Tuesday, April 19, 2011

ATV Adventure 16042011

Bagi sesape yang mahu pengalaman yang besh dan mencabar (sikitlaa...), boleh try aktiviti ni. Skill yang diperlukan cuma sepasang tangan yang kuat jek. So, bagi orang yang tak reti nek beskal, motor atau kereta, jangan risau. Sebab skill2 tu langsung tak diperlukan pon sepanjang aktiviti ni.

Samada uols lelaki atau perempuan pon doesnt matter coz time ni la uols bole nengok sapa berani dan sapa takot2 sikit.....hehehe. Aku dah nampak. Sebelum naik, uols toksah gebang2 dulu....try dulu haa....

Aku sebenornya nak kill-the-time jek sebab lepas aktiviti ni aku ada date ngan member2 CIMB aku. Mau main 'game biasa'. Tak sangka lak hari hujan pagi tu. Aahhh lagi best sebenornya. Sebab baju basah lencun dan aku tak bawak sehelai pakaian extra pon!
 Entrance dia.... 
 Posing ngan ATV demo

Masa dengar taklimat keselamatan

my pretty boy =P

Boss aku yang angkat 'peace' dari jauh!!! Hidop FF!!! Agi idop agi ngelaban!!!

Ini 1st challenge. Memula rasa tinggi dah, tapi kat depan lagi tinggi!!!

Tak dapek nak amik pic sendiri, aku tangkap jari je laa...
Dah sampai kat atas --- posing lagik mentara menunggu grup2 lain.
Serious, haus giler. Seb baik kat atas depa bawak air minum.
Amik pic ngan Kak Norlida ber-background-kan air terjun.
Hujan mula turun mentara tunggu geng2 lain sampai. MasyaAllah....besh. Aku baru kenal rupa pacat. Yekk. (Yang posing siap senyum sweeet ni boss aku lagi daa....psst...dia mmg alergic sket ngan camera. Cool, huh!)
At last dapek gak den amik gambar ngan Mr 23. Abg Zainal dok jeles sbb akunya ATV baru. Heheheh. Kita minum dulu!!!
Dah selamat sampai. Basah kuyup. Seb baik handphone x rosak. 

Thanks to ChiWaWa, Akim and Shah....sbb kerjasama dan smangat bersatu-padu (chewaaahh hahahah) uols satu family temankan aku hujung mgg ni. Indirectly korang bagi smangat kat aku. Seriously. At least aku x meroyan sensorang tahan hati dan telinga.

Join aktiviti ni actually memang satu challenge yang besar untuk aku. Ya-a-auwww...

Ingatkan takde pape. Sekali balik tu, aku dengar gak kesayangan hati dan buah jantung aku tu punya mulut bersuara lagi. Dey, kalo nak mengumpat, jangan share ngan member aku daaa. You tatau ka, member aku ramai talam dua muka sama you? Wakakaka..... Aku syak 'kawan baik' aku ni mmg takleh nengok sume bende yang aku buat laaa.....Sumenya salah. Padahal aku tak bercakap pon ngan dia. Pelik tul.

Depan aku macam sopan giler. Pijak semut pon macam tadak mati laa...But blakang aku, dia cucuk sana, cucuk sini....tabiat manusia planet mana la? Kita kena ingat, kuasa ALLAH SWT tu Maha Besar. Jangan reti post hadith nabi kat facebook je ye, sayang? (Meh, muaaah sikit!!!)

Dear besfren, ini pesanan ikhlas dari aku. Untuk hidup bahagia, jangan tengok orang lain. You are pretty in your own way. You can get your happiness anywhere. Tengok diri sendiri jek. Cari kebahagiaan anda dengan mengenal diri sendiri. And please, buangkan dendam dalam hati. Kalau nak sangat kawan ngan aku, mehla sini....kite berkenalan balik. I sudi....hahahaha. I love you....coz u make my day laaahhh!!! Ha ha ha.

Moral of the story: Nak main ATV, tak perlu skill naik beskal, motor atau kereta tau!!! Skill mulot pon takyah. =P

Ada orang tanya tips muka ceria kat aku walopon berzillion2 probs. Aku ni pelupa. Apa yang orang buat jahat kat aku, aku memang cepat lupa. Dulu kat skolah pon, member2 asrama aku nak pujuk aku balik, depa tunggu next morning. Masa aku bangun tido. In other words, aku gak pemaaf orangnya. Conclusionnya, hati kene bersih ye sayang. Hati bersih, naik ke muka. InsyaAllah.
Adiossszzz....

Monday, April 18, 2011

Puspanita Bowling Tournament 09042011

Pagi tu awal giler aku bangun. Hehehe --- walopon guna talian hayat daripada nenek tersayang ngan ChiWaWa. But alhamdulillah, managed to 'ceria'kan diri untuk dapatkan mood. Ini kiranya 1st time aku terima suka-suki job jadik emcee. Actually, aku sedar diri --- hehehe --- coz awal tahun ni, bila kakak2 Puspanita ajak aku jadik AJK diorang, aku dah bagi warning.

"Saya ni pemalas. Meeting2 saya takleh datang selalu. Tapi kalo nak wat banner ke, design simple2 untuk mende ke....edit pics ke.....tu boleh. Takot nak commit."

So, depa nak gak aku join, depa terima jek aku nye pra-syarat. Aku tak sangka lak bebetul depa kasik aku buat keje yang tak payah buat ramai2. Depa soh aku re-designed banner tahun lepas and kene jadik emcee untuk acara Pertandingan Bowling. Frankly speaking, orang mmg akan ingat aku dah biasa buat keje2 ni. (Aku ni kan pandai berlakon depan orang. Gaya macam pandai giler bercakap. But to share with you, aku ni pendiam sebenarnya. Bercakap pon --- BM tak lepas, BI pon so-so jek).

Tapi sbb amanat. Plus, aku tak buat keje satu pon, aku angguk je la. Emcee pon emcee laaa.....muka selamba gile. Tapi bila sampai umah, aku dok chit-chat ngan nenek aku. Mintak tips. Huaaa....no time to menyesal dah!

Note: Nenek aku ni dulu cikgu sekolah. Walopon gaya macam ustazah ngan muka skema sweet dia, tapi dia suka gak mende2 aktiviti sosial ni. Dalam kuarga aku, ibu (dia cikgu gak) ngan kakak aku yang terer bab2 pengacara ni. Sebab dorang mmg pandai susun ayat.

Hari acaranya, awal pagi aku check dulu 'map to Wangsa Walk'. Dengan bantuan kengkawan kat Twitter dan Kak Zub, and jugak application kat iPhone --- baru tahu, senang jek nak gi Wangsa Maju. (Wangsa Maju ni antara listed area yang aku slalu sesat).

Mula acara, as usual aku kawal setiap urat2 muka, jangan bagik nampak nervous. Aku mintak mic kat budak kaunter tu dengan gaya kewl. Ha ha ha --- berjaya doh! Time2 tu gak aku carik kakak2 Puspanita untuk kompemkan agenda acara and mintak nama VIP yang datang. (Siap soh tunjuk lagi yang mana satu!)

To conclude, acara berjalan dengan lancar. Aku nye expectation was not too high --- hanya harap tak rosakkan majlis orang jek. Alhamdulillah, aku nengok sume geng2 Puspanita senyum sonok jek. Kak Zub nak belanja makan kambing lagi!!!

 Masa Pendaftaran
Peeewwwiiiiittt!!!
VIP yang datang....
 Ambil gambar kenangan =P
Aku jadik jurugambar sambilan gak!
Dah habis acara!!! Yiiiihhaaaa!!!!
Ni hadiah untuk bowlers yang terrer2 tu!
Ni lak makanan --- beshla gak kalo tengah lapor ;)
Mengong!!!
Superwomen!!!

Saturday, April 9, 2011

Nyanyi ngan LIVE Band --- Sangat Best!!!

Mata dah nak terkatup. Ngantuk. Tapi perasaan sebaik saja sampai umah berbaur.

Alhamdulillah, selesai acara hari ni!

Malam ni, aku ngan Nit, Rosz and Chiwawa kene invite wat persembahan ngan opis aku nye live band. Brader2 ni dah ajak join since 2 years ago tapi aku segan. Plus aku dapat tau sumer anggota band mmg lelaki! Segan la den!!!
This year ada kelainan sket sbb kengkawan aku leh join skali. Aku bukannya takleh berdikari bab2 ni but bile babitkan lebih kurang 8 orang laki nak menghadap aku sensorang tiap petang prektis ---- aku geron dan malu! Bukan tak caya kat depa but aku sendiri rasa x selesa. Ye aa...luaran mmg aa jiwa hiphop. Dalaman tetap ada taman woo.... Siap ada bunga ngan kupu-kupu lagik! Brader yg mintak kitorang nyanyi tu dah bgtau sejak 2 mgg lepas yg kitorg kene nyanyi backup utk band dorang. But suddenly senyap. And kitorang lak tak mengharap sangat. Ada, ada --- takde, takpe.

Tetibe 3 hari before function, brader tu bgtau plan tetap ON.

So, selama 3 petang aa kitorang berlatih. Sehari, setengah jam. Satu mende yg aku suke bile hangout ngn depa ni, aku refresh and switch on button DISIPLIN. Tak sangka dorang ni bebetul professional! Brader2 ni, kat luar leh tahan aa gurau2 but bile dalam studio, cam kecut giler perot aku tgk muka masing2. Teringat lak muka band conductor ssp yg garang dulu. Arghhh....

Of course, aku tau sgt ngn sore aku sendiri. Ada prob tempo here and there. Tekak pon cepat sgt bengkak. Tadi --- outcome performance --- ada aa tempo lari sket, lupe lirik sket --- as usual! Member2 aku yg nyanyi backup ckp diorg nampak ramai bosses senyum. Frankly speaking, aku x nampak sesape pon! Nervous.

Awalnye, nyanyi dua lagu, then brader tu mintak empat but dgn condition tekak yg x begitu baik, aku tak brani. Yang klakarnye, aku ngan kengkawan aku dok blakang pentas tu tatau pon bile kene nyanyi, bile kene masuk --- tunggu arahan jela.

Last minute, diorg soh tambah lagu. Habis je nyanyi dua lagu, tetibe sorang brader yg jadik ala2 audio engineer soh aku backup male singer. Agak giler!!! But best! Hehehe... Lagu 70an ke 80an yang aku tak penah dengar. Tapi sbb kene push keluar, aku wat confident jek. Jeling2 male singer untuk ikut nak nyanyi part mana. Serious aku tak penah tau lagu tu. And yang paling lawak, before aku kuar dorang hulur percussion instrument kat tangan aku. Warna gold!!! Wakakaka.... Mende tu??? Tapi sbb sume last minute, aku kuar je goncang2 ikut sesuka hati. Tatau laa betul ke aku main. Kot kene bukak tutup ke, aku mmg tatau.

Pastu before balik, aku perasan reaksi sorang2 brader band tu. Hmm...secara jujurnya most of them agak pendiam (or sombong? Or malu? Hmm...not sure) ngan aku sepanjang tempoh prektis. Nak nyanyi duet tapi nak pandang depan jer. Puasla aku tebalkan muka aku....pandang2 utk build chemistry but x jadik. Aku lak jadik laki hihihi...Kengkadang kompius gak ngn respon and treatment dorang. But lepas perform je, tetibe lak sumer senyum. Siap ada yg ajak join next performance lagi.

Ni pics aku dapat from member2 opis yang in-charge of photos. Tak byk sangat. Hmm --- lenkali kene bawak camera sendiri lor....
Ni masa nyanyi lagu Suratan atau Kebetulan --- yang aku slalu joging lari tempo tu... =( 
 Senyuman ni aa yg mahal 
 Backup-ers Saloma 
 Lagu Asa re-he???
 
Gaya mulut burung...

 Best. Serious, dapat pengalaman yg best! Agak bangga dapat folo band tu walopon utk smlm jer.

Tapi mata kitorang dah ngantuk. Sume mintak permission balik tros.

Esok aku kene bgn awal. Nama aku naiklak jadik emcee untuk pertandingan bowling puspanita. Aku rasa dorang ni ingat aku pandai cakap kot? Yakin benar aku leh.... Hihihi tengok aaa esok, apa cer.



Monday, April 4, 2011

Aku Ibu Jahat

There's nothing much to share --- aku tengah bersedih. Tapi pernah ada orang bgtau, "Sharing sadness halves it, while sharing happiness doubles it."

1) Athma and batuk aku datang lagik. Patot aku ada lunch date with CIMB frens kat Pavillion at 1pm but terpaksa ditunda. Pandai lak penyakit aku datang time cuti rehat.

2) Kenduri Nitti went well. Aku jadik pengapit comot. (Mana nak jumpe pengantin lap peluh pengapit?) Ha ha ha. Seb baik aku tak obvious menggaru kat meja makan pengantin!

3) Camne leh jadik pengapit last minute? Cik kak pengapit Si ChiWaWa dah tersentap. I have mentioned before yg my exciting life dikelilingi oleh kawan2 yang exciting. Dia culture-shocked dengar orang ngumpat gune ayat2 makan dalam. Unlike me --- Dato' Siti dah ajar cakap NO KOMEN and BIARLAH RAHSIA. Hahaha --- Maka akaaak jugak la yang terpaksa turun padang. Hopefully tugas aku sebagai peng'e'pit, penghibur dan penghilang nervous family pengantin berjaya dilaksanakan.

4) Satu family aku kene serang kutu kucing dan aku kene wat keputusan cam jawab soklan peksa kertas objektif:

A. Family
B. Kucing dan Kutu kucing

Hate it. Of coz aku pilih kuarga! Smlm aku bawak kucing2 gi umah anak yatim. Dont ask me, why umah anak yatim? Tu je tempat yg aku terpikir lepas sesi consultation ngan kakak aku. Huaaaaaaa sedihnya! Nak wat camne, 2 minggu ni aku leka ngan kenduri kawan sampai x jenguk pon kucing2. Blame me =( Nenda tercinta lak, as usual, nak sangat bela kucing tapi penggeli. (Maaf nek, angah nak gak ngumpat nenek kat sini! Lepas stress! =P)

Ibu ngan nenek dah demam dan luka2 menggaru kegatalan. Risau gak sbb dua2 ada diabetes. Aku lak emo tak tentu pasal bile dengar nenek bagi arahan untuk buang kucing. Geram aku dengar. Dulu dia yang beria2 nak bela. Skang bile sakit, senang je nak buang. Senang gak lantik aku jadik tukang buang!!! Huaaaaa.... Sedih! Aku rasa cam berdosa besar tinggalkan kucing2 tu kat situ.

Smlm dan hari ni aku bertungkus-lumus basmi kutu kucing yg serang BonBon. Kalo nenek tau, aku sengaja lepaskan BonBon, mesti dia bising. Dalam banyak2 kucing, aku cuma sayang BonBon sebab dia paling manja ngan aku. Mungkin sbb aku yg kutip dia and saved dia dari kene makan dek anjing dulu.

Pagi tadi aku mandikan BonBon lagi. Kutu dah kurang but aku dengar nenek dah buat pakatan ngan Nek Dah nak buang BonBon lak. Takleh jadi ni. Kene carik idea utk selamatkan BonBon!

Demi BonBon, aku sanggup amik risiko kutu2 tu. Walopon teruk gak kene gigit. Ke klinik pon dah 2 kali. Cam kene demam campak lak!

Aku rasa guilty sangat. Rasa macam tinggalkan bayi depan umah anak yatim. Macam jahat sangat. Semoga kucing2 yg comel tu selamat masuk dusun depan umah anak yatim tu. Semoga kutu2 tu pon hilang. Semoga kesan2 melecet kene garu kat badan ni pon ilang gak..... Huhuhu

I am a bad... bad mom!!! Kucing2, semoga ampunkan dosa aku....Nenek korang yang paksa....:( Aku pon xkan sanggup risk kuarga aku demi selamatkan kucing.

Lesson: Nek, kalo nak bela banyak kucing, jangan lupa mandikan. Buang kutu! Huhuhuaaaa....

 

Monday, March 21, 2011

Hari Makin Dekat --- Neves!

Hari ni dah masok minggu terakhir bagi FRIENEMY aku --- NitPitt, anak Pak Zain sebelom jadik isteri orang. Aku pon tompang neves gak sbb tetiap hari dia dok citer pasal persiapan kawen dia.

Seb bek aku x jadik Makcik Zizah, kalo dak, dah lama aku back-hand budak ni. Heheheh. Dari mgg lepas lagi tak settled hal baju untuk event kat Merapoh. Aku dok offer diri pon since last week lagi, tapi dia declined. Konon....hihihihi. As usual, gado la kejap pasal pilihan baju Si NitPitt yang tak ubah cam zaman Kak Ramlah Ram nya baju hati tu --- 80s daa.

Bebudak ni, kalo aku tegor --- depa igt aku ni suke komplen. Aku jujur la weiii. Aku pegang ngan kata2 ni, "a good friend akan tegur besfren dia kalo ternampak 'pupu' idong". Ini perumpamaan laa... Kalo x cantek, jgn harapla aku cakap cantek! Paling bagus pon, sbb nak jaga hati, aku takkan cakap pape.

Dan pesanan utk fwens aku, aku akan bgtau pendapat aku, positive and negative. And if u notice, bile negative, aku offered my help to improve mana yg mampu. Bukan komplen kosong sbb hasad dengki tau! (statement ni, aku tak penah bgtau sbb maluuuuuu auww. But hopefully uols paham la without aku sebut).

So --- berbalik citer last week, NitPitt ni dok sronok2 tried baju ngan bakal mak mertua dia. Tgh syok2 tried sambil dengar pujian "cantek" daripada bakal MIL dan kakak tailor tu, dia sent MMS kat aku.

Dapat je pic, aku tros tenung lama2. Cam speechless. Sunggoh Kak Ramlah!!! Aku replied, bgtau tak cantek. Tapi minah yg berpenyakit React-is-my-Respond (jgn melenting beb!) sama ngn aku ni tros replied sms dingin baek punya kat aku. Tersentap ati aku baca. Ngeh ngeh ngeh.

Tapi dok pikir, aku gak yg nak ngadap kat Merapoh, aku mintak 2nd dan 3rd opinion from ChiWaWa dan Kak Pembakar Kek. Sume bagi jawapan yg sama. And to send the message, aku serahkan pada Kak Pembakar Kek. Sbb antara kitorg tiga org (aku, NitPitt and Kak Pembakar Kek), akak ni punya cakap je leh percaya. Yang dua org lagi tu kaki menipu gak. Hehehe. Dan ternyata, NittPitt percaya gak akhirnya.

So ekoran daripada cerita mgg lepas, issue baju masih lom settled. Dan hari ni, alang-alang aku ada dating ngan bro Shabir ngan ChiWaWa kat Pandan Indah, kitorg pakat pergi teros settlekan sume.

Hal Rambo, insyaAllah akan settle hari Khamis. Aku kene pakat ngn Jack atau Shah lak nanti. Aku bersyukur gak la bro Shabir ni sgt berpengalaman. And since aku mmg very newbie dlm urusan ni, dia insist aku lalu setiap phases just to get the experience. And aku pon bersyukur gak Fwens Lung-ling aku still around, temankan. Kalo sorang2, agaknya tatau aa apa citer.

Pengalaman hari ni betul2 memenatkan. Kitorang sesat laa, seberang jalan ke hulu-hilir nak wat banker's chq --- haa, ni pon 1st time buat. Bro Shabir tu dok gelak je tgk kitorg. Sampai je, tros hidang air. Sebab dah berpeluh2 masam kot?

Selesai, kitorg gerak lak cari baju NittPitt. Alhamdulillah, it went as smooth as planned gak. Sebab dah Googled awal2 tentang location yg nak dituju. Ladies kat kedai tu pon ngaku, ini first time customer dia macam kitorang. Bagi idea kreatif!

Kira win-win deal la (specially tuk NitPitt laa) tadi sebab:

1) NitPitt dapat bawak balik 3 baju
2) Harga baju 3 x lebih murah
3) Dapat diskaun --- ini dia kita panggil networking skill!!!
4) Dapat accessories murah lagik
5) Duit tak kuar sesen pon sampai gaji masok (sebab Rena kene dulukan duit --- dibuli!!!)
6) Baju teros leh bawak balik Merapoh, xyah sewa ikut hari sangat
7) Bila nak pulangkan, Rena ngan ChiWaWa gak yg kene uruskan
8) Leh pakai baju cantek --- totally Kak Ramlah pon jeles kalo nengok.
9) ..... Dan Rena ngn ChiWaWa pon dapat baju gak!!!

---- and now, biji mata rasa panas. Lubang hidung tersumbat. Tekak asyik nak batuk. Demam dah datang. Nenek pon demam gak rupanye. So, kene tido awal!!!

Malam ni ibu balik dari Umrah. Tak larat nak tunggu. Pale dah mula pusing.

Haa --- satu lagi yg aku nak share ngn uols, baru belajar petang tadi. Kalo nak elakkan diri daripada penyakit / gangguan, leh amalkan membaca ayat2 Manzil. InsyaAllah... Can google ye, utk tau ayat2 Manzil ni yg mana.

Signing off fwens!!!

Gambar hiasan gak. Pic tentang post tak sesuai di-upload. ;) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, March 18, 2011

Ingatkan Plastik, Rupanya Batu --- Ye Ke?

Hmm --- aku start ngan lafaz bismillah ( baca dalam hati daa.... ).

Yesterday was not a good day for me. Aku tidur dgn harapan hari esok akan jadi hari baru yg ceria. All is well, all is well --- Alhamdulillah, hari ni leh katakan hari yang mencabar smangat den. Unlike daily routine, mentara tunggu waktu suboh dan bersiap2 ke opis, hari ni aku tak layan citer omputih. Aku gi gatai tekan punat nombor tu tgk citer org melayu.

Nampak je muke aktor suami Diana Rafar ( dah x igt nama ) ngn aktres Janet Khoo, teros layan. Tajuk citer tu Volkswagen Kuning. Layan punye layan, macam klakar lak citer tu. Tup2 watak heroin tetibe kene rasuk tgh2 jln raya and couple tu accident. Terkejut giler aku. Tak bagi chance langsung utk tukar channel!

Baru prasan rupanye aku layan citer seram....Teringat pesan ustaz aku masa kecil, jgn tengok cerita seram kalau tiang hati tak kuat. Umpama mengundang....

Dah siap sumer, aku bertolak dari umah cam biasa. Skang musim cuti skolah, lengang giler jalan raya. Best!!!

Tetibe aku nampak plastik putih tgh jalan. Tak sempat nak elak, aku lanyak je. Bergegar kete aku, macam langgar batu besar. Aku sempat jeling cermin depan, 'macam' nampak ada bende putih berguling2 atas jalan. Aku lajakkan kete sket ke depan Stesen Petronas untuk patah balik. Macam tak yakin William leh sampai KL dgn selamat. Mesti tayar rosak!!!

Bile aku pusing, takdelak nampak batu besar tu. Aku teros pecut balik umah. Siyes, takut. Sampai depan umah, cek tayar --- sumer OK. Hati dah rasa len macam. Walopon agak terlambat, aku baca gak ayat Kursi. Pastu aku called nenek aku.

"Assalamualaikum, nek."
Nek jawab salam.
"Tolong doakan juga, Angah selamat pergi dan balik ya."
"InsyaAllah. Apa jadi?"
"Macam rasa kene ganggu tengah jalan laa."
"Kat maner?"
"Depan sekolah tu."
"Baca ayat Kursi."
"Dah. Sekarang insyaAllah xde pape dah."
"Baca doa sebelum jalan tu."

Aku rasa serba salah lak dgr nada suara nenek yg risau. Baru aku prasan tu mmg kawasan kemalangan. Nenek aku mmg selalu pesan, depan sekolah tu jgn wat kete laju2 sbb ramai org selalu terbabas tanpa sebab kat situ. Rasanye tiap2 tahun mmg ada kemalangan maut depan sekolah tu.

But main pointnya, bukan pasal hantu ke apa --- tapi pasal kejahatan jin/syaitan yg amik kesempatan je takotkan orang yg mmg penakut. Teros terang, masa mula2 aku nampak plastik/batu tu, aku tak teringat langsung nak baca doa. Aku siap pecut kete lagi patah balik umah.

Tapi alhamdulillah, bile sedar, aku jadi geram lak. Terus baca ayat2 yg aku blajar untuk buang rasa takot. Recently, aku baru blajar --- jgn sekali2 ucap "Atuk, nenek, cucu tumpang lalu"!!! Itu dah macam kita tunduk dan minta izin. Padahal, untuk elak daripada sebarang gangguan, kita cuma kene sentiasa ingat Allah SWT. Makhluk jahat ni pantang jumpa manusia yg tunduk dan takut. Mesti ambil kesempatan utk rosakkan akidah.

Contoh:
1) Amalan pakai tangkal
2) Amalan minta izin atuk dan nenek bila lalu kawasan sunyi
3) Amalan membaca surah2 atau ayat2 yang tidak diyakini sumbernye

Baru2 ni, ada orang tanya aku, aku amalkan tak baca ayat untuk bagi orang suka. Bile dengar tu, ternganga gak. Mungkin ingat salah dengar or salah paham. Aku tanya balik, ayat mende tu?

Dia jawab, pape ayat untuk bagi seseorang tu suka kat kita. Adoiiii, astaghfirullah. Acik ni ngaku takla alim and tahu sangat pasal agama --- masih struggle blaja lagi! Tapi kalo ayat untuk buat seseorang suke kite tu --- Acik tak dapek nak jawab. Aku tau ada ayat untuk permudahkan hidup, ayat mohon murah rezeki, doa pakai baju, doa tenangkan hati, doa terhindar daripada perbuatan jahat, godaan syaitan dan siksaan kubur --- tapi untuk buat seseorg suka kat kite tu, jgnla tanye aku. Yg aku tau, jgn buat jahat kat orang --- mesti orang suke!

Dalam masa dua tahun ni, aku kenal ngn macam2 jenis orang. Ada yg suka ulang-alik gi bomoh, ada yg amalkan ayat2 yg pelik2, ada gak yg suke tuduh orang bela antu... Uolsss, please jgn jadi macam depa ni! Kalau nak tau lanjut, bacalah buku. Ini tak, asal pelik je, tuduh org tu ada saka! Aku sesak nafas gak ngadap perangai orang2 canni tetiap hari. Tapi ada hikmah sebenarnye, dorang2 ni gak la yg buat aku nak belajar pasal agama. Cara2 tenangkan perasaan, teguh dan sabarkan hati. All is well.

Haa --- dah alang2 panjang ke topik ini, aku sampaikan pesan Ustaz kat opis aku.

1) Dalam toilet jgn bercakap atau NYANYI.
2) Bagi pompuan, mandi mesti pakai kain tau!
3) Sebelum masuk toilet baca bismillah, masuk dgn kaki kiri, keluar dgn kaki kanan.
4) Banyakkan baca Quran dalam rumah.
5) Dalam umah, jgn pamerkan gambar2 penuh binatang atau yg bernyawa.
6) Nak makan, sekurang2 nye baca bismillah...

Banyak lagi sebenarnye. Aku post yg ini dulu. Hmm --- dah jadik panjang lebar lak aku nye sesi perkongsian cerita. InsyaAllah, dimanfaatkan ye!!!

Walk Tall, Jangan Takut!
Gambar Hiasan Jer BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, March 14, 2011

Di ambang Wati .... eh Thirty (30)!

Yes, i turned 29!!!! Yahoooo!!! Serious, aku suka. A reminder utk aku, umur semakin tambah, masa semakin kurang.

This year, alhamdulillah rezeki dapat hadiah harijadi from fwens bole tahan gak. Actually umor di ambang2 30-an ni aku tak expect pon dapat gifts lagi. Hehehe...

But dah dapat, of cos aku tak tolak! ;P

Since aku mmg mudah sangat lupa things happened kat aku especially yang dua-tiga tahun lama tu blogging helps me remembering things. Nak wat camne RAM kepala aku masih belom upgrade lagik.

Hmm... As usual, bile dah start blogging --- especially after a loooooong break, aku rasa rindu dan nikmat sangat bile menulis ni.

Almaklum, skarang zaman social media, bende yang dicipta utk kemudahan ramai disalahguna lak! So, aku terpaksa pause keinginan menulis ni wat sementara waktu. Tak beshlaa kan bile dengar org perli depan batang idong tentang stuff yg aku share kat blog. Dah tak kreatif tu, toksah aa guna balik ayat2 aku. Heheheh.... Cian sungguh!

Jauh sangat dah melencong!

Okay, back to tajuk post! Yiiihaaaaa!!!! Bile aku baca post pasal hari jadi aku tahun lepas, baru perasan masih ramai lagi insan2 yang sayangkan aku. Cewaaaahhh!!!

1st present yg aku dapat --- daripada ibu and my family. Ibu belanja dinner kat Restoran Muhibbah, makan seafood. Thanks a lot y'all.


Restoran Muhibbah

And thanx to Uje n family for the bag!!! Love it!

Bag from Faidz

To my dearest Puan Pencinta Membuat Kek (BakingLover), big muaaaaahhh for you! Thx for the cake yar!

Cake from BakingLover

To NitPit and ChiWaWa, semoga aku tak tinggal atau lengah2kan waktu solat lagi. (ini doa untuk aku) hehehe dan semoga you ols dapat pahala tetiapkali aku pakai utk ibadat. InsyaAllah...

Set Smayang

To my dearest sista Mangay!!! Thx a lot for the gift ya! And for all the cakes yg u buat and bawa for me. Hahaha bila fikir2, padan aaa berat tak turun2!!! I will keep ur special email tu in my personal inbox. That really means sumthing!



to Cik Hariah, thx sesangat for the bag! Silver for glam!!! Love it!



Nenek --- lupe lak nenek sayang yang bagi duit soh beli hadiah sendiri!!! Muuuaaahhh. Dan frens and adik2 akak yg sudi call, wishes, prayers, and posted vids rakamkan saat2 kesumbangan korang nyanyi lagu happy besday. Who says lagu tu paling simple dalam dunia? Hihihi....

Semoga tahun ini aku dikurniakan ruang storan ingatan yang lebih, utk ingat tarikh2 penting idop u ols. I was never a good friend before. I made mistakes and I was being 'me'. But I am changing to be a good 'me'. InsyaAllah. Aku akan belajar appreciate semua fwens yang ada kat sekeliling aku. Thank you for reminding me!


Love,
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop