Aku baru selesai hadirkan diri ke satu kursus anjuran gabungan dua jabatan tempat aku kerja, semalam. Terus-terang, mula2 aku sendiri tak pasti, camne perasaan aku. Suke ke, tak suke ke....penat ke, teruja ke....sumer macam kabur je memula. Maklumlah, untuk tahun ni aku dah terlebih2 pergi kursus sampai dah tahu apa speaker tu nak cakap.
But aku still jalankan aku punya 'duty to support'. Support urusetia, support boss, support kengkawan opis, support speaker dan jugak support diri sendiri! Tak kisahla kalo dah dengar berkali2 topik yang dibincangkan tu, aku pura2 je macam tak tahu.
Hari pertama, ada sedikit rasa cam nak balik umah je pada mulanya. Hmm --- habit buruk aku yang selalu nak me-relate-kan sesuatu kejadian dengan setiap perkara buatkan aku rasa mandom je. Macam tak nampaklak objektif hadir ke kursus ni ada relationnya ngan kegunaan aku personally. Kononlaa....But aku cuba gak carik other reason yang berbaloi untuk aku stay sepanjang kursus. Alhamdulillah, aku jadikan group aku as the best reason. Aku cube berkenal2an ngan ahli2 group aku dengan lebey rapat. Before ni, ada yang kenal nama je, ada gak yang kenal muka je. Ada yang tak pernah kenal langsung.
So, suasana kursus mula berubah. Aku mula rasa sronok sket.....dan berbaloi!!!
Hari kedua. Walaupun pada mulanya aku rasa speaker (the other speaker) yang datang ni tak berapa sensitif dengan non-muslims yang ada, bila dengar sampai habis --- aku kagum gile kat ustaz ni. Pengetahuan dia tentang kitab2 agama lain, aku leh tabik spring! Apa yang dia ajar (walaupun sangat garang), bagi aku memang betul. Terutama sekali bila usia semakin meningkat ni, sape yang berani tegor kita kalo kita wat salah dalam hal2 agama?
But berlainan sekali dengan ustaz ni, langkah pertama, dia soh semua lelaki duduk kat bahagian depan dan wanita duduk kat bahagian belakang. Kitorang diasingkan ikut jantina --- sama konsep dalam solat. Ustaz tu pon tanya beberapa soalan asas yang kebanyakan kita dah terlupa dan abaikan. Selamba dia tegur orang yang minum / makan dengan tangan kiri. Of course dia tak mention names dan mengaibkan sesape. Yang kelakarnya aku nengok muka laki2 termasuk bosses kat dalam kursus tu sume kelat2, ketakutan. Hehehe. Lawak jugak. Ramai gile laki2 yang tunduk kepala pandang ke lantai.
Ada satu soalan yang aku ingat yang buat satu dewan terdiam. "Sepanjang 20 tahun anak2 membesar, ada tak mana2 ibubapa yang panggil anak2 diorg untuk check samada solat, atau bacaan2 asas Al-Quran betul atau tak. Ustaz tu pon tegur wanita2 yang berlengan pendek dan tak pakai stoking untuk mula tutup aurat dengan betul. Ini, memang teguran dan peringatan untuk aku. Inshallah, aku cuba usahakan untuk kebaikan.
Seterusnya, ustaz ni ajak semua orang ikut dia ber-Qasidah Burdah. Sebenarnya, ini kali pertama aku dengar tentang Burdah. Dan kali pertama gak aku berqasidah. Selama ni aku ingat qasidah tu macam lagu-lagu lama.
Hasil research aku tentang Qasidah Burdah. (Cuba Google ye kengkawan...=P)
Apa itu Qasidah Burdah?
Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW. Di sebalik bait-bait ayat qasidah ini dan juga kemerduaannya dilagukan.
Qasidah ini dikarang dan dibacakan oleh Imam Shareefuddin Muhammad Bashiri atau lebih dikenali sebagai Imam Al Bashiri. Semasa karangan ini dibuat dan dibacakan oleh beliau, beliau sedang kesakitan akibat strok/lumpuh. Setelah dibacakan dan pada satu malam beliau telah bermimpi bertemu dengan Rasullulah SAW dan telah memperdengarkan qasidah ini di hadapan Baginda Rasullulah SAW di dalam mimpi berkenaan.
Di dalam mimpi yang sama selepas membacakan qasidah ini, beliau telah dihadiahkan pakaian dan kemudiannya beliau terbangun daripada tidur dan beliau telah disembuhkan daripada penyakit lumpuh berkenaan dengan izin Allah SWT.
Ini burdah yang kitorang kene baca. Just in case ada sesapa yang sekapal ngan aku, yang baru nak tahu apa itu burdah. Tentang kualiti bacaan, aku minta maaf sebab tak mahir sangat dengan bacaan. Baca Quran pun masih merangkak2. Uols please hayati dan dengar bacaan ustaz (yang sore lelaki tu la).
Pandangan aku tentang keseluruhan kursus ni bertukar teros. Ada rasa macam nak nangis jugak. Cam tersentuh je hati ni. Cewaaahhh. (But, true.) Aku sempat record sebahagian ni sebab nak hafal rentak dia. Aku ni memang mudah lupa....
Maklumlah, aku ni baru je kenal apa tu qasidah. Baru nak menjinak2an diri untuk kayakan ilmu akhirat. Makin blajar, aku rasa makin banyak sangat yang aku tak tahu. Tapi inshallah, minat nak belajar tu ada....and aku nengok kat YouTube banyak gile.
Yang ini pulak antara qasidah burdah yang aku jumpa kat YouTube. Silalah rajin2 search ye, kalo berminat. :)
No comments:
Post a Comment