Tuesday, April 6, 2010

Cerita Hari Ini: Encik XXXXX, Aku-dan-Dart dan Hello&Goodbye

Do you like this post?
Nota: 11 April 2010. Isi kandungan post ini mungkin akan mengelirukan pembaca memandangkan beberapa baris ayat telah dipadam atas sebab2 tertentu. He he he.

Hari ni aku berpeluang gak akhirnya berada dalam satu bilik meeting dengan salah seorang bos bangunan tempat aku keje. Selama ni aku cuma kenal nama je. Kenal dengan ciri-ciri positive seorang ketua yang dikagumi ramai. Tapi hari ni special sket. Hari bertuah aku lah kot?


Aku, seperti biasa mesti kenal dulu baru boleh nilai apa yang orang kata tu betul ke tak. Lately, dalam pada musim aku cuba pujuk hati sendiri ni, aku akan cuba cari sebarang benda (hidup atau tidak --- he he he) untuk hiburkan hati. Asalkan aku boleh kembali ke keadaan sediakala. Nak dijadikan cerita, encik XXXXX ni berjaya jadikan diri dia sebagai bahan pemerhatian aku. Nasib baik aku tak melopong kagum depan dia tadi. Muka aku stern je dengar apa yang dia cakap. Tapi dalam hati ---- aku tak sudah2 cakap, "Waaahhh. Hebat tol orang ni. Dia study dulu before dia propose."

Melalui pemerhatian, walaupun cuma dalam masa satu jam, aku dah nampak apa yang orang cakap. He is the type of person yang tahu apa dia nak. Very bold. Ada pendapat sendiri dan yang paling penting dia IT SAVVY!!! Jarang aku jumpa orang berusia 40-an yang IT savvy. Setakat ni, adalah tiga orang. 

Encik XXXXX ni tahu tentang gadgets, gizmos.....and apa website terkini yang perlu dijadikan bahan kajian. Daripada dua biji mata aku yang di-cover ngan contacts (hehehe), Encik XXXXX ni ada sejenis passion yang tak ada pada orang lain. Aku suka. 

Dia bagi pendapat dan suggested beberapa perkara untuk dipertimbangkan. Bila aku nak mencelah untuk bagi pendapat aku, dia akan senyap untuk dengar apa yang aku nak cakap. Itu menunjukkan dia tak pandang rendah kat orang lain. 

But above all, aku nampak encik boss ni jenis yang kerja dengan hasil. Result-oriented. Ada saja benda yang perlu dikompemkan, tak dapat buat keputusan pada masa tu, dia terus dail telefon dia untuk call 'the other boss' lak, mintak persetujuan. See --- how transparent!!!
 
Bad mood??? Memang pon. Tapi teringat semula one of my LifeSifoo pernah cakap, jangan ambil tindakan masa kita sedang marah. Tu buatkan aku berjaya pujuk hati aku sampai sekarang. Aku cuba sedaya upaya gak untuk tak tunjuk perasaan emo-terberah tu depan orang lain dengan ketara. Satu lagi ajaran dia, kalo aku give-up dan buat keputusan terburu2 (yang akan jejaskan diri aku sendiri) kompem ke aku takkan hadap the same problem kat tempat lain, dari orang lain? Hmm --- that makes sense!!! Nampaknya aku perlu mula susun prioriti hidup aku dengan baik lepas ni. =P

Hari ni sempat gak aku mintak pendapat member yang ada pengalaman lebih tentang hal2 yang aku hadap ni. Let's name him as BrotherSingle. Advice yang diberi sangat diterima akal. Aku simpulkan sebagai Follow the Flow. (Biorla aku sorang je yang paham =) )

Okey, nak selit cerita kelakar kat sini. Petang tadi aku terima call dari sorang member dari tingkat bawah. Dia cakap, ada meeting kelab dan dalam mesyuarat tu ahli2 mesyuarat ada bincang tentang aktiviti sosial - nak main dart. So, tengah2 bincang tup2 diorang mentioned nama aku. Dan memandangkan member aku ni telah dikenalpasti agak rapat dengan aku, dia dilantik untuk menelefon aku untuk bertanyakan samada aku ada papan dart.

Punya pening kepala aku pikir. Aku dan dart. Dahi aku ada cop mohor DARTER ke? Orang pernah nampak aku main dart ke? Ha ha ha --- waktu kecil dulu, aku pernah laa baling dart tu tembus kat tangan adik lelaki aku. Kitorang tak jumpa tempat untuk sangkut dart board, aku soh adik aku pegang je benda alah tu mentara aku baling. Sudahnya, tangan adik aku kene tembus dart sampai melekat ngan dartboard. Payah lak aku cari cara nak cabut dart tu dari tangan adik aku. Yang penting, ibu takleh tahu!!! He he he. Dart2 ni --- aku trauma sket. Kalo nak try luck, tanyala benda2 cam hoki ke, futsal ke, bola tampar ke......chess ke....guli ke.....tak pun game sep-sep ngan teng-teng. Haa --- lagi satu, dulu masa kecik2 aku ratu getah tau! Korang letak getah paras pale aku pon, aku berjaya lompat ngan gediksnya!
Mungkin apa yang aku rasa ni ada kene mengena gak dengan pertukaran manusia dalam phase hidup aku? Ha ha ha....ada sorang member aku yang buat andaian ni. Dia kata, perubahan minor dalam hidup seseorang, boleh mendatangkan kesan mendalam terhadap seseorang itu dan mengubah mood. Tapi mungkin betul jugak. Dalam beberapa minggu ni, ada jugak beberapa orang kenalan yang said hello and goodbye.

1) Kak Aimy said Bye
2) Fai said Hello
3) Weng said Hello
4) Zuhdi said Bye
5) Halim said Hello
.........and 6) Abah said Hello and Goodbye!!! Menyesal pulak aku angkat telefon untuk dengar cubaan tigaribu dia. hmm......kenapa tak ter-register dalam kepala aku, kalo nick Balthazor appear kat display screen, jangan angkat? Balthazor calls, mesti nak sesuatu!
Aku marah kat sape sebenarnya ni? Kat orang ke atau diri sendiri? Hati, sabarla hati! Ni suma dugaan. Aku dah pernah hadap lebih teruk dari ini.

1 comment:

Unknown said...

bandar togel terbaik dan terpecaya
bergabung saja di sini
http://www.togelpelangi.com/