Sunday, October 4, 2009

Tahajjud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza


msCruZee dah dengar lagu2 dalam album ni. Album Tahajjud Cinta ni di-released pada 10 September 2009 (awal Ramadhan), dan berkonsepkan keagamaan. Boleh dikatakan overall album is okay. Ada 8 buah lagu yang diselitkan dalam album ni:

1) Asma Ul Husna
2) Pintu Rindu
3) Tahajjud Cinta
4) Batasku Asaku
5) Ku Percaya Ada Cinta
6) Ya Rasulullah
7) Ketika Cinta
8) Selawat

Personally, msCruZee suka lagu Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Selawat. Tapi msCruZee mungkin bias, sbb dari dulu sampai sekarang msCruZee mmg minat lagu2 dan suara (ONLY) Dato' Siti.
Rate : 6/10

Wednesday, September 30, 2009

~ aku lom sedia ~

Dalam pukul 6.30pm (30/9/09), balik dari office. jalan agak jammed --- mana tak nya, semua orang gegas sebab ingatkan building nak runtuh! on the way back, msCruZee rcvd sms from Farris, Nitti and Warda - ada gempa bumi + tsunami kat Sumatera, Indo.

then, msCruZee rcvd another call from ibu. nenek sakit! most probably penyakit lama nenek - viral paru2 tu datang balik. sampai je umah, Nek Dah buka pintu. syukur alhamdulillah, Nek Dah was around!!! msCruZee sempat jenguk nenek b4 solat maghrib. nenek nampak makin kurus pulak bila terbaring atas tilam. nenek bagitahu, dia cuba utk puasa lagi hari ni. tapi x sempat habiskan sbb perut rasa kembung. maybe angin senak sebab perut kosong? lepas urut perut dengan minyak angin, dia tak betah duduk - hampir satu jam dalam toilet. tak larat nak reach sesape, nenek terus baring. dalam hati nenek doa, biarlah ALLAH SWT bantu nenek. nenek doa, ada orang 'jumpa' nenek. dan.....alhamdulillah Nek Dah datang nak hantar mee bandung utk nenek buka puasa. 

ibu n uje datang dari umah belakang. nak bawa nenek pegi klinik, but as usual nenek tak mahu. so, they went without nenek utk dapatkan ubat. along pun sampai, and we had dinner together. nenek nampak macam dah sihat sikit. but now: Nek Dah, along, ibu and uje --- sume dah balik umah masing2. hanya tinggal msCruZee and nenek dalam umah.

mata dah ngantuk. jam dah pukul 1.27am. esok nak pergi keje. xde mood update facebook. dengar lagu Biar Bulan Berbicara by Broery ulang2. demi ALLAH SWT, msCruZee nak tidur tapi takut nak pejam mata. takleh lupa masa nenek sakit kat wad dulu. banyak pulak soalan dalam kepala.....andaian. jadi dari tadi, msCruZee baring dalam bilik menghadap nenek yg tido kat ruang tamu. 

apa2 pun....baik msCruZee buat solat sunat hajat dulu. dah alang2 takleh tido. msCruZee x mampu nak layan fikiran bukan2. sebab........

~ aku lom sedia ~

Wednesday, September 23, 2009

Cabaran Si Razak - Aidilfitri 2009

1st msCRuZee nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA to all my dear frens. Lama msCRuZee tak catch up cerita terkini you OLLS semua. I know, i know --- sememangnya tak guna kalau msCRuZee beri 10 alasanS on why didn't i contact/sms you OLLS for a simple hari raya wish. It will not change the fact that I AM a PEANUT (Bagai kacang lupakan kulit, ha! Blame me.) to all of you. So, di sini secara formalnya msCRuZee ucap "I AM SORRRRY".

Selesai intro yang ikhlas, msCruZee nak share apa sebenarnya yang berlaku.....
Peristiwa ni jadi pada Hari Raya ke-2 tahun ni. msCRuZee sibuk layan saudara yang datang beraya, tetiba sorang budak lelaki dalam lingkungan usia awal 20-an (atau kurang) yang bermotorsikal and menyandang beg di belakang beri salam.
****
"Assalamualaikum."
msCruZee menjawab, "Waalaikumussalam. Cari siapa?"
"Boleh tanya, ada dewan tak dekat kawasan sini?"
msCRuZee sempat menjeling sekejap dewan lama berwarna kuning usang tak jauh dari situ. "Takkan budak ni nak beraya kat dalam dewan lama tu?" bisik msCruZee dalam hati dengan nada hairan.
"Err....kawasan sini, kalau orang cari dewan biasanya kat hujung sana. Batu 20 kot?" balas msCruZee. Walaupun pada masa itu msCruZee kurang pasti batu 20 yang dimaksudkan itu berada di sebelah kanan atau kiri jalan.
Anak muda tadi meminta diri dan pergi dengan terangguk-angguk. Tergambar sedikit riak kekeliruan pada wajahnya. Namun selang beberapa minit, motorsikal yang dibawanya kembali masuk ke halaman rumah. msCruZee dan kakaknya saling berpandangan. Nenek yang bersiap-sedia untuk solat Zuhor turut mengintai ke luar rumah. "Siapa?" Nenek dah mula risau memandangkan tahun-tahun sebelumnya, ada saja peminta-peminta sedekah dari negara asing yang datang ke rumah!
"Tak pe, nek! Biar Along uruskan." Kata Along sebelum membuka pintu rumah.
Dan tak sampai beberapa minit, anak muda tadi dijemput masuk beraya ke dalam rumah. msCruZee ternganga mendengar penjelasan Along, ada sedikit perasaan malu --- lalu beredar masuk ke dalam bilik.
****
Ahahah --- hasil penulisan msCruZee sempena Hari Raya! Dah tak larat nak buat ayat novel, msCruZee teruskan cerita dengan cara yang lebih selesa. Nama anak muda tu RAZAK. Memang tiap2 tahun, Razak datang from Batang Kali sorang diri wakilkan ibubapa dia untuk cari saudara2 yang tinggal di Kuang.

Kewujudan Razak antara saudara-mara msCruZee memang cukup popular. Razak ada adik-beradik yg ramai, hampir cecah 10 orang, hanya Razak seorang yang ada extra kekuatan dan kemahiran bersosial yang luar-biasa. Datang Kuang untuk cari and berkenal-kenalan dengan saudara-mara.

Dalam diam, msCruZee tersentuh dan kagum ngan niat murni yang ada pada diri Razak. Budak muda zaman sekarang ni mana reti ingat sedara? (am talking about myself, huh....tak mengata sesape) Kalau jumpe pon makcik-pakcik tepi jalan, setakat senyum je. Kenduri saudara pun, msCruZee jarang pergi. Berbeza ngan Razak, duduk nyelit antara pakcik dan atuk sedara sambil borak mesra. msCruZee sendiri tak ingat bila kali terakhir buat begitu. Atau, pernah ke?

Pendek cerita, msCruZee sedar dengan kelemahan sendiri. Manusia sememangnya akan mudah hanyut dalam kesibukan dunia. Banyak bagi alasan, untuk tutup kelemahan diri. Bertanyakan diri sendiri, msCruZee mengaku selama ini memang tak kenal pun saudara-mara!!! Batu 18 dan Batu 20 Kuang tu pun msCruZee kurang pasti sebelah mana.

Moral of the story is, kalau kita semua amalkan amalan majoriti manusia moden zaman sekarang --- tak ambil tahu tentang asal-usul kita, tak beramah mesra dengan sanak-saudara, dan tak mencari our long-lost-relatives --- selepas generasi-generasi atasan kita tiada, apa akan jadi pada kita?

Persoalan ini yang ganggu msCruZee tiba-tiba. Kalau ibu dan nenek dah takde, ada ke orang nak datang beraya kat umah?

Maka pada hari Raya ke-3, msCruZee and Along bersiap awal pagi. Mulakan tradisi keluarga yang baru iaitu cari saudara-mara yang terdekat! InsyaALLAH, ini akan diteruskan sampai bila-bila. Satu permulaan yang baru untuk msCruZee. Memang malu datang ke rumah saudara-mara dan kenalkan diri. Maklumlah, orang kenal nenek+datuk dan ibu+abah saja. Tetapi, Cabaran Si Razak bebetul beri kesan yang dalam pada Hari Raya ni.

Saturday, April 25, 2009

Hafiz AF7 - Cinta Ini

Bile tengok Hafiz AF7 ni lama2 mmg comey lak. Especially gaya dia time menyanyi.




I am now ON Twitter!

Hey aLL! msCruZee dah lama tak update blog. nak kata mengalami writer's block, tak jugak! Terlalu banyak bende going on lately. Nak ambil kesempatan to say "HI" to my frens yang dah lama tak bertegur sapa virtually on the NET --- DayBab, Sha, eMBe, Foo, Wong and aLso CuuZa. miss you so much! Bukan sombong eh! any URGENT matters, u know how to contact me aight?

Just wanna share with you here --- Onlah Twitter! Twitter is a free social messaging utility for staying connected in real-timeIt's simple, easier and also menarik especially to those yang selalu on the Road. Yang "tak selalu" pun tak apa, boleh buat2 bz --- LoL! You just need to visit http://twitter.com/, register your account and oLa! --- rajin2lah mengupdate status. 

So, frens --- this is ONE of the way to update your friends about anything. Dah activated, you may follow me: Rena Cruzee.

Chiow n adios!

Sunday, March 8, 2009

78 Important Questions Every Leader Should Ask & Answer

Have just downloaded this eBook and found it very useful! 78 Important Questions Every Leader Should Ask & Answer. I just flipped a few pages and stopped when i read this (let me quote):

"One who never asks either knows everything or nothing"
Malcolm Forbes, American Publisher

Ha ha ha --- friends, u must be asking why do I read these type of books now. Why now? I am 27 years old this year and just figured out that I have not achieved any BIG thing in my whole life yet, as planned! What happens to "be a successful person before I reach 30s"?.

Yes, syukur alhamdulillah --- had scored in UPSR, PMR & SPM with flying colors but why did I stop? I REALIZED --- it's not TOO LATE to re-start! And to keep on moving and improving, I have to WAKE UP



Friday, February 20, 2009

New Year Resolutions (new????)

Masuk bulan Feb09, baru msCruZee perasan --- tak list down azam tahun baru lagi. Walaupun dah tak "baru", msCruZee masih rasa belum terlambat nak ingatkan diri sendiri.

10 THINGS I WANNA ACHIEVE
1) Pakai tudung (betul2 pakai tudung!) 
2) Jaga masa solat
3) Kurangkan bergossip/melawak/merepek
4) Jadi anak yang pandai jaga hati IBU
5) Mula menyimpan duit. (Selama ni mana pegi hilang duit tu? --- hu hu hu)
6) Rajin kemas bilik (again, hu hu hu)
7) Kurangkan berrrat badan!!!
8) Mula baca tentang isu2 semasa, or at least mula membaca online news, bukan on tech + gadgets saja. ahahaha.....
9) Mula mengarang
10) At least berjaya siapkan satu lagu!

Kesimpulannya, tahun ni satu saja matlamat:

To be a BETTER person --- (daughter, sister, friend, staff, hamba ALLAH SWT --- dan juga kakak ikan!)

Something happened today at the office. And msCruZee rasa lebih baik msCruZee start dulu dengan yang nombor 3!