanya, itu dan ini...tapi dek kerana den mmg dah ilang minat, den layan tak layan jer.

Mungkin kitorang yang terlalu childish and kekampungan kot? Or Blur terlalu matured untuk jadik kawan aku. So, cerita Blur ber-saudarikan aku tu, tersebar ke geng2 aku yang lain. Asal nampak bayang Blur je, kitorang gelak besar. Nitti, Mona, Nai, Emod, Matun, Kak Farah, Jelik and geng...sume tahu!

Memula Blur tak perasan. Dia masih lagi layan aku baik. Masih lagi ambil tempat duduk sebelah aku. Pantang nampak aku menguap, mesti offer gula2 and chocolate. But masa tu, wave and language tak sama. Everytime dia ajak borak, aku nak tido. Until satu hari, masa dalam kuliah --- dia baru masuk and tegur aku. Tetibe sume kengkawan aku gelak besar (aku sorang je yg tahan gelak). Aku rasa start dari situ dia perasan. Aku masih teringat macam mana muka dia berubah. Sejak hari tu, Blur mula jauhkan diri. Dan sejak dari tu jugakla, rasa bersalah aku tersimpan dalam hati --- sampai skarang.

2) DINDON
Ada seorang mamat, yang obviously umurnya lebih tua dalam 5 tahun daripada kitorang. Kenapa panggey Dindon? Nama dia orang panggil Din dan muka dia...(Rasanya aku tak perlu explain 'Don' tu dapat dari mana). Ye...memang aku jahat. Tapi tu dulu.

Peristiwa yang sangat memalukan. Aku ngaku, aku antara orang2 yang selalu gelakkan Dindon dulu. Tapi rasa terkena tamparan kat muka sendiri bila satu malam, masa aku ngan geng2 aku stay back kat kolej 3 untuk buat thesis. Lepas midnight, baru kitorang decided nak balik kolej/umah memasing. Selalunya banyak je teksi yang lalu-lalang ambil passengers but malam tu, satu kelibat teksi pkn takde. Puasla kengkawan aku run-tru semua contact list dalam handset masing2. Semua orang yang berkereta tak available. Last option: call Dindon!

Dengan muka tebal, member aku call Dindon. Tak sangka, orang yang kitorang jadikan bahan lawak tulah yang sudi tolong kitorang. Masa tu Dindon tengah main pool. Dia sanggup jemput kitorang (4 orang) dari kolej 3 and hantar sampai depan umah kat Pantai Dalam. Siap pesan, soh berhati2 lagi. Sebelum kuar dari kete, Dindon bagi kalendar sorang satu.

Persoalannya, mana nak letak muka yang tebal tu??? Tapi mmg dah sah, kitorang punya muka mmg tebal. Masing2 berlakon macam baik. Dalam hati, hanya Allah SWT je yang tahu. Lepas sampai rumah, kitorang terus takleh tidur. Rasa malu teramat sangat dengan diri sendiri. Malam tu jugak, aku dan kengkawan aku berazam untuk berubah. Sejak hari tu jugak, kitorang banned diri sendiri dari kutuk/gelakkan Dindon.

3) ABANG MUDA
Abang Muda ni kitorang bagi gelaran sebab secara pakejnya --- memang semua tak kene. Yang pastinya, dia memang sebaya but tak nampak langsung macam sebaya. Dengan cermin mata frame tebal, kupiah, ngan seluar baggy yang digulung hujung kaki. Tulah sebab, Abang Muda berjaya tarik perhatian aku ngan kengkawan aku.

Citer dengan Abang Muda tak banyak. Setakat selisih --- gelak --- bertembung --- gelak lagi --- dah memang jadi bahan lawak yan permanent. Disebabkan masa tu, diorg gelakkan aku dengan Blur and Nitti dengan Dindon --- Abang Muda ni kitorang serah dengan besar hati pada Mona.

Abang Muda tak penah buat salah pape. Kitorang yang jahat. Mengata, mengutuk memanjang.

True. Ini semua cerita lama. Cerita tentang budak2 yang masih mentah dan tak berapa kenal tentang hukum-hakam agama. Ini semua cerita dulu. Aku rasa, tak ada sesiapa pon tahu perasaan guilty aku ni terbawa2 sampai skarang.

Disebabkan wujudnya Blur, Dindon dan Abang Muda dalam hidup aku, aku berhenti daripada judging orang berdasarkan rupa paras. Aku stopped mengutuk dan menggelakkan orang lain.

Personally, aku dah cuba cari ketiga2 orang ni tru kawan2 lama, FB or twitter...aku nak mintak maaf. Tapi tak jumpa. Dan pengajaran yang aku terima sehingga sekarang, ialah rasa bersalah aku yang hebat kat diorg. Mungkin tu antara satu sebabnya, kenapa aku tak terbuang kalendar lama yang Dindon bagi.

To Blur, Dindon dan juga Abang Muda: Aku mengaku jahat. Kolot. Banyak buat dosa kat korang. Aku tahu korang memang perasan. Mustahil korang tak terasa setiapkali aku dan kawan2 aku gelakkan korang depan2. Tapi aku dah berubah. Aku nak berubah. Demi Allah SWT, aku minta maaf banyak2.

Kalau diberi peluang untuk berdepan dengan korang dan minta maaf, aku sanggup!

Semoga lepas ni, rasa bersalah aku kat korang --- takde. Amin.

Tuesday, August 30, 2011

Mimpi Tentang Dia...

A few days before hari ni, aku ada mimpi sesuatu yang buat aku berfikir panjang.

Aku mimpi tentang dia.

Pasal bab mimpi ni, memanglah orang cakap mainan tido...xleh percaya sangat. But instinct aku kali ni agak pelik sket. Macam ada kaitan lak dengan realiti. Atau aku pikir banyak sangat sampai terbawa2 dalam mimpi? Waullahualam. Betul ke tak betul, biorla. Yang penting, kalo betul2 jadi....aku dah ada keputusan.

Mimpi aku kali ni mmg ada kaitan dengan kejadian yg berlaku petang tu. Aku mimpi dia mintak maaf kat aku. Dan siap bagi alasan lagik! Ahahah...korang yang membaca mesti mati akal, aku tgh citer pasal apa ni?

Actually saje aku log entry ni untuk senang ingat. Maklumlah....den ni pelupa.

Untuk dia, aku tahu you know who you are. Sebagai umat Islam, aku maafkan. Kita masing2 ada kelemahan. Aku rasa memang patut dinoktahkan pon segala mende yang memeningkan kepala tu. Tak patut dipanjang2kan. So, let's cari kebahagiaan kita masing2 yok! Ciao!


Friday, August 12, 2011

Cherry + Mango from Mangay

Seriously...aku bosan giler malam ni. Ngantok, sunyi, busan ngan takot. Bunyi kipas ni kuat lak malam ni. Arghhh pressure. Dok pusing2 dalam umah...xde mende aku nak wat.

Dah penat streaming citer korea kat ipad...busan gak. Aku nengok movies yg baru downloaded tadi....pun busan gak...

Huaaa.....canner ni? Takkan nak on karaoke malam2? Seb bek gak batok masih lom pulih 100%. Kalo dak, mesti aku dah syok sendiri hiborkan diri.

Hmm...apa berlaku sepanjang bulan pose ni? Aku xmo citer sangat. Penat. Penat sangat2. Aku banyak buat latihan jaga dan kuatkan hati aku bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah....kire berjaya gak.

Nak citer pasal tempat keje....banyak sangat pulok sampai nak mula kat mana pon aku tatau! Citer pasal kawan keje....citer biasa gak. Citer pasal....keje...best gak tapi mata aku berat lak tetibe. So tak dapat nak recall pape. Citer pasal orang kat tempat keje...aku risau kene tekanan darah tinggi + sakit jantung lak malam2 ni. Konon je...hehehe. Aku saje mempoyokan diri.

So....lupakan lah niat aku untuk sharing citer pasal sumer tu!

Haaa!!! Ni tahun kedua aku join tadarus Ramadhan. Tahun ni satu grup ngan aku...Kak Miza, Pn Ju, Robitah ngan Pip.

Pertama kali dalam idop aku, aku dtg lambat ke opis sebab bangun lambat! Tensi...tensi...Maklumla...skarang kene bergantung kat alarm handphone semata2. Dulu aku ada alarm system yg paling effective - sore nenek aku.

Lagi, apa lagik eh?

Oh! Minggu ni aku dapat offer jadik emcee utk event kecantikan ngan Rozita Che Wan tuh. Aku lom jawab lagi...nak ke takmo.

Hmm....minggu ni jugak aku dengar orang tanya soklan bukan2 pasal aku ngan kengkawan aku. Manusia ni...mmg takkan stop menganyam! Aku bising salah, diam pon salah. Aku berkawan salah, gadoh pon salah! Lantaklah...kali ni aku mmg dah malas nak campor orang sangat dah. Aku tak berapa sehat pon...batuk aku dah masuk sebulan dah ni...bengkak tekak aku dok kong-kong tetiap hari.

Haaaa!!!! Lupa. Hari ni aku dapat emel. Tanya aku nape kurang gelak. Kurang cakap. Kurang ketawa. Emel2 camni la yang buat aku mula nak meleleh. Sebenornye aku tak perasan pon sume bende tu. Tapi bile kene jawab, buatkan aku terkenang yg bukan2.

Owh satu lagi! Hari ni Chiwawa hadiahkan satu video pasal aku. Dia baru blaja hari tu cara2 nak edit video. Terer gak ko...agak pantas otak tu terima ilmu baru. Hehehe.

Dan...hari ni aku terharu. Time tgh penat2 sambil termenung kat depan pc...kakak kat opis aku, Mangay bagi aku buah ceri ngan mangga untuk buka pose. Sooo sweet!


Before aku chiow...aku nak gak tulis...aku tahu aku dah janji dengan diri. Takmo over. Tapi malam ni...dok sensorang makan ceri...aku bebetul rindu kat nenek. Rindu sangat2. Tak tipu.