Hari ke-4.
Selalunya awal2 pagi minggu, nenek akan tanya, "Hari ni nak makan apa?"
Tu tanda dia soh aku bangun, beli sarapan pagi kat kedai.
Paling malas pon, aku soh nenek makan dulu whipped potato KFC dia and later keluarkan frozen food dari peti ais untuk digoreng. Atau paling jahat pon, aku akan buat2 tido masa nenek kejutkan aku. Konon soh nenek makan lauk yg Mak Tina hantar dulu.
Pagi ni, aku bangun tido....aku masih harap nenek jenguk aku dalam bilik. Tapi takde.
Bila baring pandang kipas bilik ni....baru aku teringat balik....cerita2 semalam. Macam mana aku boleh terlupa lagi??? Bodoh.
Nenek kat spital...meninggal... sama2 mandikan jenazah, aku ada jugak masa jenazah dikebumikan. Bak kata Along, proses Closure tu...aku dah buat. Just nak pastikan semuanya berakhir dengan selamat. Untuk pastikan aku ingat semuanya. Tapi nape aku still lupa??? Bende sepenting tu pon aku lupa???
Aku baru sedar bile tetibe pintu bilik terbukak. Muka Kak Dah yang tersembul, ajak breakfast.
Bukan nenek.
Ni masih lagi hari minggu. Dua-tiga hari ni, aku berterima kasih kat Along and Kak Dah sebab temankan aku. And Aunty Faridah. Tapi cam mana ngan esok lusa? Demi Allah SWT, aku tatau jawapan. Dah ramai saudara yang tanya aku soklan tu beberapa hari ni. Aku sendiri tak mahu fikir. Aku takut nak fikir.
Macam mana boleh jadi macam ni??? Huaaaa....
Kenapa takde tanda2 langsung nenek nak pergi? Nape nenek tak bagi aku bersedia awal? Dengan situasi sekarang, bila semua orang changed and leave, aku dah tak kenal sesapa lagi dah. Sebelum ni, aku tau --- apa2 jadi sekalipun, nenek sorang je takkan berubah. Nenek tetap akan ada tetiap kali aku pergi keje, balik keje. Nenek pon dah janji. Takkan pergi selagi aku tak bersedia.
Satu yang aku kesalkan. Tak macam selalu, bile nenek sakit --- aku jaga malam sebelah nenek tengok nenek tido sampai dia bangun pagi untuk solat tahajjud. Aku takot nenek tinggalkan aku dalam tidur. Kali ni, nenek tak tunjukkan pun satu tanda kat aku yang dia sakit. Bila aku tanya, dia cakap "Sihat". Malam kat hospital pon, naper aku tak perasan??? Yang dia tunjuk muka sihat kat aku naperrrrr???......
Selama ni, kalau aku dalam kesusahan --- aku akan cari nenek. Sebab aku tau, nenek akan teros sembahyang hajat dan doa sampai tengah malam untuk aku. Nenek tak pernah ungkit satu pon! Lepas ni, aku kene hadap sume masalah sendiri. Sorang2.
Dalam keadaan skarang, aku sendiri tak berani nak tanya, sampai bila Along and Kak Dah sudi temankan aku. Aku takot nak dengar jawapan. Diorang ada komitmen sendiri. Kalau dah ditentukan, aku kene dok sorang kat umah pon, aku terpaksa hadap.
One thing for sure....aku memang kene belajar bangun bertatih sendiri. Takleh susahkan hidup orang. Aku takleh biarkan orang2 luar yang punya agenda sendiri, ambil kesempatan kat aku! Untuk bangun, aku tak boleh biarkan orang pimpin aku. Aku kene bangun sendiri.
Tapi, nak bertatih pon kene ada smangat. Cakap memangla senang. Kalo smangat tak datang2 camner??? =(
No comments:
Post a Comment