Dear Allah SWT,
Tempatkan arwah nenek bersama dengan orang2 beriman. Ini ketentuan-Mu. Aku redha.
Pagi ni aku bangun tidur. Nenek masih tak ada. Sakit gila kepala aku mungkin kesan daripada nangis semalam. Takleh tahan perasaan, air mata ni keluar lak lagi.
Sejak umur aku 10 tahun, nenek yang jadi peneman hidop aku.
Nenek yang ajar aku baca Al-Quran.
Yang jadi jam loceng aku tiap2 hari.
Cuci dan lipat pakaian aku....
Teman gaduh aku hari-hari
Pelindung aku.....
....Yang ajar aku betapa pentingnya 'saudara'
Yang selalu paksa aku temankan ke kenduri2
Selalu jadi 'orang tengah' bila aku gadoh ngan ibu...
Sakitkan hati aku bile jadi pencari jodoh tak bertauliah...
Nenek selalu pujuk aku bila aku nangis
Nenek tegur bila aku buat salah
Nenek marah dengan lawak2 aku yang dia tak paham
Nenek pukul setiapkali dengar aku ketawa kuat
Nenek picit kepala aku bila kene migrain
Nenek gelak bila tengok video2 rakaman aku
Nenek terhibur dengar nyanyian aku
Nenek layan jer bila aku wat recording karaoke memalam
Bila nenek dah tak ada, pertama kali aku rasa lumpuh. Aku tak berani nak mulakan langkah. Tak yakin aku boleh berdiri tegak. Tiga hari ni, aku bangun tidur tanpa suara nenek, aku rasa kosong gila...
Memang Angah marah, nek. Kan nenek dah janji???
Angah tinggal sorang.
Tapi aku bersyukur sebab Allah SWT bagi aku peluang untuk temankan nenek hingga saat2 akhir. Malam tu, lepas uruskan nenek tinggal di wad, aku sempat gak nampak muka nenek yang pucat tetiba jadi sihat dan gebu. Nenek pegang tangan aku dan kata, "Terima kasih temankan nenek."
Waktu nenek bertarung, wallahualam....nenek tarik tangan aku. Nenek pegang tangan aku.
Aku tahu, seperti aku gak...nenek sorang pemikir yang agung. Terlalu risau dengan persekitaran. Aku tahu nenek fight untuk bertahan. Nenek risaukan ibu. Pak Ham.
InsyaAllah, nek. Angah ngan Along akan bincang ngan Aunty Hada. Macam yang kitorang janji.
Tolong Angah, nek. Angah masih tak dapat bergerak. Tapi orang2 lain dah pandai fikir macam2 untuk kepentingan diorang.
Angah sakit hati. Tapi Angah tak tahu nak buat apa.
Alhamdulillah, hari2 tanpa nenek ni, setakat ni --- Along, Kak Dah and Aunty Faridah sudi temankan. Tapi sampai bila? Angah takleh nak harap kat diorang. Semua ada life masing2.
Doakan Angah, nek. Angah takut.
Angah rindu kat nenek. InsyaAllah, Angah akan doakan kesejahteraan nenek di sana...
Dear God, please give me more time... untuk simpan kenangan2 dengan nenek. Jangan lupakan aku pada dia.
Saat2 terakhir aku dan nenek.
Angah
No comments:
Post a Comment