Akibat bersemangat pagi2 dengan K.imah sejak minggu lepas, dah 2 hari msCruZee alami kekejangan otot. Buat aktiviti apa --- jangan ditanya! Ha ha ha! Bukan satu tempat, tapi 2 tempat!!! Paha and betis. So dalam 2 hari ni, msCruZee agak control kaki especially bile jalan depan orang len.....depan office colleagues, msCruZee tak heran sangat. Diorg pun agaknya dah tak larat ketawa nengok msCruZee jalan kengkang2. Especially depan Abang Zali. Nasib baik kawan2 se-office amat sporting. LoL!
Jadi, hari ni msCruZee buat sedikit research tentang kekejangan otot. You may check the full version from this url: http://bit.ly/V9Z7V - How to Eliminate Muscle Cramps. You Can Prevent This Problem. Article was written by Liz Noelcke.
Kekejangan berlaku apabila otot bergerak atau merenggang dan tidak relaks. Walaupun anda dalam keadaan relaks, otot anda akan keletihan dan sakit. Kekejangan boleh berpanjangan samada sehingga beberapa saat atau lebih daripada 25 minit. Bukan saja disebabkan oleh senaman, kekejangan boleh juga berlaku akibat tidur dan juga duduk!!! Selalunya berlaku di bahagian kaki.
Kekejangan boleh berlaku bila kaedah regangan yang dilakukan adalah salah, yang menghasilkan asid laktik dalam otot. Keletihan otot dan kekurangan air juga merupakan antara penyebab2 kekejangan.
Masalah kekejangan dapat dielakkan dengan melakukan beberapa cara untuk melegakan otot iaitu dengan regangan otot yang perlahan dan urutan perlahan pada bahagian otot yang kejang. Selain itu, ia juga dapat dilegakan dengan mengenakan ais pada bahagian yang sakit selama 15 minit. Ini akan menambah kadar peredaran darah pada otot.
Maknanya Abang Zali mmg tak tipulah! msCruZee ingat dia main2 bila suruh msCruZee letak ais pada bahagian yang kejang. Tapi nak keluarkan ais dari peti sejuk tu pun kena jalan....ehehe....sakitttt!!!
No comments:
Post a Comment