Monday, December 5, 2011

Lagu Ini Lagi???

Do you like this post?
Country Night Dinner kat Eagle Ranch.

Masa ni masing2 tengah sibuk mengisi perut mentara tunggu slot persembahan kumpulan. Bagi sesape yang nak ber-karok, memang dialu-alukan.

Citernye cenggini.....

Aku ngan Nitti tengah sebok ber-whatsapp dari jauh. Kitorang kene duduk in group. Memandangkan we ols group lelain...and tetibe lak our colleague muntah2 --- kitorang disuruh hantar food ke bilik. Adoiiiyaaiiii nak jalan ke bilik tu, agak mengeluarkan peloh gak. Pastu dedua lak mmg 'berani' gile nak jalan dalam gelap. Terpaksa aa pergi berdua.

Tak hantar food, kesian lak kat member sebab tak sehat. Musti lapor lak.

So, kitorang berdua tengah discuss nak ambil food and teros balik ke bilik. Tunjuk caring sket. (Walopon ada sket2 bunyi cam mengelat. Hehehe...but nawaitu memang nak hantar makanan).

Tetibe boss besar wat aksi cam P. Ramlee dalam citer Hang Tuah. Mencari2 seseorang....(dlm pale aku dah main lagu "Oooo....Kasumadewaku....Mari obati.....Rindu....") 

Dia pandang arah kat group aku duduk --- TUP!!! --- dia tunjuk jari telunjuk dia kat aku!!! 

Gubra gile aku. Pastu dia siap iring lagi, mintak aku nyanyi kat depan. Huaaaa --- den ni bukannya jual mahal. Bukan gak nak berlagak sombong ke --- nak tunjuk terer ke --- or prasan bagoss tapi sore den ni bukannya merdu mana pon. Stakat suam-suam kuku rimau jer!!!

Okey, reason sebenarnya, aku ni actually nak bersara daripada melalak2 depan orang ramai. Secara perlahan2. Takdelah secara drastik. Karang aku gak yang terkezut. Stakat nyanyi cikai2 kat function tertutup untuk wanita cam minggu sebelumnya tu, memang no hal. And aku pon sebenarnya ada sikit regret ngan tindakan aku terkinja2 joget kat function makan malam opis aku pada minggu yang sama. But back to niat asal aku, yang dah lepas tu, lepas. Aku kene jaga yang akan datang.
And nak berubah, memang bukan satu bende yang mudah. Lebih2 lagi, aku ni memang asalnya suke gile bab2 hiburan ni. Sejak kecik lagi naik2 pentas. So, untuk buat sedikit perubahan, better lakukan dengan ikhlas walaupun perlahan2. Inshallah, berhasil. Kene tengok jugak event apa.

Dek kerana boss besar sudah iring ke pentas, den takmolah wat perangai ngengada. Tapi dalam pale dok pikir gak, lagu apa aku nak nyanyi. Lagu Britney??? Beyonce?? Rihanna?? Aku dah intai siang tu, sume cam tak nampak bayang pon. So --- setelah berpuluh2 kali kene perform ad-hoc di khalayak ramai, hanya lagu ni je la yang kompem ada dalam senarai. Yang aku pandai nyanyi. Ha ha ha...masalah 'zaman' ni ada impaknya gak kat aku. Al-maklum, aku bukannya professional yang boleh nyanyi sume lagu. Stakat nak isi masa....layan syahdu2 tu...okey la. Lagu2 lama, tu je la yang aku tahu. Lagu zaman kecik aku, lagu2 KRU ngan Backstreet Boys. Masa skolah, aku gila Britney Spears. So cam tak sesuai lak ber-pop kat depan orang2 opis. =P

Lagu Rindu Bayangan!!!

Dan untuk cover takmo nyanyi sensorang dan syok sendiri atas pentas, aku ajak geng baru yang aku kenal dalam kursus ni, Abang Halim utk nyanyi sama. Group aku pon best!!! Sporting gile!!!


No comments: