Friday, November 22, 2013

Hari yang Sangat Menggembirakan!!! Allahu Akbar!

Do you like this post?
Thank you Allah!

Hari ini 22/11/2013, akan jadi hari yang bersejarah bagi aku dan family aku. Of coz birthday Faidz & K. Dah....(Happy birthday uols!!!) selain tu kitorang terima good news, good news dan good news!

Sekarang ni dah jam 11.05pm. Seb bek fizikal aku agak kepenatan hari ni. Kalo ikut hati, aku rasa cam nak melompat2 jek sambil nyanyi lagu team Malaysia Gemuruh Suara tu dengan sekuat hati.

Satu hari ni kat opis tak buat keje banyak pon sebab komputer aku kebetulan kena upgrade hari ni. Petang baru aku boleh intai2 apa keje yang kene buat. Pastu hari ni gak dapat gambor ngan 'brader' aku. Belek punya belek, muka hamper sama daaa....hahahah perasan! Layan je la...sebab aku tgh happy hari ni!

Brader dan Aku

Masa tengahari, kene prektis koir. Memang belom perfect tapi sudah banyak improvement yang team members tunjukkan. Aku tak berapa risau dah.

Beban yang aku pikul beberapa bulan ni pon, Alhamdulillah ada rasa ringan sket tetibe petang ni. Dan aku dapat satu lagi berita yang buat aku bersyukur daripada seseorang. Memang tak sangka! Aku rasa bangga sensorang....tapi sebab aku terpaksa kawal keujuban diri ni, terpaksalah aku telan sensorang. Risau jadik penyakit hati pulak nanti. Naudzubillah.

Malam pulak, bila sampai rumah Along terus citer pasal ibu dan Pak Ham. Kegumbiraan yang kitorang tunggu2 sejak arwah nenek meninggal. Hah, dah berapa tahun dah tu! Baru hari ni doa semua termakbul. Alhamdulillah, aku nampak ibu gumbira gile malam ni. Dia sanggop tepon geng2 ngaji dia untuk kongsi cerita gembira dia. 

Point penting yang aku nak kongsi sebenarnya ialah....beberapa minggu lepas, hidup aku rasa down sangat sampaikan ada masa2 yang aku nak senyum pon tak leh. Cam biasa, ibu dan keluarga aku akan jadik tempat ngadu....dan sudah tentunya Allah SWT! Kita ni hambaNya. Kepada Allah lah yang perlu kita meminta. Aku bersyukur ada ibu dan kuarga yang sama2 doakan kebahagiaan aku tetiap malam.

Aku tau ujian ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan yang orang lain. Minta kepadaNya kerana hanya Dia yang dapat membantu. 

Dengan mata ngantuk dan hati yang masih excited gembira, sekali lagi --- Thanks Allah. Kerana tenang dan lapangkan jiwa aku. Kerana berita2 gembira yang Kau sampaikan hari ini. Kerana 'jalan penyelesaian' yang kau beri....dan kerana beri aku ujian2 ini. 

Selain daripada tu, aku jugak makin kenal dengan diri aku sendiri. Banyak yang aku perlu perbaiki. Aku perlu belajar sabar. Sabar....bunyi cam senang tapi sbenarnya susah gile nak buat!

Dan aku juga perlu belajar hormat kat orang lain.....chaiyok!!!!


No comments: