Bulan Ogos yang terlalu banyak peristiwa....
Belum selesai dengan hilangnya MH370, satu dunia digemparkan dengan peristiwa sayu MH17. Dalam kesibukan dan semangat membara untuk menyambut kemerdekaan Malaysia, satu lagi peristiwa sedih yang aku terima....banyak pulak citer sedih bulan ni.
Perginya seorang kakak, merangkap rakan sekerja....
Terlalu personal. Baru dalam minggu yang sama, aku hantar whatsapp message kat dia....tetibe terima mesej yang dia dah meninggal.
Jauh dalam hati ni, ada rasa terkilan. Sebab tak sempat mintak maaf dengan dia. Masa dapat tahu dia meninggal, aku macam tak tahu nak react camne.
Aku memang tak berapa rapat dengan arwah. Dan atas sebab kerja2 rasmi, hubungan tu memang tak berapa mesra.
Kakak,
Ampunkan kesilapan2 aku....sekiranya ada.
Aku doakan semoga kakak akan berada di kalangan orang2 yang beriman....
Ameen.
Pengajaran untuk aku: Sentiasa berhubungan baik sesama manusia. Sentiasa bertanya khabar dan kekalkan kemesraan dengan yang lain.
1 comment:
Al-Fatihah. Allah lebih sayang dia. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah.
Tagged you.
Liebster Award #1 Tagged by Zack
Post a Comment