Saturday, May 1, 2010

Tragedi April 2010: William & Family & Purse Sakit

Do you like this post?
Belum sampai bulan Oktober, kalo tak aku leh nyanyi lagu Awie - Tragedi Oktober tu! Hmm --- banyak betul dugaan bulan April ni.

Balik dari sambut Family Day kat Selesa Resort, William buat hal. Betul kot cakap Kelly, William majuk sebab tak dapat gi Selesa? Syukur Alhamdulillah, aku tergerak hati mintak Nitti hantarkan Farah ke umah dia dulu. Kalau ikut plan asal, aku yang akan hantar Farah. So, bila sampai kat parking area building EPF tu, aku dah naik hairan. Bunyi alarm kete aku cam lemau jek! Lampu pun macam nyala tak nyala!

Pintu kete terpaksa bukak secara manual. Takut gak memula, kalau tetibe dia bunyi alarm non-stop! Puas aku baca bismillah, alhamdulillah tak menjerit. Bila aku tried start enjin, air-cond je yang hidop. Adoiii --- kompem aa mesti rosak lagi!!! Nak call ibu, risau dia susah hati! Nak call abah, aku risau aku yang sakit hati. Jadi terpaksalah aku call Pakcik Ju Mechanic --- as usual (sejak lima tahun terdahulu!). Dengar sore aku je, aku dapat agak dia tahu yang something happened to William. "Haa Ngah, nape ngan kete?"

Malu??? Memang malu. Lepas ni aku kene rajin2 buat baik ngan Pakcik Ju ni. Jadi, bila aku call takde lah dia terus dapat agak kete aku tengah rosak. "Rosak lagi la pakcik...."

Pakcik Ju cakap, kalo rosak camtu most prob sebab battery dah kong. Untuk senang, tukar je teros. Then Nitti yang masih setia tunggu aku, siap called Faleh untuk mintak pendapat. Aku lak called Zack Bujang. Bila kitorang gathered info, last2 setuju untuk tolak William untuk hidupkan enjin. Ini semua nasihat daripada Faleh ngan Zack Bujang laa ni.

Maka dengan itu, dua pompuan yang kepenatan balik dari ber-family day kat Selesa menolak William dengan bersungguh2. Payah rupanya tolak kete ni. Walopun kene tolak turun  ke tingkat bawah, sbb enjin takleh start. Bayangkan aaa ---- antara aku ngan Nit, sapa yang kene tolak, sapa yang kene control. Sampai saja tingkat bawah, kitorang dah gave up. Mula laa salah2kan. Ha ha ha --- si Nitti ni betul ke pandai idopkan enjin? Betul ke kene guna gear 2? Adoiii --- tengah kemengahan, dia sempat lagi soh aku posing kat William dengan pelbagai gaya. Aku --- apa lagi? ON je lah!!!

Ini gaya marah! Cam re-al je, kan? He he he.

Esoknya, datang ke opis as usual. Kalo kat opis lama, boss aku slalu wat joke (bercampur amaran =P) --- kalo nak enjoy2 weekend, make sure Monday kena datang keje. Kalo tak, lenkali jangan ngade buat activity merapu <<< ini ayat dia dalam versi aku. Dah terbiasa kot, aku nak apply cuti penat stengah hari pon, masih terngiang2 sore boss aku yang sporting giler. Rindu lak kat dia. Banyak yang dia dah ajar aku.

 Ini family pic ex-boss aku, an-ne Ravi Ramasamy masa jadi model Anti Dadah. Ihsan dari KB. 
An-ne, watsup? Bila nak belanja nih, bro?

Hal battery kereta, Abg Din (husband Kak Zimah) yang tolong settlekan. Zack Bujang pon tolong gak (bawak jumper, walopon tak digunakan but thanks!), Abg Zali ngan Abg Azmi --- hampir suma guys kat seksyen aku sedia nak ke tempat parking walopon aku tak mintak. Baik gak depa ni rupanya.... =P. Abg Azmi siap bagi aku knowledge sharing pasal battery kering ngan basah. Tapi sebab pagi tu aku ada meeting ngan RHB, terpaksa lupakan dulu pasal kete. Last2 Kak Zimah tepon Abg Din, pastu soh beli je battery kereta baru. Tukar je terus. Kalo guna jumper, ada possibility kete boleh stop tengah2 jalan. Bila aku kira2 memang dah hampir tiga tahun gak pakai battery kering tu. Wajib aaa tukar!!!

Itu cerita berlaku bebetul lepas berenjon sakan sambut Hari Keluarga (tanpa my real family!!!).  Agaknya ALLAH SWT nak duga aku, biar kasi balance sket --- esok harinya (Isnin @ 26hb April 2010) ibu lak tak sihat. Satu malam aku tak tido lena. Asal dengar ada orang panggil je, aku bangun terkejut.

Alhamdulillah, roh aku selamat sampai ke jasad. He he he --- aku ada dengar kalo roh tak sampai, boleh jadi arwah. Wallahualam. Aku bangun terkejut, tapi lama gak aku berdiri tegak sebab mamai and tatau apa kena buat. Ibu hypo laa --- diarrhea laa --- dugaan --- dugaan ---  dan dugaan --- satu malam tu lebih lima kali ibu kejutkan aku. Aku pon dah lost track. Sian kat dia. By the time suboh masuk, ibu dah hilang tenaga. Melepek je. Aku memang dah expected that to happen, seb baik aku dah sms boss aku tengah malam semalam. Macam takleh nak on service je hari tu. Tengok condition ibu, memang kena bawak dia jumpa doktor pagi tu!

Nak kaco Along ngan nenek, takleh lak sebab diorang pon sakit gak. Huaaaaaa --- along nya athma datang. This time suspected H1N1 la pulak --- seb baik Kak Dah ada. Nenek lak, aku perasan dia tahu yang dia pon tak berapa sihat. Berapa kali masa dinner, nenek tanya boleh tak orang lain ambil keputusan darah dia kat spital sebab dia takot kena warded. Nenek dengan semangat Tun Teja-nya!!! Along ngan ibu pon dah malas nak argue tentang hospital nenek.

Aku dah tak mampu nak pikir, kali ni kalo nenek tak nak gi hospital tu terpulang pada dia. Dah pujuk and convinced dia, worse comes to worst, leh sign je borang AOR (At Own Risk) tapi dia tetap takmo. Aduissh....sukatilah nek! At least, tak gi spital, Along boleh rest.....

Hari tu dua kali kena gi klinik Prima uruskan ibu dan ubat2nya. Alhamdulillah, aku tak berlanggar siang tu. Mata beberapa kali terpejam tengah driving. Ngantuk gile. Nasib baik tak banyak kereta.

Hari Khamis, satu lagi ujian untuk aku. Balik dari keje, parking keta dalam garaj --- aku nampak minyak hitam tumpah banyak kat depan garaj. Keta aku laaa tu!!! Ibu ngan nenek yang sambut aku balik sempat tanya, "Apa yang hitam tu Ngah?"

"Entahlaa." Padan aaa aku bau benda terbakar je sepanjang perjalanan balik.

Kat skolah dulu, Ustazah aku pernah cakap, ALLAH SWT akan menduga hamba-Nya dengan pelbagai dugaan sebab 'the selected person' tu memang kuat untuk menghadap semua ujian2. Ada masa hati aku banyak kali bertanya sendiri soklan2 yang aku tahu akan menggoyahkan keimanan aku sebagai seorang muslim --- kenapa aku je yang kena???? Kenapa banyak sangat? Aku ni bukannya kuat sangat. Siapa kata aku kuat????

Mood aku terganggu jugak malam tu. Ibu (alhamdulillah ibu ngan nenek dah sihat!) dapat rasa agaknya, aku down. Banyak kali juga dia cakap, "Alhamdulillah, Angah selamat sampai. Nak rosak pun kat opis, kat umah ---- bukan tengah jalan."

Aku terus masuk umah. Bila satu persatu benda datang macam ni, there's no surprise lagi. Aku cuma pikir, what's next??? Ibu pujuk pun tak jalan. Jumaat, kena naik public transport la nampaknya!!!

*************

Hari ni 1st May 2010. May dah datang. Kete aku??? Pakcik Ju dah tolong repaired smalam. Aku hutang dulu....maklumlah, purse kempis terok dah!!!


Blah la jauh2 tragedi April!!! Jangan kaco aku lagi!!! Kata2 semangat yang aku pegang selama ni, "The Sun will rise and shine tomorrow. It will be a better day!!!" Haaaaaiiiiiyyaaaaaakkkkk!!!! Ganbatte!!! Chaiiiyokk!!!

1 comment:

damia dhia dina said...

wah wah..ko igt aku tak reti ke nk idupkan will ko tu...ehehe...