Thursday, November 28, 2013

Deepavali Celebration kat Opis

Alhamdulillah......

Puas hati sangat! Tahun 2013 punye sambutan Hari Deepavali kat opis aku ni agak berlainan sket ngan tahun2 sebelumnya (yang aku penah hadir laa). Ha ha ha. Kali ni diorang buat gimik nyanyian koir --- dengan pakaian bertemakan warna hitam-putih --- kitorang kene bagi 1st impression kat audience, "Haiiyaaa, Deepavali pon nak nyanyi lagu koir cam biasa ke? Boring...."

Hiasan kat hadapan main entrance
Hiasan kat depan lif. Ada haruman wangi lagik tau!

Bila aku dengar je request event organizer tu, aku rasa kurang confident dah. Kitorang kene nyanyi lagu tamil OST Sivaji the Boss : Balleilakka --- alaa, yang ada Rajnikanth tu. Lagu ni ditujukan untuk bos2 kat opis aku.

Ha ha ha --- berat sungguh tanggungjawab kali ni. Kitorang ada sepuloh (10) hari nak prektis dan hafal lagu tamil tu. Dahla dah hujung tahun, masing2 sibuk gi kursus la, cuti hujung tahun laa --- macam2 hal. Dan cabaran pertama aku ialah mencari penyanyi koir --- yang KOMITED

Konflik la jugak awal2 tu sebab ada yang kata nak masuk, tapi nak tengok2 dulu la....ada yang kata busy laa...ada yang kata dah 'bersara menyanyi' lah....seriously, banyak giler alasan! Alhamdulillah, berjaya gak dapat 24 orang penyanyi. Walopon ada yang sibuk lari2 gi kursus dan prektis, sibuk ngn meetings....diorang ni bagi aku, the best!!! Takde sorang pon sebut pasal bayaran. Organizer belanja lunch sepanjang tempoh prektis, dah cukup.

Cabaran kedua ialah --- susah gile nak sebut perkataan2 bahasa Tamil ni! Terbelit2 lidah. Of coz, ada masa kitorang hampir2 give up. Nak tukar ke lirik yang lebih senang. Tapi tak jadi sebab tetibe memasing nak cuba gak sampai dapat.

Cabaran ketiga lak, sepanjang tempoh prektis, kitorang tak penah dapat full attendance. So sangat susah untuk biasakan diri ngan suara2 orang sebelah.

Cabaran keempat, tetiap hari kitorang dapat prektis dalam masa kurang daripada sejam je sehari.

Cabaran kelima, baru hari ni --- waktu rehearsal, kitorang dapat prektis as a complete group. Masih tak dapat nyanyi lagu tu dengan bagus. Sampai jam 2.15pm. Hmm --- gubra gak sbb majlis mula dalam jam 4.30pm.

Cabaran keenam, kitorang nyanyi tak penah guna muzik. Konon nak acapella. Semalam paksa gak diorang amek a few percussion instruments kat bilik muzik. Sebab sunyi sangat nyanyi tanpa bunyi2 ni. 

Cabaran ketujuh ialah hari ni last minute kitorang tukar arrangement nyanyian. Masing2 nyanyi nak ada bridge untuk tunjuk freestyle

Dan --- alhamdulillah, ketujuh2 cabaran seperti di atas dapat diatasi dengan baik. 

Selesai je performed, ramai ucap tahniah. Diorang tak sangka kitorang nyanyi lagu tamil. Muahahaha. Frankly speaking, aku pon tak sangka tapi bila lagi nak dapat peluang camni, kan?  Hari ni kitorang dah buktikan 'Nothing is Impossible!'.

Sekali lagi, alhamdulillah! 

P/s: Pasni ada dua lagik functions! Kene korban waktu lagila nampaknya. Nak wat keje opis lagi, nak prektis lagik. Hmm --- takmo pikir dulu! Pale aku letih. Esok kene bangun awal sebab awal pagi aku kene bagi briefing untuk orang2 from Kementerian lak pasal i-Akaun. Kene jaga muka dan mood fresh! Night, uols!

P/p/s: Owh, btw --- uols dah mendaftar i-Akaun lom? Kalo lom, cepat gi daftar!!! Nak tunggu apa lagik?

 

Wednesday, November 27, 2013

Diva Fofular Sangaaaattt!!!

Soklannya, diva ke? Fofular sangat ke?

Kalau nak bukak citer pasal ni, aku kene tarik napas panjang2. Jadik 'cikgu koir tak bertauliah' yang dipilih berdasarkan tangkap muat seperti aku ni, buat aku paham dan simpati pada golongan boss2 dan jugak cikgu. Camner la nak kawal 'orang2 bawahan' atau murid2 yang bermacam ragam?

Masa kecik, arwah nenek ngan ibu suke sangat bagi cadangan supaya aku pon pilih gak profession guru cam diorg. Baru ngam jadik keluarga guru!!!

Aku suka jadik guru ni....tapi bila tang student lebih pandai dari guru ni....leh wat hangin puting-beliung aku cepat datang. Masing2 dengan attitude Bo-Bong (bodoh + sombong). Serious, aku memang takleh tahan sabar. Jadik, untuk elakkan tangan aku cepat berjalan, baiklah aku pilih keje lain. 

Okay, back to current punya citer! Masuk tahun ni, dah tiga (3) tahun aku jadik konduktor koir opis aku. Bukan sebab aku terer pon --- atau sebab aku berbakat sangat --- ha ha ha. Aku sedar diri, aku ni dipilih sebab orang tahu aku minat mende2 ni. TETAPI.....

Kat tempat aku keje ni, ada golongan 'kengkawan' yang dah letak diri diorang setaraf artis kat Malaysia. Kalo bukak laman anggota via intranet, kat profile tu penuh ngan pencapaian sebagai artis. Jadik model iklan la, penyanyi la, emcee la, penari la.....memacam lagik! Yang kelakor tu, berpuluh2 tahun keje, takkan lah cuma dah capai tu jek? Hasil pencapaian sebagai anggota yang takde kene ngene ngan hiburan, takde pon tulis!

Fine, assuming diorg ni dah jadik artis opis aku. (Layan je la.) Yang buat aku hilang sabor tu --- perangai masing2 mengalahkan artis! Datang prektis saja je lambat2. Belum mula prektis, masing2 dah sebok citer pasal bayaran --- aduuiiiiyyaaiiii!!!!

Pastu golongan spesyel ni jugaklah yang susah nak kawal. Maklumlah, diorang ni dah setaraf artis. Aku dok soh nyanyi sama2....kasik dengar satu je bunyi....diorang pegi tunjuk skill jadik penyanyi latar pulak. Tarik note tinggi sensorang --- huhuhu korang!!!! Aku paham korang ni memang penyanyi solo. Tapi tak perlu la nak ditunjukkan skill korang kat kumpulan koir. Unless kalo korang disuruh nyanyi part lead singer --- then OK lah.

Diva Fofular sangat, tau!!!

Tapi depan korang, aku hanya mampu senyum. Sebab korang kan diva fofular. Aku baru cakap sikit, dah dengar pulak bunyi macam2. Untuk aku buang masa nak ajar orang yang lebih pandai dari aku, baiklah aku senyap dan senyum jek. Lagi puas hati. Aku nak give-up takleh lak sebab aku dah commit

Esok ada satu performance untuk Sambutan Deepavali. Bersyukur sangat bebudak yang join ni sumenye yang bagus2....suara dan gak attitude! Please doakan sekali kitorang leh nyanyi dengan baik esok.

Hmm --- yang untuk pertandingan koir ni (untuk bulan Disember pulak) aku bebetul risau. Kalo nengok senarai nama majoritinya memang diva sangat. Nak masuk sebab ada bayaran dan setaraf la dengan level artis diorang.

Satu jek nasihat aku, dah alang2 prektikkan gaya hidup seorang artis, apa korang buat kat opis aku ha? Salah profession tu. Renung2kan.....



Yang benar, 'cikgu' Diva Fofular
 

Monday, November 25, 2013

Project Closure....Sudah!

Jam 8.39pm.

Either aku mmg dah kompem smakin berusia dan smakin kurang stamina atau hari ini memang bebetul hari yang memenatkan.

Serious memang penat! Seb bek hari ni takde kelas 'tuisyen'.

Akhirnya tamat sudah projek penggantian laman web aku yang mula sejak tahun 2011. Tak sangka dah nak dua (2) tahun ghupenye.

As usual la kan, bab2 mengurus-setia majlis ni nama aku akan kene kat hiburan. Tugas2 sediakan lagu sepanjang sesi makan ngan tayangan video projek --- gua punya kerja!!! Aku memang suka pon buat mende2 remeh camni, jadi takde hal lah!!! 

Hmmm....regrets? Semestinya tetap ada. Aku sedey gak sebab ex-bos aku takde masa majlis penutupan ni. Frankly speaking aku rasa, contribution dia kat projek ni agak banyak la. Tapi nak wat camne, dia gi cuti pulak hari ni!!!

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Makanan pun sedap sangat....yummm...yummm!

Tu dia....wallpaper yang Biha buek!
Meng-usha Mr Emcee yang tengah nervous dari jauh.....
VVIP
Cik Faze menten ready!!! Yeahhh!
Member UAT lama berimej baru - A.Jasmir Galak!

Yang kat atas ni sume citer panjang aku. Kalo citer pendeknya...aku penat sebab persiapan untuk majlis ni. Tang tu la laptop aku hang, seb bek opismate aku ada bawak 'Mekbuk'. Terpaksa pinjam. 

Lepas makan, aku sebok menapau makanan lak. Hmm --- rasanya ini lagi memenatkan! Sebab beg tapau aku berat gile!!! Ha ha ha.

But point penting di sini ialah, walo penat sekalipun aku tak komplen sebab aku dah beri my best tadi dengan seikhlas mungkin. Alhamdulillah.

Friday, November 22, 2013

Hari yang Sangat Menggembirakan!!! Allahu Akbar!

Thank you Allah!

Hari ini 22/11/2013, akan jadi hari yang bersejarah bagi aku dan family aku. Of coz birthday Faidz & K. Dah....(Happy birthday uols!!!) selain tu kitorang terima good news, good news dan good news!

Sekarang ni dah jam 11.05pm. Seb bek fizikal aku agak kepenatan hari ni. Kalo ikut hati, aku rasa cam nak melompat2 jek sambil nyanyi lagu team Malaysia Gemuruh Suara tu dengan sekuat hati.

Satu hari ni kat opis tak buat keje banyak pon sebab komputer aku kebetulan kena upgrade hari ni. Petang baru aku boleh intai2 apa keje yang kene buat. Pastu hari ni gak dapat gambor ngan 'brader' aku. Belek punya belek, muka hamper sama daaa....hahahah perasan! Layan je la...sebab aku tgh happy hari ni!

Brader dan Aku

Masa tengahari, kene prektis koir. Memang belom perfect tapi sudah banyak improvement yang team members tunjukkan. Aku tak berapa risau dah.

Beban yang aku pikul beberapa bulan ni pon, Alhamdulillah ada rasa ringan sket tetibe petang ni. Dan aku dapat satu lagi berita yang buat aku bersyukur daripada seseorang. Memang tak sangka! Aku rasa bangga sensorang....tapi sebab aku terpaksa kawal keujuban diri ni, terpaksalah aku telan sensorang. Risau jadik penyakit hati pulak nanti. Naudzubillah.

Malam pulak, bila sampai rumah Along terus citer pasal ibu dan Pak Ham. Kegumbiraan yang kitorang tunggu2 sejak arwah nenek meninggal. Hah, dah berapa tahun dah tu! Baru hari ni doa semua termakbul. Alhamdulillah, aku nampak ibu gumbira gile malam ni. Dia sanggop tepon geng2 ngaji dia untuk kongsi cerita gembira dia. 

Point penting yang aku nak kongsi sebenarnya ialah....beberapa minggu lepas, hidup aku rasa down sangat sampaikan ada masa2 yang aku nak senyum pon tak leh. Cam biasa, ibu dan keluarga aku akan jadik tempat ngadu....dan sudah tentunya Allah SWT! Kita ni hambaNya. Kepada Allah lah yang perlu kita meminta. Aku bersyukur ada ibu dan kuarga yang sama2 doakan kebahagiaan aku tetiap malam.

Aku tau ujian ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan yang orang lain. Minta kepadaNya kerana hanya Dia yang dapat membantu. 

Dengan mata ngantuk dan hati yang masih excited gembira, sekali lagi --- Thanks Allah. Kerana tenang dan lapangkan jiwa aku. Kerana berita2 gembira yang Kau sampaikan hari ini. Kerana 'jalan penyelesaian' yang kau beri....dan kerana beri aku ujian2 ini. 

Selain daripada tu, aku jugak makin kenal dengan diri aku sendiri. Banyak yang aku perlu perbaiki. Aku perlu belajar sabar. Sabar....bunyi cam senang tapi sbenarnya susah gile nak buat!

Dan aku juga perlu belajar hormat kat orang lain.....chaiyok!!!!


Tuesday, November 5, 2013

Girlfriends...girlfriends...

30/10/2013
At GSC MV.

Asalnya nak nonton Thor but terawal sehari. So, nengok Tom Yum Kung 2 (x sure ejaannya gimana) --- but hampir2 sama ngn food Secret Recipe gitew!

Hmm --- that was the last 'D-day out 2gether' with my girls untuk tahun ni nampaknya. Memandangkan ada one of us sudah berisi and bakal bergelar mummy! Kena tunggu beberapa bulan lagi untuk hu-ha bersama.

Will miss this moment!