Tuesday, April 27, 2010

Family Day 2010 the Sequel : Gala Nite

Do you like this post?
Pukul 5.05pm, aku rasa kepala macam nak pecah. Migraine. Aku intai sebelah katil, Nitti masih tak sedarkan diri. Memang takleh nak buat apa --- terpaksa gak gagahkan diri untuk bersiap2 ke dewan untuk full rehearsal. Before tido tadi, aku sempat bertapa dalam bath tub. Padan aa bahu sakit gile....sengal2.....rupanya baru perasan dah terkeluar. Time2 camni, aku teringat Edd masa hockey tournament kat skolah dulu. Dia yang ajar cara2 masukkan balik. Kalo buat sendiri, kurang sakit berbanding dengan orang yang tolong masukkan. Sebab kita dapat rasa dan agak kat mana tulang tu. Memang sakit gilerrr.....dulu aku budak skolah, tulang lembut lagi....skang ni dah baya mak budak wooo.....terkeluar gak air mata aku masukkan balik tulang bahu aku.

Aku keluar dari bilik, Warda ngan Farah pun dengan muka sembab mengetuk2 kepala. Sahlah, semua orang kepeningan. Tak boleh nak escape sbb malam tu kena gak in-charge. Pip ngan Cik Hariah (sangat concern) siap offer nak hantar minyak panas pada aku. Mekasih laa bebanyak.

Sampai2 je, kitorang dah gabra. Sape la pulak yang bagi arahan pada orang Selesa ni tukar susunan meja dalam dewan? Kalau ikut pelan meja yang dah lukis awal2 --- kitorang susun cuma 8 meja je kat dalam dewan. Bebudak tu cakap, ada orang bagi arahan soh tukar. Inilah  antara cabaran2 yang kitorang hadap sepanjang uruskan Family Day ni. Banyak sangat 'tuan' yang bagi arahan. Bebudak Selesa Resort tu pun mesti dah pening. Ruang studio yang kitorang rancang dah hilang. So, last minute terpaksa gak ubah balik setakat yang sempat je.

Bukannya apa, waktu kitorang planned letak meja2 tu kat both sides (dalam dan luar) dah tentulah ada sebabnya. Kalo sempit, of courselah 'cuaca' kat dalam dewan kecil yang sempit tu akan jadi stuffy.

Frankly speaking, aku bebetul enjoyed myself sepanjang event ni. Memang FUN giler bile dapat buat aktiviti ngan ramai member. Cuma aku rasa in future, both sections WAJIB formed a special committee yang tak boleh dikacau oleh sesapa pon! Biasalah, bak kata Abang Lok, this is the 1st time buat acara gabungan, memang lah akan ada kurang sini dan sana. Antara perubahan last minute yang buat aku sendiri hairan ialah, AJK2 yang dilantik untuk acara pagi dan petang tu dah berubah. Acara pagi, akan di-handled by that one section, and acara petang / malam akan di-handled oleh the other one section. Hmm --- bila dah ada pecah2 ni, aku mmg dah nampak apa akan jadi next. Betullah prediction aku. Sebagai contohnya, aku yang terpaksa jadik AJK untuk siang dan malam.

Untuk pertukaran hadiah - Aku Terima dot dot dot Nya pun, ada gak manusia2 yang tiba2 tukar. Hadiah takleh tukar crossed-sections. Adoooiiii.....sapalah punya angkara tu? Tapi malas nak gado, kitorang folo je la. Akunya hadiah bagi kat Kak Ita. Farah nye hadiah, aku yang dapat! Best la jugak sbb dapat benda yang aku memang collect.

Boss aku yang sangat sporting nak prektis karaoke ngan sesi Pak Nil-nya untuk Down the Memory Lane with Kak Limah. Untuk acara malam, dia siap wat homework tentang Kak Limah (... dengan membuat few calls =P). So, we just let Cik Hariah ngan FF gone tru the session sbg preparation. Baguihlah --- sebab tak payah nak tunjuk satu-persatu queue memasing. Aku sebut sekali je, turn sape, waktu bila --- teros paham.
Aku ngan anak ikan yang jaga PA system....baik budak nih, sabar je dengar aku membebel. kalo ada sesape berkenan, habaq kat aku. =P

Lepas dah settledkan orang2 yang kene wat performances, aku dok ngan budak Selesa Resort yang jaga PA. Again, diorang ada problem ngan cable. Banyak gak laa kene tukar. Pip ngan Farah sibuk susun queue supaya tak confuse kan budak tu tukar2 channel. Zaidi & wife datang lambat. Fazli called, baru bangun tido. So, akhirnya orang2 yang sama gak yang pening dalam dewan tu. Nitti & Kak Ita buat apa yang patut dengan hiasan dewan ngan pentas. Agaknya Nit nengok aku dah tertunjuk muka ba alif ba ya, dia offer diri settlekan King & Queen of the Night. And.....gerds with her gifts team sibuk pindahkan hadiah2 ke dalam dewan.
Special pose untuk Bro Photographer. Hidong Ba Alif Ba Ya.

Slides performance kitorang masih tak siap. Aku dah pasrah. Tu je la yang tak siap. Cuba gak godek untuk siapkan. Masa orang lain balik rumah masing2 untuk bersiap2, aku ngan Nitti tinggal jaga dewan. Checked macam2. Nitti uruskan hal perut kitorang mentara nunggu Maghrib. Kitorang selamba je buat 'surau kecil' dalam dewan tu. 

Banyak jugak plan yang tak jadi jalan sebab orang2 yang datang lambat dan last minute - Mr Emcee ngan Mr Photographer. But aku dah expected dari awal, lucky for me sbb suka nengok citer The Apprentice tu. Agak2 kalo aku dok kat US and masuk reality show tu, leh sampai final tak? Nasib baik geng2 lain cekap buat keje. Especially Nitti, Pip, ngan Farah. Team hadiah & registration: Gerds, Haize ngan Zimah pon 1st class gak aaa.....tahap cekapnya.

Ni haa....korang nak sangat nengok pics malam Gala Night ni. 
 Persembahan 1: Tarian Tradisional
Persembahan Khas : Nyanyian Apo Nak Dikato daripada 3 bosses - HH, Pn Ju & FF

Persembahan 2: Sindelellah the Musical
Sambil berlakon, sambil melayan peminat2 kecil yang sibuk gak naik pentas. 

Nujum Pak Beram-Ram yang sporting giler!!! Tak sangka ko mmg berjiwa seni, Abang Pendek!!!
Mummy Jem, Si PipiTiti, Si Jalabung dan Sindelellah

Yang paling syiok dan kelakar. Kitorang wat sketsa ni spontan. Sume mintak nak dubbing sore sebab takde masa nak hafal skrip. Then, bila performed baru perasan sketsa kitorang takde ending. Lawak gile!!! Aku cepat2 bisik kat diorg, "Now, ready kita buat LIVE!"

Dan itulah yang jadikan performance kitorang lebih diingati. Wakakakaka --- seriously, aku takkan lupa!
Down the Memory Lane with Kak Limah:
Cik Hariah mendeklamasikan sajak dengan sangat re-al. Aku ingat dia nak nangis, rupanya dia cakap dia menggigil. Ha ha ha --- seriously, the effect bebetul datangkan mood sedih.
En Azmi sebagai pengiring Kak Alimah naik ke pentas untuk membawa turun 'beg AF' nya sambil diperhatikan oleh Pak Ris (adik tiri Pak Nil). 

Haa --- lupa nak puji depan2. Boss aku malam tu ada gaya hindustan. Muahaha.....sapa punya idea lah agaknya?

Best memang best! FUN tetap FUN!!! Rasanya inilah malam kemuncak untuk tahun 2010 kot? Esoknye pulak, kitorang sempat main 'berdugong' dalam swimming pool. Aku lom loncat, budak2 kecik dah jerit2 'Sindelellah Ting Ting' dengan gaya magik. Auuuwwww --- i dah ada peminat! Muahahaha......yesss, i had FUN!
Aku jadik kenderaan laut untuk budak2 --- seriously tak sure anak2 sapa laa ni except the pretty gurl - Nelly (anak En Azmi). Depa siap amik turn nak gayut kat leher aku! (Hmm --- mana topi Gaban aku?)

No comments: