msCruZee selalu terima constructive feedbacks daripada kawan2 --- msCruZee nampak selalu masam, garang or sombong. tapi respon yang selalu msCruZee bagi ialah, "Dah muka aku macam ni. Nak buat macam mana?" Sebab bagi pandangan msCruZee, muka mmg bole hias dan tempel dengan mekap yang tebal. TAPI muka yang masam (atau bahasa kasar 'buruk') --- itu dah memang kurniaan YANG MAHA ESA. Kita kena bersyukur. Plus, msCruZee sebenarnya adalah seorang yang PEMALU. Cuma pandai cover je depan orang!
Lately, msCruZee baru perasan that I'm totally WRONG!
Memang ALLAH SWT dah kurniakan masing2 dengan pelbagai jenis muka dan rupa yang berbeza tapi masam atau tidak ---- adalah bergantung kepada manusia tu sendiri. Ada orang muka lawa tapi masam. Ada orang muka 'biasa' tapi manis. So, conclussion yang msCruZee dapat buat ialah --- semua orang akan nampak manis apabila tersenyum. Key word, guys --- Smile (with capital S!). Kadang2 kita boleh terlupa bende yang paling mudah dan penting macam 'Senyum'. msCruZee juga mengaku, msCruZee sendiri jarang senyum pada orang yang tak dikenali. Maklumlah dengan keadaan jenayah yang semakin menakutkan skarang ni, bukan saja senyum, pandang pun tak berani!
Jadi bangun pagi hari ni, msCruZee sengaja buat mission. HARI INI HARI "SENYUM" AKU. Seperti rutin biasa, msCruZee bertolak dari rumah ke stesyen komuter. Dan mulakan senyuman pertama dalam tren komuter kat seorang makcik berbangsa India. Disebabkan asyik dengar walkman, msCruZee pejam mata sambil berdiri (tak ada kerusi kosong). Then suddenly, msCruZee dengar ada suara perempuan panggil and bila buka mata, makcik tadi bagitahu dekat hujung tu ada tempat kosong! Disebabkan msCruZee lebih senang berdiri pagi2, msCruZee lakukan senyuman kedua kepada seorang kakak berbangsa Melayu dan offer tempat kosong tadi. Balasan yang msCruZee terima --- kakak tadi senyum dan ucap terima kasih sebelum duduk.
Bila msCruZee sendiri dah aware pasal 'mission senyum' ni, baru msCruZee perasan orang Malaysia tak semua sombong! Memang ada yang malu2 untuk balas senyum, tapi ada juga yang tersenyum lebar. Ada juga yang tak senyum langsung! Trick yang perlu msCruZee ingat dalam kepala, "Kena senyum tanpa buat orang fikir kita gatal!" Ahahah.....misi perlu dilakukan tapi msCruZee tak mahu kena tuduh perempuan gatal.
Dan yang paling menariknya tentang misi senyum ni, msCruZee terima satu senyuman yang paling manis pernah msCruZee nampak dari orang yang tak pernah kenal hari ini. Yang start senyum, not me! Muahahaha......Even now, msCruZee boleh describe.
Balik kerja pula, berebut dengan penumpang2 komuter untuk ke arah Rawang. Trust me, ini satu benda yang paling challenging! Terlalu ramai penumpang berbangsa Indonesia dan Bangladesh! Walaupun agak penat, msCruZee tetap nak teruskan misi Senyum ni kat seorang lelaki berbangsa Cina. Dengan keadaan lebih teruk dari tin sardin, msCruZee tersepit kat tengah2 antara orang2 Indon + Bangla dan juga lelaki tadi. Tak jumpa benda nak pegang dan tiba2 lelaki tadi suruh pegang beg dia.
See --- that is the SMILE POWER I'm talking about! Memang secara mata kasar, msCruZee tak dapat apa2. Selain terima respon daripada unknown people, msCruZee pon terima respon dari kawan2 office --- "Kau nampak lain hari ni?" But the most important thing is --- hari ni msCruZee dapat buktikan hari msCruZee jadi ceria sampai ke malam!
So, hari ni hari misi Senyum msCruZee. Hari anda, bila lagi?
9 comments:
:). Betul tu Rene, you shld smile always. My face pun tak nampak friendly tp most of the time I smile, so nampak better sikit. :) Take care. Ingat smile..smile..
ok, terima kasih. hari pun try my best untuk senyum. memang susah! ehehe sebab asyik terlupa.
Cik ReNa...U AlRady Hv the most sweet n Sour Smile in tHe WorlD
tersenyum bace kisah : )ni..emm,tapi kite lak suke dengar msCruZee gelak..mmg ceria abes laa.. ^_^
ye ke ko jrg senyum?? but u know wat? masa kat hlb dulu, u n mar mmg org yg akan buat aku senyum/gelak bagai nak gilerr.. kalau xde korang, mau psiko aku dibuatnye... ekekekeke.. miss u laaa.. biler nak jumpe nih haaa???
Lindsay - thx laa for ur compliments...erkk actually tu kutuk ke puji? ekekkee....beta kompius!
Nadine - those were the days kan? kite gelak je....zaman blaja.
leftEye - senyuman aku mmg pilih orang gak. i miss u too gak. yang pasti kita akan jumpa masa daybab kahwin. =P
dalam tido pun senyum,...
emm...good..shemmi pun susah nk senyum kat tempat public..
pehni msCruzee kena senyum lak kat mat2 indon & bangla tu..mana tau..dok kalut2 carik tempat..tetibe ada jejaka hemsem laksana Rangga dtg mempelawa tempat duduk..hihihi...
better u try...
Kak Long --- alaa...kak long mmg pemurah dengan senyuman! sampai tido pon senyum ehehehe
Shemmi --- ahahah.....indon kat Mesia ni mana ada macam Rangga! Uhuhu...kalo ada, tak payah paksa -- msCruZee mmg senyum dengan RELA hati! ehehehe
Post a Comment