Percayalah, msCruZee bebetul rindukan dia. msCruZee rindu........this may sound a bit weird but you have to know the whole story first to judge.
- Nama dia Johnny.
- Kulit dia hitam-manis
- Suka menggoyang2kan ekor bila happy dan suka curi sebelah selipar orang.
- Kurus tapi bergaya.
Tak berapa sure umur dia berapa, dia datang kat umah msCruZee awal tahun 2008 masa dia masih kecil and belum pandai berlari dan melompat. Sekarang dia dah lari, mungkin lepas jumpa anjing betina Si Putih tu.
Alkisahnya begini --- umah msCruZee kat kawasan ulu kampung yang banyak penjenayah dan pendatang haram. Dah banyak kali jugak umah msCruZee hampir dipecah masuk. One day, satu geng anjing datang berhijrah ke kawasan umah msCruZee. Masa tula msCruZee kenal Johnny, anak anjing hitam yang comel dengan leher terikat ngan tali kuning. Jiran msCruZee panggil dia Tie. Johnny sangat protective sampaikan sesiapa yang berniat jahat --- akan kena serang.
Disebabkan sifat Johnny yang manja and pandai ambil hati manusia, msCruZee dah jatuh hati. Johnny macam tahu, dia takleh sentuh msCruZee. Johnny pon suka ajak msCruZee main lari2. Johnny pandai menangis and merajuk. Bila lapar, Johnny akan nangis kuat sampai msCruZee keluar umah bagi dia makan nasi + tulang. Lepas kenyang, Johnny akan goyang ekor. Johnny suka share makan kebab and hotdog ngan msCruZee. Pendek kata, kat tempat keje msCruZee dulu ---- siapa yang tak kenal dengan Johnny? Asal ada party, semua orang akan kumpul tulang untuk Johnny.
Dalam Islam, ada garis panduan yang perlu kita patuhi --- msCruZee ambil jalan paling selamat. I wanted to keep the dog but msCruZee tak mahu samak (malas sebenarnya). So, msCruZee elakkan diri daripada tersentuh. Yang penting dengan adanya Johnny, msCruZee sekeluarga takla rasa setakut dulu. Of course dengan adanya seekor anjing kat rumah seorang muslim akan mengundang banyak umpatan/persoalan. Tapi msCruZee dah bertanyakan pendapat ramai orang yang arif. Buat apa nak fikir apa yang orang kata? Nak mengumpat-ngumpatlaaa. Dosa kan tanggung sendiri2?
Dah tiga hari Johnny tak balik rumah. Ibu ngan nenek kata mungkin Johnny pegi honeymoon ngan Si Putih. Tulang ayam yang msCruZee simpan dalam peti ais untuk Johnny pun makin bertambah banyak. Johnny, baliklah........pleaseeee....
Kepada sesiapa yang terjumpa Johnny (gambar seperti di bawah), sila hubungi msCruZee secepat mungkin. msCruZee tak lalu makan (konon....) bila terkenangkan bagaimana keadaan Johnny. Makan ke tak? Selamat ke tak?
Johnny sedang menggoyang2kan ekornya, tak sabar nak makan kebab.
Johnny & Kasut (BFF - Best Friends Forever)
5 comments:
laa, apasal kucing tu nama kasut?
alahaiiiii... cian nye Johnny dia tak balik...
Sabar yea Rena...
Johnny pasti pulang...
etomyam --- sbb kaki kucing tu colour putih, macam pakai kasut. ehehe....
daybab --- tu la, rasa2nya Si Putih tu ajak lari! leh pinjam "anak" daybab, buat lepas rindu?
Huagggrhhh i miss Johnny too! Selalu malam - malam Johnny akan teman pergi kelas tuisyen dan jadi guard dekat depan pintu dewan. Habis tuisyen, dia akan escott balik. Sekarang malam2, takde sesape...:( students kak long pun semua rindukan kehadiran Johnny.
Kak Long -- terpaksa redha je la ya! Jantan tetap jantan, tak kisah kucing ke anjing ke ...
Post a Comment