Saturday, November 26, 2011

South Korea Day 6 & 7

Do you like this post?
Sepanjang 5 hari yang sebelumnya, aku ada masa note-kan cerita2 menarik perjalanan smentara pujuk mata untuk tidur. Bagi hari ke-6 dan ke-7, memang tak sempat nak tulis apa2 sebab kitorang berkejar2 untuk ke tempat2 menarik and at the end of the day --- masing2 kepenatan teramat sangat.

We ols bangun awal gile....sebab pukul 5-6am dah kene terbang ke Jeju Island via Jeju Air. So, masing2 dengan mata yang berat terpaksa gak gagahkan diri ke Gimpo Airport. Beg2 yang berat, kitorang 'check-in' kan kat tempat Deposit Bag. So takyah la berkendong2 naik kapal terbang. Bawak baju yang cukup untuk dua hari pakai jer.

Suboh, terpaksalah dilakukan kat tengah2 airport. One thing about Koreans ni, diorg allow kita smayang kat tempat2 public diorg...hanya terpulang lah pada diri sendiri, nak malu ke tidak smayang depan2 orang. Kalo pikir malu je, payah gak nak tunaikan kewajipan ni.

Sampai Jeju Island --- ekspedisi mencarik syarikat Happy Car Rental. Puas lah kitorang mencarik2 arah as instructed tapi tak jumpa2. Last skali, kitorang tanya sorang Korean guy ni.....rupanya salah instruction daaa.....camne lah orang Korea ni blaja bahasa english agaknya?

Dah jumpa company tu....lama jugak kitorang stranded. Dengan masalah bahasa lagik....macam ayam ngan itik bercakap, campor lak hari tu Hari Raya Aidil-Adha....we ols susah nak call bebudak Mesia kat Incheon untuk mintak jadi translator. Diorg smayang raya. But Alhamdulillah, setelah 2 jam lebih wasted kat luar airport, berjaya jugak misi menyewa kereta.

Kak Huda drove us to Yeha Guesthouse. Tak jauh je dari situ....adalah dalam 5 minit perjalanan. Seriously, sangat puas hati dengan suasana kat Yeha. Sangat-sangat-sangat cantek dan ceria!!! Puas hati uols!!!
 Masa stucked kat Happy Car Rental
Yeha Guesthouse
 Sampai je kat Yeha, teros carik access ke internet. Best sbb ada pc and setiap floor ada wifi lagik.

1st destination yang aku tunggu2 nak pergi ialah ke Trick Art Museum. Ni disebabkan nengok citer Heartstrings laa....aku nengok couple tu gi dating kat museum tu. Tu yang excited nak pergi. Hasil daripada survey yang dibuat, museum ni ada kat Seoul ngan Jeju Island. Ini tempat wajib pergi, okey!!!

Usaha menyelamat Cek Nit daripada dihenyak kuda
Kelaparan....katak pon sanggopku telan
 Wow...merdunyaaa alunan muzik tuh!
 Malam yang koya....bersama Cek Nit
Berusaha menyelamatkan diri daripada dibaham singa lapor
 Giant and orang kerdil
Eh, sayangnya.... tertumpah sudah!!!
 Buai laju2 oleh Kak Zura, sampai tercampak kasut minah omputih ni
 Tunggu jap bang, I test rasa dulu!!!
 Ni apa men tarik2 baju?
 Cobaan menyelamatkan gorila
 Tatih...bebaik. Jangan jatuh!
 I hate this pic!!! Koyak lagik bagosss
 Pelan2 sket Cek Nit!!!...Bahu aku sakit ni
Masing2 lapar....makan dulu dalam kete!!! Selamat Hari Raya Eidul-Adha. Makan nasi campur serunding.
 
Solat Time kat tempat parking kete...sebelum bergerak ke next destination!
 Bergambar kenangan kat Pyoseon Haevichi Beach, Seogwipo
 Kat sinilah heroin cerita IRIS menunggu hero nya tak sampai2...rupa2nya dah mati kene tembak. Sob...sob...sob...konon this time, aku lah jadik heroinnya.
Seongsan Ilchulbong
 @Seongsan Ilchulbong: Walopon kehilangan napas nak panjat tangga setinggi 180m dari aras laut...berjaya gak sampai ke puncak!!!
@All-In House. Hari dah malam.

Hari terakhir di Jeju Island, we ols sempat cover beberapa lagi tempat menarik. Yang seronoknya....dan sangat ajaib, kaki kitorang dah tak sakit pon sepanjang duduk kat Jeju ni. Maybe sebab dah latih kaki panjat tempat2 tinggi masa panjat Seongsan Ilchulbong tu.

Satu fakta tentang places kat Jeju ni....hampir semua tempat yang kita nak pergi....obviously, memang sangat cantik! Tapi semua kene panjat tangga tinggi, okey. Jadi...bagi sesiapa yang ada masalah kesihatan dan ada pasang angan2 nak melawat Korea, aku nasihatkan maybe uols try jalan2 sekitar Seoul dulu. Bila dah sihat, barulah leh pikir nak sampai ke Jeju ni. Kalo tak, uols rugi tau. Tapi terpulang yerk....


 Dragon Head Rock. Mula2 puas gak aku belek batu besar kat blakang tu. Apa yang specialnya? Ha ha ha...konon bentuk kepala dragon, layan je laa

Cheonjeyeon Waterfall

This is one of my favorite places....Teddy Bear Museum. 
 Outdoor Museum
 Dengan teddy bears family
 With Princess Hour Teddy Bears
@Teddy Bear Museum
@Jungmun Daepo Coast
@Jeongbang Waterfall
Our Guest Note untuk Yeha Guesthouse sebelum check-out
 Lee Ting & friends....diorang ni from Malaysia jugak. Ramah gile menegur bila dengar aku bebel ngan kengkawan aku dalam Bahasa Malaysia. New friends!!!
Seterusnya, kitorang gi Loveland. Pics --- kalo uols nak nengok banyak lagik gambar, Google laa sendiri. Ha ha ha....aku nak bergambar ngan setiap satu patung pon terpaksa tahan gelak. Kalo ibu ngan kakak aku nampak aku posing lebey2....niaya. Lagipun, I maluuuuuu auwww!!!
Haa...ini masa masing2 sibuk kemas kereta sebelum pulangkan. Lepas ni nak kejar flight Jeju ke Gimpo Airport balik. From Gimpo, kitorang naik bas pulak ke Incheon International Airport.
Solat Isya' @Incheon International Airport. Masa menunggu flight balik ke Malaysia.

3 comments:

IeLa91 said...

jalan2 sini.wow bestnyer dpt explore korea beautiful places.:)

rena cruzee said...

IeLa91, tempat2nya mmg sangat cantik. banyak lagi yang x sempat pergi.=) thx for ur comment, dear!

Akmal Sukeri said...

salam kak..berapa sewa keta tue utk sehari ?? ada gps x ??