Thursday, August 16, 2012

Jumaat yang Sangat Touching

Awal pagi hari ni, aku sampai opis buat rutin seperti biasa. Hari ni dah bertambah best sbb orang tak ramai pon keje. Yiiihaaaaa!!! Aman sangat.

Bila 'adik kesayangan' aku sampai, as usual dia akan tegur dengan ramah dan senyum lebar. Mood aku pon sangat bagosss dan aku pon sambut dengan ramah mesra giler.

Tetiba Aminah (bukan nama sebenar) datang ke meja aku. Kasik satu beg.

Jeng jeng jeng!!!

Serious giler --- sangat touching. Baru aku tahu perasaan jadik sorang cikgu + kakak. (Kunun laa cikgu!!!)Hahahaha. Tapi betul babe, seb bek tak meleleh je air mata den ni haa....terharu giler.

Maruku dan Kad Raya Spesyel daripada Aminah (siap ada lagu Raya woooo....)

Note: Silalah klik kat pic tu utk nengok apa Aminah tulis yang wat aku sangat terharu. (Huhuhu....btw, nama Aminah telah aku delete.)

Sunday, August 12, 2012

Selamat Hari Merdeka!

Sibuk dengan persediaan sambutan hari merdeka, aku sesaja snap pic ni. Dalam keluarga aku, nenek sorang je yang baca suratkhabar. Excited nampak muka cucu dia terselit --- dia framekan tros.

Kunun masa ni, patiklaa yang bg idea jahit baju ala2 bendera Malaysia tu. Auuwww....

1997: Sambutan Hari Merdeka kat skolah den. Abaikan ler jambul busuk ala2 Rosmah tu.

Saturday, August 11, 2012

Yuri Penat Buat Kuih Raya

Ini gambar Yuri yang kepenatan sebab temankan Along buat kuih raya malam2. Along nak kene nih!!! Kesian Yuri....

Yuri kehilangan tenaga...

Shopping Pre-Raya

Suka hati sangat!!! Sebab dah ber-shopping pre-Raya. Slalunya shopping pre-raya ni sakan beli barang2 rumah. 

Aku tak sama ngan orang. Orang len dok berebut2 ke Sogo dan Jalan TAR utk beli persiapan raya. (Sampai jalan jammed!!!) Tahun ni tak beli pun baju raya. Tema raya tahun ni, "Pakai je apa yang ada". Classic, gitew.

So, gi MV saja jenjalan sambil pikir nak beli apa. Lawatan tak rasmi aku ke MV kali ni, berjaya bawak pulang perfumes Bvlgari, Cosmic Radiance dan Radiance Britney Spears. 

Good ones, uols. Hari tu pegi Metrojaya kat Curve, tak best sangat offer-nya. Kali ni bebudak MJ ni sangat bagus customer service-nya. Tambah lak ngan raya-promotion lagi. Dapat vouchers, free bag, free purse, coupons dan miniatures....i loikee!!!

Raya-Promotion @ MJ MV

 Hasil Pancingan Sehari

Thanks to Adam Jazzle for the good customer service! Chiow.

Confession of a Girl: "Aku Bukan Budak Jahat"

Girl ke??? Hehehe --- ini confession untuk peristiwa zaman bebudak remaja dulu.

Bebaru ni, aku terima statement daripada beberapa orang colleagues --- "Kak Rena masa kat skolah mesti budak jahat." Satu statement yang hanya statement. Aku tahu, budak tu pon sebut bukan atas niat nak menyakitkan hati. Dia cuma mengagak ngan bergurau.

Hmm --- jahat ke aku dulu? Walopon geng2 skolah aku dulu cakap aku ni dalam group bebudak jahat, aku tak pernah ngaku jahat.
Note: Hehehe --- pernah tak tengok drama, watak jahat tu ngaku jahat?

But, truthfully pon, aku memang bukan budak jahat. Bila ibu aku tanya dulu pon, aku jawab, aku ni biasa-biasa-aje. Tak jahat, tak baik. Tapi sebab ibu terpaksa menghadap cikgu disiplin kat skolah, dia tak pernah nak percaya.

Aku lebih suka anggap diri aku kreatif --- tak sukakan sesuatu yang biasa. I dont like straight lines! Chewaaahhh!!!

One thing yang kelakarnya kat skolah asrama perempuan ni --- kita akan dilabelkan jahat kalo kita langgar rules.

Bukan aku tak suke ikut rules. Kat sekolah kan kita ada belajar, berfikir secara kritis dan kreatif? Kalo sume orang ikut rules, camne nak jadik orang kreatif? (Alasan uols --- hehehe =P) Bak kata omputih tu, Rules are meant to be broken. Chewaah.

Bagi aku, status budak jahat ni ialah budak yang mencuri, ter-mengandung masa skolah, budak liar bla bla dan bla. Yang buat serious jahat tu.
Aku??? Satu mende tu pun aku tak pernah buat. Yang aku buat cuma makan dalam kelas, solat dalam dorm, library (atas meja lagi uols!), basketball court ngan tepi lab, pegi skolah lambat, tak pegi prep, bawak hamster ke skolah, ber-sumo masa prep, tak pakai lencana dan nametag, dan 'fly' on weekends. Kat mana jahatnye?

Tapi memang adat dunia --- orang2 yang buat 'kesalahan2' skolah ni takkan berubah. Asalkan ada orang buat nakal je, nama aku mesti sangkut punya. Betul ke tidak, diorang tak pernah nak tanya aku betul2. 

Contoh masa volleyball tournament, tetibe orang cakap aku cursed Cikgu Hadi "bullshit". Mati2 aku cakap bukan aku. Tapi takde sorang pon percaya. Aku ingat lagi --- aku dok pandang budak yang jerit perkataan tu dgn harapan dia ngaku. Tapi dia diam je. Last2 aku gak yang kene nite prep ngan head warden. Aku kene paksa mintak maaf kat Cikgu Hadi.

Hmm --- satu lagi bende 'jahat' yang aku buat ialah berlakon pengsan masa April Fool. Yang ni lawak. Hehehe --- satu kelas planned nak kenekan Mrs Lim, cikgu Biologi aku. Aku kene berlakon pengsan dan bebudak lain akan jerit "April Fool!" sama2. 

Bila aku jatuh ke lantai (cam re-al uols!), cikgu dah panik. Nangis lagik. Aku tunggu bebudak kelas aku jerit, takde pon. Sume dah cuak nak ngaku bersubahat. Last2, sbb lama sangat tunggu --- aku dah boring, aku jeritlah sorang2. "April Fool!" 

Dan satu penampar hinggap ke pipi aku. I knew I deserved it. Aku buat cikgu aku sampai nangis. Tapi my point is --- ke manakah satu kelas yang planned sume tu? Takde sorang pon ngaku bersubahat. Dan si jahatnya --- ialah AKU.

So, kalau lah sebab mende2 bodoh tu orang nak nilai aku dulu jahat --- aku tak setuju. Aku lebih setuju kalo orang panggil aku bodoh. Hehehehe.

Pengalaman2 ni, aku jadikan pengajaran hidup. Disebabkan aku slalu kene jumpe head warden walopon atas kesalahan2 yg aku tak buat, aku giler kamceng ngan dia. Kengkadang tu, masa kononnya aku kene hukum prep kat bilik dia --- orang len tak tahu --- aku sbenarnya makan nasi ngan telur goreng yang dia masak. 
Arghhh ---- Aku rindu tahap gaban kat Cik Aisah, ketua warden skolah aku. Dia sorang je yang percaya cakap aku. Cik Aisah selalu cakap, "Your luck la, muka budak jahat."

Cik Aisah, di mana kamu? Rindu.....

Confession aku untuk Cik Aisah: Saya dan Huda Pison pernah di-offer jadi pengawas. Saya tolak dengan alasan saya tak ada duit nak beli baju pengawas. (Kunun...) Sebenarnya, the only reason saya tolak jawatan pengawas tu sebab Backstreet Boys nak datang KL. Saya dan Huda dah planned utk 'fly' gi konsert BSB.

So, adakah saya seorang budak jahat? Hehehe --- budak bodoh kot? LoL =P. But thanks a lot for believing me.

iWatch: Rooftop Prince (Korean)

Bestnya --- dah lama tak spend quality time nengok citer korea.

Kali ni excited nak kasi review pasal drama korea yang baru habis layan ni --- Rooftop Prince.

Syiokkk woo. Tema drama ni ada gabungkan unsur2 komedi + romantik + misteri. Pastu scenes lak ada zaman dedolu and ada zaman moden. Kira ngam aa ngan jiwa aku yang ske layan citer ringan yang kelakar.

Mengisahkan tentang seorang putera mahkota yang baru je kematian puteri mahkota. Dia sorang je suspect ada orang sengaja bunuh puteri kesayangan dia tu. Masa putera mahkota ni kene kejar ngan orang jahat bersama2 ngan 3 orang kuat yang baru dia lantik utk selesaikan misteri pembunuhan tu, tetiba lak gerhana bulan. Putera ngan 3 orang pahlawan tu ter-transport ke zaman moden.

Kebetulan lak 4 orang ni landing kat rumah si heroin. (Rumah pompuan ni paling atas, tu yang panggil rooftop!)

So, kat zaman moden ni diorang jumpa 'versi kelahiran semula' orang2 yang hidup kat zaman lama tu. Pelan2 diorg cuba selesaikan misteri pembunuhan puteri mahkota tu. Orang korea kan memang percaya bab2 reincarnation ni. Layan je la --- walopon tak logik. 

Aku nak citer sume kat sini, kang uols rugi lak tengok sebab dah tahu sume plot citer. Bior jadi teka-teki sket --- baru thrill. =P

Hero citer ni, mamat DBSK Micky yang comel tuh! Tu yang buat aku berani rembat DVD citer ni kat Speedy.

iRate: 6.8/10.0

Enjoy uols!!!
Rooftop Prince
 

Friday, August 10, 2012

Dugaan Ramadhan: Aku & Aminah

Ramadhan oh Ramadhan.....

Bulan ni memang sangat istimewa. Pahala untuk satu kebaikan yang dilakukan tu berganda2.....

Of course aku pon nak grab peluang untuk collect pahala banyak2. Maklumlah, dah banyak sangat dosa yang aku ter-collect sebelum ni.

Tapi, nak buat baik ni tak semudah yang kita sebutkan. Lagi2 untuk manusia panas baran macam aku. Payah giler nak maintain smangat baik tu. Ada je gangguan.

Macam dugaan yang aku hadap....errr masih hadap ni....bebetul buat aku on standby mode untuk berubah jadik Incredible Hulk. Eh, tak....kasik bunyi sedap sket....macam kakak tiri Cinderella. =P

Beberapa minggu sebelum pose, aku dapat satu tanggungjawab baru untuk jaga bebudak praktikal selama dua bulan. Menyebutnya, tak seperti menanggungnya! Besar betul dugaan.

Siti dan Aminah (bukan nama sebenar), bebudak praktikal yang diletakkan bawah tanggungjawab aku. Siti tu boleh dikira okay jugak, tapi Aminah ---- yang baru pertama kali exposed dengan dunia pekerjaan ---- bebetul menguji tahap kesabaran aku.

Dalam tempoh sebulan ni, rasanya tetiap hari aku membebel macam mak orang kat opis tu.

"Aminah, bawak pen ngan kertas!" Walaupon dah bgtau tetiap hari, dia tetap lupa.

"Aminah, bila nak hantar keje?"

"Aminah, paham tak?" Satu hari kalau tak sebut nama Aminah, mmg tak sah!!!

Hari pertama aku kenal ngan Aminah ni, satu je benda terdetik kat kepala aku. Budak ni normal ke?

Bila aku tanya, "Apa cita2 Aminah?"

Aminah tak dapat jawab. Bila aku tanya lagi, dia just bagitahu, "Saya nak keje kat sini, kak."

Then aku tanya. "Dalam masa 5 tahun, rasa2nya apa pencapaian Aminah?"

"Saya dah keje kat sini."

Soalan aku seterusnya, "Dalam masa 10 tahun pulak?"

Aminah jawab, "Saya dah stabil keje kat sini."

Owrghhhhh --- bayangkanlah apa perasaan aku masa tu. Nak marah, tak boleh. Budak ni main2 ke?!!!

Pastu aku tanya lagi. "Apa hobi Aminah?"

"Tengok TV."

"Citer apa?"

Aminah geleng. "Saya suka tengok TV, kak."

Tahap kesabaran aku dah memuncak. "Eh, akak pon suka tengok TV. HBO, Star World, citer korea....Aminah suka tengok yang mana?"

"Saya suka tengok TV kak."

Sah. Ada yang tak normal. Huhuhu camne boleh lepas kat sini?

Tempoh seminggu Aminah kat opis aku, aku terima banyak aduan daripada bebudak opis yang lain. "Aminah suka stare aku."...."Aminah tidur dalam surau waktu kerja."....."Aminah termenung menghadap PC"....."Aminah tengah menangis kat pintu masuk opis."....Aminah itu....dan Aminah ini.

Satu benda yang pelik tentang Aminah, dia memang suka 'pandang' orang sambil tersenyum. (Pandang = stare).

Ambil pesanan telefon pon Aminah tak tahu. Masa aku tengah susun dokumen atas meja aku. Telefon berdering. Kebetulan Aminah tengah berdiri dekat dengan tepon meja aku. "Aminah, tolong akak angkat tepon. Bagitahu nanti akak call balik."

Aminah angkat tepon. "Helo, nanti akak call balik." Dan gagang tepon diletak.

Nak tersembul bijik mata aku. "Siapa called?"

Aminah panik. Geleng.

"Pompuan ke laki? Dia cakap apa? Apa nama dia? Camne akak nak call balik?" Soklan aku bertalu-talu.

Aminah diam.

Masa tu, penat punya pasal...baran aku yang tak dapat ditahan2....aku cuma boleh tarik nafas panjang sambil ambilkan buku opis yang ada info tentang "panduan mengangkat telefon".

"Baca ni, akak nak Aminah buat power point presentation." Okay, masa tu --- aku ngaku suara aku mmg dah ada gaya mak tiri dah.

Dan....beberapa minit lepas tu Momoe datang tempat aku. "Babe, aku rasa adik ko tu dah menangis."

Bila aku toleh, memang kompem Aminah tengah lap air mata. "Momoe, tolong aku panggil dia masuk surau." Dan bermulalah sesi 'face-to-face' aku dengan Aminah.

Soklan demi soklan aku tanya untuk bebetul kenal siapa Aminah. Aminah ada masalah pemahaman. Hilang fokus, walopon aku tengah membebel kat depan. Aminah takde cita-cita, tak kenal diri sendiri, tak tahu apa kelemahan, apa kelebihan diri, tak jugak tahu apa yang dia nak capai dalam hidup. Satu je yang Aminah tahu, dia nak keje. Tapi bila ditanya, apa yang perlu diusahakan untuk dapat kerja yang bagus, Aminah tak tahu.....

Latarbelakang pendidikan Aminah --- not bad! 6A dalam SPM! Bila aku tanya, Aminah kata dia boleh menghafal. Tapi dia tak tahu apa yang dia hafalkan. Sekurang2nya, dapat gak jumpa satu kelebihan yang ada pada Aminah!

Bagi aku, agak parah. Aku pulak yang risaukan masa depan Aminah nanti camne. Aminah jugak ada persepsi dalam kepala tentang diri sendiri yang susah untuk aku ubah. Aminah susah nak cari kerja sebab tak cantik. Orang lain senang dapat kerja sebab ada rupa cantik.

Berdepan dengan situasi macam ni, aku teros bincang dengan kakak aku. Aku tunjuk buku laporan Aminah yang tak ubah macam buku anak2 murid kakak aku yang masih di sekolah rendah. "Aminah ni special la Ngah. Kene banyak sabar. Angah kene anggap Allah SWT berikan Angah dugaan besar Ramadhan ni."

Aku macam terpukul dengan kata2 Along. Dugaan Ramadhan. Hmm....naper aku tak terfikir sebelum ni? Dok merungut pasal Aminah tetiap hari, hinggakan tak sedar ujian yang Allah beri.

Aku ada tempoh tak sampai sebulan je lagi....untuk tolong apa yang aku boleh. Minggu ni, walopon kene gelak ngan kengkawan opis, aku berjaya mintak Aminah senaraikan lima perkara yang ingin dicapai. (Punyalah ramai geng2 opis yang tolong Aminah untuk pahamkan soklan....) Hehehe --- diorg pon tak mampu nengok aku tarik nafas panjang everytime nak ajar Aminah.

Satu perkara yang aku perasan, sepanjang tempoh 'jaga' Aminah ni --- nama Aminah dah terpahat lak dalam pale...dan hati aku, walopun aku dah balik umah. Rasa2nya, bila Aminah habis praktikal nanti, mesti aku rindu.

Aku kene banyakkan bersabar, selain melatih diri dengan berpuasa, aku kene latih hati supaya bersih selalu. 

Aminah oh Aminah!

Luahan Hati 'Kakak Aminah'