Wednesday, August 22, 2012

Muara Hati by Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Member aku Mail baru dengarkan lagu ni kat aku pagi tadi. Sedapnyelaa.....ngam sangat aa ngan jiwa aku. Cewaaahhh. Ni OST untuk citer bersiri Adam & Hawa.


Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Wooo....hoo..

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Hoo....

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Tuesday, August 21, 2012

Duit Raya: Mulut Punya Pasal =P

Yeaayyyyy!!! Selamat Hari Raya uolsss!!!

Ni yang rasa nak menyanyi lagu raya pepagi buta. Hihihi suke hati sangat ni. Datang opis lambat, jalan masih lengang. Parking kat opis pon sunyi sepi uols! Kalo tetiap hari camni, iolss mmg semangat-prebet sangat nak datang keje.

Yiiihhhaaaaaaaaa!!!

Bende pertama aku buat sebaik je sampai kat opis ni ialah mencari sampul yang berisi duit raya. Sampai tertonggeng2 bawah meja. (Long, den dah jumpe duit raya den!!!)

Adoiiiyaaiiii.

Ni semua mulut aku punya pasal lah! Gatal sangat dok sebut kat sumer orang. Sume pakat usik aku baik benor bagi duit raya kat bebudak. Nak cover macho punya pasal, aku guna jawapan template: "Tahun ni tukar duit raya sebab nak dapat duit baru je. Takmo bagi kat bebudak yang datang beraya sangat."

Rasa cam nak pisau2kan je mulut aku.

Raya Pertama --- bebila budak2 datang umah, gubra aku mencari2 duit raya. Memangla takmo galakkan sangat bebudak zaman skarang beraya semata2 duit raya. Tapi bila aku terkenang2 zaman kecik2 aku, tak sampai hati!!! Naseb baik la Along ada extra duit yang aku leh pinjam.

Bila dah tua ni, boleh lah cakap, "Apalah sangat duit raya seangpau serumah tu!"

Masa kecik2 dulu, sebab duit rayalah aku sebok nak pegi beraya!!! Sampai merajuk2 ngan adik-beradik aku, kalo duit raya aku tak sama banyak ngan diorg.

Orang len dok sebok masuk duit ke dalam angpau sebelum Raya, aku ni baru nak terhegeh2 masukkan skarang. Hujung minggu ni target aku, nak huluq gak kat sepupu2 kecik, sedara-mara yang aku jumpe masa 'sesi melawat sanak sedara terchenta'.

Note: Bukan pasal nak terapkan kat bebudak pasal budaya duit raya tapi nak bebudak seronok dan ada mende yang boleh dikenang masa diorg dah tua. Daripada bebudak skarang takmo beraya dan dok memerap kat umah main Angry Bird kat iPad tu.......

Umpama beraya tanpa lagu rayalaaa.....tak lengkap! =P

Pesanan untuk diri sendiri, mulut kita, doa kita. Lenkali takyah maintain kewl kat orang. Aku memang berjiwa kolot dan tradisional. Aku suke bagi duit raya. Dapat duit raya --- lagilah suka!!! Ngaku je laaa...

Peace uols!!!

Thursday, August 16, 2012

Jumaat yang Sangat Touching

Awal pagi hari ni, aku sampai opis buat rutin seperti biasa. Hari ni dah bertambah best sbb orang tak ramai pon keje. Yiiihaaaaa!!! Aman sangat.

Bila 'adik kesayangan' aku sampai, as usual dia akan tegur dengan ramah dan senyum lebar. Mood aku pon sangat bagosss dan aku pon sambut dengan ramah mesra giler.

Tetiba Aminah (bukan nama sebenar) datang ke meja aku. Kasik satu beg.

Jeng jeng jeng!!!

Serious giler --- sangat touching. Baru aku tahu perasaan jadik sorang cikgu + kakak. (Kunun laa cikgu!!!)Hahahaha. Tapi betul babe, seb bek tak meleleh je air mata den ni haa....terharu giler.

Maruku dan Kad Raya Spesyel daripada Aminah (siap ada lagu Raya woooo....)

Note: Silalah klik kat pic tu utk nengok apa Aminah tulis yang wat aku sangat terharu. (Huhuhu....btw, nama Aminah telah aku delete.)

Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Merdeka!

Sibuk dengan persediaan sambutan hari merdeka, aku sesaja snap pic ni. Dalam keluarga aku, nenek sorang je yang baca suratkhabar. Excited nampak muka cucu dia terselit --- dia framekan tros.

Kunun masa ni, patiklaa yang bg idea jahit baju ala2 bendera Malaysia tu. Auuwww....

1997: Sambutan Hari Merdeka kat skolah den. Abaikan ler jambul busuk ala2 Rosmah tu.

Saturday, August 11, 2012

Yuri Penat Buat Kuih Raya

Ini gambar Yuri yang kepenatan sebab temankan Along buat kuih raya malam2. Along nak kene nih!!! Kesian Yuri....

Yuri kehilangan tenaga...

Shopping Pre-Raya

Suka hati sangat!!! Sebab dah ber-shopping pre-Raya. Slalunya shopping pre-raya ni sakan beli barang2 rumah. 

Aku tak sama ngan orang. Orang len dok berebut2 ke Sogo dan Jalan TAR utk beli persiapan raya. (Sampai jalan jammed!!!) Tahun ni tak beli pun baju raya. Tema raya tahun ni, "Pakai je apa yang ada". Classic, gitew.

So, gi MV saja jenjalan sambil pikir nak beli apa. Lawatan tak rasmi aku ke MV kali ni, berjaya bawak pulang perfumes Bvlgari, Cosmic Radiance dan Radiance Britney Spears. 

Good ones, uols. Hari tu pegi Metrojaya kat Curve, tak best sangat offer-nya. Kali ni bebudak MJ ni sangat bagus customer service-nya. Tambah lak ngan raya-promotion lagi. Dapat vouchers, free bag, free purse, coupons dan miniatures....i loikee!!!

Raya-Promotion @ MJ MV

 Hasil Pancingan Sehari

Thanks to Adam Jazzle for the good customer service! Chiow.

Confession of a Girl: "Aku Bukan Budak Jahat"

Girl ke??? Hehehe --- ini confession untuk peristiwa zaman bebudak remaja dulu.

Bebaru ni, aku terima statement daripada beberapa orang colleagues --- "Kak Rena masa kat skolah mesti budak jahat." Satu statement yang hanya statement. Aku tahu, budak tu pon sebut bukan atas niat nak menyakitkan hati. Dia cuma mengagak ngan bergurau.

Hmm --- jahat ke aku dulu? Walopon geng2 skolah aku dulu cakap aku ni dalam group bebudak jahat, aku tak pernah ngaku jahat.
Note: Hehehe --- pernah tak tengok drama, watak jahat tu ngaku jahat?

But, truthfully pon, aku memang bukan budak jahat. Bila ibu aku tanya dulu pon, aku jawab, aku ni biasa-biasa-aje. Tak jahat, tak baik. Tapi sebab ibu terpaksa menghadap cikgu disiplin kat skolah, dia tak pernah nak percaya.

Aku lebih suka anggap diri aku kreatif --- tak sukakan sesuatu yang biasa. I dont like straight lines! Chewaaahhh!!!

One thing yang kelakarnya kat skolah asrama perempuan ni --- kita akan dilabelkan jahat kalo kita langgar rules.

Bukan aku tak suke ikut rules. Kat sekolah kan kita ada belajar, berfikir secara kritis dan kreatif? Kalo sume orang ikut rules, camne nak jadik orang kreatif? (Alasan uols --- hehehe =P) Bak kata omputih tu, Rules are meant to be broken. Chewaah.

Bagi aku, status budak jahat ni ialah budak yang mencuri, ter-mengandung masa skolah, budak liar bla bla dan bla. Yang buat serious jahat tu.
Aku??? Satu mende tu pun aku tak pernah buat. Yang aku buat cuma makan dalam kelas, solat dalam dorm, library (atas meja lagi uols!), basketball court ngan tepi lab, pegi skolah lambat, tak pegi prep, bawak hamster ke skolah, ber-sumo masa prep, tak pakai lencana dan nametag, dan 'fly' on weekends. Kat mana jahatnye?

Tapi memang adat dunia --- orang2 yang buat 'kesalahan2' skolah ni takkan berubah. Asalkan ada orang buat nakal je, nama aku mesti sangkut punya. Betul ke tidak, diorang tak pernah nak tanya aku betul2. 

Contoh masa volleyball tournament, tetibe orang cakap aku cursed Cikgu Hadi "bullshit". Mati2 aku cakap bukan aku. Tapi takde sorang pon percaya. Aku ingat lagi --- aku dok pandang budak yang jerit perkataan tu dgn harapan dia ngaku. Tapi dia diam je. Last2 aku gak yang kene nite prep ngan head warden. Aku kene paksa mintak maaf kat Cikgu Hadi.

Hmm --- satu lagi bende 'jahat' yang aku buat ialah berlakon pengsan masa April Fool. Yang ni lawak. Hehehe --- satu kelas planned nak kenekan Mrs Lim, cikgu Biologi aku. Aku kene berlakon pengsan dan bebudak lain akan jerit "April Fool!" sama2. 

Bila aku jatuh ke lantai (cam re-al uols!), cikgu dah panik. Nangis lagik. Aku tunggu bebudak kelas aku jerit, takde pon. Sume dah cuak nak ngaku bersubahat. Last2, sbb lama sangat tunggu --- aku dah boring, aku jeritlah sorang2. "April Fool!" 

Dan satu penampar hinggap ke pipi aku. I knew I deserved it. Aku buat cikgu aku sampai nangis. Tapi my point is --- ke manakah satu kelas yang planned sume tu? Takde sorang pon ngaku bersubahat. Dan si jahatnya --- ialah AKU.

So, kalau lah sebab mende2 bodoh tu orang nak nilai aku dulu jahat --- aku tak setuju. Aku lebih setuju kalo orang panggil aku bodoh. Hehehehe.

Pengalaman2 ni, aku jadikan pengajaran hidup. Disebabkan aku slalu kene jumpe head warden walopon atas kesalahan2 yg aku tak buat, aku giler kamceng ngan dia. Kengkadang tu, masa kononnya aku kene hukum prep kat bilik dia --- orang len tak tahu --- aku sbenarnya makan nasi ngan telur goreng yang dia masak. 
Arghhh ---- Aku rindu tahap gaban kat Cik Aisah, ketua warden skolah aku. Dia sorang je yang percaya cakap aku. Cik Aisah selalu cakap, "Your luck la, muka budak jahat."

Cik Aisah, di mana kamu? Rindu.....

Confession aku untuk Cik Aisah: Saya dan Huda Pison pernah di-offer jadi pengawas. Saya tolak dengan alasan saya tak ada duit nak beli baju pengawas. (Kunun...) Sebenarnya, the only reason saya tolak jawatan pengawas tu sebab Backstreet Boys nak datang KL. Saya dan Huda dah planned utk 'fly' gi konsert BSB.

So, adakah saya seorang budak jahat? Hehehe --- budak bodoh kot? LoL =P. But thanks a lot for believing me.