1st msCRuZee nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA to all my dear frens. Lama msCRuZee tak catch up cerita terkini you OLLS semua. I know, i know --- sememangnya tak guna kalau msCRuZee beri 10 alasanS on why didn't i contact/sms you OLLS for a simple hari raya wish. It will not change the fact that I AM a PEANUT (Bagai kacang lupakan kulit, ha! Blame me.) to all of you. So, di sini secara formalnya msCRuZee ucap "I AM SORRRRY".
Selesai intro yang ikhlas, msCruZee nak share apa sebenarnya yang berlaku.....
Selesai intro yang ikhlas, msCruZee nak share apa sebenarnya yang berlaku.....
Peristiwa ni jadi pada Hari Raya ke-2 tahun ni. msCRuZee sibuk layan saudara yang datang beraya, tetiba sorang budak lelaki dalam lingkungan usia awal 20-an (atau kurang) yang bermotorsikal and menyandang beg di belakang beri salam.
****
"Assalamualaikum."
msCruZee menjawab, "Waalaikumussalam. Cari siapa?"
"Boleh tanya, ada dewan tak dekat kawasan sini?"
msCRuZee sempat menjeling sekejap dewan lama berwarna kuning usang tak jauh dari situ. "Takkan budak ni nak beraya kat dalam dewan lama tu?" bisik msCruZee dalam hati dengan nada hairan.
"Err....kawasan sini, kalau orang cari dewan biasanya kat hujung sana. Batu 20 kot?" balas msCruZee. Walaupun pada masa itu msCruZee kurang pasti batu 20 yang dimaksudkan itu berada di sebelah kanan atau kiri jalan.
Anak muda tadi meminta diri dan pergi dengan terangguk-angguk. Tergambar sedikit riak kekeliruan pada wajahnya. Namun selang beberapa minit, motorsikal yang dibawanya kembali masuk ke halaman rumah. msCruZee dan kakaknya saling berpandangan. Nenek yang bersiap-sedia untuk solat Zuhor turut mengintai ke luar rumah. "Siapa?" Nenek dah mula risau memandangkan tahun-tahun sebelumnya, ada saja peminta-peminta sedekah dari negara asing yang datang ke rumah!
"Tak pe, nek! Biar Along uruskan." Kata Along sebelum membuka pintu rumah.
Dan tak sampai beberapa minit, anak muda tadi dijemput masuk beraya ke dalam rumah. msCruZee ternganga mendengar penjelasan Along, ada sedikit perasaan malu --- lalu beredar masuk ke dalam bilik.
****
Ahahah --- hasil penulisan msCruZee sempena Hari Raya! Dah tak larat nak buat ayat novel, msCruZee teruskan cerita dengan cara yang lebih selesa. Nama anak muda tu RAZAK. Memang tiap2 tahun, Razak datang from Batang Kali sorang diri wakilkan ibubapa dia untuk cari saudara2 yang tinggal di Kuang.
Kewujudan Razak antara saudara-mara msCruZee memang cukup popular. Razak ada adik-beradik yg ramai, hampir cecah 10 orang, hanya Razak seorang yang ada extra kekuatan dan kemahiran bersosial yang luar-biasa. Datang Kuang untuk cari and berkenal-kenalan dengan saudara-mara.
Dalam diam, msCruZee tersentuh dan kagum ngan niat murni yang ada pada diri Razak. Budak muda zaman sekarang ni mana reti ingat sedara? (am talking about myself, huh....tak mengata sesape) Kalau jumpe pon makcik-pakcik tepi jalan, setakat senyum je. Kenduri saudara pun, msCruZee jarang pergi. Berbeza ngan Razak, duduk nyelit antara pakcik dan atuk sedara sambil borak mesra. msCruZee sendiri tak ingat bila kali terakhir buat begitu. Atau, pernah ke?
Pendek cerita, msCruZee sedar dengan kelemahan sendiri. Manusia sememangnya akan mudah hanyut dalam kesibukan dunia. Banyak bagi alasan, untuk tutup kelemahan diri. Bertanyakan diri sendiri, msCruZee mengaku selama ini memang tak kenal pun saudara-mara!!! Batu 18 dan Batu 20 Kuang tu pun msCruZee kurang pasti sebelah mana.
Moral of the story is, kalau kita semua amalkan amalan majoriti manusia moden zaman sekarang --- tak ambil tahu tentang asal-usul kita, tak beramah mesra dengan sanak-saudara, dan tak mencari our long-lost-relatives --- selepas generasi-generasi atasan kita tiada, apa akan jadi pada kita?
Persoalan ini yang ganggu msCruZee tiba-tiba. Kalau ibu dan nenek dah takde, ada ke orang nak datang beraya kat umah?
Maka pada hari Raya ke-3, msCruZee and Along bersiap awal pagi. Mulakan tradisi keluarga yang baru iaitu cari saudara-mara yang terdekat! InsyaALLAH, ini akan diteruskan sampai bila-bila. Satu permulaan yang baru untuk msCruZee. Memang malu datang ke rumah saudara-mara dan kenalkan diri. Maklumlah, orang kenal nenek+datuk dan ibu+abah saja. Tetapi, Cabaran Si Razak bebetul beri kesan yang dalam pada Hari Raya ni.
3 comments:
Itulah,..you'll be suprised coz sometimes banyak yang kita boleh pelajari daripada orang yang lebih kecil/muda daripada kita.
Moga 'Tradisi Razak' berjaya kita teruskan tahun hadapan. Insya Allah.
insyaAllah --- hopefully tahun depan along semakin rajin ekekeke.....dan kurang cengeh! muaaahhh!
yeah...Razak tu cari dewan usang tu la kan?
Post a Comment