Monday, May 26, 2014

Paris Trip : Day 4 Jenjalan di Kota Perancis

23/05/2014
Meromantikkan Diri

Hari ni aku dan famili aku habiskan masa dengan jenjalan sekitar Paris. Apa yang aku boleh kongsi kat sini, selain daripada tempat2 menarik --- orang2 Perancis sangat kaya dengan nilai budaya. Seperti posting aku yang sebelum ini, trip ke France kali ni --- berbeza dengan yang dulu. Kalau dulu, pengangkutan awam yang aku gunakan ialah RER dan Metro, kali ni kebanyakannya menggunakan bas.

Lebih OKU-friendly!

Nak kata persekitaran bandar --- taklah bersih sangat. Aku rasa macam KL gak. Tapi graffiti artwork diorg banyak giler dan merata2. 

Perjalanan daripada Suite Novotel ke perhentian bas yang terdekat --- Porte de Chapelle.
Sebelum naik bas, kitorang breakfast dulu kat restoran ni. Agak mudah untuk carik restoran yang jual Halal food. Alhamdulillah.
 Chicken Doner
Tiket bas

Tips: Bagi yang dah buat keputusan untuk jenjalan sekitar bandar dengan menaiki kemudahan bas, lebih baik beli tiket untuk 1 hari teros. Harganya dalam 10.85 Euro. Tapi hati2, jangan tercicir pulak tiket bas ni tengah jalan. Sebab kecik benor.

Best gak naik bas kat Paris ni. Aku suke nengok bila penumpang yang berusia naik bas, penumpang yang lain akan berikan tempat duduk. Kat Malaysia, bukan tak ada penumpang yang ada nilai2 murni begini, cuma tak lah sampai orang luar nampak dengan ketara. Ramai yang buat2 tak nampak, ada lah.

Ada sekali tu dalam bas, aku tertidor kepenatan. Bila aku bukak mata jek, terkejut bila nampak aku dikelilingi nenek2 berusia yang berambut putih. Malu gile aku, tros offer diorang tempat duduk. Tapi nenek2 tu menolak, soh aku duduk. Agaknya, mesti diorang tak sampai hati nengok aku yang kepenatan mengalahkan diorang. Aduiiyyyaaiiii.....malu sungguh.

La Tour Eiffel
Konon dengan gaya traveller la ni --- ngeh ngeh ngeh
Cantik giler pemandangan ni. Aku rasa cam nak tidur jek kat tengah2 taman ni.
Pont des Arts or Lovelock Bridge

Percaya ke tidak, kat jambatan ni ada lebih kurang 700,000 mangga (padlocks). Orang Perancis ni mmgla --- macam2 idea nak ekspreskan jiwa romantik tuh. Hu hu hu. Konon2, dengan letak mangga kat jambatan ni, pastu buang kunci mangga dalam sungai Seine --- satu lambang sebuah cinta yang agung. Cewaaaahhhh.

Tapi sebab ramai gile orang nak tunjuk power cinta memasing, dengan anggaran 700,000 mangga dikunci kat jambatan tu --- membahayakan wooo....silap2 roboh jambatan! Sekarang, diorang tengah buat petition dan kempen utk buang semua mangga tu. 

Hmm --- aku nengok banyak giler mangga. Macam takde kempen pon. Mungkin diorang rasa sayang nak buang 'tarikan pelancong' tu kot. 

Hasil seni pelukis di sepanjang Rue de Rivoli. Kalo nak carik souvenirs murah pon, leh carik kat area ni.
 Poskad --- poskad!!!
 Boleh beli Eiffel Tower kat sini gak. Terpulang --- kalo nak lagi murah, boleh cuba beli kat 'kunta-kinte' yang jual secara 'illegal'. Tapi kalo kene kejar polis, jangan salahkan aku eh. Diorang tu macam 24 hours je on alert mode
Kuncikan cinta korang tu dan tambah beban jambatan lagik --- hihihihi
 L'arc de Triomphe. Diorang nak wat apa lah kat atas tu.
 Sepanjang Champs Elysees
Hmm --- cam kat Malaysia gak kan?
Singgah kat Laduree @ Champs Elysees 
 Pelbagai jenis macaroons yang menarik kat Laduree
Sodap!!!

Sebenarnya kat Paris ni banyak giler tempat2 yang menarik. Contoh macam Louvre Musee, Cathedrale de Notre Dame, Trocadero, Musee D'Orsay, Grande Mosque de Paris ngan Centre Pompidou. Uols google je, leh nampak banyak pics menarik. Aku dah penah singgah dulu, kali ni malas nak repeat. Kaki aku dah denyut2. Hu hu hu.

Jam 6.30 petang kitorang balik ke Gare du Nord. Tak sabar nak ke London balik. 

 

Paris Trip : Day 3 Impian Jadik Gak Kenyataan

22/05/2014
Sehari di Disneyland


Setiap orang mesti ada childhood dream --- destinasi impianlah. Aku pun sama. Sejak kecik, aku teringin benar nak gi Disneyland. Masa pakcik aku belikan barang2 Disney dari USA dulu, aku punyalah excited. Aku berangan, macam dah sampai banyak kali. Giler tak minat dengan karakter2 best Walt Disney?

Aku ngan adik-beradek aku siap tubuhkan kumpulan Mickey Mouse Club tau masa duduk kat BBSB dulu. 

Karakter yang aku paling minat, ofkos Mickey Mouse ngan Minnie Mouse! Gedik paling epik! 

Masa kali pertama aku gi Paris dulu, aku cuma sempat nengok nama station RER A jek - Marne-la-Vallee-Cheesy. Maklumlah pada hari yang dijadualkan pergi Disneyland, aku terpaksa gi balai polis dan Malaysian Embassy utk settlekan hal passport dan duit yang kene curik.

RER A Marne-la-Vallee (Disneyland)

Harapan aku jumpe karakter2 impian tu hancur musnah. Bebudak sweet yang satu trip ngan aku, siap belikan ole2 mug Disneyland utk aku sebab simpati. (Thanks uols!) Tu je lah moment paling berharga antara aku dan Disneyland. Ha ha ha.

Sejak tu, aku pasang angan2 dan sejukkan hati. Mungkin ada rezeki lain, aku akan sampai lagi. Kalau tak pun, aku kene terima hakikat yang tak semua impian tu akan jadik kenyataan.

Alhamdulillah, peluang dan rezeki tiba lagi. And thanks to Allah, I'm back!!!

Di pintu masuk. Kene beratur. Dinasihatkan takyah bawak beg kalau nak masuk dengan cepat. Sebab beg2 perlu discan dulu sebelum masuk. Bagi yang tak bawak beg, boleh masuk teros.
Omak, den sampak gak nak jumpo Mickey!!!!
 Ni tempat orang beli tiket. Ada 2 parks = 81 Euro. Kalau nak masuk 1 park = 71 Euro. Tiket boleh beli online atau walk-in. Nak murah, lebih baik beli online! Ramai giler orang....
 Di kaunter tiket....pompuan ni lah yang bagitahu ada special rate untuk OKU.
Yang ini lak kaunter tiket untuk OKU. So, jangan lupa bawak kad OKU atau surat daripada doktor uols ye! Dapat banyak benefits - one free ticket, discount 20% for another ticket and jump some queues ~wink. 

Tips: Lepas beli tiket, uols yang membawa OKU bolehlah terus ke City Hall utk dapatkan Access Pass. With this pass, tak perlu beratur panjang sangat. 

Krew2 Disneyland pun pandai berbahasa English. Sangat membantu. Tak payahlah aku terkial2 nak communicate ngan diorg --- Err...madame, tu parles en englais? Bahasa Perancis aku, seriously dah berkarat teruk. 

Disneyland ni terbahagi kepada 2 jenis parks -  Walt Disney Studio Park dan Disneyland Park. Famili aku beli yang 1 park je sebab dah tau Walt Disney Studio Park tu tak berapa kene ngan jiwa. Ha ha ha. 

Sampai je kat dalam, hujan turun daaa....terpaksala beli raincoat yang berharga 9 Euro...sob sob sob...
Kat dalam City Hall. Mentara menunggu Uje ngan Dhila berurusan untuk dapatkan Access Pass. Excited menggayakan raincoats memasing.
Rumah Alice in Wonderland --- Curious Labyrinth
Rumah Mickey Mouse
Mickey Mouse ni memang pandai jaga hati insan2 yang kelainan upaya lah. Leh tabik spring!
Mickey & Us!
Naik 'It's a Small World' Ride
This is Giuseppe. This guy punya customer service, bagoss giler.

Naik Railroad Disneyland Tour. Untuk setiap ride, krew akan pastikan hanya ada seorang saja OKU dalam ride untuk tujuan keselamatan. So, kalo ada apa2 jadik, diorg akan selamatkan OKU tu dulu. Bagus kan?

Souvenirs yang buat aku rambang mata dan poket. 
Rumah Minnie Mouse. Dia takde, agaknya busy melayan bebudak kecik.

Best ke tak??? Dah tentulah best!!! Aku geram je nengok budak2 kecik pakai baju princess naik rides. Comel giler. By afternoon, hari mula cerah. Dan keseronokan bermula bila ada parade. Masa nilah rasa macam nak joget sama tengok Disney characters menari2. Syiok wooo.....

Mary Poppins
Alice in Wonderland
Karekter paling femes - Princess Elsa from Frozen

Okay, satu lagi soklan yang aku biasa dengar sebelum ni. Antara Disneyland ngan USS, mana lagi best? Aku tak pernah boleh jawab sebab aku lom sampai lagi ke Disneyland. Tapi lepas dah sampai, aku rasa dedua tempat sama best

Cuma bagi orang2 yang kurang bajet cam aku, akan lebih suke gi USS sebab matawang Singapore lebih kurang dua kali gande dengan MYR berbanding Euro. Tiap2 kali nak beli barang, aku kene darab ngan 5 dulu. Mahal giler! Aku cuma mampu ambil gambar barang je dalam kedai cenderahati tu. Nak beli souvenirs untuk orang pon rasa cam tak berapa berbaloi. But, pengalaman tu yang penting!

Kitorang spent dalam satu hari gak la dalam Disneyland Park ni. Petang, lepas tapak kaki dah mula berdenyut2 baru kitorang balik.

Kat dalam Disneyland ni ada jugak hotel. Bagi sesiapa yang nak pulun main semua rides kat Disneyland ni bolehlah beli tiket untuk 3 hari. Hari pertama boleh explore Walt Disney Studios. Hari kedua lak boleh main kat Disneyland Park. Hari ketiga boleh cover mana2 tempat yang uols ter-missed. Nak lebih info boleh visit http://www.disneylandparis.fr/. Kebanyakan tempat terutama Princess Pavilion memang wajib kene book dulu. Sebab ramai giler orang. Macam kitorang, book jam 11, hanya boleh masuk jam 6.30 petang. Tak kuasa tau!!! =P

Enjoy!!!

To Uje and Dhila, thank you sooo much for the great experience! Kan best kalau Along ngan Kak Dah pon ada!!! Hmm --- rindu giler kat diorg.

Dan --- Allah, thank you for this!

Sunday, May 25, 2014

Paris Trip : Day 2 Bonjour, Paris!

21/05/2014
Bonjour, Paris!

How I spent my morning today? Tido, makan, watching tv (to be specific --- Ugly Betty), drinking Starbucks Frappucino, then tido lagi.....dan lagi....sampai tengahari. Sambil jari-jemari aku main tenyeh2 jerawat yang baru tumbuh kat tepi hidung dengan segarnya. Argghhh pressure tol. Aku namakan jerawat aku ni --- London. 

Breakfast --- Uje ngan Dhila yang masak. Sedapppp.

Watching Ugly Betty ~wink
Meet my new acne --- London!

At 1.30pm, we went out after performed our Zuhor prayer. Pergi Barclays Bank to get some Euros, had our lunch at a Viatnamese restaurant, then bought myself a Three simcard. Pastu, we took a cab to the Kings Cross St Pancras Station. Hmm --- The driver was very kind --- kitorang takde duit kecil, dia bagi diskaun 2.50 pound.

 Aku makan mende ni --- dah tak ingat apa nama dia. =P
Makanan ni lak cecah dengan kuah peanut, sedap wooo!!!
Ibu's Moo-Moo. Cute, huh? 
Me & my beloved mom

Perjalanan London ke Paris, ambil masa lebih kurang dalam 2.15 jam melalui Eurostar tren. Tiket boleh beli online kat www.eurostar.com. Bagi sesiapa yang nak beli tiket, boleh beli 120 hari (4 bulan) sebelum tarikh perjalanan. Uols kene pandai plan supaya tak beli last minit, haa. Harga tiket pon berubah-ubah. Kene pandai carik kalo nak murah.

Bertolak dari Kings Cross St Pancras Station dan akan sampai di Paris kat Gare du Nord Station. Dalam tren tu lengkap dengan facilities seperti cafe, toilet sume....tapi untuk jimat, kitorang beli food kat M&S untuk lapik perut sepanjang perjalanan. 

 Tempat menunggu tren Eurostar di Kings Cross St Pancras Station. Class, huh?
Ibu excited. Nak ke Paris melalui Eurostar kene cek luggage gak.
 Eurostar tren sudah sampai!
 Tempat duduk yang agak selesa gak....
Selamat sampai di Stesen Gare du Nord, Paris
Nak gi hotel, kene tukar2 tren lak. Ambil Metro menghala ke Porte de Clignancourt dan kemudian kene tukar tren kat Marcadet - Poissonniers menghala ke Front Populaire. 

Satu pengalaman yang sangat berharga, mungkin aku susah nak lupakan. Sampai kat stop Porte de la Chapelle dalam jam 6.30pm, kene jalan sikit untuk sampai ke Suite Novotel. Masa kitorang sampai tu pulak hujan. Masing2 lupa bawak payung. (Ha ha ha --- aku memang takde payung pon!) Basah kuyup la jugak meredah jalan raya. 

Dan kali ini, walaupun dalam keadaan yang agak menakutkan sebab beberapa kali kitorang tempuh si 'kunta-kinte' tengah jual dadah kat tepi jalan raya --- aku rasa agak selamat sebab berjalan dengan famili aku. Dalam hati, baca jugak ayat supaya Allah SWT selamatkan kitorang semua daripada sebarang bencana. Alhamdulillah, akhirnya sampai gak ke hotel. Hu hu hu.

Bilik pun selesa gak....

Kalau dulu, masa kali pertama aku sampai ke France, public transport utama yang aku gunakan ialah RER dan Metro. Masa sampai2 aku dah trauma, teringat kes kene copek dulu. Plus, bau hancing yang agak kuat kat tangga RER tu --- sangat tidak menyelesakan! Dapat pulak, ada sorang mamat ni dari jauh dah pandang aku....teros datang diri kat tepi. Scary giler. Aku rasa aku dah jadik lebih trok daripada gaya Ugly Betty dah, pegang beg rapat ke depan supaya orang takleh copek. Siap jeling2 lagi. 

Muka aku ni nampak sangat ke blur2? Sampai orang suka attack? Dah pernah kene sekali, cukup. Aku tak sanggup kene redah kota Paris untuk uruskan hal passport cam dulu. So, this time mamat --- No way, jose!!!

Sampai je bilik hotel, urus diri masing2, tak sempat nak browse movies yang ada kat tv --- aku dah bommmm.... he he he. Penat giler. Den dah tua rasanya.

Adios.