Sehari di Disneyland
Setiap orang mesti ada childhood dream --- destinasi impianlah. Aku pun sama. Sejak kecik, aku teringin benar nak gi Disneyland. Masa pakcik aku belikan barang2 Disney dari USA dulu, aku punyalah excited. Aku berangan, macam dah sampai banyak kali. Giler tak minat dengan karakter2 best Walt Disney?
Aku ngan adik-beradek aku siap tubuhkan kumpulan Mickey Mouse Club tau masa duduk kat BBSB dulu.
Karakter yang aku paling minat, ofkos Mickey Mouse ngan Minnie Mouse! Gedik paling epik!
Masa kali pertama aku gi Paris dulu, aku cuma sempat nengok nama station RER A jek - Marne-la-Vallee-Cheesy. Maklumlah pada hari yang dijadualkan pergi Disneyland, aku terpaksa gi balai polis dan Malaysian Embassy utk settlekan hal passport dan duit yang kene curik.
RER A Marne-la-Vallee (Disneyland)
Harapan aku jumpe karakter2 impian tu hancur musnah. Bebudak sweet yang satu trip ngan aku, siap belikan ole2 mug Disneyland utk aku sebab simpati. (Thanks uols!) Tu je lah moment paling berharga antara aku dan Disneyland. Ha ha ha.
Sejak tu, aku pasang angan2 dan sejukkan hati. Mungkin ada rezeki lain, aku akan sampai lagi. Kalau tak pun, aku kene terima hakikat yang tak semua impian tu akan jadik kenyataan.
Alhamdulillah, peluang dan rezeki tiba lagi. And thanks to Allah, I'm back!!!
Alhamdulillah, peluang dan rezeki tiba lagi. And thanks to Allah, I'm back!!!
Di pintu masuk. Kene beratur. Dinasihatkan takyah bawak beg kalau nak masuk dengan cepat. Sebab beg2 perlu discan dulu sebelum masuk. Bagi yang tak bawak beg, boleh masuk teros.
Omak, den sampak gak nak jumpo Mickey!!!!
Ni tempat orang beli tiket. Ada 2 parks = 81 Euro. Kalau nak masuk 1 park = 71 Euro. Tiket boleh beli online atau walk-in. Nak murah, lebih baik beli online! Ramai giler orang....
Di kaunter tiket....pompuan ni lah yang bagitahu ada special rate untuk OKU.
Yang ini lak kaunter tiket untuk OKU. So, jangan lupa bawak kad OKU atau surat daripada doktor uols ye! Dapat banyak benefits - one free ticket, discount 20% for another ticket and jump some queues ~wink.
Tips: Lepas beli tiket, uols yang membawa OKU bolehlah terus ke City Hall utk dapatkan Access Pass. With this pass, tak perlu beratur panjang sangat.
Krew2 Disneyland pun pandai berbahasa English. Sangat membantu. Tak payahlah aku terkial2 nak communicate ngan diorg --- Err...madame, tu parles en englais? Bahasa Perancis aku, seriously dah berkarat teruk.
Disneyland ni terbahagi kepada 2 jenis parks - Walt Disney Studio Park dan Disneyland Park. Famili aku beli yang 1 park je sebab dah tau Walt Disney Studio Park tu tak berapa kene ngan jiwa. Ha ha ha.
Sampai je kat dalam, hujan turun daaa....terpaksala beli raincoat yang berharga 9 Euro...sob sob sob...
Kat dalam City Hall. Mentara menunggu Uje ngan Dhila berurusan untuk dapatkan Access Pass. Excited menggayakan raincoats memasing.
Rumah Alice in Wonderland --- Curious Labyrinth
Rumah Mickey Mouse
Mickey Mouse ni memang pandai jaga hati insan2 yang kelainan upaya lah. Leh tabik spring!
Mickey & Us!
Naik 'It's a Small World' Ride
This is Giuseppe. This guy punya customer service, bagoss giler.
Naik Railroad Disneyland Tour. Untuk setiap ride, krew akan pastikan hanya ada seorang saja OKU dalam ride untuk tujuan keselamatan. So, kalo ada apa2 jadik, diorg akan selamatkan OKU tu dulu. Bagus kan?
Souvenirs yang buat aku rambang mata dan poket.
Rumah Minnie Mouse. Dia takde, agaknya busy melayan bebudak kecik.
Best ke tak??? Dah tentulah best!!! Aku geram je nengok budak2 kecik pakai baju princess naik rides. Comel giler. By afternoon, hari mula cerah. Dan keseronokan bermula bila ada parade. Masa nilah rasa macam nak joget sama tengok Disney characters menari2. Syiok wooo.....
Mary Poppins
Alice in Wonderland
Karekter paling femes - Princess Elsa from Frozen
Okay, satu lagi soklan yang aku biasa dengar sebelum ni. Antara Disneyland ngan USS, mana lagi best? Aku tak pernah boleh jawab sebab aku lom sampai lagi ke Disneyland. Tapi lepas dah sampai, aku rasa dedua tempat sama best.
Cuma bagi orang2 yang kurang bajet cam aku, akan lebih suke gi USS sebab matawang Singapore lebih kurang dua kali gande dengan MYR berbanding Euro. Tiap2 kali nak beli barang, aku kene darab ngan 5 dulu. Mahal giler! Aku cuma mampu ambil gambar barang je dalam kedai cenderahati tu. Nak beli souvenirs untuk orang pon rasa cam tak berapa berbaloi. But, pengalaman tu yang penting!
Kitorang spent dalam satu hari gak la dalam Disneyland Park ni. Petang, lepas tapak kaki dah mula berdenyut2 baru kitorang balik.
Kat dalam Disneyland ni ada jugak hotel. Bagi sesiapa yang nak pulun main semua rides kat Disneyland ni bolehlah beli tiket untuk 3 hari. Hari pertama boleh explore Walt Disney Studios. Hari kedua lak boleh main kat Disneyland Park. Hari ketiga boleh cover mana2 tempat yang uols ter-missed. Nak lebih info boleh visit http://www.disneylandparis.fr/. Kebanyakan tempat terutama Princess Pavilion memang wajib kene book dulu. Sebab ramai giler orang. Macam kitorang, book jam 11, hanya boleh masuk jam 6.30 petang. Tak kuasa tau!!! =P
Enjoy!!!
To Uje and Dhila, thank you sooo much for the great experience! Kan best kalau Along ngan Kak Dah pon ada!!! Hmm --- rindu giler kat diorg.
Dan --- Allah, thank you for this!
1 comment:
Casino & Resort Near Bryson City, NC 28724 | MapYRO
Find Casinos 삼척 출장마사지 Near Bryson City, NC 28724 경상북도 출장안마 on MapYRO. Nearby casinos are near by and in-your-box 목포 출장샵 gaming 남원 출장안마 at the closest casinos to Bryson City. 화성 출장샵
Post a Comment