Saturday, April 10, 2010

Tamat Sudah Riwayat Kesan Murung!!!

Do you like this post?
Hmm....Alhamdulillah, zaman kemurungan aku dah berakhir. Aku dah boleh terima 'semua' benda yang aku hadap sekarang sebagai tambahan kepada koleksi cabaran2 hidup aku. Bak kata sorang member aku, "Hanya tambah satu, tak datangkan banyak kesan pun pada aku!" Nasib baik jugak tak termakan pujukan makcik aku, yang soh amik Happy pill!

Lepas banyak berfikir, betul juga! Aku memang dah hadap lebih teruk daripada sekarang. Maknanya, jika nak compare dengan the worst case scenario, case kali ini memang langsung tak setanding dengan yang dulu! Buat apa aku habiskan masa untuk berduka-cita?

Tapi aku nak minta maaf juga pada geng2 yang banyak bertanyakan kenapa aku blocked blog aku untuk pembacaan diorang? Owh, rupanya ramai gak pembaca2 senyap yang belek2 isi kandungan blog aku nih. Awat hangpa tak habaq?

Ha ha ha --- aku pun terkezut gak sebab blog Ada Apa Dengan Aku ni dalam diam listed sebagai antara blog yang menerima kunjungan agak ramai (sungguh tak disangka!) mengikut report bulanan yang diprovide oleh Alexa dan mon.itor.us. Blog Disorderly Disturbed aku tu langsung takde nombor! Ha ha ha.

Oleh itu, setelah memotivasikan diri sendiri aku mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat kesan murung aku!!! Hmm --- mana pergi matahari hari ni? Puas aku dok tunggu dari pagi tadi. Tak muncul2!

Aku nak ambil kesempatan untuk ucap terima kasih pada beberapa LifeCoach aku termasuk Mrs Baking Lover, Mr KB aka Abu Bakar Omar, Mr Future Writer dan terutama sekali to my dearest ibu!!! Maklumlah, aku ni takde ramai sangat kawan yang boleh kongsi masalah. Kawan huha-huha tu mmg ramai giler! Kawan yang sanggup tahan tengok air mata aku ni adalah dalam 3-4 orang! Aku dah buat timbang-tara pada setiap nasihat yang korang bagi. Ada gak yang aku tolak tapi banyak giler yang aku ambil buat panduan hidup.

Mrs Baking Lover - Ntah untuk berapa kali, mekacih bebanyak. Skarang akak dah kenal saya kan? Orang luar mmg akan kenal saya dengan gelak, gurauan ngan muka garang saya. I think by now, you already knew betapa teruknya saya kalo menangis, kan? =P Luar saja keras --- he he he.

KB - aku x dapat bayangkan kalo ko dah xde. Ko ngan Mrs Baking Lover dah jadi tempat aku ngadu sejak dulu. Aku mmg tak pernah tunjuk but aku bebetul appreciate korang berdua punya advice! Dalam beberapa bulan je lagi, mesti aku rindu ngan sore garau ko and sesi kaunseling ko kat tangga belakang tandas tu! Mekasih bebanyakla sebab sudi gantikan role bapak aku! Ha ha ha!

Mr Future Writer - Unlike certain people yang berebut menjadi penulis motivasi, aku rasa ko lah yang paling layak dinobatkan sebagai the Real World Writer. Ko menulis atas pengalaman ko sendiri. Ada orang sibuk nak menulis untuk menaikkan nama sendiri. Padahal, hakikatnya tak ubah macam ibu ketam mengajar anak berjalan. So, that is a compliment from me.

Jadi, harap2nya korang dapat ignore saja post aku bertarikh 6hb April 2010 yang ada terselit rasa emo yang meluap2. Itu hasil coretan masa tengah marah, tengah sedih.....tengah berduka-lara.

Hari ini, 11hb April 2010 --- aku dah kembali normal. Mood : Ceria giler!!!

Aku selitkan laa pics yang disnap masa tengah mengong + happy kat opis dengan Nit, Ecah dan Gerds.

Papehal, aku kene be strong gak, have to stand still. Ibu dengan nenek makin tak sihat. Kalo aku murung memanjang, sape lak nak nengok2kan diorang. Esok nak bawa ke PPUM lagi. InsyaAllah, aku doakan diorang dipanjangkan umur. Aku lom cukup kuat nak hadap sume benda sekarang.

Kepada manusia2 yang suka dan sengaja downkan semangat aku dalam beberapa minggu ni, aku maafkan korang. Segala benda yang korang buat dan cakap, aku anggap dilakukan dan diluahkan dalam emosi yang tak stabil juga. Walau pun pangkat dan umur korang memang dah sah2 lebih jauh daripada aku, aku just anggap korang pon tak stabil. Korang tak sengaja. Peace!!!

1 comment:

nittrell said...

gaya ko dlm 2nd pic tu...apa kata ko combine ngan pic gaya ultraman time ko kecik tu..leh nmpk dari kecik smpi besar..ko mmg minat ultraman...hikhik...so cuteee..