Tuesday, December 27, 2011

Apa Itu Sujud Sahwi?

It started when I asked one of my senior colleague, "What if kite lupe baca doa qunut?"

Well, to tell u the truth I just knew about Sujud Sahwi. Sahwi means Lupa or Lalai terhadap something or meninggalkan sesuatu secara tak sengaja.

So, the 'abang' said, "Kene buat sujud sahwi."

And I asked again...based on my own experience. "But what if kite lupe baca doa qunut AND then lupe pulak buat sujud sahwi?"

He replied, "Hukum baca doa qunut tu Sunat Ab'ad." Frens, u might wanna google about Sunat Ab'ad. Trust me, sgt berguna utk pengetahuan sendiri.

Hasil kajian aku, ada 8 perkara kesemuanya. Dan jika kita terlupe, disunatkan melakukan Sujud Sahwi.

And he cont'd, "Kalau lupe baca qunut, pastu lupe pulak sujud sahwi....habislah." And he laughed. Dengan look sinis.

"Tapi kata sunat....?" I asked lagi. Macam tak percaya pulak abang haji ni punye explanation. Dalam hati aku, kalo camtu kenapa tak jatuh hukum wajib?

He replied, "Sunat ab'ad tu kalau terlupa kene buat sujud sahwi."

"Maknanya kalau tak buat sujud sahwi tu, BATAL lah?" I asked to reconfirm.

"Kalau sujud sahwi pun kau lupa, habislah! Macam mana kau smayang boleh sume lupe? Smayang pon lupalah!" He answered. Sangat menusuk kalbu aku. Tapi dek kerana usia brader tu lebey 20 tahun dari aku...aku sabor and forced senyuman manis, pretended cam pahamlaaa...and appreciated dengan explanation dia yg penoh yakin.

The truth is...aku mmg tak tahu org lain hadap mende yg sama atau tak. Tapi aku mmg struggle gile utk khusyuk dlm smayang. Too many things yg syaitan galakkan kepale aku pikir time2 smayang. Henpon letak mana lah, tetibe teringat muka bos aku la...remind folo-up ngan vendor....teringat nak beli food utk kucing lar....tetibe baru teringat lupa basuh kaki masa ambil wudhuk la...arghhh....too many things!!!

Ada masa yg aku sampai terlupa nak wat both. Lepas lupe baca doa qunut, aku memula igt nak wat sujud sahwi. Tapi lepas tahiyat akhir...tetibe je terus ucap salam kanan and kiri. Haa...batal ke kalo camtu?

Dissatisfied especially selepas kene gelak ngn brader tu, i took langkah paling selamat --- asked my Ustaz mengaji. And also referred my ensiklopedia solat book.

Answernye sama. Terima kasih Ustaz Sayuti.

The hukum bagi Sujud Sahwi is SUNAT and tidak batal solat jika terlupa or sengaja tidak melakukannya. Ini aku jumpe dalam ensiklopedia solat gak.

Pointnye di sini - jika tak berapa sure dengan hukum-hakam Allah SWT, seelok2nye berdiam diri dan later can do our own research. Do not ever buat hukum sendiri and at the end jadikan Islam yang asalnya mudah itu nampak susah. Mangsanya, org2 yg tak tahu macam aku akan jadi lebeh keliru.

Ini aku jumpe dlm internet hasil Google-an aku:

"Kita lakukan sujud sahwi itu bukan kerana nak gantikan perkara sunat ab'ad yg kite terlupa tu tapi sujud sahwi itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang kite lupakan itu..."

"Dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi. Cumanya syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kite dalam solat secara keseluruhannya."

Hah, who says Islam itu susah? Selalunye manusia sendiri yang menyusahkan.



Wednesday, December 14, 2011

iRead : Hafalan Solat Delisa

Novel ini ditulis oleh Tere-Liye.

Penceritaan yg sangat mudah. Senang untuk difahami dan dapat menyentuh jiwa.

Sedang sibuk dengan gelora Ombak Rindu kat wayang...dengan macam2 status kat wall facebook masing2...ada seorang teman yang mengajak aku menonton filem Indonesia ni. Trailer filemnye dah ada kat youtube. Si teman hantarkan url trailer filem. Gimana ya mau nonton sama kamu? Jauh bangat!!!

Aku sempat Google utk tahu lebih lanjut tentang cerita ni. Tahu2 esuknya, aku dah ke Pustaka Mukmin utk dapatkan buku ni.

Terus-terang, buku camni la yang aku cari2 slama ni. Aku makin malas membaca novel sbb aku dah dapat agak ending sesebuah cerita. Busan giler. Watak pompuan wajib cantek sampai 3 lelaki syok kat dia. Pastu konflik nak pilih mana satu. Antara sbb susah nak pilih sebab watak lelaki mesti ada ciri2 bad boy, anak orang kaya....bla bla bla. Dan nak kasik citer tu ada kesan air mata, mesti ending cerita ada watak yang meninggal ke...bercerai ke...rujuk balik la...pegi luar negara la...busan...busan...dan busan.

Seingat aku, aku mmg gile membaca buku sejak umur aku 5 tahun. Macam2 citer aku baca. Ibu yang beli sume buku. Start ngn siri Nancy Drew, Sweet Valley, Hardy Boys, Lima Penyiasat, ngan Ahadiat Akasha's. Skill menulis aku datang sbb banyak berangan la, hasil baca buku2 cerita ni. Siap berangan nak jadik penyiasat terkenal! Hahaha.

(Note: Hobi aku dulu mmg menulis cerpen/novel sejak umur 9 tahun. Bukan nak blagak tapi aku mmg wakil daerah Gombak dlm Pertandingan Menulis zaman dedolu....hihihihi. Haa...aku pon penah jadik pemenang tempat kedua (paling junior) utk Pertandingan Formula Malaysia!!! Persoalannya, apa dah jadi skang? Bukan stakat menulis, membaca pon aku lemah. Bahasa bercakap pon --- ya ampun.)

Then bile masok skolah asrama baru baca Novel Kreatif yang tebal2. Selagi jumpe, mesti beli!

Bile lama2...jalan cerita jadi sangat cliche. Nama2 watak macam wajib lak kene ada bunyi2 omputih gitu. Danial la....Zakry la...dan bile lelama...aku jadi fed-up utk baca novel melayu. Layan movie melayu pon sama. Lemau.

Until aku jumpe buku Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha. Yang aku dah post review-nye bebaru ni. Kemudian, yang ini....Hafalan Solat Delisa!!!


Setiap lembaran mukasurat buat aku tertanya2. Apa jadi pada Delisa? Aku takleh predict pon apa sudahnya cerita tentang Delisa. Sebab jalan cerita langsung tak sama dengan cerita2 cinta macam novel Ombak Rindu tu. Bukan pasal kawen paksa, yang endingnya dua2 jatuh cinta antara satu sama lain. Kali ni, lain!!!

Jalan cerita sangat simple. Mengisahkan anak kecil yang manja dan nakal bernama Delisa yang berusaha utk hapal bacaan2 surah dan doa dalam solat. Macam2 cara dia guna utk menghapal, dibantu dek kakak2 nye and ummi yg penyayang.

Yang buat aku touched bile Ustaz Rahman mengajar Delisa bagaimana untuk fokus dan khusyuk dalam sembahyang. Cuba bayangkan yang Satu. Sama juga seperti kita bermain bola, tumpuan kita hanya kepada bola itu. Ajaran Ustaz Rahman yg buatkan Delisa paham. Buat aku pun paham.

Tiba masa ujian solat, giliran Delisa...anak kecil tu bersungguh2 membaca ayat2 dlm solat sampaikan tsunami melanda pon...Delisa tetap khusyuk sebut Allahu Akbar. Walaupon pasu bunga pecah dan terkena tangan sampai terluka, Delisa tetap khusyuk.

Air mula naik. Dan akhirnya Delisa pengsan.

Aku lom nangis lagi kat sini. Aku mula nangis bile baca Delisa jaga dari pengsan....diselamatkan....semua ahli keluarganye meninggal, kecuali abi yang berada di luar negara ketika tsunami tu....dan hilang sebelah kakinya!

Dan....huaaaa huaaa....huaaaa...takdela sampai ngongoi...tergenang sket je. Hahaha.

Bila jumpa dengan abi, Delisa tetap ceria bgtau kaki dia terpaksa dipotong. Dengan kawan yang masih idop, dia masih boleh sengih ajak kawan main sama walopon tinggal satu kaki. Depan abi, Delisa tak mahu bertanyakan tentang ummi dan kakak2 nye sbb tak mahu abi bertambah sedih.

Masalah Delisa cuma satu. Delisa terlupa setiap hafalan solatnya. Seterusnya, menceritakan bagaimana Delisa meneruskan kehidupan dan berusaha semula untuk mendirikan solat dengan sempurna.

Buku ni datangkan kesedaran pada aku. Banyak perkara. Banyak mesej yang disampaikan dalam gaya penulisan yang mudah. Masalah akan jadi mudah, sekiranya cara kita memandang berbeza...tak guna bersedih, sbb akan memburukkan keadaan. Kita juga perlu sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan. Kita juga diingatkan tentang kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Haa....perasan tak cara aku menulis pun macam ada sedikit kelainan? Hahaha...satu peningkatan ni. Barulah datang semangat untuk menulis balik. Chaiyok!!!

iRate : 7/10

Monday, December 12, 2011

Pokok Cili Special Along

Inilah pokok cili api Along yang baru beli dari Tesco minggu lepas. Best tau, takyah penat2 tanam. Beli yang siap ada cili2 muda. Tak salah aku rege dia dalam RM8 kot. Kelakar sangat. Tapi seriously, sangat-sangat cumelll.

(Part klakarnya, ni aku nak citer!) 

Tetiap kali aku terpandang pokok cili ni, aku nak gelak sendiri. Along ngan pokok cili dia. Dalam cuaca yang x menentu skarang, kejap panas, kejap hujan...dalam satu hari, aku nampak pokok ni banyak kali berubah tempat. Kejap kat luar umah, kejap kat sinki dapur. Pandai btol dia brubah2 tempat! Hehhehe...

Along begitu excited jaga pokok cili dia sampai sanggop mengangkut2 ke dalam and luar rumah untuk pastikan pokok cili dapat cahaya matahari yang cukup.

Kalo cenggini la gayanya, aku rasa masa cili2 dah sesuai dipetik, semua orang x sanggop nak makan. Sayang. Hihihi...

Pokok Cili Special Along =P

Thursday, December 8, 2011

Berkursus kat Eagle Ranch Port Dickson

Hari: Sabtu - Ahad
Tarikh: 3-4hb Disember 2011

Aku nak share sket pengalaman aku berkursus kat Eagle Ranch, Port Dickson baru2 ni. Tempat ni letaknya tak jauh je dari apartment ngan banglo opis aku.

Not so much about the course but tentang tempat dia. A few years back, seksyen kat tempat keje aku ni memang ada cadang nak beraktiviti sosial kat tempat ni. Memang banyak gile aktiviti2 menarik yang disediakan. Time tu memang cantik and bersih la kawasan tu. Sangat sesuai untuk ber-teambuilding. Baru tahun ni berkesempatan nak pegi. So, main follow je this time, without wat site visit.

Selain tu, tempat penginapan pon mmg luar biasa gak...ala2 idop kat zaman red indian gitu. Ada paddock lodge, kampong house, bandwagon ngan tepee. So, bagi sesapa yang ingin sesuatu yang lain daripada yang lain --- mmg inilah tempatnya!!!

Tapi bebaru ni, aku tak pastilak samada disebabkan cuaca ke, or musim cuti skolah ke....or memang pentadbiran punye issue --- kualiti kebersihan amatlah sesangat-sangat tidak memuaskan.

Masa makan, terpaksa share makanan ngan sang lalat dan langau yang besar2. Masa dalam dewan pon lalat2 yang manja tu ikot sama. Men hinggap2 kat pale ngan mulot. Seb bekla aku dah setkan pale aku awal2, datang untuk berkursus, bukan nak ber-holiday. So, mende2 yang selama ni aku cerewetkan, leh pejam mata jer. Air kolam pon macam dah tepu ngan kekotoran and lumut2.

Bile dapat green light untuk balik je, kitorang sanggop escape lunch sebab dah tak mampu nak kongsi makanan ngan serangga2 tu yang jinak2 belaka tu --- teros larik balik.

Sayang sangat. Kalo dengan sengaje depa kasik persekitaran tempat tu jadik sebegitu teruk, sangat silap lah. Kalo dijaga dengan baik dan rapi....tempat tu memang aku akan recommend kat orang lain. Kita nak main panjat dinding laa...main paintball laa...sumer ada. Baru leh ngaku the Best Team Building Resort kat Malaysia. Hopefully keadaan ni takkan kekal camtu. Moga2 improve la ek!!! Sebab kalo okey, memang boleh pergi lagik!
 
 
Kat Entrance.
Aksi orang red indian sambot tetamu --- konon!!! Hahaha
Yang ni lak aksi nak 'nyah'kan penyamon dayak. Bersama2 Nit ngan Abe Leman. Layaannn!!!
Antara Tempat Penginapan: Bandwagon. Menarik kan?
@Horseshoe Seminar Hall
Berusaha untuk gerakkan 'mende-alah' ni. Iyyyaaaahhh!!!

Kemudahan semua dah ada, konsep pon sangat menarik --- cumanya kualiti je kene jaga dengan bebetol. Eagle Ranch, lakukan sesuatu ye....please!!! =) 

Chiow.

Malu Bertanya, Sesat Jalan

Yeay!!! Alhamdulillah, hari ni aku dah mula ngaji Quran. Satu pencapaian yang boleh diraikan. Heheheh. Hari ni gak leh jadi 'hari bersejarah' utk geng ngaji aku sbb tambah dua orang lagi geng. So terpaksa tukar bilik ngaji ke bilik yang lebey besar sket.

As usual --- kalo ada tambah geng, ustaz akan soh baca Al-Fatihah dulu. Kebetulan kitorang pon mmg baru selesai belajar tafseer ayat2 lazim, hari ni sepakat refresh Al-Fatihah.

Sebelum tu, aku nak share dulu sket facts yang aku tahu dan penah blaja dalam sesi mengaji ni tentang Al-Quran.

Ayat pertama : Al-Fatihah
Bil juzuk : 30
Bil surah : 114
Bil ayat : 6666
Bil huruf : 322,671

Al-Fatihah
Printscreen image : iQuran apps - Al-Fatihah
 
Okey, kalo bukak buku nota ngaji aku, ini kali ketiga aku ulang blaja ayat ni. Hmm --- tak merungut. Apa yang aku cuba sampaikan, walopon pada dasarnya ayat ni ialah ayat asas yang kita baca dan blaja waktu kecik, belom tentu bacaan kita tu betol. Aku masih ingat, pertama kali aku join kelas ngaji ni. Aku ambik masa dalam 3 minggu gak untuk membaca ngan betol. Dan point seterosnya, ayat ni agak pendek tapi setiapkali sesi mengulang, ada aje bende baru yang aku blaja.

Al-Fatihah ni kalo tersalah baca, kita boleh tersalah menyebut 7 nama syaitan.

1) Dul-lillah
2) Hir-rab
3) Kiy-yau
4) Kan-nak
5) Kan-nas
6) Tul-lazi
7) Tul-Mustaqim

Nama2 syaitan di atas ni direka selepas turun Al-Fatihah utk ganggu manusia dalam bacaannya. Tulah sebabnya kite kene berhati2 dan membaca ayat2 Quran ni dengan kemas. Kalo salah baca, maksudnya pon akan lari.

Selain daripada bacaan dan tafseer, melalui kelas mengaji ni gak aku selalu blaja bende2 basic yang tanpa sedar diabaikan selama ni. Seronok gak blaja dalam 'kelas dewasa'. Tips nya satu jer: Kena bertanya, kalau tak tahu.

Hari ni kitorang blaja pasal 'huruf ishmam'. First time aku dengar pasal huruf ishmam. Tapi sbb aku nengok sume orang diam je, aku nak interrupt ustaz pon macam segan. Konon nak tanya member later.

Tetibe Rosziana yg duduk sbelah aku tanya, canne nak eja. Aku bisik, "Canni kot?" sambil tunjuk nota aku yg ada tulis rumi 'hishmam'. Tapi dia berkerut je pandang. Muka tak caya.

Aku jeling lak kat nota dia. Bile aku nengok dia eja 'shimam' aku teros tergelak besar. Terpaksa gak aa tanya ustaz sambil gelak. Kalo diam, takot makin salah je.

Yang lawaknya, satu 'kelas dewasa' tu rupanya tatau apa mende ishmam tu. Sume mengeja ngan versi masing2. Lesson learned kat sini, wajib bertanya kalo x mau sesat jalan haaa!!!

Ada beberapa rakan yang aku pernah ajak ngaji bagitahu aku, dia xmo join sebab dia tatau ngaji. Persoalannya, kalo x belaja, camne nak tahu mengaji? Kawan, orang yang dah pandai ngaji, takyah pegi kelas ngaji laa.

Jadi, sebagai hamba Allah beragama Islam, yang baru merangkak2 blaja ngaji ni, aku hanya nak trigger this question. Sama2 lah kita ingat-mengingati ek. Lebey2 lagi kat kawan2 yang dah ada anak2 tu. Kalo x tahu ngaji, sapa nak ajar anak2 ngaji nanti? Takkan nak harap kat ustazah skolah agama je?

Soklan ni sebenornya dah terpahat dalam pale aku sejak attended sesi dalam kursus yang aku pergi minggu lepas. Tapi nampaknya, inilah life. Yang bijak memberi pelbagai alasan kat aku pasal xmo blaja ngaji tu, kebanyakannya berumur dlm lingkungan lewat 30-an. Sekurang2nya timbul sket perasaan malu dlm diri yang boleh dijadikan pemangkin untuk belajar. Cewaaahhh.

Realitinya, kita lebih takot dan malu buat salah di depan manusia, daripada di depan Allah SWT. Kan? :)
#Istighfar.#Malu bertanya, sesat jalan!

Monday, December 5, 2011

Lagu Ini Lagi???

Country Night Dinner kat Eagle Ranch.

Masa ni masing2 tengah sibuk mengisi perut mentara tunggu slot persembahan kumpulan. Bagi sesape yang nak ber-karok, memang dialu-alukan.

Citernye cenggini.....

Aku ngan Nitti tengah sebok ber-whatsapp dari jauh. Kitorang kene duduk in group. Memandangkan we ols group lelain...and tetibe lak our colleague muntah2 --- kitorang disuruh hantar food ke bilik. Adoiiiyaaiiii nak jalan ke bilik tu, agak mengeluarkan peloh gak. Pastu dedua lak mmg 'berani' gile nak jalan dalam gelap. Terpaksa aa pergi berdua.

Tak hantar food, kesian lak kat member sebab tak sehat. Musti lapor lak.

So, kitorang berdua tengah discuss nak ambil food and teros balik ke bilik. Tunjuk caring sket. (Walopon ada sket2 bunyi cam mengelat. Hehehe...but nawaitu memang nak hantar makanan).

Tetibe boss besar wat aksi cam P. Ramlee dalam citer Hang Tuah. Mencari2 seseorang....(dlm pale aku dah main lagu "Oooo....Kasumadewaku....Mari obati.....Rindu....") 

Dia pandang arah kat group aku duduk --- TUP!!! --- dia tunjuk jari telunjuk dia kat aku!!! 

Gubra gile aku. Pastu dia siap iring lagi, mintak aku nyanyi kat depan. Huaaaa --- den ni bukannya jual mahal. Bukan gak nak berlagak sombong ke --- nak tunjuk terer ke --- or prasan bagoss tapi sore den ni bukannya merdu mana pon. Stakat suam-suam kuku rimau jer!!!

Okey, reason sebenarnya, aku ni actually nak bersara daripada melalak2 depan orang ramai. Secara perlahan2. Takdelah secara drastik. Karang aku gak yang terkezut. Stakat nyanyi cikai2 kat function tertutup untuk wanita cam minggu sebelumnya tu, memang no hal. And aku pon sebenarnya ada sikit regret ngan tindakan aku terkinja2 joget kat function makan malam opis aku pada minggu yang sama. But back to niat asal aku, yang dah lepas tu, lepas. Aku kene jaga yang akan datang.
And nak berubah, memang bukan satu bende yang mudah. Lebih2 lagi, aku ni memang asalnya suke gile bab2 hiburan ni. Sejak kecik lagi naik2 pentas. So, untuk buat sedikit perubahan, better lakukan dengan ikhlas walaupun perlahan2. Inshallah, berhasil. Kene tengok jugak event apa.

Dek kerana boss besar sudah iring ke pentas, den takmolah wat perangai ngengada. Tapi dalam pale dok pikir gak, lagu apa aku nak nyanyi. Lagu Britney??? Beyonce?? Rihanna?? Aku dah intai siang tu, sume cam tak nampak bayang pon. So --- setelah berpuluh2 kali kene perform ad-hoc di khalayak ramai, hanya lagu ni je la yang kompem ada dalam senarai. Yang aku pandai nyanyi. Ha ha ha...masalah 'zaman' ni ada impaknya gak kat aku. Al-maklum, aku bukannya professional yang boleh nyanyi sume lagu. Stakat nak isi masa....layan syahdu2 tu...okey la. Lagu2 lama, tu je la yang aku tahu. Lagu zaman kecik aku, lagu2 KRU ngan Backstreet Boys. Masa skolah, aku gila Britney Spears. So cam tak sesuai lak ber-pop kat depan orang2 opis. =P

Lagu Rindu Bayangan!!!

Dan untuk cover takmo nyanyi sensorang dan syok sendiri atas pentas, aku ajak geng baru yang aku kenal dalam kursus ni, Abang Halim utk nyanyi sama. Group aku pon best!!! Sporting gile!!!


Qasidah Burdah

Aku baru selesai hadirkan diri ke satu kursus anjuran gabungan dua jabatan tempat aku kerja, semalam. Terus-terang, mula2 aku sendiri tak pasti, camne perasaan aku. Suke ke, tak suke ke....penat ke, teruja ke....sumer macam kabur je memula. Maklumlah, untuk tahun ni aku dah terlebih2 pergi kursus sampai dah tahu apa speaker tu nak cakap.

But aku still jalankan aku punya 'duty to support'. Support urusetia, support boss, support kengkawan opis, support speaker dan jugak support diri sendiri! Tak kisahla kalo dah dengar berkali2 topik yang dibincangkan tu, aku pura2 je macam tak tahu.
Hari pertama, ada sedikit rasa cam nak balik umah je pada mulanya. Hmm --- habit buruk aku yang selalu nak me-relate-kan sesuatu kejadian dengan setiap perkara buatkan aku rasa mandom je. Macam tak nampaklak objektif hadir ke kursus ni ada relationnya ngan kegunaan aku personally. Kononlaa....But aku cuba gak carik other reason yang berbaloi untuk aku stay sepanjang kursus. Alhamdulillah, aku jadikan group aku as the best reason. Aku cube berkenal2an ngan ahli2 group aku dengan lebey rapat. Before ni, ada yang kenal nama je, ada gak yang kenal muka je. Ada yang tak pernah kenal langsung.

So, suasana kursus mula berubah. Aku mula rasa sronok sket.....dan berbaloi!!!

Hari kedua. Walaupun pada mulanya aku rasa speaker (the other speaker) yang datang ni tak berapa sensitif dengan non-muslims yang ada, bila dengar sampai habis --- aku kagum gile kat ustaz ni. Pengetahuan dia tentang kitab2 agama lain, aku leh tabik spring! Apa yang dia ajar (walaupun sangat garang), bagi aku memang betul. Terutama sekali bila usia semakin meningkat ni, sape yang berani tegor kita kalo kita wat salah dalam hal2 agama?

But berlainan sekali dengan ustaz ni, langkah pertama, dia soh semua lelaki duduk kat bahagian depan dan wanita duduk kat bahagian belakang. Kitorang diasingkan ikut jantina --- sama konsep dalam solat. Ustaz tu pon tanya beberapa soalan asas yang kebanyakan kita dah terlupa dan abaikan. Selamba dia tegur orang yang minum / makan dengan tangan kiri. Of course dia tak mention names dan mengaibkan sesape. Yang kelakarnya aku nengok muka laki2 termasuk bosses kat dalam kursus tu sume kelat2, ketakutan. Hehehe. Lawak jugak. Ramai gile laki2 yang tunduk kepala pandang ke lantai.

Ada satu soalan yang aku ingat yang buat satu dewan terdiam. "Sepanjang 20 tahun anak2 membesar, ada tak mana2 ibubapa yang panggil anak2 diorg untuk check samada solat, atau bacaan2 asas Al-Quran betul atau tak. Ustaz tu pon tegur wanita2 yang berlengan pendek dan tak pakai stoking untuk mula tutup aurat dengan betul. Ini, memang teguran dan peringatan untuk aku. Inshallah, aku cuba usahakan untuk kebaikan.

Seterusnya, ustaz ni ajak semua orang ikut dia ber-Qasidah Burdah. Sebenarnya, ini kali pertama aku dengar tentang Burdah. Dan kali pertama gak aku berqasidah. Selama ni aku ingat qasidah tu macam lagu-lagu lama.

Hasil research aku tentang Qasidah Burdah. (Cuba Google ye kengkawan...=P)
Apa itu Qasidah Burdah?
Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair.  Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan. 
Qasidah ini dikarang dan dibacakan oleh Imam Shareefuddin Muhammad Bashiri atau lebih dikenali sebagai Imam Al Bashiri. Semasa karangan ini dibuat dan dibacakan oleh beliau, beliau sedang kesakitan akibat strok/lumpuh. Setelah dibacakan dan pada satu malam beliau telah bermimpi bertemu dengan Rasullulah SAW dan telah memperdengarkan qasidah ini di hadapan Baginda Rasullulah SAW di dalam mimpi berkenaan. 

Di dalam mimpi yang sama selepas membacakan qasidah ini, beliau telah dihadiahkan pakaian dan kemudiannya beliau terbangun daripada tidur dan beliau telah disembuhkan daripada penyakit lumpuh berkenaan dengan izin Allah SWT.
Ini burdah yang kitorang kene baca. Just in case ada sesapa yang sekapal ngan aku, yang baru nak tahu apa itu burdah. Tentang kualiti bacaan, aku minta maaf sebab tak mahir sangat dengan bacaan. Baca Quran pun masih merangkak2. Uols please hayati dan dengar bacaan ustaz (yang sore lelaki tu la). 

Pandangan aku tentang keseluruhan kursus ni bertukar teros. Ada rasa macam nak nangis jugak. Cam tersentuh je hati ni. Cewaaahhh. (But, true.) Aku sempat record sebahagian ni sebab nak hafal rentak dia. Aku ni memang mudah lupa....

Maklumlah, aku ni baru je kenal apa tu qasidah. Baru nak menjinak2an diri untuk kayakan ilmu akhirat. Makin blajar, aku rasa makin banyak sangat yang aku tak tahu. Tapi inshallah, minat nak belajar tu ada....and aku nengok kat YouTube banyak gile.

Yang ini pulak antara qasidah burdah yang aku jumpa kat YouTube. Silalah rajin2 search ye, kalo berminat. :)