Monday, November 3, 2014

Qurbanku, Bakal Tungganganku di Padang Mahsyar

Do you like this post?
Entry ni actually aku dah drafted agak lama. Tak sempat nak publish.

Nak ucap "Salam Aidil Adha" macam dah terlambat lak.

Takpe --- takpe --- aku kongsi gak mende ni untuk tatapan uols.

Alhamdulillah, qurban tahun ni berjalan dgn lancar.

Frankly speaking, ilmu aku tentang qurban teramatlah cetek. Yang aku tahu, sejarah bermulanya qurban ada kene-ngena ngan Nabi Ibrahim a.s yang mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.


Tu je.

Pastu sehari selepas Raya Qurban, kebetulan masa bangun tido aku terdengar sore Ustaz kat tv yang berkongsi info.

Katanya kalau berqurban tu, niat perlu baca, lebih2 lagi ketika darah binatang qurban itu mengalir. Tapi yang berqurban kat tempat jauh tu takdelah sampai kene gak pegi site qurban tu. Yang penting, perlu niat qurban kerana Allah dgn ikhlas.

Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah swt. Aishah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah swt melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dah Allah swt memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Aku ada dengar, orang kata setiap qurban kita ni akan menjadi tunggangan kita kat Padang Mahsyar. Wallahu a'lam.

Tahun ni merupakan tahun ke-3 aku berniat qurban. Umur aku dah 30 tahun lebih, baru nak belajar berqurban! Aku malu. Malu pada Allah swt. 

Tapi untuk berbuat sesuatu yang baik itu, better late than never! Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Awal pagi dah dapat pic ni melalui whatsapp. Ni tahun ke-2 aku berqurban kat Kemboja. Ada kenalan family yang rajin ke sana setiap Hari Raya Qurban. Tumpanglah sekaki. 

Aku tak berniat pon nak berbangga diri. Aku tahu pengetahuan aku tentang Islam agak cetek tapi aku bebetul nak belajar dan kongsi gak apa yang aku belajar kat kengkawan aku. Aku tahu, kengkawan aku pon ramai gak macam aku. Harap2 kalo korang baca ni, terbukalah hati kita semua dan kita sesama dapat pahala. Ameen.

Nak cerita pasal berqurban ni, bertahun-tahun gak aku asek menunggu daging qurban datang umah. Kalo tak sampai, pernah sekali dulu aku rasa bengang gak kat AJK Qurban kampung aku. Tak penah lak terbukak hati nak berqurban. Bila ibu aku suruh pasang niat dalam hati sebab ibu nak sponsor bahagian lembu, aku dengan keras kepala dan Bo-Bongnya (bodoh-sombong) cakap, "Kalau aku nak berqurban, biarlah aku buat dengan ikhlas guna duit sendiri." Sudahnya, bertahun2 la berlalu --- peluang nak dapat pahala jalankan ibadah qurban tu terbazir macam tu saja.

Alhamdulillah, lepas dah belajar serba-sedikit ni, terbuka hati, terbuka jalan untuk melaksanakan ibadah ni. Aku bersyukur, aku tak terus-terusan tinggal dalam dunia jahil 'pendapat aku sendiri.' Setakat RM300 - RM400 untuk satu bahagian, apalah salahnya? Kalau tak mampu, kan kita ada setahun untuk kumpul duit. 

Geng, percayalah --- tak perlu tunggu sampai hati terbuka atau duit cukup. Pasang je niat untuk berqurban tahun depan. Insha Allah, DIA Maha Berkuasa, Pengasih dan Penyayang. Akan ada jalan yang mudah untuk kita. Masa yang tinggal semakin singkat. Jom kita berebut-rebut carik peluang untuk memperbanyakkan lagi pahala!

Giliran Qurban ke-2
Tumbangnya Qurbanku.

Jom Qurban Tahun Dopan!!!

2 comments:

mohad said...

salam ziarah

Unknown said...

Have visited ur lovely page, ijad. Terima kasih =)