Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu!

Tahun 2014 ni aku, Along dan Kak Dah celebrated Hari Ibu kat Tesco. Breakfast kat Chicken Rice Shop, lepas tu bawak ibu jalan cum shopping.

Sambut sekali birthday ibu yang jatuh pada 7hb Mei 2014 ni. Alhamdulillah, berjalan lancar. Simple dan mencukupi. Hanya Uje ngn Dhila je takde.... =( 

Aku bersyukur sebab dapat raikan hari ini dengan ibu. Thanks, Allah for today. Terima kasih kerana beri kami setahun lagi kesihatan dan kesempatan merasai nikmatMu bersama orang2 yang kami kasihi. And I really missed nenek!

Hmm --- masih fikir nak makan apa?
 My dearest, Along dan Kak Dah.
Bersama ibu...
 Habis dah!!!

Selfie ke Selvie ke Usie?

Ha ha ha --- lawak aa kalo baca mende2 kat media sosial skang ni. Macam2 pendapat aku baca.

Aku nye pendapat ---- hmmm, x kisah la selfie ke selvie ke usie ke ---- aku pandang jek pics tu dengan perasaan, "Ada aku kisah?" Asalkan org2 dlm pics tu rasa bahagia, lantak korang laa nak panggil apa.

Saje nak melawak-ngusik kengkawan aku, pic di bawah ni dihasilkan dengan bantuan member aku, Nit. Terhibur benor hati-perot-jantung aku nengok.

Tabiat yang sama - ha ha ha. Uge ngan Momoe, jgn marah aaaa....


Monday, May 5, 2014

Bowling Is Just Not My Thing!

The post title is pretty self-explanatory!

Have tried this game more than twice dan saya memang SANGAT TERUK main bowling!

Sebenarnya, to be frank --- aku tak minat main bowling. Sebab tetiap kali main, mesti urat lengan aku ni bengkak2. Fragile benor. Tak terer tu memang satu hal.

Kali pertama main, masa kat eP. Time tu kene gelak sebab diorg kata cara aku pegang bola tu salah.  Aku ranked 2nd last masa tu. Jadik juara longkang je la. Kali kedua main lak, aku sesaja gi main ngan Momo dengan Kak Imah. Tu pon hampeh gak. 

Kali ketiga main, aku gi ngan Momoe, Niti ngan Joy kat The Mines. Lagi la hampeh sampai terpaksa soh diorg mainkan turn aku. 

Kali keempat, masa aku organise game utk #SkooLofJRaP. Hmm....not that bad sebab aku dapat strike 2 kali. Kebetulan tangan aku baru je di serviced dek Kak Ariyani Tukang Urut. Smangat aku dah terbina. Konon2 rasa macam ada peluang la pencapaian aku kat dunia bowling ni meningkat. He he he.

Dan kali kelima, yang membuatkan aku terima hakikat....aku memang tak berbakat main bowling. Main kat Perancang Templer Golf Club, sebab tak ramai orang main kat situ. Makin aku baling, makin ke longkang lak.

Aku akhirnya terima hakikat --- bukan give up, okey! Tak semua bende kita boleh master, kan? Mana2 permainan berkaitan dengan tangan, aku memang OUT! Main 1 game, tangan aku dah penat. Aku ni macam ayam gak la sebab tuah ayam nampak di kaki. Bagi aku games sepak2 ni, pukul ngan kayu hoki ke....kire boleh sengih jugakla. Tak malu nak ngaku aku leh main. Tangan? Sorryler.....

Aku nengok org len main sampai 200++ lebih....ha ha ha.
Good bye, bowling!

Friday, May 2, 2014

Hari Yang Memenatkan....

Semalam aku penat giler. Selesai keje dalam jam 9.00pm, baru boleh balik umah. Nasib baik ada Husna. Taklah takut sangat.


Politik dalam tempat keje neh...bebetul lah memenatkan. Sume orang berebut2 nak naikkan nama masing2. Orang len punye keje pon, diorg sebok nak masuk campur.

Aku tak larat dah nak main rebut2. Mmg tak gemar daripada azali lagik. Kalo korang nak rebut, rebut lah. Nak lagi senang, bagitahu je kat aku. Aku leh bagi korang amek dengan hati yang terbuka. Haa...buat la sendiri!

Keje yang FUN jadi BURDEN lak.


Anyway, aku balik umah je smalam teros terbungkang. Pagi ni, ngantok aku tak hilang lagi sebenarnya. Nak take a nap sat. Kol 10.00am skang nak gi men bowling ngan picnic  lak.

Pesanan untuk kawan2 yang suke mengipas2 bumper bos dan berebut2 naikkan nama sendiri tu >> mungkin hasilnya di dunia, uols dapat (insha Allah).....hasil yang di akhirat, belum tentu haa..... Nama dan Pangkat dunia tu, dah sah2 kene tinggalkan kat dunia. Tak dapek pon bawak ke akhirat. Huhuhu.

Lesson4Today: Mari kita sama2 berebut2 mendapatkan hasil untuk akhirat. Yok!!!


Wednesday, April 30, 2014

Farewell, Fakhrul Farris


30/04/2014

Semalam hari staff2 lama eP (ePians) sambut penghijrahan bos lama, Farris ngan Abg Azmi. Patutnya sekali gak ngan Haji Leman tapi dia busy lak. Niti pon nggak ada sebab kesibukan mengambil kunci rumah baru. =P

Dah lama tak gather, nama je kerja satu bangunan....ramai yang setingkat....tapi nampak sangat kitorang jarang communicate. 

Untuk permudahkan urusan booking, kitorang turun kat Gloria Jeans Coffee aje.

 Masing2 menunggu boss yang tak sampai2.
 Kak Bib tu tengah posing depan camera....suweeeettt sangat senyum.
 Wow.....nampak sedap!
Zimah & Warda ~ smile!

Manalah orang yang diraikan neh?
 Baru sampai daa......
 Once an ePian, 4eva an ePian!!!
 Boss yang nak ke PUDU (Royale Chulan, kunun!)
Gambar kenangan gitu.....

Xigong4JRaP

30/04/2014 - Rabu


Antara aktiviti2 #SkooLofJRaP tahun ni ialah Senaman Pagi bersama anggota2 JRaP yang len.

Awal pagi, aku sampai ke opis dalam jam 6.50am, aku teros mengedit video xigong. Kali ni rasanya nak bersenam ngan kengkawan kat opis ikut video xigong lah!

Masuk je dalam opis, aku setup LCD projector lak. Selalunya jam 7.40am aku ngan member2 aku dah turun bekfast, kali ni kitorang turun untuk 'tapau' saja. Kene get ready sebab 8.15am dah kene start senaman.

 Xigong ni nampak je senang tapi berpeluh gak kepala lutut! Heee =P
Semua bersedia untuk ber-xigong.
Angkat tangan....
Goyangkan tangan kanan dan ke kiri....

Video asal patutnya lebih 10 minit. Tapi untuk sesuaikan bagi slot senaman pagi, video ni di-trim up to 5 minit jek. Keluar peluh gak, babe!!!



 

Jom Baca Novel! - Selamat Hari Pekerja.

Minggu ni, memandangkan ada cuti Hari Pekerja, aku nak gunakan untuk habiskan novel2 yang aku beli. Semoga kali ini berjaya! Chaiyokkk!!!

Baru habis satu.....3 more to go!