Friday, May 21, 2010

Aku Kenal Erti Cinta melalui --- Lagenda Budak Setan

Do you like this post?
Yup. Tajuk dah explains everything! Ada movie baru yang diadaptasikan daripada novel Ahadiat Akashah. Aku belajar membaca dan menulis, membesar dan mengenali alam remaja dengan hasil penulisan kreatif lelaki ni.

Unlike any other malay movies, aku tak teringin pun nak nengok (except movies Afdhlin Shauki). BUT berlainan dengan yang satu ni. YES, i would go to the nearest cinema to watch!!! 

Info ihsan daripada Sinema Malaysia:
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 03 Jun 2010
Durasi : 106 min
Pelakon:
Farid Kamil (Kasyah), Lisa Surihani (Ayu), Que Haidar (Azmi), Raja Farah (Suzana), Fazura (Kate), Sheila Mambo (Mak Leha) & Shiqin Kamal (aku dapat rasa ini 'watak Ayu berwajah baru' tu, Emilia)

 Poster Filem Lagenda Budak Setan

Sinopsis:
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula. 

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma. 

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya. 

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia di hadapan Mak Leha sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang semakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak. 

I LOVE THE NOVEL!!! So, WAJIB WATCHING this ONE!!!!

No comments: