Sunday, September 11, 2011

Kawen Punya Kawan =P

Do you like this post?
Kawen punya kawan --- ke kawan punya kawen? =P

Entry kali ni, aku malu nak tulis sebenarnya. Hehehe --- Tapi dek sebab2 tertentu (dah terbayang ketawa member aku Farina ngan Anis tengahari tadi), aku wat keputusan untuk kongsi gak pengalaman hari ni.

Yang penting, aku dah catat sejarah hari ini. Tanggal 11 September 2011, aku Rena Cruzee de Javier Roberto pergi kenduri kahwin!!! Okay, kenduri Cik Nit of coz itu adalah kes terkecuali. Sebab tetiap hari mengadap depan mata. Aku takleh bagi alasan takmo pegi. And....(ni ayat cover...) aku sememangnya seorang rakan yang baik dan setia. Ehem...

Actually planned nak pergi sama ngan Bolo and Suti tapi last minute tukar pulak. Aku gi umah Farina and follow dia ngan Anis ke Kajang. Pergi awal, leh balik awal!

Sempat jenguk pengantin. Congrats to Nora and husband! Sangat secocok! Farina dok mintak Nora and husbandnya bergambar ngan aku, untuk rakam detik2 bersejarah yang tak ternilai harganya. Maklumlah, aku ni allergic sket gi kenduri. Jemputan member2 skolah, rasanya inilah kali pertama aku pergi. (Okay, guilty!)

Nora dan Husband yang sporting

Soalan pertama aku terima dari Farina, "Kenapa tiba2 kau nak pergi kenduri?" (Si Farina yang sangat jujur itu....ish...ish....ish)

"Tak macam Ida," katanya. Terus-terang, banyak yang aku belajar dalam Ramadhan tahun ni. Bukanlah aku nak berubah secara drastik. Tapi, yang mana aku dah tahu tu --- insyaAllah, aku kene buat. Slo-mo. 

 My SSP fwens --- Farina, Nora & Anis

 Yeah --- gambar ni kene framekan ke? =P

Persoalannya, apa hukumnya memenuhi jemputan kenduri? 

JAWAPAN: Dalam Islam, jika dijemput menghadiri kenduri, adalah satu kewajipan.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

Bagaimanapun, ada pendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu iaitu:

1: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

2: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

3: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

4: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

5: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

6: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

7: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

8: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Semua perkara di atas ni, adalah tambahan ilmu pengetahuan yang baru aku belajar. Kalau dah tahu tu, maknanya perlulah diamalkan. Aku tak boleh buat dono jer. Nanti jatuh hukum lain pulak.

Hari ni, selain daripada menjalinkan silaturrahim dengan si pengantin, Nora & suaminya, aku gak dapat mengambil kesempatan bermaaf2an dengan keluarga Farina: ibu dan adik Farina --- maklumlah, semangat Raya masih ada! Aku berpeluang gak berjumpa Anis, dan memangku baby Umar yang comel! Anis kata, baby Umar nak jumpa aku lagi. Tu sebab dia kentutkan aku. Muahahaha.....

Masa makan, jumpa lagi ngan member2 SSP yang lain --- Sarah, Hana, Sofea, ngan Wafa. Bolo ngan Suti je yang tak sempat.

Cuaca hari ni agak tak stabil la jugak. Kejap cerah, kejap mendung, kejap hujan. So balik dari kenduri, aku kene wat extra work sket --- membasuh dan menjemur kasut velvet aku yang dah bermekap ngan lumpur. Dugaan....

Nasib Si Kasut....

Note: Untuk Farina, terima kasih ya mbak. Kamu sudah mengajar aku tatatertib menghadiri majlis hari ini. Tips angpau itu sangat berguna! =P

3 comments:

f a r i n a said...

hahahaha...hari ini dalam sejarah sangat kan! welcome babe! btw mak aku puji kamu cantik sgt smlm!

rena cruzee said...

Ahahha yup, sangat!!! Blushing tahap landak ni. Katner la yang cantik tu...haahhahha. Tapi kamu bagitau pada aunty, nak makan kat mana ye?

Farrah MF said...

oops,...nampak tshirt biru ku di ampaian. tenkiu, tolong ampaikan baju along :)