Wednesday, December 30, 2009

Goodbye 2009! Aku Akan Rindu Kamu!!!



Hari ni hari terakhir bagi tahun 2009 (Babai, 2009!). Sebenarnya memang dah planned nak cuti hari ni tapi tetibe je ada benda last minute yang buat aku terpaksa cancel cuti. Dah alang2 kene kerja, jadi aku dengan bersemangat waja datang ke office pagi2. Dalam kepala dah ligat dah fikir hari ni nak settlekan apa dulu.

Semalam Pip ada bagi tahu, Kak Imah beli comforter yang harga asal RM400++ dengan hanya lebih kurang RM100. Teruja sesangat sebab aku memang ada rancang nak cari set cadar and comforter untuk katil aku. Jadi --- tak sia2lah jugak aku merajinkan diri datang office. Inilah namanya, sambil menyelam minur air!

Tapi yang penting, malam ni aku memang nak celebrate! Member aku turun KL malam ni. Ibu ngan Aunt Faridah masih kat Mekah wat umrah (huwaaaaaaaa~).

Pagi tadi aku dengar HotFM, si Fafau ni dok suruh callers confess apa kesalahan yang pernah dibuat sepanjang tahun 2010 ni? Topik yang menarik! Nanti aku kena fikirkan dulu nak senaraikan berapa banyak. Hehehe --- yang penting, jam dah pukul 8.15am, I've got to sign-off dulu!

Friends --- HAPPY NEW YEAR 2010!!!

Tuesday, December 29, 2009

Apa Cerita Baru Nak Download Lagi, eh?

Hari ni datang kerja dengan mata mengantuk. Hmm --- tido lambat ke semalam? --- aku tak berapa ingat sangat. Yang aku ingat, semalam sibuk mendownload movies baru : Avatar, Serious Moonlight, The Box and Inglourious Basterd sambil sebelah mata jeling2 cerita Final Destination 4 yang Along pasang.

Nak tercabut jantung aku nengok Final Destination 4 tu. Sume accidents memang ganas gile. Sampai jadi tak logik pun ada! Rasanya dalam banyak2 FD Sequels, aku lebih suka nonton yang 2nd tu - Car accidents. Itu memang logik plus scary plus real!

Takpe --- dah kena start engine!!! Nak wat keje......Later!

Monday, December 28, 2009

Gemuruh Jiwa, Semangat Membara ~

Ada reason aku nyanyi lagu Faizal Tahir ni. Hehehe ---- walaupun dalam keadaan yang tidak sesuai. Sok kena ingatkan boss tentang meeting dengan Bekalan. Selainnya --- itu biar aku sorang je yang tahu. Hehehe ---- (lagu Faizal ni makin kuat lak!)

Mata dah ngantuk ni ~ (makin berat ngalahkan mata Garfield). Dok menggoogle dari pukul 10.00pm tadi, cari widgets yang menarik untuk blog, tapi tak jumpa lak yang berkenan di hati.

Sebelum aku lupa, better aku listkan 'Things-To-Do' sepanjang minggu ni:
1) Settlekan hal payment Vendor
2) Set mtg teknikal dengan JTM on FPX payment     Done 04012010   
3) Kertas Kerja DES (Perlantikan)
4) Apply cuti                                             Tak jadi cuti.
5) Update CSI meeting to boss                  Done 04012010
6) Update payment matters with SSDM
7) Discussion on Capability Programme with SSDM (for Jan 2010)
8) Email MOM on FPX payment mtg   Done 31122009.
9) Review MKI
10) Hantar comforter ke laundry           Done 29122009.
11) Beli new comforter / cadar             Done 31122009.   
12) Beli carpet cantik
13) Sign-up kelas menjahit                    Tak jadi sign-up this week!

Tu je yang aku ingat buat masa ni ----- dah tak larat. Nak bobok!

Salam.

Saturday, December 26, 2009

Selamat Hari Natal!

Cepat sangat hari berlalu kan? Rasanya baru lagi aku and member² CIMB bersuka-ria kat Genting tahun lepas. Pejam-celik dah setahun rupanya aku kerja kat tempat baru ni.

Kepada semua rakyat Malaysia, (tak kira berbangsa apa --- sebab aku pasti semua excited bila dapat cuti Umum!) aku ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Natal. Kat Malaysia ni rasanya tak ada Bapak Santa Claus yang akan panjat chimney rumah untuk bagi hadiah --- rumah² kat Malaysia ni majoritinya takde serombong asap tu. Tapi masa jalan² sebelum Krismas dengan Nitti @MidValley few days ago, aku sempat juga nengok Bapak Santa Claus melayan kanak² kecil kat atas pentas untuk bergambar. Kalau orang tak ramai, memang dah lama aku naik pentas.  (✖ ‿ ✖)



Okay, yang penting --- bila dah sampai ke penghujung tahun aku perlu buat persediaan untuk kedatangan tahun 2010. Unlike tahun² yang lepas, aku memang tak buat sebarang 'post-mortem' pun, dan mungkin sebab tu azam tahun baru aku di-carry forward ke tahun² hadapan untuk beberapa tahun.  (✿◠‿◠) malu ~

Tahun 2010 ni, aku nekad. I have to move forward! I have to change. Umur pun akan tambah lagi setahun. Tahun depan, aku dah 28 tahun! Huaaa --- scary! Aku ada dua tahun lagi sebelum masuk 30 tahun. Tapi apa achievements yang aku dah capai?

Dari mata kasar, memang tak ada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. Tapi aku ada belajar banyak perkara especially tentang kehidupan.

Perkara berharga yang aku dapat sepanjang tahun 2009?
  1. Mulakan tahun baru dengan kerja baru di pejabat baru. 
  2. Beli laptop baru - Apple alum.
  3. Dapat ramai kenalan baru.
  4. Dapat bos² yang sporting and extraordinaire! (seriously)
  5. Kenal dengan erti 'kawan' dan 'surat layang' ( ◕‿- ✿)\m/ wink~
  6. Berjalan² ke Bandung, Indonesia.
  7. 1st experience buat presentation yang hampir gugurkan jantung!
  8. Belajar tentang syarat wajib umrah & ziarah
  9. Beli double-sized bed, a sofa-bed, meja solek dan almari baju.
  10. Kursus Dynamic for Service Excellence - ajar aku tentang hidup, semangat berpasukan dan juga tips² pengurusan (seriously, i learned a lot!)
Apa yang aku tak buat atau perkara sedih yang aku tak mahu ulang pada tahun 2010?
  1. Pengalaman sedih (of course, bila visa sangkut dan tak jadi berangkat ke Saudi)
  2. Berselisih faham dengan ibu (mostly memang ada kena-ngena dengan Faidz)
  3. Hampir semua azam 2009 tak tercapai. Ini sangat memalukan.
  4. Abah dah tak mahu angkat calls aku (mungkin merajuk hal 'dulu').
Aku bersyukur pada ALLAH SWT, aku tahu apa kesilapan yang aku dah buat dan apa yang perlu aku perbaiki. Memang banyak kelemahan aku, kalau nak sebut satu-persatu. But we have lots of times to share everything here ~ so, let's follow the flow. I'll share kesemuanya slowly.

---- last but not least, again, Selamat Menyambut Hari Natal!

Wednesday, October 14, 2009

Nintendo Wii: Dancing with the Star

Gara2 kebosanan yang teramat, dah pukul 10.42pm --- tetibe semangat ber-wii datang. Apa lagi, ha ha ha....dah lama tak ber"Dancing with the Star", seronok gak!

Tengah seronok main, datang pulak keinginan nak tambah keseronokan. Hu hu hu....apa saja dalam dunia ni yang libatkan FUN, mesti kene guna duit! Takpe, tahun ni punya duit belanja msCruZee kena simpan untuk jenjalan hujung tahun....insyaAllah. Duit belanja jalan belum kumpul lagi. Hutang beli tudung kat kawan pun lom bayar lagik.....OMG, that's a BAD sign for me! (but good news with my cards' physical condition --- ha ha ha!)

Tak boleh tahun ni, msCruZee pasang azam jugak utk tahun depan. Nak beli:
1) Wii's microphone
2) Wii's dancing matt
3) latest wii games
4) Another Nunchuk!

Apa itu Nintendo Wii? msCruZee ada dapat soalan ni beberapa kali. Untuk dapat penerangan yang tepat dan mudah, silalah meng"Google". Dalam 'bahasa kampung', Nintendo Wii ni permainan video yang capture pergerakan pemain. Games seperti golf, football, basketball, dancing....dan apa2 saja permainan yang melibatkan pergerakan. Selain pergerakan, teknologi sekarang dah semakin menarik! Boleh berkaraoke juga! Tu sebab msCruZee perlu carik mic Wii. Untuk pemahaman bergrafik, boleh juga meng"YouTube". Lagi jelas! Baru baca review tentang High School Musical Wii Game tadi, macam menarik!

Jangan terkejut kalau tiba2 rakan, adik-beradik, ibu atau you OLLs sendiri berjoget terkinja2 di depan TV. Ha ha ha.....jangan leka sangat, silap2 masuk YouTube atau FB lak!

So, anyone ready to compete? msCruZee dah jadi jaguh Dancing with the Star!



Thursday, October 8, 2009

Jamuan Hari Raya KHIDMAT @ Level 6 - CRM + eP + JRC

Hari ni msCruZee kekenyangan...burrrp (Alhamdulillah)...walaupun sedih sebab tak dapat menikmati semua hidangan. Level 6 buat Jamuan Hari Raya! Makanan mmg banyak --- ada sate, nasi jagung, 4 jenis kek Secret Recipe, lauk ayam kurma, lauk ayam masak merah....bla bla bla....msCruZee tak ingat sbb yang lain tu dah tak sempat masuk perut.

So ini dia memoirs yang dapat ditangkap untuk acara hari ini.....mmg sangat best sebab organizer sangat memahami citarasa semua pihak.

Teks yang dibaca oleh pengerusi majlis....Mr Rahmat!
Hizwani beri ucapan....sangat bergaya dengan songkoknya!
Seorang deserves sebiji cake!
Sate 'manis' yang best!
Lemang pun ada!
Friends yang best!
CRM & eP 2009 bersama Raja Kamera yg 'ensem' ~ Farris
CRM + eP + JRC 2009 Ladies~
Iklan kasut.....
Dara pingitan....auwwwwww!
Gerds FC - Vice Pres & Pres
Gerds FC - 4 ahli terunggul gerds!!!
Skodeng Raya 2009

Ini Jamuan Hari Raya pertama msCruZee kat 'rumah baru'. Tak perfect but sangat memuaskan hati. msCruZee sangat enjoy hari ini........bila pandang pics ni banyak kali, macam suka pulak tengok tema baju Raya tahun ni...colourful!!! InsyaAllah, tahun hadapan ada lagi.......

Wednesday, October 7, 2009

Cara-Cara untuk Mencegah Kekejangan Otot


Akibat bersemangat pagi2 dengan K.imah sejak minggu lepas, dah 2 hari msCruZee alami kekejangan otot. Buat aktiviti apa --- jangan ditanya! Ha ha ha! Bukan satu tempat, tapi 2 tempat!!! Paha and betis. So dalam 2 hari ni, msCruZee agak control kaki especially bile jalan depan orang len.....depan office colleagues, msCruZee tak heran sangat. Diorg pun agaknya dah tak larat ketawa nengok msCruZee jalan kengkang2. Especially depan Abang Zali. Nasib baik kawan2 se-office amat sporting. LoL!


Jadi, hari ni msCruZee buat sedikit research tentang kekejangan otot. You may check the full version from this url: http://bit.ly/V9Z7V - How to Eliminate Muscle Cramps. You Can Prevent This Problem. Article was written by Liz Noelcke.


Kekejangan berlaku apabila otot bergerak atau merenggang dan tidak relaks. Walaupun anda dalam keadaan relaks, otot anda akan keletihan dan sakit. Kekejangan boleh berpanjangan samada sehingga beberapa saat atau lebih daripada 25 minit. Bukan saja disebabkan oleh senaman, kekejangan boleh juga berlaku akibat tidur dan juga duduk!!! Selalunya berlaku di bahagian kaki.


Kekejangan boleh berlaku bila kaedah regangan yang dilakukan adalah salah, yang menghasilkan asid laktik dalam otot. Keletihan otot dan kekurangan air juga merupakan antara penyebab2 kekejangan.


Masalah kekejangan dapat dielakkan dengan melakukan beberapa cara untuk melegakan otot iaitu dengan regangan otot yang perlahan dan urutan perlahan pada bahagian otot yang kejang. Selain itu, ia juga dapat dilegakan dengan mengenakan ais pada bahagian yang sakit selama 15 minit. Ini akan menambah kadar peredaran darah pada otot.


Maknanya Abang Zali mmg tak tipulah! msCruZee ingat dia main2 bila suruh msCruZee letak ais pada bahagian yang kejang. Tapi nak keluarkan ais dari peti sejuk tu pun kena jalan....ehehe....sakitttt!!!