Thursday, September 8, 2011

Terima Kasih, Tumirah & Others!!!

Do you like this post?
Semalam abah called. Bagi aku lecture yang panjang --- tiba-tiba. Antaranya --- yang hidup takkan kekal. Channel-kan rasa sayang yang terlebih itu kepada Allah SWT. Jangan tangisi takdir. Bla bla bla and....bla. First impression aku --- apa yang dah berlaku? Abah called tetibe untuk bagi advices??? Pelik.

Tak susah pon nak figure out, apa sebenarnya yang berlaku. Aku tanya satu soklan je. Terus dah dapat jawapan. Ini mesti kerja si Tumirah (Along)!!!
Note: Nickname Tumirah ni aku bagi kat Along sebab dia kuat nangis. Hehehe....

Beberapa hari sebelum tu, Along hantar lagu rock-kapak yang dia nyanyi untuk hiburkan aku. Hmm --- lately ni, rajin pulak Along antar SMS/MMS/video yang comel2 untuk ilangkan rasa bosan aku.

Malam ni Along and Kak Dah balik ke umah diorg. Aku ambil peluang ni untuk combinekan lagu yang Along nyanyi and photos yang aku nak 'zip'kan untuk jadik video.
Note: Selalunya, aku memang akan zipkan photos yang aku tak akan guna (dalam masa terdekat) kat external drive aku. Sebelum zip, aku akan compilekan jadik video. Itu cara aku jimatkan ruang storage laptop aku.

Dalam proses meng-zipkan gambar2 dan video lama ni, aku sempat jugak terkekeh-kekeh seorang. Ada pulak jumpa satu video yang aku antar kat Kak Zura via Whatsapp.

Dalam tempoh "Jiwa Kacau" aku (beberapa minggu selepas nenek meninggal), pantang orang tanya or cakap ngan aku, air mata aku laju je mengalir. Padahal, soalan2 yang ditanya kadang2 tu tak ada pon kene-mengena dengan nenek aku. Maklumlah --- zaman kegembengan. 

Masa tu, aku akan pegi keje macam biasa. Buat2 cam xde pape. Konon strong. On the way back home, masa driving, aku akan mengongoi cam Mak Bedah Overrr.

So, ada satu video yang terselit ni --- ceritanya, siang tu Along ada post kat FB aku. Dia tunggu aku balik umah and ada masak nasi goreng untuk aku. Dalam perjalanan balik, Kak Zura hantar Whatsapp. Tanya aku, "Makan apa malam ni?" 
Note: Selalunya aku akan reply Whatsapp kengkawan dengan hantar video or audio message untuk tujuan keselamatan diri aku dan pemandu2 sekeliling. Don't sms while driving!!!

Aku merepek mende ntah....mengongoi2...dah puas perabih air mata baru aku jawab. "Makan nasi goreng." Hahahah....of course masa kejadian tu, aku tak rasa pon nak gelak. Tapi bila tengok balik, kelakar pulok. Bughok betul aku nangis!


So, video ni aku wat special untuk Along, Kak Dah --- yang sentiasa sabar kat sisi aku. Teman dan layan jiwa kacau aku masa tu. Untuk Nitti dan jugak Kak Zura yang bagi aku semangat dengan visited dan spent time temankan aku pada hari pengebumian tu. It really meant a lot to me.

Bukan senang nak tengok muka tak-control aku. Hahahah....jangan buat uols nightmare sudah!!!

Tumirah & others --- terima kasih banyak2. Sayaaaang uols.

2 comments:

Farrah MF said...

Tumirah is in action! :(
Huargghhhhhhhhhhhhhhh!! Sob! Sob! Isk..isk...isk

Unknown said...

Jangan menangis Cik Tum!!!