Kalau nak bukak citer pasal ni, aku kene tarik napas panjang2. Jadik 'cikgu koir tak bertauliah' yang dipilih berdasarkan tangkap muat seperti aku ni, buat aku paham dan simpati pada golongan boss2 dan jugak cikgu. Camner la nak kawal 'orang2 bawahan' atau murid2 yang bermacam ragam?
Masa kecik, arwah nenek ngan ibu suke sangat bagi cadangan supaya aku pon pilih gak profession guru cam diorg. Baru ngam jadik keluarga guru!!!
Aku suka jadik guru ni....tapi bila tang student lebih pandai dari guru ni....leh wat hangin puting-beliung aku cepat datang. Masing2 dengan attitude Bo-Bong (bodoh + sombong). Serious, aku memang takleh tahan sabar. Jadik, untuk elakkan tangan aku cepat berjalan, baiklah aku pilih keje lain.
Okay, back to current punya citer! Masuk tahun ni, dah tiga (3) tahun aku jadik konduktor koir opis aku. Bukan sebab aku terer pon --- atau sebab aku berbakat sangat --- ha ha ha. Aku sedar diri, aku ni dipilih sebab orang tahu aku minat mende2 ni. TETAPI.....
Kat tempat aku keje ni, ada golongan 'kengkawan' yang dah letak diri diorang setaraf artis kat Malaysia. Kalo bukak laman anggota via intranet, kat profile tu penuh ngan pencapaian sebagai artis. Jadik model iklan la, penyanyi la, emcee la, penari la.....memacam lagik! Yang kelakor tu, berpuluh2 tahun keje, takkan lah cuma dah capai tu jek? Hasil pencapaian sebagai anggota yang takde kene ngene ngan hiburan, takde pon tulis!
Fine, assuming diorg ni dah jadik artis opis aku. (Layan je la.) Yang buat aku hilang sabor tu --- perangai masing2 mengalahkan artis! Datang prektis saja je lambat2. Belum mula prektis, masing2 dah sebok citer pasal bayaran --- aduuiiiiyyaaiiii!!!!
Pastu golongan spesyel ni jugaklah yang susah nak kawal. Maklumlah, diorang ni dah setaraf artis. Aku dok soh nyanyi sama2....kasik dengar satu je bunyi....diorang pegi tunjuk skill jadik penyanyi latar pulak. Tarik note tinggi sensorang --- huhuhu korang!!!! Aku paham korang ni memang penyanyi solo. Tapi tak perlu la nak ditunjukkan skill korang kat kumpulan koir. Unless kalo korang disuruh nyanyi part lead singer --- then OK lah.
Diva Fofular sangat, tau!!!
Tapi depan korang, aku hanya mampu senyum. Sebab korang kan diva fofular. Aku baru cakap sikit, dah dengar pulak bunyi macam2. Untuk aku buang masa nak ajar orang yang lebih pandai dari aku, baiklah aku senyap dan senyum jek. Lagi puas hati. Aku nak give-up takleh lak sebab aku dah commit.
Esok ada satu performance untuk Sambutan Deepavali. Bersyukur sangat bebudak yang join ni sumenye yang bagus2....suara dan gak attitude! Please doakan sekali kitorang leh nyanyi dengan baik esok.
Hmm --- yang untuk pertandingan koir ni (untuk bulan Disember pulak) aku bebetul risau. Kalo nengok senarai nama majoritinya memang diva sangat. Nak masuk sebab ada bayaran dan setaraf la dengan level artis diorang.
Satu jek nasihat aku, dah alang2 prektikkan gaya hidup seorang artis, apa korang buat kat opis aku ha? Salah profession tu. Renung2kan.....
Yang benar, 'cikgu' Diva Fofular
No comments:
Post a Comment