Wednesday, November 16, 2011

South Korea Day 3

Do you like this post?
Catatan aku pada 3 Nov 2011 
Kat Bilik 603, Patio Inn Hotel
Orang Lain mmg dah lama bobok
Mood: Penat lagi dan lagi dan lagi....


Hari ni punya pengalaman mmg sangat menarik. Kelakar pon ada!!! Jap, gelak dulu. Ha ha ha.

Kitorang kene gerak awal. Alhamdulillah, jam loceng berfungsi dengan betol. Aku mmg tido2 ayam. So, tak berapa susah nak bukak mata. Dengar sore Kak Zura panggil, aku tros masok toilet

Jam 6.30am, dah kene ada kat bawah. Driver from DMZ package tu dah janji akan jemput kat lobby. Kitorang turun tepat2 kol 6.30am. Ahjussi tu dah terpacak kat bawah.

Tetibe hati rasa tak sedap. Bayang muka Ruby, Kak Huda ngan Zy cam tak nampak2. Kak Zura gi naik panggilkan. Betolla instinct aku, diorg terlajak tido. Jam loceng silap setting daa....ke x bunyi. Tak sure.

Berbekalkan bahasa camporan Korea-English hasil penjiwangan aku menonton drama bersiri Korea, aku bagitau ahjussi tu. "Three (sambil tunjuk tiga batang jari) chingu (frens) late. Jamkkan man-yo (wait)". Seb bekla ahjussi tu paham (...or buat2 paham)....aku larik naik bilik member2 tu, tanya baper minit lagi diorg leh turun. 

Pendekkan citer, diorg berjaya siap dengan sekelip mata. Cam Magician. Jangan ditanya camne leh copek benor. Hahahaha. Demi masa, depa lakukan yang sepatotnya. Jadi, terlewat sket je daripada masa yang ditetapkan.

Jalan ke Seoul agak jem. Sebab nak berebut2 ngan orang yang nak pegi keje. We all managed gak sampai ke tempat berkumpul tanpa menjadi group yang paling last sampai. Ada group lain yg lagi lambat. Seb bek. 

Dalam trip ni kitorang berkenal2an ngan family 'jiran' from Philippines. Diorg ni yang banyak tolong amik gambar group we ols.

Inilah John @ Jung Gyok Bun. The tourist guide. Dok bangga ngan kitorang, pangkat dia lebey tinggi dari Rain. (Done-done heheheh) But kitorang satisfied with the service.
 Peace, uols!
 Berkenang2an ngan Kak Zura dengan aksi koya
 Posing dulu!!!
 
Kat sini, ada zon larangan bergambar. Sesape pon xleh amik gambar kat tepi tembok tu. Nanti askar2 ni amik camera untuk delete gambar uols. So, ikut je la syarat2 depa eh. Melalui teropong tu leh tengok North Korea.
 With Sergeant ROK. Tabik toing2.
 Mamat sarjan ni sbenornya tahan gelak dari awal lagik nengok perangai kitorang. Kira anak ikan Korea lar ni....sbb lom habis training lagik.
 @Dorasan Station bersama John (John kata, dia super-senior Rain)
@Dorasan Station
Ini aksi gumbira setelah berjaya melarikan diri bersama2 Nitt daripada masuk dalam tunnel yg digali oleh askar2 yang sambungkan North & South Korea tu. Yup, kitorang mengelat!!! Hahaha, takmo berpeluh dan jaga kesihatan betis. Kalo reason sopan dan lebih genius, aku claustrophobic. LoL.

Note: Nak pegi DMZ ni, jangan nak mengada2 pakai boot ke, high heels ke....bazir tenaga weh. Pakai sports shoes pon okey.
@Itaewon Mosque. 

Inilah masjid yg paling byk ops pendakian yg pernah aku pegi. Nak sampai masjid, kene mendaki. Nak masuk masjid, kene naik tangga. Nak amik wudhuk, kene panjat tembok paip, nak ke ruang sembahyang muslimah, kene naik tingkat tiga!!! Tapi no regrets, of course! In fact, aku bersyukur lak berpeluang tempuh sume tu untuk ke masjid. Moga2 dapat pahala... =) Amin.

 @Bukshon Hanok Village
 @Asian Art Museum. Baru nak bergaya ngan topi baru yang beli kat DMZ
 Pokok cantek...merah uols!!!
Lapor.
Kepenatan.

Ni aku bagi sket hiburan lah. Sepanjang trip aku ke Korea ni, aku payah nak tido malam. So, kebanyakannya time tido aku mmg dalam kete or bus. Kak Zura ngan Nitt lak suke candid aksi2 busok aku. So banyak la collection muka tido cenggini.

Note: Kesilapan yg aku buat hari ni ialah dengan memakai all-black outfit. Untuk dapat gambar yang cantek, pls pakai baju berwarna-warni ye kengkawan. Kalo tak, anda akan kelihatan seperti ninja --- macam saya.

1 comment:

nittrell said...

Ninja turtle with BIG BB in d planet..hahaha