Sunday, April 25, 2010

Family Day 2010 the Sequel : Sports Day

Do you like this post?
Aku belum boleh pejam mata untuk berehat. Sampai rumah (Nitti hantar terus ke Kuang) aku kena layan guests yang datang kejap (Aunty Faridah aka Aunty Dooda with her friend, Ong). Tu pun tak lama sebab badan dah letih sangat. Kepala dah pusing. Demam.

Minta maaf bebanyak to my dearest Aniq --- "mummy" promised will see you next time. Banyak sangat halangan untuk jumpa. Harap2 Siti ngan Dino tak marah aku sebab tak jadi jumpa hari ni. Memang dah tak larat sangat sebab kepenatan. Hadiah Aniq masih ada dalam kereta sejak dua bulan lepas. Nampak sangatlah aku ni memang bebetul sorang "mummy" yang hampeh. Siti, please give him a big, special kiss from me. Aku akan bayar "hutang2" to Aniq, insyaAllah. Sorry again, Sit! 

Pagi ni selesai je proses men-check-out untuk tiga apt (kitorang, Fazli ngan HH), aku, Nitti, Warda ngan Farah gi lunch kat McD kat Genting Sempah. Masing2 kelaparan. Muka aku dah makin panas kene sinaran matahari. Dari semalam aku rasa camni, nasib baik tak pengsan.

Peringkat Persediaan:

Aku, Nitti ngan Farah kena sampai awal untuk pastikan semua kelengkapan untuk event malam tu berjalan lancar. Nitti yang drive. Kitorang tumpang apartment Pip ngan Kak Imah --- thanx to both of you! Pukul 1.00am aku masih tak siap slides untuk Down the Memory Lane with Kak Limah. Nervous memang tak ingat! Selain tu, slides and movie untuk persembahan masih lagi belum lengkap. Tapi sebab itu bukan priority, aku just bagitahu semua group members Sketsa yang possibility aku tak dapat siapkan slides / movie untuk persembahan tu memang ada. Luckily semua sporting and dah prepared.

Checklist untuk esok:
a) Banner
b) Slides : Down the Memory Lane with Kak Limah
c) Slides : Performance Sindelellah the Musical & Background Music
d) Karaoke list
e) Kelengkapan audio dan video - multimedia

Sebab kepenatan, masing2 terbungkang depan ruang tamu lepas makan McD. 

Pic ni diambil sebelum family Pip ngan Kak Imah sampai. Lepas makan of courselah kitorang kemas kasi licin meja ni. Malu....dah la menumpang, wat sepah lak! =P

24hb April 2010 - Family Day (Sports Day)

Awal pagi, aku check ngan Kak Zimah dan anggota2 yang perlukan transportation ke Selesa HillHomes. Risau gak kalau2 ada yang tak sampai, terpaksa aku ajak Nitti turun balik untuk buat 2nd round. Alhamdulillah, semuanya OK. 

Jadi, sampai je kat padang, aku terus check ngan staff2 Selesa tentang PA System. Nasib baik laa masa ada lagi. Ada problem dengan connection mula2. Aku leh puji ngan pekerja2 Selesa ni --- cepat gak diorang cari2 benda yang kitorang mintak. Mintak cable, mintak extension wyre, mintak kipas besar --- sume cepat! 

Bila semua dah OK, barulah kitorang buat hobi sediakala --- iaitu berposing2 unik untuk koleksi album. Hari ni "Hari Suci" aku ngan Nitti lagik. Memang dah tak kuasa nak mekap. Tapi semangat bergambar tetap ada --- he he he.

Ini latihan awal bagi 'acara menolak William'
Ramzi dengan gaya ala-Zorro. Tapi bila aku nengok balik, cam lebih kepada gaya Ninja Turtle. Hmm --- whateva pon, dia tetap sporting and best!!! 
Triple H merasmikan Hari Keluarga CRM + eP 2010. Best!!!
the 3 Bosses : Triple H, Double F ngan Puan Ju - Kita Kan Geng!
Sambutan Birthdays - March & April Babies
Persediaan Team 3C dengan key ala Adam
Trademark Team Cikeding, Cikebam, Cikebooncit : Topi Gaban, Key Ikatan Gaya Adam ngan Sapu Tangan.
   Team 3C : Cikeding, Cikebam, Cikebooncit ber-War Cry!!!
Comel lak En Fendi duduk gaya apek kontraktor kepenatan tepi jalan --- apek bertopi gaban =P

Ada senamrobik, games dan LOTS of gamessss......

Of course, best giler Hari Keluarga tahun ni. Ada Pros and Cons nya. Aku and ePians memang enjoyed ourselves. Penat memang tak hengat!!!

Setelah berhempas pulas bermain sambil menjadi:
a) Mandor Keselamatan En Fendi 
b) Budak Jaga PA System 
c) Main tolak bola dengan hoop
d) Main isi air dalam botol
e) Main bola beracun
f) Main pass getah dengan straw
g) Main Sambutlah Sayang
i) Main Tarik Tali

Serious penat giler....especially towards the end tu, aku dah tak daya nak main tapi sebab group dah tak cukup player, terpaksa gak support. Player lelaki mmg tak balance tetiap group so, hanya ladies je yang kena main. Aduishhh!!! Mana la pergi lelaki ramai2 masa awal permainan tu? Heran den.

Masa main tarik tali, group members dah bagitahu, itu game penentuan yang boleh naikkan markah team. Jadi, memang terpaksa gak menang! 
1st round - kalah. (urat kaki terkejang sbb anchor woman ni ditarik kuat oleh pihak lawan...ngeh ngeh...ngeh)
2nd round - menang.
3rd round - menang. (walopon bahu terkucil dari paksi)

Team Cikeding, Cikebam, Cikebooncit jadik Juara!!!!

Memang penat. Teramat penat. Kitorang tak larat nak practice untuk performance malam tu. Masing2 gi makan and terus balik apartment. Pukul 5.00pm ada full rehearsal! Muka aku dah panas. Bahu sakit gila. Urat kaki kejang. Papehal....Kena tido dulu!

Note:  Mekaseh Nit --- a lot!!!

1 comment:

damia dhia dina said...

u are welcome...penat siot...len kali kita jadi peserta je la plak..huhu..whatever pon...at least performance Sindellah tu leh jadi memory utk this year...yeahhhh!!!