Thursday, July 8, 2010

i.h.e.a.r.t.p.a.r.i.s

On the way aku ke Glasgow, aku sempat beli buku cerita ni kat airport. Tajuk buku bebetul captured pandangan mata aku. Ha ha ha. I Heart Paris too.

Dalam banyak2 pengalaman, aku rasa pengalaman kat Paris terlalu berharga. Aku takkan lupa sampai bila2 pun. InsyaAllah.....ada rezeki, aku akan datang lagi.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dicopek! Ha ha ha.

Best jenjalan sekitar Paris. Rambuteau, Trocadero, Bel Air, Champs Elysees, L'arc de Triomphe et of course La Tour Eiffel!

Masa kat Paris, dalam perjalanan ke Trocadero station --- masa tu tren memang sesak gile dengan penumpang. Aku kene kepit dari belakang ngan sisi. Puaslah berkerut2 muka aku pandang orang belakang. Sikit pun dia tak terjejas. Orang sebelah pon sama, dok tolak2. Memang aku hangin! Kak Fida, Kak Dory ngan Sham, masing2 mampu senyum je. Aku siap pesan, "Jaga beg masing2". Tak sangka, kalau nak kena, kena jugak. Ntah bila laa diorang bukak beg aku, langsung tak perasan!

Sampai je stesyen Trocadero, kitorang bergegas nak ke tempat cruise. Semua excited nak cruise berlatar-belakangkan La Tour Eiffel. Dah janji kena sampai dalam pukul 7.30pm. Tetiba aku rasa beg aku yang aku ikat dan zip dengan cermat dah ringan terbuai2 dan terbukak. Nak luluh jantung aku. Masa tu, dalam hati aku doa --- biarlah mimpi. Beberapa saat gak otak aku kene absorb and admit yang aku dah kene tawan dek penyeluk saku. Aku stopped dan terus panggil kengkawan lain.

"Saya kene pick-pocketed!!!" Aku nampak riak muka semua orang berubah. Memula diorg ingat aku main2 tapi bila aku tunjuk beg aku, semua naik cemas.

Kitorang lalu balik tempat keluar tren. Mana tahu, kot2 si penyeluk saku tu baling passport aku dalam tong sampah atau tepi jalan. Hampa.

Aku hilang semua duit. Duit orang kirim barang. Passport. Kad pengenalan. Lesen memandu. Kad kredit. Yang tinggal cuma kamera yang aku gantung kat leher, handphone dengan beg kosong! Hampeh punya penyeluk saku! Korang curi purse ngan passport aku, tinggalkan handphone untuk bagi aku calling2 akibat perbuatan korang eh!

Dalam keadaan cemas, Kak Fida ngan Kak Dory tolong aku called bank and blocked semua credit cards yang hilang. Sham pulak setia duduk tepi aku, cool-kan perasaan. Aku as usual, bila terkena perkara macam tu, terus blank. Masih sempat buat lawak hambar. Ejat ngan Naji lak tolong called Malaysian Embassy untuk minta advice.

Masa tulah aku bersyukur --- aku tak sendirian rupanya kat kota Paris ni. Aku perlu buat police report ASAP dan terus ke Malaysian Embassy untuk uruskan hal passport.

Sepanjang hari, kepala aku tak duduk diam berfikir. Nak buat passport kene ada kad pengenalan. Sume dokumen pengenalan diri aku dah hilang. Ada pulak mulut2 laser yang keluar statements menyakitkan hati, bila aku cakap tak ada sesiapa kat umah aku yang boleh tolong emailkan salinan kad pengenalan. Tak percaya agaknya. Seriously aku takkan lupa 'statement' mamat tu.

Kak Zura, I owed you one. Thanks a lot sebab tolong saya settledkan problem. Ha ha ha --- yang pastinya, melalui pengalaman ni, aku belajar jugak NOT TO TRUST HR. Sebab berita aku kene copek tersebar luas ke beberapa departments dalam masa setengah hari je. Siap ada info tambahan lagi!!! Ha ha ha. Dan ini pengajaran juga untuk diri aku yang aku nak share dengan orang lain:

1) Please keep salinan I/C atau pengenalan diri (dlm bentuk softcopy), passport dan semua jenis dokumen penting termasuk flight ticket and itinerary perjalanan dalam mailbox email anda.
2) Dalam keadaan emergency, you may call ONE bank to cancel ALL your credit cards (termasuk bank2 lain).
3) Pastikan anda membawa map bersama ke mana2 anda pergi!
4) Dah nak jalan negara orang, tinggalkan je la kad pengenalan negara sendiri tu (I/C) ngan lesen memandu. Bawak copies jek. Kalo hilang, kan niaya!!!

Dek kerana peristiwa berharga tu, semua bebudak yang buat persembahan untuk final night decided takmo teruskan show medley. Berkabunglah kononnya. Aku dok buat lawak pon, diorang takmo gelak. Masing2 buat muka simpati.

Ejat, Khai, Ikram, Wanie, Aku, Mat Dern ngan Adib

Sebahagian Ahli Persatuan Wanita Umno Cawangan Perancis - Wanie, Aku, Sham ngan Ejat

First time aku nangis sejak kejadian 'pick-pocket' bila tetibe Ikram panggil aku masa dinner. Ikram ni budak satu coach ngan aku. Dia tanya, "Kenapa aku tak nampak macam orang sedih? Buat lawak je memanjang."

Aku just jawab, "Takkan ko nak aku menangis? Barang2 tu semua dah hilang. Takleh buat apa pun."

Ikram hulur duit, soh aku ambik. "Tak banyak. Ko gunalah."

Masa tu mata aku terus banjir. Mungkin ter-burst sebab menahan sedih sepanjang hari. Budak Ikram ni pun satu! Dia tahu aku segan nak ambil, teros masukkan duit tu dalam poket baju aku. "Ni aku ngan adik-beradik aku bagi. Bukan aku sorang."

Aku tahu Ikram tipu (sbb ada orang cakap --- he he he). Tapi sebab aku dah segan menangis depan dia, aku just angguk and ucap terima kasih je. Aku nampak ramai gak yang pandang2. Mamarazzi menangis --- bahaya untuk imej aku!!! Ha ha ha.

@Sea France ngan Ikram

Lepas Ikram, Kak Fiza pulak jumpa aku. Then, Kak Mas, Uncle Pengawas, Kak Ali, Kak Edna, Ejat, Kak Fida dan Faiz --- masing2 menghulur. Faiz cakap ada budak laki satu coach ngan aku segan nak sampaikan sendiri. Dia jadi orang tengah. (Yazhar, mekasih eh! Aku berjaya korek daripada Faiz. Thanks a lot!) Kak Fida pun cakap ada hamba Allah satu coach ngan aku beri aku duit. Semua segan nak bagitahu nama. Apa2 pun, aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua. Selagi ingatan ni ALLAH SWT pinjamkan, insyaAllah aku takkan lupa.

Bersama Ejat, Kak Fiza ngan Wafaa

Ngan Faiz @ Calais

Hal hilang dompet dan passport ni buatkan aku terlepas trip to Disneyland --- tempat yang aku beria-ia nak pergi. Krew KC yang 'fofular' dan 'disegani ramai' bawa aku ke police station and Malaysian Embassy. Aku tak tahu dia nak tinggalkan aku sensorang lepas tu. Ketua KC cakap sorang krew akan temankan aku buat semua urusan. So, I didn't even bother to know nama2 tempat. Busy fikir, dapat ke aku balik Malaysia? Tapi sebab takmo makan hati punya pasal, aku angguk je bila dia tanya aku tahu jalan balik ke tak. Muahahaha --- Sungguh, aku tak ingat pun apa nama tempat aku tinggal. Nama stesyen pertukaran tren pun aku tak ingat! And the best part, aku keluar ikut Abu Tausin pagi tu tak bawak MAP!!! Battery handphone pun dah kong habih.

Memula krew tu dok merisaukan aku, cerita semua pengalaman peserta2 lepas yang hilang passport cam aku. Nak buat police report kat France susah gila. Berjam2. Nak buat passport kat Malaysian Embassy pon ambik masa lama jugak kene investigate. Nasib baik aku amik keputusan untuk balik sendiri! Kalo tak, mesti aku dah bukak kelab anti-Abu Tausin!!!  

Info: Cerita yang berlaku sepanjang perjalanan 'romantik' akak dengan adik Abu Tausin kat kota Paris dah jadi lawak jenaka  paling top bebudak peserta KC.

Alhamdulillah, aku lom lupa 100% skill Bahasa Perancis aku masa buat report. Tergagap2 aku bagitahu polis tu, kejadian hilang dompet ngan duit. Proses tu ambil masa dalam setengah jam. Pastu aku ke kedutaan lak untuk buat passport. Alhamdulillah, it went well too. Diorang soh aku isi borang and issued emergency passport dalam masa dua jam. Takde pun sesi investigation. Abu Tausin, Abu Tausin!!! (Sambil menggeleng kepala). Buat akak gubra je. Disebabkan ada kejadian 'salah faham' antara Abu Tausin dan sorang mamat kat embassy sebelum tu, aku terpaksa minta maaf on behalf. Diorang memang 'bengkek' ngan perangai Abu Tausin. Orang2 kat embassy tu pon risau bila tahu aku kene tinggal ngan Abu Tausin sensorang.

Tapi dengan machonya dan penuh style (pakai topi Paris --- ha ha ha), aku cakap --- "Takpe, jangan risau. InsyaAllah akan selamat sampai." Aku takmo susahkan orang. Dalam hati, matilah aku sesat lepas ni. Ha ha ha.....

Info: Topi Paris ni tinggalan terakhir sebelum peristiwa dicopek. Hairul (Ketua KC) cakap, aku kena copek sebab pakai topi bling2 ni......wakakakaka.

Oh ya, selain terima 'huluran' kengkawan, aku pon terima moral support dan tambang teksi & bas hingga ke saat2 terakhir perjalanan daripada Ruby, Nora, Wanie & Khai. Thanks to all of you!!! Owh and not to forget --- Sheni the Pakistani friend!!! InsyaAllah we'll meet again gurl!

Paris Cruise Time!!! (Kat pic ni, topi Paris aku je yang nampak --- he he he). Dari hadapan: Ruby, Nora, Khai, Wani dan Topi Paris Aku.

Berbekalkan duit yang kawan2 bagi, aku dok ulang-alik naik metro and beli lunch. Tak jumpa2 destinasi. Aku cuma ingat aku keluar daripada camp site naik bas 101. Tengok map, bas paling akhir ialah nombor 98. Bila aku tanya, mamat perancis jalanan tu cakap maybe aku duduk kat luar Paris. Aduishh.....seriously tak ingat!!!

Tapi fakta lain yang aku dapat buktikan ialah --- Orang Perancis tak sombong! Siapa kata orang Perancis sombong? Sume orang yang aku tanya, baik en francais ou englais --- sume cuba bantu. Petua dia cuma satu: Malu bertanya, Sesat jalan! Dan --- jangan blur sangat, mengharap kat orang! Kena ambil tahu nama tempat tinggal sendiri! Ha ha ha.


Aku dok tanya orang2 yang aku jumpa. Vouz-parlez englais? Kalau diorg geleng pun, aku cuba gak main game Win, Lose or Draw. Ha ha ha. Macam2 aksi aku buat untuk describe khemah. Last2 adalah jugak dalam 8 orang tolong aku translate dalam French. Diorang bawak aku ke tempat Information and bukak buku jadual tren untuk tunjuk jalan balik.

Rupa2nya aku silap ambil transport! Kena naik RER, bukannya Metro! Ho ho ho, padanlah tak jumpa2. Pastu nama tempat tinggal aku ialah Joinville le Pont bukan Jean-Paul!!! Wakakaka....hampehnye bebudak khemah! Korang pelat rupanya!!!

Diorang lukis balik perjalanan balik aku ke Camp de Paris. Dan alhamdulillah, aku selamat sampai ke campsite dengan satu lagi pengalaman berharga! Merayau seorang diri kat Paris tanpa tahu arah destinasi. Thanks to Kak Fida and Kak Dory sebab sudi offer diri untuk temankan aku uruskan hal passport. Bukan aku tak mau, tapi diorang sumer perhabis duit datang dari jauh. I didn't want to spoil their vacation jek.

Best??? Of course BEST. Aku tak tipu. Seriously best giler. InsyaAllah, next time aku sampai, aku akan pastikan aku dah boleh cakap fluent francais and visit tempat2 yang aku tak sempat pergi!!!

I Heart Paris.

p/s: Balik Malaysia nanti insyaAllah aku akan contact you ols especially Kak Fida and Kak Dory!!! Missing you guys already.

Friday, June 11, 2010

Knowledge Sharing: Basic Photo Editing for Multimedia Presentation

Minggu ni hari berlalu agak cepat bagi aku. Sepanjang pagi tadi aku habiskan untuk mendaftar majikan ngan buat beberapa kerja last minute yang diminta oleh orang lain. Sambil tu, selit gak sesi perjumpaan ngan vendor tentang progres projek. Rasanya macam baru semalam hari Ahad. Dah Jumaat rupanya!!!

Jam tiga lak, aku ada sesi perkongsian ilmu special untuk friends dari JPOS. Sesi ni sebenarnya atas permintaan En Taib untuk JPOS belajar tentang photo editing bagi persembahan multimedia. Mulanya aku nak kongsi dengan bebudak opis saja. Bila JPOS request, aku ingat dua-tiga orang jek. Sekali depa hantar sampai 14 orang!!! Dan memandangkan tak ada specific contents yang diberitahu, selain daripada meng-edit gambar, aku arranged for something yang very basic --- cukup untuk cover photo editing dalam Power Point, Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator. Skop besar sangat, dah tentu takkan cukup untuk cover semua dalam dua jam.

Rupa-rupanya aku dah terpikir jauh ke hadapan. He he he. 1 --- 2 --- 3 --- slides, aku mula perasan, apa yang audience nak belajar sebenarnya, bukannya cara2 nak edit photo.  Tu dah terlalu advanced. Rupa-rupanya diorang cuma nak belajar cara2 menggunakan Microsoft Power Point. Belajar tentang penggunaan fon, warna, ruang, dan imej yang sesuai untuk persembahan multimedia.

Truthfully, aku sangat kagum ngan kesungguhan team ni nak belajar tentang multimedia. Obviously they know apa yang perlu diperbaik dan cari inisiatif untuk tambah pengetahuan masing2.

Nasib baik lah dapat cover. Aku mula ngan slides presentation on basic of multimedia. Pastu, adakan aktiviti untuk menguji kepakaran sedia-ada mengenai fungsi2 dalam Power Point. He he he --- mudah je! Aku bagi je diorang sume media termasuk teks, audio dan imej berkenaan visi & misi baru and soh diorg buat satu presentation slide yang akan dibentangkan kepada pengurusan dalam masa 10 minit. Syaratnya, perlu masukkan multimedia dan perlulah sesuai untuk target audience.

Inilah team yang paling cemerlang dalam sesi Aktiviti: Power Point

Warda (Cikgu Bahasa) dan Zimah (Jurukamera baru) turut turun padang

 Sesi belajar 'Insert Table' dan menggunakan functions 'Fill' & 'Line'

 Team En Azmi menunjukkan kepakaran membuat persembahan multimedia mengenai Visi dan Misi

Sesi penggabungan enam media dalam persembahan Power Point


En Khalid sempat gak duduk kejap.

Pendakwah membahaskan hujah --- he he he

Fokus --- fokus --- fokus

Sesi Dos & Don'ts in Multimedia Presentation

Sesi terakhir ni paling kelakar. Diorang diminta berkongsi slaid pencapaian JPOS untuk dikomen. Time ni perut aku hampir pecah. Satu je la --- yang aku leh describe tentang sesi perkongsian ilmu ni: Aku released stress. Banyak sesi gelak2 lak selain berkongsi ilmu pengetahuan.

Wednesday, June 9, 2010

Surat & Video Untuk Guly (A-BangLa Hensem)

Post ni actually aku nak publish lama dah --- tapi sebab macam2 'cer' yang besh2 berlaku, sampai ter-overlooked lak post yang ini. Contents asalnya adalah lebih panjang, tapi memandangkan dah outdated aku terpaksa delete.

*****
Hmm --- to be frank. I don't really like the word - Goodbye.

Brader ni dah blah. Makin kuranglaa kaum adam kat tempat aku. Yang tinggal sume minah2 'bestfren-comolot' aku. Cam kat skolah asrama pompuan lak jadinya. Arghhh --- baik carik warden lama aku teros. Baru re-al. He he he.

Bro Abu Bakar Omar ni (mesti ko ngamuk --- he he he) sedang dalam perjalanan ke puncak 'dunia' dia. Kagum??? Of courselah. You ARE doing what you LIKE most.

 Gambar ID family SeP peninggalan Bro Guly. Gaya aktor ensem "Abu Bakar Omar", tapi tetibe aku nampak cam ada gaya hero ala2 Rajnikanth gak! Dey --- padayappa!


Special untuk KB,

Thanks a lot eh for your advices.  Bila dah tak dengar ko membebel, rasa sunyi lak opis.....dan sms2 ko yang men-jealous-kan aku tuh --- arghhh tensiiii --- Tapi aku akan pegang gak kata2 ko. Aku akan kejar ko sebaik saja probs aku solved. 'Bende2' yang ko bagi tu, masih lagi aku letak kat bawah meja --- he he he --- nak buang, rasanya tak lama lagi ko dah jadi se-pop artis popular. Harta berharga tu! (No-lah, aku dah framekan pun!)

Sejak ko blah, aku dah xde member nak lepas stress. Aku dah takleh join ko kutuk baju sejuk Zack Bujang skang --- sebab sejak ko xde, diala yang offer diri jadik pelepas kemarahan + penumbuk + maki seranah aku. Dah xde rakan ngunyah petang2 --- xde orang yg rajin blanje  aku kuih india --- xde gak orang nak layan air mata aku (btw, hasil bimbingan ko ngan kak zura, dah lama gak aku tak nangis) --- dah berkurang orang yg suka gado ngan aku --- dan hilang teros member yang slalu backing aku, bersama2 mengejek ketonyetan si tonyet dan --- takde lagi orang panggil aku Brit!!!

Vid ni aku compile-kan sume pics ko especially towards hari2 terakhir ko kat eP, saja untuk mengenang sape sebenarnya brader-kewl-duduk-kat-sudut-dan-tak-bercakap-ngan-orang-sangat tu. Sore buluh perindu yang sayup2 kat blakang cam nyamuk tu --- muahahhaa --- ikhlas dinyanyikan untuk ko, bersama anak ikan baru aku.


Adios KB! Good luck bro.

p/s: Bila film KRU : Merong Maha Wangsa tu dah kuar, aku akan gebang kat sume orang, aku ada poster lakaran asal KB untuk filem tu. Saja nak tumpang glamer ko!!!

Monday, May 31, 2010

Hadiah Misteri Istimewa Buat Aku - Sebagai TEMAN

Saja aku nak layan jiwang sekali-sekala. Sementara mengemaskini dokumen2 peribadi, aku tergerak hati lak nak meng-update blog petang ni. Sekarang aku dalam Fasa Pengujian Jiwa dan Penabahan Hati.  

Baik aku warn awal2 --- sajak2 jiwang ni xde kene-ngene ngan hal keje. Almaklumlah  manusia memang suka buat assumptions =P. He he he. (Termasuk aku yaaa.....aku tak tuduh sesiapa).

Happy? Owh semestinya!!! Kenapa tidak, kan? Aku berpeluang menghadap pengalaman2 yang menarik dan belajar tentang banyak perkara kebelakangan ni. Oleh kerana pelbagai cerita menarik setiap hari, aku tak kebosanan. =P

Terutama sekali selepas aku hadap semua peristiwa2 pelik sensorang diri. Hari Sabtu lepas, pakcik mekanik aku tanya, samada aku ada hentam lubang jalan raya ke tak? Ni bukan soalan pertama yang aku terima dalam bulan ni dan bulan lepas. Dah banyak kali aku jawab. Memang takde! Kalo ada, aku sure akan sengih dan mengaku. Buat apa nak berlakon jadi orang jimat-cermat di jalan raya, kalau realitinya bukan?

Last2 dia pesan, aku perlu berhati2 berkawan. Aku perlu kurangkan bergaul dengan sesiapa saja. Hmm --- demi Allah, dalam bulan ni aku ada terima advice yang sama daripada tiga orang yang berlainan. Orang2 ni lak sumanya ada kene-ngena ngan kete aku. Masalahnya, kalo cakap bunga2, aku payah nak paham. Kenapa kena kurangkan bergaul?

Bila dah terima advice yang pelik camtu, semangat curious aku makin menjadi2. Even Kak Zimah, colleague opis aku pun ada bagitahu 'sesuatu' yang buat hati aku tak sedap. Si Putih pun tetiap kali aku balik, dia punya intai bawah kete aku cam lain macam je. Apa masalahnya???? 

Okey, aku nak percaya benda2 yang tak nampak ni --- memang masalah sket. Sebab aku ni jenis orang yang penakut. Aku pandai cakap tapi tak berani nak hadap. Lagi2 membesar kat area Kuang, apa benda yang aku tak pernah nampak dan bertegur-sapa? Aku takmo hadap lagi. Huhuhu ----- tapi, apa salah aku???? Untuk kuatkan hati, aku redha je apa yang dah jadi dan anggap semua perkara tu berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin ALLAH SWT sayangkan aku lebih dan beri aku ujian untuk jadikan aku lebih kuat dan tabah. Wallahualam.

Hal kete aku ni lom habih lagi, dah tambah lak hal2 lain. Kete aku --- hari tu, batteri kong, pastu oil filter pecah tiga kali dalam minggu yang sama, pastu wiper aku gila, stucked masa hujan tengah lebat, then --- lampu dalam kete aku menyala sesuka hati, radio berenti sesuka hati ---- kete berenti and jalan sesuka hati --- now batteri dah OK, tapi alternator lak rosak. Aku dah tukar tapi tup2 motor wiper lak problem. Tapi persamaan yang aku perasan, suma orang yang baiki kete aku --- samada yang kenal dan sekampung atau pun yang tolong aku kat tepi jalan --- cakap benda yang sama : Bawah kete aku ada kesan remuk macam kene ketuk atau aku langgar lobang!!!! Yang peliknya, dah betulkan pun remuk lagi ke? Padahal takde pun lubang yang aku lanyak.

Atas nasihat daripada beberapa orang tua kat kampung aku (termasuk nenek kesayangan), aku ada amalkan beberapa surah dan ayat Al-Quran. Tapi lain lak jadinya --- dah beberapa malam, aku diganggu lak. Ibu aku pun sampai dah takmo temankan tido lagi. Woooiiiiii, canne aku nak survive ni? Gangguan canner, biarlah aku yang hadap tetiap malam simpan sendiri. Yang pasti --- sekarang alhamdulillah, aku dapat atasi masalah tu. Betul ke ada orang marah sangat kat aku???

Sekarang, hal kereta dan 'gangguan' tengah malam aku dah cuba atasi tapi hal lain pulak yang jadi. Mula2 camera baru yang aku beli tak sampai seminggu hilang dari atas meja, pastu shawl  hitam hadiah daripada geng2 HLB missing dan belum jumpa lagi ---- hari ni aku perasan headphone aku hilang!!!! Woiiiiii siapa nak cari pasal lagi? Frankly speaking, aku dah letih laa nak layan perihal remeh-temeh ni. Apa2 yang aku dah buat yang orang tak puas hati, kita settlelaa depan2. Jangan pukul aku dalam tidur. Aku sakitlaa....Kalo berkenan ngan barang2 aku, bagitau je. Aku carik yang bersih. Shawl tu dah  sebulan lom basuh! --- Kantol. He he he. Ternyata, ini lah satu-satunya perbezaan KETARA pengalaman berkerja dengan bangsa lain dan bangsa Melayu saja! 

Ke hadapan semua sahabat yang disayangi, aku dedicate kan lagu ini kepada anda.  Ada sebab mengapa sejak dua menjak ni aku kurang beri reaksi dan respon kat korang. Aku confused. Semoga anda faham isi hati aku dan maafkan lah semua kesalahan yang aku buat. He he he....Aku cuba ubah diri sendiri, insyaAllah. Lagu ni, aku download dan dengar berulang2 kali.....sedap. Kalo korang nak, bawak je thumbdrive ke meja aku.



Lagu: Sebagai Teman
Nyanyian: CTKD

Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku
Percayalah

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku

Oh mengapa
Dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain seperti juga yang lain
Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi

Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman
Aku fahami

Oh Tuhan
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya

Kuatkanlah diri menjalani semua ini

Friday, May 21, 2010

Aku Kenal Erti Cinta melalui --- Lagenda Budak Setan

Yup. Tajuk dah explains everything! Ada movie baru yang diadaptasikan daripada novel Ahadiat Akashah. Aku belajar membaca dan menulis, membesar dan mengenali alam remaja dengan hasil penulisan kreatif lelaki ni.

Unlike any other malay movies, aku tak teringin pun nak nengok (except movies Afdhlin Shauki). BUT berlainan dengan yang satu ni. YES, i would go to the nearest cinema to watch!!! 

Info ihsan daripada Sinema Malaysia:
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 03 Jun 2010
Durasi : 106 min
Pelakon:
Farid Kamil (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu), Que Haidar (Azmi), Raja Farah (Suzana), Fazura (Kate), Sheila Mambo (Mak Leha) & Shiqin Kamal (aku dapat rasa ini 'watak Ayu berwajah baru' tu, Emilia)

 Poster Filem Lagenda Budak Setan

Sinopsis:
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. 

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia di hadapan Mak Leha sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak. 

I LOVE THE NOVEL!!! So, WAJIB WATCHING this ONE!!!!

Lama Tak Menulis.....

Minggu ni, ada tiga (3) orang tegur, "Busy ke?"
Jawapan standard aku, "Taklah. Buat2 busy je." Ha ha ha. Memang pun! Bagi aku, selagi ada masa borak + buang air + makan.........aku MALU nak cakap busy. Masa aku buat operation kat bank dulu, nak gi toilet pun terlupa. Dah balik umah baru ingat, sehari suntuk tak buang air! Jadi, perlu bersyukur wooo...... (FYI, kat dua (2) bank yang aku penah keje dulu, nak gi toilet pon kene timing. Lambat kuar toilet pon ada orang perhati).
"Kenapa tanya?"
"Sebab dah lama tak update blog."

 Last Updated on 10th May 2010 (Not that long, actually?)

Dalam hati aku ---- auwwwww ---- you pembaca blog I rupanya!!!! Yang kelakarnya, aku tatau pon orang2 ni membaca citer2 mengong aku. Peah tak sangka! Sebab depa ni bukan dalam circle aku pon! Pastu depan2 selalu buat2 tak kenal. Walo apa pon, Peah hargai you ols! At least Peah tau, ada yang membaca penulisan Peah! Mekacih. Mekacih. Merci beaucoup!

Minggu yang memenatkan!

Tapi menyeronokkan! Seriously!!!

ISNIN - Hari unit aku buat sesi perkongsian ilmu bagi kajian yang dah dilakukan. Awal pagi, ada sesi perbincangan mengenai dokumen perjanjian projek. Satu pengalaman baru dan pembelajaran yang aku dapat dalam sesi ni!!! Dah hampir dua (2) tahun kerja kat opis ni, baru pertama kali aku dapat belajar tentang penyediaan dokumen perjanjian dengan pegawai2 daripada legal department. Dah hampir siap, baru aku tahu --- sepatutnya sesi ni diconduct oleh jabatan tu sendiri!!! Padanlah, diorang pon bagi cooperation yang superb. Ha ha ha --- kitorang 'ter'pandai2 lak lead session tuh! BUT still --- BEST sebab dapat belajar. Depa pon sangat cooperative!!! 

SELASA - Sejak minggu lepas aku dah dibagitahu oleh Fai SKALI, mintak me-review Ujian Skrip Kepenggunaan untuk projek yang aku tengah buat. Tapi biasalah --- bunyi macam senang gile. Baca / Review jek! Tapi mak oooiii --- aku rasa dah tiga (3) malam berturut2 aku tidor ngan skrip tuh! Payah benar aku nak latih mata aku ni supaya fokus dan hantar mesej ke otak supaya proses dan faham. Hasilnya, mungkin sebab dek terlalu fokus --- aku tidur ngan kurr kurr --- ha ha ha. Hari Selasa aku block sesiapa pun panggil (termasuk ke cafe =P) sebab aku memang tak ada pilihan len. Esok ada end-to-end UAT session! Takkanlaa aku nak menunjukkan kemengongan aku depan sume orang. Organize UAT tapi tatau isi! So hari ni ialah hari BACA dan FAHAM.

RABU - Hari UAT bagi projek IT telah dibook awal2 oleh braders kat unit penambahbaikan. Lepas Kak Aimy tinggalkan vendor and Kak Zura tinggalkan Jabatan IT kat tempat aku --- tinggallah aku sorang2 wat projek dengan ke-blur-ran. Mana taknya --- vendor letak orang2 baru sambung projek tuh. Bebudak tu lak (lepas dah jadik geng), bagitau aku --- depa pon nak blah gak! Muahahahahauuuu <<< ini ketawa campur nangis! Pegawai2 kat tempat IT lak tak berapa 'mesra'  ngan aku (except a few close frens aku yang ternyata sangat membantu! you know who you are!!!). Sejak peristiwa 'EMO' nangis sebab marah and frust dalam meeting projek beberapa bulan lepas, aku sendiri malu nak hadap muka beberapa orang. Lepas dua bulan baru aku berani tegur diorang balik. He he he --- tebal woo muka! Tapi mungkin disebabkan scene kemurungan tulah agaknya, alhamdulillah --- brader2 unit penambahbaikan hulur bantuan! At least kalo aku kene berenti keje pon, ada jugaklah beberapa projek aku dapat siapkan. Sehari suntuk, agak busy menggodek soklan ujian sistem.

Owh, hari ni aku dapat makan FREE. Dibelanja oleh Cik Hariah! Alhamdulillah --- rezeki! Petang tu nye sesi mesyuarat ngan AJK projek terpaksa dibatalkan kerana perut tidak berapa sodap dan kebetulan beberapa AJK penting tak dapat hadir! Seb baik ----

KHAMIS -  Pagi. Aku dengan semangat rajin, menghadirkan diri dengar taklimat yang jabatan lain anjurkan. Tak sangka lak, sume dak seksyen aku dah pakat takmo pergi --- memasing busy.  Jadi, aku sempatlah memesrakan diri ngan 'Orang2 Risiko' yang kena hadir gak. Dan yang best lagi --- makan FREE! Tapi perut den dah kenyang sebab memang dah breakfast pagi tu. Jadi tak dapek nen menikmati kesemua juadah yang dihidangkan. 

Aku kuar awal sebab slides untuk sesi perkongsian ilmu petang tu masih lom siap. So, Kak Zura tolong amikkan notes. Mekacih, kak! Tengahari tu --- Rezeki lagi!!! Si KB nye farewell daa. Dah macam celebrity lak aku nengok mamat seluar bunga ni punya majlis! 

Petang. Aku buat knowledge sharing - Pengurusan Stress. Hua hua hua.....tetiba si Ruby ngan Adreana pon join sekali! So, informally sesi tu diberi kepada tiga (3) seksyen. Perghh --- penceramah tros jadik stress! Wakakaka.


JUMAAT - Yahoooooo!!!! Hari ni hari FREE. Pagi je ada perbincangan pasal budget sekejap. Pastu ada follow-up session pasal findings UAT. The rest, membuat perancangan untuk progres projek - apa lagi --- setkan meeting, buat slides, follow-up calls, jawab emails. Sebenarnya keje2 ni la yang aku enjoy buat. Aku tak tipu. Sebab bile benda sume dah elok teratur, aku dah terus lupa citer2 lain termasuk si Mat Wilam yang buat perangai tiga hari berturut2 nih.

 Nikon Coolpix 5200 2005

Tengahari. Aku ganti battery Nikon Coolpix 5200 aku. Pastu beli lak Nikon Coolpix S4000. Memula ingat nak jual Nikon lama. Tapi bila aku pikir2, tu hadiah daripada abah masa aku graduated dulu. Kalau jual, maknanya aku jual memori tu gak. Lagipun, aku ingat lagi dulu masa dia beli set Nikon with accessories tu harga nak cecah RM2K tapi skarang kalo jual dalam RM200 jek. Rugi wooo --- baik aku simpan. At least ada gak good memories dengan abah. =)

Nikon Coolpix S4000 2010

Petang. Jalan kena tutup sebab ada Citra bla bla bla tu. Bagi laluan untuk orang wat raptai menari? Tula yang orang bagitahu aku. Lantaklaa --- yang aku tahu, sebab nak bagi laluan tu, jem dalam bangunan opis aku menyebabkan spirit shopping aku ngan Kak Zura datang mendadak. Kak Zura nak beli baju untuk family. Aku terpaksa tinggalkan purse sebab takut lebih belanja. Maklumlah, disebabkan Mat WiLam banyak buat penyakit 'manja', duit belanja aku pergi jelajah negara2 omputih tu dah banyak terguna. So, sempatlah kitorang gi (owh si Nitti pon join gaks menceriakan sesi petang) kedai kain Harrison dan KFC! Pas maghrib, ngam2 jalan dah OK!

MESEJ UTAMA-nya : Sepanjang minggu ni, murah jugak rezeki aku. Tiga kali makan besar FREE. Alhamdulillah --- dalam pada susah, ada gak senang. Kat post ni, aku takmo citer hal2 susah tu. Kalo diingat, leh pening pale! Tulah antara cara mengelakkan stress ye kengkawan! =P

Monday, May 10, 2010

Ucapkan SELAMAT JALAN to William!

Ahahaha --- u ols jangan marah! Aku memang suka bagi tajuk yang bikin panas! No -- no -- noooo --- ini BUKAN bermakna aku sudah berjaya melupus-gantikan William. Atau, aku sudah mencari pengganti William. Atau, aku dah campak William dalam sungai batu. Atau --- aku jual William kat kedai besi buruk. Sume2 tu aku tak jadi buat. Aku cuma nak tutup kisah hidup William je. Pic ni hanya sebagai gambar hiasan!

Penat woo --- aku mabuk hari ni. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku berdiri rapat dan lama giler sebelah abang-la-ensem-pakai-minyak-rambut-tebal dalam komuter. Tak penah aku bermesra ngan orang asing cam hari ni. Tulang belikat bertemu lagi! Wakakaka. Mesti terbawak2 ke mimpi punya malam ni. Pakcik cab yang bawak aku daripada stesyen komuter Sg Buloh ke Kuang tu pun dah sound soh aku cari plastik. Takot aku muntah laa tu! Ha ha ha. 

Setelah beberapa hari menjadi hitch-hiker bertauliah dan belajar balik naik sume jenis kenderaan awam --- hari ni aku dapat call daripada Pak Su. Dia cakap, Farid and dia akan hantar kete malam ni. Dengar Pak Su explained in detail, hati aku yang dah meluap2 ni setiapkali dengar nama William, jadi sejuk. Mana taknya, dua bulan ni berapa ghebu-hengget aku dah hilang???

Hari ni dah hari ke-3 berturut2 Pak Su ngan Farid datang umah nak settlekan hal William tu. Memanglaa diorang tak mintak duit. Tapi ibu soh gak aku hulur --- orang berbudi, kita berbahasa. Huaaaaaaaa. (Dahlah awal pagi ni aku terima berita buruk --- sob sob sob). Aku dengan tangan berat menghulur laa jugak, sambil hadiahkan senyuman paling manis. 

Dialog aku?
"Eh, ambil lah Pak Su. Susah2 je datang jauh2 untuk uruskan kereta ni." Dalam hati, ALLAH SWT je yang tahu.

Aah, akulah pelakon wanita Malaya terhebat. Tapi bila soh berlakon watak ayu2 cam Sindelellah tu, aku lemau. Gedik tak hengat!

Yang penting esok pagi pergi keje, aku dah tak payah menumpang orang2 kampung Kuang yang travel ke KL. Malu wooo duduk tepi jalan seawal kol 5.50 pagi! Seb baik orang2 sini bebaik. Aku je laa yang tebal muka.

Tapi walo sepenat mana pon hari ni, aku terhibur gak dengar pesanan and info Pak Su tentang William:
1) Kena tukar timing belt tak lama lagi.
2) Oil filter tu dia dah repaired.
3) Tiga benda (palam ke apa entah nama dia) yang buat bunyi bising tu dah dibaiki. Dah jadi empat balik!
4) Plastic cover yang tercicir kat tepi tempat duduk aku tu, dah dipasang balik. (ahahah --- aku ingat patah! Rupanya tercabut je.)
5) -------- dan yang paling penting, hari Sabtu atau Ahad, boleh hantar gi cuci. Huaaaaaa ---- ciss, Pak Su sempat lak dia nak perli aku! Si Farid tu dok gelak2 kan aku, hampehnya budak!

Siap cakap, dia malu kalo kete ada mekap tebal.

Malu??? Ohooo --- dulu aku malu. Tapi dah lelama, cam letih lak nak cuci. Lagipun, member aku dah perli aku macam2 pasal mekap tebal keta ni. Lali. Aku simpan kete dalam garaj yang ada pasir tebal. (Alasan --- wakakaka) Selalunya dua malam je simpan dalam garaj tu, keta aku dah mula pakai mekap. Pasir la, habuk la, tapak kaki kucing2 aku tu, tahi cicak la, tahi burung la, sawang lelabah laa ---- sume ada. Kalah dah Astro tu. Nak buat canne, aku kene gak jaga hati nenek. Dia bersusah-payah soh orang bina garaj tu. Nak park tempat lain pun walopun dengan alasan2 munasabah, nenek dah bising.

Dulu, aku banyak gak anak2 ikan yang rajin membantu mencuci mentara tunggu aku keja hari Sabtu. Tapi skang, aku dah tobat --- tak main anak2 ikan dah. Jadi, hilanglah semua pencuci2 kereta percuma aku!

Apa yang penting --- Red William dah tukar nama. Orang cakap, aku kena sayang keta. Jadi, aku kena letak nama orang yang aku sayang. Huh, betul ke??? Dulu aku minat Prince William tu, hampeh gak jadinya. Tak caya aaa!!!

So, nama baru William = Mat WiLaM. Wakakakaka --- mana leh tukar jauh2. Plet keta tu dah daftar camtu. Aku hantar sunat jek, kasi bunyi ada nama melayu. Sapa soh wat perangai banyak sangat ooo WiLaM!