Monday, December 29, 2008

Christmas @ Genting Highlands

Ni pics masa msCruZee, Zu, Dino, Kak Ina & Hazwan gi Genting pada 25hb Dec 08. Perasaan? Haa...surprisingly msCruZee sangat takut. Maklumlaa sebelum ni masa main kat Times Square dengan Niti msCruZee muntah kayak. So, buat assumption sendiri --- mungkin faktor usia tak benarkan msCruZee aktif main mende2 canni. 

On the way to Genting, Dino jadik Pak Supir. Balik lak, ganti dengan Hazwan. msCruZee takut nak cakap apa2. Jadik duduk diam je laa mentara Zu, Kak Ina & Hazwan sibuk bergambar kat seats belakang. Butterfly dalam perut --- siap joget lagu dangdut! Hu hu hu.

Parked Abg Vi (Vios Kak Ina) kat bawah and naik SkyWay. Again --- msCruZee nervous but tried my level best utk posing bergambar dalam cabel car.

Sampai kat atas, kitorang main Corkscrew & Space Shot. Twice --- both games. Dok main games yg sama, tak sempat lak test games lain. msCruZee lak takleh balik lambat. Memang felt a bit guilty kat orang lain BUT terpaksa jugak balik awal!

Keseluruhannya, msCruZee had a GREAT FUN kat Genting. Mmg best giler! msCruZee recommend sangat kat u all! Yang penting --- kalau nak pergi, make sure bawak baju tebal. Sejuk woooooo!
In the SkyWay Cable Car with Zu and Dino
Sampai kat atas, sempat posing =P
Kat depan kaunter tiket
With Hazwan & Dino @ Space Shot --- wooo!
Beratur nak naik Space Shot with Hazwan (my IDOL!)
Makan @ Marry Brown

Drawing: Hope.Love.Spirit

Petang2 ni msCruZee tak de keje nak buat. Sambil layan nengok citer Provoked kat @stro, tangan lancar lak main colours. Sedar2 dah siap lak satu drawing (chewah, konon cam citer Heroes lak!) --- LoL. 

~Whateva happens, i have to survive. With Hope. Love. Spirit~
by Rena^CRuZee

Saturday, December 27, 2008

2-Days-Teamwork-Course @ ESSET Bangi

Dah lama jugak msCruZee tak update blog. (Nadine --- mgg lepas ni agak sibuk dengan aktiviti2 kat office.) Hari ni baru msCruZee berkesempatan untuk recap balik apa yang berlaku sepanjang minggu lepas untuk dikongsi bersama.

Pada 19 - 20hb Disember 2008, satu seksyen ePerkhidmatan dijadualkan ke ESSET Bangi untuk menghadiri kursus on Building Customer Service & Teamwork. Nama kursus teramat panjang, jadi msCruZee saja pendekkan mengikut pemahaman msCruZee sendiri (sbb mmg tak hafal pun!).

Kursus started pada pukul 3.00 petang tapi msCruZee & frens (Nitti, Jemah, Kelly, K.Ita) yang naik sekereta ke Bangi sempat makan kat Restoran Anje untuk mengisi perut. Mmg dah sah2 terlewat masuk kelas, tapi tebalkan saja muka.

Sepanjang 2 hari berkursus, banyak juga yang msCruZee dapat sebagai pengajaran. Ada banyak aktiviti2 menarik yang mencabar kesabaran, mental dan fizikal masing2 contohnya Dojo Master, permainan Maze aka Saboteur & Chariots of Fire yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Ada 3 kumpulan formed based on colours :- Red Apache, Purple Rangers & Green Light. msCruZee, Kelly, Fairuz, Kak Su, Kak Bib & Abg Zali dalam kumpulan Purple Rangers. 

Untuk sesi perkenalan group saja, all of us perlu create flag, logo and also cheer. msCruZee & Kelly punye bersemangat pesan kat semua team members especially Kak Su & Kak Bib untuk cheer sekuat hati. Kat sinilah silapnya! Mungkin kerana msCruZee terlalu memandang rendah pada orang lain --- eheheh --- bile time nak cheer, yang spoiltkan bukannya Kak Su / Kak Bib, tapi msCruZee & Kelly!!! Hahahaha --- kitorang confused and instead of sebut Purple Rangers, we all jerit Power Rangers!!!! Adoiiii, malu sungguh!

Activity Saboteur pulak, group Purple Rangers menang. Lesson dalam game ni --- jangan cepat melatah dan salah sangka terhadap orang lain. Keseluruhan tentang kursus 2 hari yang Farris aturkan ni sememangnya sesuatu yang SUPERB! Personally msCruZee sendiri sebelum ni kureng kenal ngan Fairuz & Abg Zali tapi dalam masa 2 hari, msCruZee nampak kelebihan masing2. 
Game Tiger, Human, Gun (eh, betulke nama tu?). Sweetnya Linda senyum!
Dojo Master - Farris yang serius (takut kena marah ngan Dojo Master la tu!)
Abg Azmi (Sho-gun eP)
Nyanyi lagu tema: Mulanya di Sini & Gemuruh
Saboteur - Tangkap reman : Farris & Zaidi
Anne, Warda & Kak Ita
Posing sebelum balik. Pesal Farris tetibe pandang tempat lain? Nitti --- lentok overrr!

Atas permintaan, msCruZee terpaksa menambah kat cni. Pics (as above) ni hasil kreatif dan ehsan daripada mr Kukubesi --- (ooo...berkira ya!). Nak lihat kekreatifan dia, you all leh layari http://www.kukubesi.com/.

Thursday, December 11, 2008

Misi Senyum msCruZee

msCruZee selalu terima constructive feedbacks daripada kawan2 --- msCruZee nampak selalu masam, garang or sombong. tapi respon yang selalu msCruZee bagi ialah, "Dah muka aku macam ni. Nak buat macam mana?" Sebab bagi pandangan msCruZee, muka mmg bole hias dan tempel dengan mekap yang tebal. TAPI muka yang masam (atau bahasa kasar 'buruk') --- itu dah memang kurniaan YANG MAHA ESA. Kita kena bersyukur. Plus, msCruZee sebenarnya adalah seorang yang PEMALU. Cuma pandai cover je depan orang!

Lately, msCruZee baru perasan that I'm totally WRONG!

Memang ALLAH SWT dah kurniakan masing2 dengan pelbagai jenis muka dan rupa yang berbeza tapi masam atau tidak ---- adalah bergantung kepada manusia tu sendiri. Ada orang muka lawa tapi masam. Ada orang muka 'biasa' tapi manis. So, conclussion yang msCruZee dapat buat ialah --- semua orang akan nampak manis apabila tersenyum. Key word, guys --- Smile (with capital S!). Kadang2 kita boleh terlupa bende yang paling mudah dan penting macam 'Senyum'. msCruZee juga mengaku, msCruZee sendiri jarang senyum pada orang yang tak dikenali. Maklumlah dengan keadaan jenayah yang semakin menakutkan skarang ni, bukan saja senyum, pandang pun tak berani!

Jadi bangun pagi hari ni, msCruZee sengaja buat mission. HARI INI HARI "SENYUM" AKU. Seperti rutin biasa, msCruZee bertolak dari rumah ke stesyen komuter. Dan mulakan senyuman pertama dalam tren komuter kat seorang makcik berbangsa India. Disebabkan asyik dengar walkman, msCruZee pejam mata sambil berdiri (tak ada kerusi kosong). Then suddenly, msCruZee dengar ada suara perempuan panggil and bila buka mata, makcik tadi bagitahu dekat hujung tu ada tempat kosong! Disebabkan msCruZee lebih senang berdiri pagi2, msCruZee lakukan senyuman kedua kepada seorang kakak berbangsa Melayu dan offer tempat kosong tadi. Balasan yang msCruZee terima --- kakak tadi senyum dan ucap terima kasih sebelum duduk.

Bila msCruZee sendiri dah aware pasal 'mission senyum' ni, baru msCruZee perasan orang Malaysia tak semua sombong! Memang ada yang malu2 untuk balas senyum, tapi ada juga yang tersenyum lebar. Ada juga yang tak senyum langsung! Trick yang perlu msCruZee ingat dalam kepala, "Kena senyum tanpa buat orang fikir kita gatal!" Ahahah.....misi perlu dilakukan tapi msCruZee tak mahu kena tuduh perempuan gatal. 

Dan yang paling menariknya tentang misi senyum ni, msCruZee terima satu senyuman yang paling manis pernah msCruZee nampak dari orang yang tak pernah kenal hari ini. Yang start senyum, not me! Muahahaha......Even now, msCruZee boleh describe. 

Balik kerja pula, berebut dengan penumpang2 komuter untuk ke arah Rawang. Trust me, ini satu benda yang paling challenging! Terlalu ramai penumpang berbangsa Indonesia dan Bangladesh! Walaupun agak penat, msCruZee tetap nak teruskan misi Senyum ni kat seorang lelaki berbangsa Cina. Dengan keadaan lebih teruk dari tin sardin, msCruZee tersepit kat tengah2 antara orang2 Indon + Bangla dan juga lelaki tadi. Tak jumpa benda nak pegang dan tiba2 lelaki tadi suruh pegang beg dia.

See --- that is the SMILE POWER I'm talking about! Memang secara mata kasar, msCruZee tak dapat apa2. Selain terima respon daripada unknown people, msCruZee pon terima respon dari kawan2 office --- "Kau nampak lain hari ni?" But the most important thing is --- hari ni msCruZee dapat buktikan hari msCruZee jadi ceria sampai ke malam! 

So, hari ni hari misi Senyum msCruZee. Hari anda, bila lagi? 

Sunday, December 7, 2008

Ellen DeGeneres & Portia de Rossi Tied the Knot

I respect DeGeneres for what she is. She's very talented and funny. Her talk show is very entertaining and superb. But THIS??? 

Wanna share these happy photos with you. Yup, they got married on August,17 this year! It's not the latest story, I know --- but still --- i'm speechless! Apa dah jadi dengan dunia ni? Hopefully this won't be allowed in Malaysia, right? Perkahwinan sejantina. Eventho' they looked HAPPIER than any other normal couples on earth.

Saturday, December 6, 2008

Alzheimer's & You

Just finished watching The Notebook for the 3rd time! The story reminds me of a Korean movie --- A Moment to Remember. Imagine how depressing it would be if your spouse / parent / friend couldn't remember your name or her own name. What if she/he became obnoxious and violent towards you all of a sudden? 

Well, I still remember my late-neighbour (who's also related to my family) --- I called her 'Unyang'. Everytime my grandmother asked me to accompany her to the next door, I hesitated. Unyang who was very friendly will ask my name repeatingly --- or at least for every 15 minutes. As a child, I didn't feel comfortable. And as an adult now, it kinda scary! Especially to know that age and family history are the 2 confirmed causes of Alzheimer's disease. Plus, I used to forget 'things' like locking my own car, not knowing what's today's date, etc.

The Alzheimer's Disease Foundation Malaysia says about 50K Malaysians suffer from the disease and most of them have not been diagnosed yet! Alzheimer's is a progressive brain disorder that gradually destroys a person's memory and ability to learn, reason, make judgements, communicate and carry out daily activities. And as Alzheimer's progresses, some patients also experience changes in personality and behaviour, become suspicious and agitated, and also have hallucinations! This disease is also known as The Long Goodbye, the illness often stretches up to 20 years. Despite intensive research in recent years, the disease is not yet fully understood and there is no known cure --- so far. 

If you notice symptoms of Alzheimer's in someone, please consult a doctor ASAP.

For more information, you may get it from this url: 

Friday, December 5, 2008

New Life + New Environment

1st of all, msCruZee would like to thank all my frens/readers --- "Thank you for your concern." Bukannya msCruZee dah tak mahu mengupdate blog, cuma belum ada kesempatan lagi nak share all the exciting moments I've been through these past few days. Maklumlaa......with new life, new environment and with the condition - Johnny yang belum pulang!

It's too early too tell, actually. Tapi as usual, msCruZee lebih suke duduk diam and observe apa yang boleh diobserve. To Shah --- sorry sebab tak dapat jumpa u semalam. Ada "hal" yang perlu dilakukan. Being a newbie kat office, msCruZee have to learn many new things. Meet new friends etc. At times, msCruZee have to pretend not looking, and the other times perlu berlakon tak mendengar perkara2 yang tak sepatutnya. But dont get me wrong, friend --- bukan semua yang msCruZee dapat di tempat baru ni negative. Trust me --- when I looked closer, BANYAK yang positive. And I'm quite glad to be here! And as I've said earlier --- it's TOO EARLY too tell!

So, just be cool dulu. Slowly absorb and shoot, aight?
p/s: daybab, sha, Azlina Manap, nadine, daudOs, Harry, tommy-lengchai, ranjani, shah, ifa, zu --- merci beaucoup!

Tuesday, December 2, 2008

Johnny, I Miss You.....Kasut Misses You Too!

Percayalah, msCruZee bebetul rindukan dia. msCruZee rindu........this may sound a bit weird but you have to know the whole story first to judge.
  • Nama dia Johnny.
  • Kulit dia hitam-manis
  • Suka menggoyang2kan ekor bila happy dan suka curi sebelah selipar orang.
  • Kurus tapi bergaya.
Tak berapa sure umur dia berapa, dia datang kat umah msCruZee awal tahun 2008 masa dia masih kecil and belum pandai berlari dan melompat. Sekarang dia dah lari, mungkin lepas jumpa anjing betina Si Putih tu.  

Alkisahnya begini --- umah msCruZee kat kawasan ulu kampung yang banyak penjenayah dan pendatang haram. Dah banyak kali jugak umah msCruZee hampir dipecah masuk. One day, satu geng anjing datang berhijrah ke kawasan umah msCruZee. Masa tula msCruZee kenal Johnny, anak anjing hitam yang comel dengan leher terikat ngan tali kuning. Jiran msCruZee panggil dia Tie. Johnny sangat protective sampaikan sesiapa yang berniat jahat --- akan kena serang. 

Disebabkan sifat Johnny yang manja and pandai ambil hati manusia, msCruZee dah jatuh hati. Johnny macam tahu, dia takleh sentuh msCruZee. Johnny pon suka ajak msCruZee main lari2. Johnny pandai menangis and merajuk. Bila lapar, Johnny akan nangis kuat sampai msCruZee keluar umah bagi dia makan nasi + tulang. Lepas kenyang, Johnny akan goyang ekor. Johnny suka share makan kebab and hotdog ngan msCruZee. Pendek kata, kat tempat keje msCruZee dulu ---- siapa yang tak kenal dengan Johnny? Asal ada party, semua orang akan kumpul tulang untuk Johnny.

Dalam Islam, ada garis panduan yang perlu kita patuhi --- msCruZee ambil jalan paling selamat. I wanted to keep the dog but msCruZee tak mahu samak (malas sebenarnya). So, msCruZee elakkan diri daripada tersentuh. Yang penting dengan adanya Johnny, msCruZee sekeluarga takla rasa setakut dulu. Of course dengan adanya seekor anjing kat rumah seorang muslim akan mengundang banyak umpatan/persoalan. Tapi msCruZee dah bertanyakan pendapat ramai orang yang arif. Buat apa nak fikir apa yang orang kata? Nak mengumpat-ngumpatlaaa. Dosa kan tanggung sendiri2? 

Dah tiga hari Johnny tak balik rumah. Ibu ngan nenek kata mungkin Johnny pegi honeymoon ngan Si Putih. Tulang ayam yang msCruZee simpan dalam peti ais untuk Johnny pun makin bertambah banyak. Johnny, baliklah........pleaseeee....

Kepada sesiapa yang terjumpa Johnny (gambar seperti di bawah), sila hubungi msCruZee secepat mungkin. msCruZee tak lalu makan (konon....) bila terkenangkan bagaimana keadaan Johnny. Makan ke tak? Selamat ke tak?
Johnny sedang menggoyang2kan ekornya,  tak sabar nak makan kebab.
Johnny & Kasut (BFF - Best Friends Forever)

Monday, December 1, 2008

Pak Nil, Jalan Baik-Baik Ek!

Pak Nil dah bertolak ke tanah suci. dah takleh dengar sore Pak Nil --- uhuhuhu. Semoga Pak Nil mendapat haji yang mabrur ye, insyaAllah.....

pic: di copy & paste dari Pak Nil punya Blog : http://aznilnawawi.blogspot.com/. Sila lah visit kalau nak tahu cerita pasal Pak Nil!

HUGE mistake + My Happy Night

msCruZee menyesal giler hari ni. Pegi keje ok lagi. By the time balik, tapak kaki msCruZee cam nak meletup. Very HUGE mistake! Macam mana boleh tak teringat nak beli sandal yang sesuai? Konon macam kaki dah 100% recovered.

Hari ni pegi keje pakai heels, waktu pegi tak terasa pon, maklumla ada orang baik sudi menghantar tapi bile balik especially time panjat tangga nak ke komuter stesyen Bank Negara tu --- msCruZee dah menyumpah2. What was I thinking??? And siapa yang bang**g + BOD*H + !@@#$!#$!#$ buat tangga kat stesyen Bank Negara tu lebar2? Tapi muka --- of course msCruZee gagahkan jugak buat2 cam kewl. Dalam punya rasa --- hanya TUHAN yang tahu! Sebabkan tatau jalan nak ke komuter, msCruZee mintak tolong sorang abang tunjukkan jalan, kebetulan lak dia mmg nak ke sana.  

Dahla sampai terlepas 3 tren komuter. Bila berjaya masuk tren ke 4 --- dengan bangganya msCruZee senyum gaya kemenangan --- ha ha ha. Dah tak kisah orang dah, msCruZee terus tanggal kasut. Ramai gak orang pandang, peduli apa? Kakiku lebih penting! 

Bile balik msCruZee sempat saksikan betapa hebatnya kuasa ALLAH SWT --- msCruZee nampak bulan sabit ngan dua bintang yang formed bentuk smiley. Tak dapat snap photo sbb msCruZee punya hp camera sangat blur. So....utk share rasa excited, msCruZee practise skill melukis dengan Paint -- ternyata mengalahkan pesakit Parkinson. Asal you all dapat gambarkan, kira oklaaa...nak wat guna Photoshop --- tak kuasa, mata dah penat giler!